Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, December 31, 2007

Selamat Tinggal 2007

Hari ni merupakan hari terakhir dalam kalender 2007. Banyak suka duka yang terlakar dalam hidup aku tahun ni. Ada suka, ada duka.. ketawa dan menangis menjadi teman hidupku.. Semoga aku menjadi insan yang lebih tabah untuk mengharungi kehidupan berkeluarga yang penuh cabaran dan dugaan pada tahun 2008 dan tahun-tahun seterusnya. Keluarga ku adalah segala-galanya bagi aku.. aku sayangkan suami ku, aku sayangkan kedua-dua cahayamataku, aku sayangkan keempat2 org tuaku dan aku sayang seluruh ahli keluargaku yang lain2nye.. Semoga kami semua sentiasa berada di bawah lindunganmu Ya Allah..Amin

Saturday, December 29, 2007

TenSiOn

Kalau balik kampung ni, ada 2 perkara yang aku tak suka. Pertama bila nak pack baju dalam beg dan yang kedua bila nak kene kemas balik baju yang bawak tu, eee.. tension aku! Si mira lak demam selsema ngan batuk sekali, sian aku nengok dia. Tadi dah gi klinik.. memula pi klinik Dr.Ruzini tapi dia bercuti, pastu gi Klinik Semarak jumpa ngan Dr.Pritam. Anak2 aku kalau sakit demam, 2 klinik tu je kami gi.. kalau balik kampung kami gi Klinik Berkat.

Seharian aku ngemas kat dapur.. ruang tamu belom agi, bilik aku baru kemas baju2 jer.. yang berselerak yang lain2 tu tak kemas agi..uwaaaa sapa leh bantu aku ahhh..

Wednesday, December 26, 2007

BaLiK KeY eLL

Hari ni balik Key Ell.. lupa nak update daa..

Saturday, December 22, 2007

KaNGaR, PerLiS

Hari ni kami ke Kangar, tapi sebelum tu kami ke SP dulu, gi umah Mak Teh sebab nak ikut Liza balik sekali. Liza ni anak Mak Teh, dia sekuarga dok kat Kangar so malam ni kami bermalam kat umah liza la nampaknya. Kami sampai SP kul 9.15 malam, then tunggu liza bersiap.. pada mulanya Pakteh ngan makteh nak ikut sekali, tapi dada Pakteh sakit, so tak jadi ikut..takut jadi apa2 lak nanti. Pakteh bukannya leh penat sangat. Kami bertolak dari SP kul 10.30 malam. Si Wan bawak avanza punya la laju.. 1.4 jer meter tak turun.. kami ikut dari belakang. Kami sampai umah liza kul 1.20 pagi. Nasib la si mira tak meragam hehehe.. Malam tu dia tido elok jer.

Esok tengahari kami ke umah MakNgah..kenduri kahwin si Fahmi. Meriah sungguh! aku ngan mira banyak lepak dalam bilik yang ada aircond hehehe.. bukan anak yang panaz tapi mak dia yang lebih ekekeke..

Aku ngan husben rancang surprise untuk abah.. hari ni 23hb besday abah. Aku dah tempah kek 2 hari lepas kat kangar. Aku mintak tolong liza tempahkan. Dalam nak sorokkan dari abah, berlaku eksiden yang tidak diingini. Salah aku jugak pi letak bawah selimut hehehe..si aina anak Makyam terletak tangan kat atas kotak..so habis wording kek tertanggal dan melekat kat kotak..sian si aina, dia nangis, dia rasa bersalah sangat.. aku takleh nak pujuk lebih2 coz nanti aku ikut nangis sebab aku ni kan lembut hati..tapi kami dah operate kek tu..jeng jeng jeng!! Kami bawak kek ke depan..kat pelamin..abah kat dapur ngah bahagi2 lauk2.. Farah pi panggil abah ke depan ngan mak.."Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi Abah/PakLong, Selamat Hari Jadiiiiii!!!.. abah pun tiup lilin..seronok aku nengok. Bertuahnya aku berada dalam family abang..alhamdulillah.

Malam kami balik ke umah liza..esok pagi2 balik SP.

Friday, December 21, 2007

AqEQaH

Hari ni Raya Haji yang kedua.. Alhamdulillah majlis kurban dan aqeqah dah selesai. AQeQah untuk Amira Faarysa. Aqeqah kat umah kami. Lepas subuh mak ngan abah terus ke rumah kami kat Bongor. Pastu husben aku lak yang menyusul..aku ngan amira masih atas katil.. Abang achap takde, dia pi umah Pak Ngah dia kat PutriJaya. Acara penyembelihan berlangsung pagi, aku tak tengok..takleh tengok sebenarnya. Aku sampai lewat..kul 12.00 thari baru husben aku balik umah jemput..Abang achap dah datang dulu ngan PakNgah dia..Aku yang dekat ni yang lambat.. Dah Mira tido nak buat macam mana kan kan kan...Sampai je kat kawasan umah, sedara mara dah ramai.. dorang ngah lapah daging..Aku takde lah tolong sangat coz kononnya dok jaga si mira..hehehe dasar ngular betui.. tapi pada pandangan mata memang aku jaga mira dari di kacau oleh si Arif hehehe, budak2 bukannya dia tau apa2 so oleh kerana dia tak tau apa2, sebelum dia ketuk mira, baik aku jaga kan kan kan..

Ramai sanak sedara ada..yang aku tau nama, yang aku tak tau nama, yang aku kenal, yang aku tak kenal, yang aku buat2 kenal sebab tak kenal pun ada hehehe.. Maklong, Paklong, Mak Ngah, Tok Limah, TokYah, & Tok2 yg lain2, PakTeh & Mak Teh, Kuarga Liza, Kuarga Bangcik, Kuarga Ayie dan lain2 yang sedara denganku.

Petang kul 6.00 baru kami balik umah mak.. kerja kat umah pula menyusul, acara memanaskan lauk pulak berlangsung hehehe..so sebagai menantu yang budiman ekekeke aku jugak lah yang ke dapo mengadap periuk2 atas api tu..lepas maghrib Kuarga Bangcik balik Putrijaya pastu Kuarga Ayie lak balik ke Kulim.. so yang tinggal Kuarga Aku hehehe tapi abang achap takde.. kali ni dia ikut Tok Teh pulak balik Taman Keladi.. macam tu lah abang achap kalau balik sini..merata di pi tido. Sok ada kenduri kawin pulak yang perlu dihadiri..adehla makan daging lagi..sakit perut aku. Pastu belah petang nak ke Kangar, Perlis ada kenduri kawin jugak hehehe musim laa.. musim mengawan.

Thursday, December 13, 2007

RiNDu2an

Bila dah jauh jauh ni baru terasa rindu.. dah lama aku tak rasa perasaan ni huhuhu (tup muka..malu).. uwaaaa..aku rindu kat husben aku!! huwaaaaa..seronok bila rindukan seseorang tapi..seksa jiwa raga plus batin sekali hahahaha!!! (18SX)..

2,3 hari ni aku ada terima call dari beberapa kawan2 lama.. dorang heran macam mana aku boleh lepak kat umah mak mentua lama-lama.. ntah la, aku tak rasa macam lepak kat umah orang lain.. mayb sebab keluarga mertua aku ni tak kisah dan terima aku seadanya.. alhamdulillah aku boleh masak sama2. berbual, bergurau dan yang terkini esok aku ada sessi belajar buat baju kurung ngan mak mertua aku.. ntah boleh entah tidak aku ni..semangat jer lebih hehehe..nantikan hasilnya k..

Sunday, December 9, 2007

GAmiTAn FEriNGGi

Semalam lepas kenduri kat Taman Bayu Indah, Baling, kami sekeluarga bersama atika (anak buah) ngan farah (adik ipar) bergegas balik ke rumah dengan tujuan untuk menyalin baju kurung yang kami pakai masa kenduri tadi. Kami nak pi Feringgi.Minggu ni husben aku balik sini so dapatlah kami berjalan-jalan. Kami gi naik keter terus melalui Kulim Hi-Tech terus menuju ke Jeti. Kami nak naik feri. Saje nak bawak anak2erjalan. Tambang feri untuk sebuah kereta iaah RM7.70.. dalam feri budak2 la yang paling seronok.. ada la kami snap gambar sekeping dua.

Kemudian kami terus tuju ke Feringgi tapi jem giler jalan kat situ. Husben aku lak lupa nak isi minyak keter, cari stesen petronas punyalah susah, so kami berpatah balik cari stesen minyak. Akhirnya jumpa juga dengan petronas yang berhampiran dengan Metrojaya. Lepas isi minyak kami singgah jap kat KFC Metrojaya beli & bungkus, kononnya nak makan kat tepi pantai. Then kami kembali ke jalan yang jem tadi, tapi dah tak jem dah.. aku agak mayb ada kemalangan tadi rupanya dorang tengah tar jalan..sabo jer la. Akhirnya kami sampai ke tempat yang di tuju.. Achap, Atika ngan Maksu dorang terus ke tepi pantai main air, hilang dah rasa lapar bau KFC dalam keter tadi.

Pukul 7.03 kami berangkat berkemas, mandikan achap ngan atika dan terus pulang melalui Jambatan Pulau Pinang.. kami sampai umah mak kul 10.00 malam. Penat rasa kaki ni tapi seronok sebab niat aku nak bawak achap jalan2 dah tertunai. Alhamdulillah.

Monday, December 3, 2007

SeLSemA & KliNIk

Semalaman adik mira tak dapat tido, ni sebab dia selsema.. kalau adik tak tido, mama pun tak tido jugak la. Dah masuk subuh baru adik lena kejap..Tu agaknya punca nape aku sakit paler, dah la sakit paler, aku hayun lak buai kat depan umah mak.. rasa nak muntah pun ada.. aku telan panadol actifast, aku terus lena kan diri dalam sejam arr. Adik Mira dah tentu lah mak aku jaga hehehe.. abang achap lak asik kat luar rumah main dengan shamin. Dalam pukul 4.00 petang aku ngan abah, farah ngan adik pi klinik Berkat kat pekan. Doktor bagi ubat batuk, ubat kahak, ubat selsema ngan antibiotik.. kene bayar RM18 abah yang bayar hehehe., pastu kami singgah pasaraya Aneka beli susu adik ngan beberapa barang lain, habis RM120++.. Balik terus bagi adik makan ubat, alhamdulillah adik macam abang achap gak, tak susah nak makan ubat, siap sedut string tu lagi ada.. Malam ni mood adik down sikit, senyum pun tak nak.. tapi baru satni adik dah mula gelak2 balik, tu tandanya adik dah sihat sket.. tengok pulak malam ni adik tido macam mana, masih macam semalam ke, harapnya tidak sebab esok pagi kami nak ke rumah 'kami' kat kebun tu, mak kata saje nak makan, lepak2 kat situ.. mesti seronok sebab situ sejuk almaklumla dalam kebun..

Saturday, December 1, 2007

MUsiM MeNGAwaN

Start hari ni, bermula la musim mengawan.. dengan kata lain musim orang kahwin.. pak mentua aku ni Pengerusi JKKK so dia antara orang dikenali di sini, jadi jadual kenduri yang harus dihadiri sepanjang cuti sekolah ni dah pun dicatitkan kat whiteboard..1/12..2/12 dan seterusnya..tadi aku pergi gak kenduri yang pertama..mayb esok pi lagi tapi tengok la..

Balik dari kenduri tadi, kami singgah kat umah PakNgah Fadhil, abah, paklong, mak, Chu'at, ngan PakNgah buat mini mesyuarat..nak tetapkan bila nak wat Qurban, sama ada hari raya pertama atau pun raya kedua.. so kata sepakat telah di ambil untuk buat pada hari raya kedua..insyaAllah.

Friday, November 30, 2007

kAt kAMpuNg KeDAh

Internet slo.. uwaaaa.. aku ngan anak2 dah 3 hari kat kedah..umah ibu mentuaku,.husben aku lastminit tak dapat balik sekali. Abah datang kat umah ari isnin malam ngan adik ipar aku ayie.. hari selasa kami pi KLang pi umah CikSham.. 2 jam dari KL, jem kat KLang lama, tensen!! Balik aku kene berkemas pulak nak balik kampung esok pepagi.. kami bertolak hari Rabu kul 7.00 pagi..kami berehat kat Hentian Sungai Perak. Kami sampai KUlim kul 12.00 thari lebih kurang..


Now aku lepak jer kat Baling, satgi nak pi muah Tok Nek.. nanti aku sambung lagi..papai.

Friday, November 23, 2007

LeGA..

Selesai sudah exam buat semester ni semalam, alhamdulillah paper akhir aku dapat jawap dengan sempurna... tapi aku kene ingat, kadang-kadang apa yang kita anggap perfect tu belum tentu perfect di mata lecturer, so kene tungguuuu.. Balik dari exam aku ambik teksi pi Chow Kit, aku nak pi BP. Si ayu tumpang aku, kalau aku tau dia nak ikut aku pi chowkit, takyah ler aku suh teksi tu hantar kat lrt, baik terus jer gi chowkit jer hehehe.. settle sume urusan kat BP, aku ingat nak meronda, malas la pulak, lagi pun pitih takdaq, so aku gi stesen monorel.. terus balik umah.


Petang, aku balas dendam.. aku sefamily gi umah mak. Dah lama aku nak gi sane tapi masa tak mengizinkan so.. inilah harinya hehehe.. Lepas maghrib aku bawak asyraaf pi buat spek baru.. tapi aku pulak tak hengat yang achap kene buat spek yang protect komputer..uwaaa..harap2 dorang belum buat lagi.. macam mana aku boleh lupa ntah, sabo jer la.. dia dah la suka ngadap pc..

Tuesday, November 20, 2007

2nd PApEr

Alhamdulillah 2nd paper dah selamat walaupun ntah apa-apa jer yang aku jawab.. sejak exam ni, aku rasa macam iq aku ni dah tak macam ambik dip dulu.. slo sangat.. mayb 'ram' mula dah nak overload kot hehehe.. now tinggal lagi satu paper.. balik dari exam aku terus gi Institut Jantung Negara (IJN)kat Jalan PM ke2.. aku gi melawat Kak Ina, dia tampal jantung berlubang hari ni, masa aku sampai dia ngah lena, dia bernafas guna beg oksigen tu, risau gak aku nengok memula, bila jer dah bersembang, hmm lega skit coz nampak dia stabil..husben dia Bob pun ada, rupanya kak ina tu baru jer kuar dari bilik operate, sejam setengah yang lepas.. sembang punya sembang, kul 7 baru aku balik, lagi pun aku nak elakkan jem giler kat jalam PM 2 tu, tapi masa aku balik tu pun, jem jugak, sabo jer la..

Malam ni aku lega sket pasal adik, 2,3 hari lepas adik susah sangat nak berak..keras sangat..bila nak meneran dia nangis sungguh2, aku tak lalu tengok, nasib ada abah dia time2 gitu, aku ni tak kuat bab2 gini, tak sampai hati aku tengok dia sakit.. tapi semalam alhamdulillah berak adik dah normal balik.. aku pun tak paham nape jadi macam tu.. asal jer bagi adik makan apa2 selain susu, ni la jadinya.. tapi adik kan dah besar, susu jer mana nak cukup..sapa-sapa ada petua, share2 la ek..

Thursday, November 15, 2007

FiRst PaPEr

Alhamdulillah exam subject statistic sains social dah settle, tapi aku masih tak paham macam mana aku bleh bluuur tiba-tiba.. sebaik je aku nengok soalan dalam tu, ya Allah, kelam kabut aku dibuatnya. Ada la dalam 5 minit aku relaks kan perasaan aku ni, gemuruh kot hahaha, yer la dah tua-tua gini nak ambik peksa, dah tentu gelabah hehehe.. tapi pastu aku cuba buat satu-satu sampai habis soalan yang perlu di jawab, alhamdulillah. Kita nantikan resultnya pulak k..

Balik tu aku tumpang kak hawa. Aku gi Sogo ambil kupon diskaun untuk memberz.. ada lah sikit untuk aku belanja 5,6 barang hehehe.. balik dah lewat, terus masak speggeti. Sejak dua menjak ni aku rajin no makan speggeti..ishh sabo jer la..

Monday, November 12, 2007

7 MontH

Alhamdullillah, hari ni adik dah 7 bulan, makin kuat jerit heheehe..tambahan time abang achap dok main ngan dia, lagi lah... sekarang ni tak boleh biar adik sorang-sorang sebab dia meniarap dah berpusing pusing, kalau time dia lending tu ada bantal, oklah, tapi kalau takde apa-apa..alamatnya melalak la dia .. sakit. Lagi kita larang, lagi dia nak buat..sabo jer la adik ni..time aku belajar, dia pun bangun sama, dok membebel sorang-sorang..

Sunday, November 11, 2007

OPeN HoUSE KawAsaN TetAnGGa

Hari ni kul 2.00 petang bermula Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kat kawasan umah aku.. dorang masak dari semalam.. aku tak berpeluang untuk bantu coz semalam aku keluar pi beli barang dapo dan pagi ni jaga Mira sebab husben aku kuar jumpa kawan dia. Takpe lah..bukannya nak buat apa sangat kan kan kan.. nanti kalau Mira dah besar insyaAllah.. hari ni banyak acara aku mayb.. nanti aku sambung k..

Friday, November 9, 2007

Pi OpenHouse

Raya kan sebulan..hehehe tu la orang melayu kan..bab-bab nak hepi nak lama-lama je cam aku la.. hari tu 3hb aku gi openhouse umah Zira kat Langat.. seronok gak dapat jumpa Makcik (Mak Zira) sebak aku jap masa peluk dia tu..lama beb tak jumpa. Balik tu si Zira bagi buah tangan..dia bekalkan lontong..tq dear. Semalam lak aku beraya kat umah Det kat Selayang Baru.. sane aku jumpa ramai member2 lama kat kamdar termasuk 2,3 exstaff aku dulu.. aku makan laksa jer coz semalam aku ada wat mee kari kat umah, so dah kenyang. Balik tu kami terus pi jemput mak balik.. Alhamdulillah adik mira tak meragam cuma dia fenin kot hehehe sat orang ni dukung, sat orang tu dukung..dah ramai ngat baru la dia dok hek hek..

Thursday, November 1, 2007

KLiNiK CuCuK

Semalam aku ngan husben bawak mira gi klinik, cucuk kali ke3.. mak aiii ramainye orang kat klinik..kul 12.10 baru kitorangnye turn selesai. Adik nangis kejap jer.. tapi lepas sejam tu, adik dok merengek jer..badan takla panas.. puas aku pujuk & pujuk, baru aku sedar yang peha adik bengkak, merah. Aku apa lagi suh husben ambikkan air panas, pastu tuam peha adik..dalam beberapa kali tuam baru adik ok..sakit rupanya, sian adik.

Malam adik lena sekali..tapi waktu ni adik tak berapa lena..so aku kene la berjaga,.. sesambil tu aku ngadap la jugak buku.. risau lak aku nak exam ni..

Tuesday, October 30, 2007

TuNGGu EXaM

Alhamdulillah untuk semester ni sumer class dah settle.. skrg ni menanti hari exam jer dalam 2 minggu agi.. aku ada target sendiri..so aku akan cuba capai coz b4 ni result aku cukup makan jer..yer la masa tu study kelam kabut sket coz kene tahan wad la..bersalin awal la..macam-macam dugaan.. insyaAllah aku akan buat yang lebih baik dari yang lepas.. adik mira pun dah beransur baik selsema dia tu.. abang achap pulak dah habiz exam.. semalam dia tak gi sekolah..hari ni pun, hari ni sessi petang kene dtg pagi coz ada sambutan hari kanak-kanak..dia kata takmo pi..aku takde lah kesah sangat acara-acara macam ni..tapi hari sekolah biasa b4 exam akhir aku mmg tegas.. alhamdulillah achap pun tak pernah nak ponteng atau malas pi sekolah..kecuali ada hal2 macam tak sihat ke.. kene gi spital ke @ sewaktu dengannya, terpaksa la cuti kan.

Monday, October 22, 2007

PaLinG HappeNing..

Open House Paling Happening! Happy & Pening! Penat Gile!! Mahunye tidak.. acara bermula dari kul 4 petang sampai kul 2 pagi..tapi bagi aku, tu lah open house paling meriah, walaupun aku kepenatan tahap cipan dah,..
tugas aku sentiasa di dapur.. masak & masak & masak..

sejak acara bermula, kunjungan tetamu tak putus-putus, kebanyakkan kawan2 adik aku, kawan2 aku di mana ya? mayb dorang ada acara dorang sendiri dan sebab itu tak dapat menghadiri openhouse ni, tapi tak apa, aku paham..

Dalam ramai tetamu yang datang dan pergi tu, muncul juga antara adik2ku di ittar dulu.. amir datang dengan kawan dia, 3 minit kemudian muncul si Fozol..thanks ya, kerana sudi hadir.. Tak lama kemudian, zira datang dgn husben & anak2 dia..Ayu group assignment aku pun datan gak..

Belah malam hati aku berbunga riang bila muncul lagi adikku..amna datang bersama dengan iza & temannya (lupa la nama izi kot) hehehe..jgn mare.. dalam waktu dorang tengah jamu selera tu, datang sekumpulan rakan abg ija dari masjid, nak buat tahlil sikit, dah alang-alang buat makan-makan tu kata abg ija.. kemudian acara diteruskan lagi, dalam pukul 9.30 muncul budak2 Kamdar, ex teman2 sekerja dulu..dan seterusnya rumah mak terus dikunjungi oleh rakan2 abg ija dan adik2 lelaki aku..

Kami balik dari umah mak kul 2.30 pagi, lepas kemas2 barang, aku terlena terus.. adik, abah dia uruskan..tq ya bang..

Sunday, October 21, 2007

OPeN HoUSE

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah SWT berikan ke atas kami sekeluarga termasuk mak ngan ayah dan adik2ku dapat kami mengadakan rumah terbuka pada tahun ni.. rumah terbuka ni adakan bukan sahaja utk mengeratkan hubungan kami adik beradik dengan bermuafakat tapi juga untuk menjamu tetamu di Aidilfitri ni dengan makanan-makanan InsyaAllah sedap..

MENU? mesti korang tanye menu apa kan? hehe.. sebenarnya aku tak berapa nak sgt menu utama ni...korang mesti leh teka kan.. betul bagi yang meneka Laksa..huhuhuu..aku nak buat mee kari tapi ayah aku lak tak makan kari..sbb tu takleh nak buat, kalau nak jugak, acara makan2 tu kene buat kat umah aku ler..

InsyaAllah acara makan-makan akan bermula dari kul 4.00 petang sampai la malam.. kepada adik2ku exittar..meh la jemput ke rumah..tau kan rumahnya..kalau tak tau..sila hubungi aku di talian seperti dulu hehee..

Wednesday, October 17, 2007

Raya ke-5..MaSAk ReNdaNg AYaM

Aku tak puas hati betul makan rendang raya..kan aku masak pedas sangat..so aku bercadang nak masak rendang ayam pulak..bahan dah pun aku siapkan..tunggulah..apa pulak hasilnya..

Malas aku nak nunggu siang..so aku pun apa lagi, ambik cili kering terus rebus & blend. Then blend bawang, halia dan lengkuas yang aku dah siapkan tu..Pastu aku capai kuali besar, masukkan bahan yang dah blend tadi. Kemudian aku masukkan santan 3kilo..banyak tu..aku biarkan santan pekat dulu..dalam sejam gitu..pastu baru aku masukkan ayam yang husben aku dah cuci tu..ayam 3 ekor.. saje masak lebih coz nak bawak pi umah mak..lama aku nunggu rendang kering..tapi untuk keringkan rendang tu, terlebih dulu aku kuarkan ayam tadi takut hancur..lebih kurang sejam kemudian..baru masuk balik ayam tu..pastu masuk kerisik..siaaap!

Petang ada orang mai umah.. dalam kul 5.00 petang kami gi umah mak bawak rendang tu..ada makmi kat situ ngan anak2 dia.. alhamdulillah habis rendang yang aku bawak tu.. sedap kot ekekeke..

Monday, October 15, 2007

SyAWaL YaNG IndAh

Rendang yang aku masak semalam mak aiiiii..podehnyeee..sume tak larat nak makan, punya lah pedas. Ni tahun kedua kami masak rendang daging guna cili giling minang..tak sangka sebegitu pedas...lain kali guna cili kering jer..serik..kene alter balik rendang tu.. Malam raya mak aku kuar gi gerai pastu dia beli santan yang aku pesan tu coz nak alter balik rendang daging tu..pas alter ok la sikit walaupun pedasnya masih gak terasa..budak2 sure takleh makan..

Raya Pertama
Aku bangun kul 6.30 pagi, siap apa yang patut, pastu kul 7.00 pagi bangunkan abang achap..laju je dia bangun sebab dia tau hari ni hari raya..cuba bangun untuk sahur..punya lah liat..Kul 8.00 pagi husben aku ngan achap gi masjid bersembahyang raya. Pastu kami gi umah Mak Mat.. sederet umah aku ni je..kami beraya coz biasanya nanti dorang balik kampung, aku tak pernah beraya kat umah dia..selama ni.

Pastu macam biasa, kami balik kg hehehe..gi umah mak yg 5 minit drive tu. Kami sampai umah mak..abg sham dah pun ada..eee malunyeee..org jauh yang sampai dulu. dalam seronok bersembang, tetiba sepupu achap bagitau yang achap jatuh..luka jari2 dia..gerun jugak aku nengok. Apa lagi melalak je la abg achap tu nangis..tapi dalam sejam je lebih kurang, dia dah ok dah..alaaa bebudak sat je sakitnye tu. Apa lagi aktiviti menuntut duit raya ngan duit posa pun bermula la..kami lepak kat umah mak sampai malam..

Raya ke-2
Kami datang lewat..penat pun ada, dan paling haru..aku bertekak dengan adik aku si aye..aku ni pantang nengok budak kurang ajar dengan orang tua..sorry to say..

Raya ke-3


Aku gi rumah mak, tapi dah petang..masak bihun goreng kat sane.. mak bercadang wat ketupat..so ayah ngan adik aku man mula la ngayam ketupat..aku apa lagi kononnya nak belajar arr..buat pertama kali dalam hidup aku, akhirnya aku berjaya buat sarung ketupat tu..tu yg aku attach gambo tu ekekeke..jakun tui aku nih..bangga beb!

Friday, October 12, 2007

Di PENGHUJUNG RAMADHAN..

2 HARI SUDAH
Hati ini masih hiba..setiap kali teringat kejadian 2 hari lepas, air mata ni tak berhenti2 mengalir..hati ini pada mulanya begitu riang untuk mengambil langsir baru rumah mak yang dah siap kat CityOne tiba-tiba di sentap dengan satu mesej pesanan ringkas atau dikenali sebagai SMS yang dikirimkan oleh adikku. Di hadapan kedai2 di deretan Hotel Kawloon di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kaki ni terasa begitu payah untuk melangkah..terasa lemah semua sendi2..air mata tetiba sahaja menunggu masa untuk gugur ke bumi..Ya Allah ujian apakah ini ya Tuhan ku..ku gagahkan kaki ku menuju ke stesen lrt dengan air mata yang bergenang..aku ingin segera pulang..aku ingin segera bersama suami dan anak-anakku..lepas membeli tiket lrt, aku menuju ke bahagian ketibaan train..aku terus ke bangku yang ada di situ..aku ingin duduk mententeramkan hati ku..aku berusaha menahan air mata ini dari gugur ke bumi tapi..kehibaan itu menjadi-jadi setiap kali aku teringat SMS itu tadi..dan akhirnya air mata ku gagal untuk di sekang..gugur..gugur lalu mengalir di pipi montelku ini..aku tunduk mengesat air mata..malu pada org yg melihat ku..tapi apakan daya, hiba itu lebih dari segalanya..kenapa hatiku di gores sedemikian rupa..aku biarkan saja 2,3 train lalu di depan ku..ingin ku redakan sedikit hibaku ini..inginku redakan sedikit air mataku ini..tapi train yang ke 4 aku naik juga walaupun air mata berlinangan..sesekali aku sedar ada mata yang melihatku tapi aku tak berdaya untuk menyekat hiba ini..sesekali ku kesat air mata yang mengalir..sesampai sahaja di rumah, suami ku sudah pun menunggu, air mata semakin laju dan laju dan laju mengalir di depan suami ku.. dengan teresak-esak aku berkata "bang, kita buka kat umah ni yer' xyah pi umah mak" suami ku begitu mengerti hiba hatiku..dia bingkas ke pasar ramadhan untuk membeli juadah meskipun waktu berbuka sudah berlalu 10 minit.. achap berkali2 bertanya padaku.. "napa mama nangis?" aku cuma mampu bagi tahu dia yang aku sakit.. hati mula terhibur bila achap kata "mama..jom kita gi hospital..mama sakit..mama nangis..achap takmo mama sakit" itulah anakku..kebanggaan aku dan suami..semoga anak2ku terus prihatin dengan aku dan abahnya, InsyaAllah.,.malam itu aku berusaha menahan hiba ini berterusan..akhirnya aku lena seketika..

SEMALAM
Alhamdulillah semalam pengumuman Majlis Raja-raja telah mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari SABTU bersamaan dengan 13hb Okt. 2007. Sekejap sangat rasanya masa berlalu...tapi tidak bagi achap hehehe.. masih ada satu hari lagi ujian untuknya. 2, 3 hari ni dia asik mintak takmo posa jer..tambahan kalau dia tak sekolah, masa dok umah tu panjang tu yang ingat asik nak makan jer.

Semalam, lepas berbuka puasa (erkk aku dah raye dulu huhuhu) aku bersiap.... aku bawak achap gi Chowkit, beli kasut raya ngan songkok..songkok yang ada kat umah ni sempit, sian aku nengok dia dok pakai jugak songkok yang sendat-sendat tu..meriahnya Chowkit di malam-malam menjelang hari raya ni, sana sini orang dok melelong kueh raya..belom lelongan malam raya nanti..gerenti lagi meriah la.. tahun lepas aku gi jugak ronda-ronda malam raya ngan husben & acap naik keter tapi rasanya kali ni tak kot coz mira ada..nanti dia lak yang melalak lam keter time jem jem tu..adik ni dah pandai majuk, payah jugak nak pujuk, take time ekekeke..

PAGI INI
Pagi ni ada tugas yang menanti aku, macam jugak tahun-tahun yang lepas, tugas aku di pagi sebelum raya.. MASAK RENDANG.. nak kata sedap sangat tu tak la..orang kata 'hmmm boleh tahaan'..sambil jilat sume jari ekekeke..melampau tu.. pastu masak KETUPAT ngan rebus NASI IMPIT. So pada semua ..kalau nak rasa masakan saya.. JEMPUTLAH BERAYA KE RUMAH..

Thursday, October 4, 2007

LuPa BaYaR

Nak dijadikan cerita.. masa balik dari berbuka puasa hari tu..baru aku teringat sorang lagi tak bayar.. bukan dia yang tak bayar tapi aku lupa nak bayar kat kaunter..chem dah bagi duit kat husben aku..husben aku lak collect jerk hehehe, aku lupa nak suh husben aku gi bayarkan utk chem, masa kat umah husben aku ngah dok kira2 tu perasan duit terlebih..tu yg aku teringat tu. So esoknya dalam kul 10.00 pagi husben aku gi Hotel Putra tu balik, wat pembayaran utk sorang yang tertinggal. Dorang tak soal bayak pun..ambik jer then wat resit. Aku mmg respect kat husben aku nih coz dia tu sgt2 jujur..bab nak makan duit org ni, jgn la..tambahan kalo pasal makanan, jadi darah daging kita.. dari halal jadi sebaliknya..simpang..

Hari ni aku cuti dari dok buat kueh raya,,.. tu yg sebuk tak sempat nak update entry nih..aku buat kueh gunting aka siput hehehe ngan kueh loyang..nanti aku post gambar kat sini k.. now aku nak siapkan assignment..see u then..

Sunday, September 30, 2007

Gathering Ramadhan

Alhamdulillah.. Gathering Ramadhan vs Ittar kat HOTEL PUTRA,KL dah pun selesai. Dapat juga berkumpul sekali lagi dengan exclassmate 2003/2005 ITTAR@UNITAR. Yang hadir..Miza sefamily, Yati, Ani, ina, sus, am, ikin, shah, man, iera ngan ehem, ida, chem (tak penah kenal pun b4) hehehe..ok gak budaknye..sape lagi ekk,aku la ngan husben aku, adik aku aye serta anak-anak aku Amirul Asyraaf & Amira Faarysa..Opss sebelum terlupa..nak wish besday adik aku dulu..Happy Birthday yang ke 19 tahun aye!!..ok back to story mori about our gath, walaupun ramai lagi tak dapat hadir, atleast comeback jugak la memories dengan dorang dolu dolu..





Kat sinun kami direservekan 2 buah meja utk 20 org..seronok gitu, siap ada nama aku lagi kat atas meja tu, macam VVIP la pulak ekekeke..dah aku yang handle dah tentu la nama aku kan kan kan..Aku semeja ngan family aku, am, shah, man, ani, chem.. meja satu lagi sus, ina, miza sefamily, yati, eira, ida & ikin..Makanan? hmmm sedap jugak. Yang tak tahannya laki aku, asik ngadap kambing ngan ayam panggang jerk..tapi mmg sedap pun exspecially sos blackpaper dia..sedap. Alhamdulillah, si mira tak meragam, pas nyusu terus lena dalam keter tolak dia tu. Aku makan nasi beriani berlaukkan kari ayam, kurma kambing, kari kambing (tu sebenarnya feberet laki aku) so dia ambik makanan untuk aku sama macam lauk dia..sental jer la kan kan..3 beranak bernasikan beriani dan berlaukkan macam lauk aku..sedondon seleranya..ape lagi yang aku makan ek?..hmm macam2 la, mee bandung, ayam panggang, kueh mueh dan paling best nengok si ani makan, badan kurus tapi makan..fuh suka aku nengok..kalau la aku badan jenis macam dia, dah tentu aku tak benti makan sebab takde side effect ekekekke..aku ni bulan posa bukan makin slim, makin ngepam ada arr, ngeri aku..selera makan tu aduhai, susah nak lawan.

Kami dok layan perasaan makan tu sampai la orang keliling kami dah takde hehehe, ala..makan sampai kul 9, releks la kan huhuhu.. Agaknye la kan, mesti pekerja hotel tu kutuk2 kitorang coz tak reti2 nak balik ekekeke.. kul 8.40 kami bergerak turun.. nak balik arr.. kat lobby ada pengambaran Hijjaz ngan Ina Naim, sempat la jugak aku snap gambar dengan Ina & Suhaimi.. alaa wat kenangan jerk.





Borak punya borak.. ambik gambar tak renti2, kami pun berangkat la jugak akhirnya ke kereta masing2.. tapi kalo ikutkan rasa macam takmo balik jer.. nak jer sembang2 agi sambil2 minum kopi hehehe..

Kul 9.10 aku sampai kat umah mak, takde orang, tapi husben aku ada kunci, pas tinggalkan aku ngan mira kat umah mak, husben aku gi jemput mak kat Chowkit.. kul 11.00 malam kami balik umah sendiri. Pas tidokan mira, aku ke dapur nak buat kueh gunting @ siput, tapi tepung untuk elak melekat dah abis.. so aku goreng mana yang dah di gunting..fuh kor sedapp!! akhirnya berjaya jugak aku buat kueh gunting ni mengikut resepi mak aku, Chek Som..

Wednesday, September 26, 2007

Buffet Ramadhan

Permintaan adik2 aku dah pun hampir tertunai, dorang nak wat berbuka ramai-ramai kat hotel..aku pun dah booking tadi by fon, esok pi bayar deposit. Buffet Ramadhan Dewasa RM39 nett, Kanak-kanak RM26 nett bertempat di HOTEL PUTRA, KUALA LUMPUR pada 30hb ni..insyaallah

Tuesday, September 25, 2007


I made this widget at MyFlashFetish.com.

SaUNa SOLuTiON

Hehehehe.. now kul 4.33 pagi, aku baru selesai guna sauna solution untuk kempis kan perut aku. I don't believed! It's work!! ejejeje..bukan aku nak puji tapi macam tak pecaya pun ada, aku kempis 1" dari asal (biarlah rahsia) ekekeke.. kalau sehari 1 inci cuba bayangkan 10 hari..huhuuhu kempis betul perut aku nanti (harap-harapnya gitu la). Nanti baru boleh aku promote kan kat kawan-kawan aku yang senasib dengan aku yang lain-lain tu hahahaha..

So nampaknya akan bertambahlah rutin harian aku kat umah ni selain dari dok ngemas, memasak, membasuh, mendidik, mengawan (18X) wakakaka.. dan segala jenis men la..oklah aku nak panaskan lauk sat tuk sahur.

Menu sahur hari ni:-

Nasi Putih
Kari Daging Semalam
Ikan Siakap 3 rasa (tapi macam 2 rasa jerk ahakzz)
Tembikai Susu, Merah & Kuning

Thursday, September 20, 2007

ShOPPiNG RaYE

Pokai!!pokai!!hehehe ngeluh pokai ekk tapi bila shopping tak hengat pokai ekekekeke.. itulah aku, seorang yang sangat suka berbelanja huhuhu tapi kalo duit tarak, aku masih tau tuk dok diam diam kat umah hehehe..

Semalam aku keluar gi shopping raya. Aku gi sorang jer, senang aku leh ke hulu ke hilir sesuka hati aku carik barang, kalo bawak budak kan payah bersesak dengan orang ramai..tapi semalam hari kerja taklah ramai mana.

Kul 2.45 aku keluar dari umah terus ke sekolah abang achap nak bayar yuran tunas kat Cikgu Norazahiah & beli tie sekali. Aku sampai sekolah waktu tu time rehat, melilau jugak aku cari abang achap, yer arr kan ramai budak kat sekolah tu.. abang achap yang tegur aku sambil berlari-lari di kejar dek Fadilah. Abang achap temankan aku gi bilik guru. Lepas bayar yuran tu, aku di bawa oleh abang achap ke BOOKShop hehehe.. ape lagi terkena lah aku.

Dari sekolah abang, aku ke stesen LRT untuk ke Stesen Bandaraya. Aku terus menyusuri Jalan Esfahan dan terus ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tempat pertama yang aku tuju yakni NAGOYA, aku nak beli langsir untuk umah mak aku..aku bukan takmo gi KAMDAR tapi ada exbos arr masa tu. Segan lak pulak. So nak tak nak aku kene jugak cari kain langsir tu semalam jugak sebab aku dah janji dengan tailor.

Lepas beli kain langsir aku terus menghayun langkah yang masih gagah tu (waktu tu arr) ke City One yang terletak bersebelahan dengan SemuaHouse. Aku nak gi hantar kain langsir yang beli tadi kat tempat tailor. Selesai urusan tempahan, aku berpatah balik ke Semuahouse, aku nak tinjau2 kat kedai BabyDisneyland.. apalagi nak cari barang2 adik Mira la. Banyak gak barang aku beli, spring buai, hanger buai, baju 3 pasang, stokin, mainan bunyian untuk adik Mira, mainan getah untuk adik Mira geget coz dia dah gatal2 gusi tu..berat jugak nak ngusung barang2 tu.

Tapi aku masih steady lagi hehehe.. dari Disneybabyland aku menyusuri balik Jalan Tuanku Abdul Rahman, jugak kembali ke Jalan Esfahan coz Sogo kat situ hehehe.. aku beli barang2 cosmetic aku yang mana patut, waktu tu dah kul 6.35 ptg, lebih kurang setengah jam lagi masuk waktu berbuka, aku turun ke LG beli Sungkiss dalam botol kecik & air soya tin. Then aku naik lif ke tingkat 4 BabY & Kids Dept...waktu tengah memilih baju abag achap, masuk waktu berbuka, aku minum je sambil berdiri & sambil shopping hehehe.. aku beli baju kemeja kotak2 kaler merah, T-shirt berkolar kaler orange & Jeans 3 3/4 kaler itam. Adik Mira nye baju pun terbeli jugak lagi ish ish ish.. alhamdulillah. Ohh lupa..aku ada beli jugak baju untuk ayah aku, baju batik D'urban murah jeeerrr..

Kaki aku dah mula goyah hhehehe..leteh sangat2. Aku keluar dari Sogo menuju tempat teksi, nasib orang takde, takde la aku nunggu lelama dalam keadaan aku keletihan tu. Sesampai je umah mak, adik aku Man kata abang achap takmo makan coz mama takde..biar betul. Dia dah la posa. Aku masuk dalam umah, mak aku, husben aku, adik aku Aye bagitau perkara yang sama. Abang achap pun bagitau jugak sambil wat muka sedih. aku sebak masa tu, nasib la aku tak berbuka kat Sogo, kalau tak lagilah aku ralat. Aku terus suh abang achap makan sebelum gi main.

Balik dari umah mak, aku mandi & terus lena...zzzzz

Thursday, September 13, 2007

Bermulanya RAMADHAN TAHUN 1428H/2007M

Syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya dapat kita sekali lagi menunaikan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesyukuran. Alhamdulillah.. Dan moga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh ketaqwaan, InsyaAllah.

Ya..hari ni 1 RAMADHAN TAHUN 1428H/2007M , aku terjaga dari tido tepat pukul 4.00pagi, 3,4 hari ni aku selalu tido awal dan bangun lewat pagi.. walaubagaimanapun itu adalah waktu yang baik untuk aku uruskan rumahtangga..dan aku harap biarlah ianya berkekalan tak seperti sebelum ni, masa tido dan berjaga aku tak betul. Aku terus masak nasi. Semalam aku dah masak rendang ayam, aku ada simpan untuk sahur, pastu aku rebus telur asin je.. masa sahur ni kalau takde telo asin macam tak best kan kan..pastu aku buat teh o. Ringkas je menu sahur kami.

Pukul 4.50 pagi husben aku bangunkan abang achap untuk sahur..hehehe biasa la "ngantukla mama" abang achap mengeluh tapi bangun juga. Aku nak ajar dia berpuasa dan aku harap dia dapat berpuasa. Tapi aku tak nak la terlalu drastik, biar dia puasa berperingkat peringkat. lepas makan.. baca doa puasa.. sembang2 kejap, abang achap terus masuk bilik tido. Aku teruskan kerja-kerja umah macam hari-hari yang lain gak.

Sunday, September 2, 2007

Kurma Ayam Mama

Resepi : KURMA AYAM

Bahan A: Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4/5 ulas
Halia 1 inci

Bahan B: Kayu Manis
Bunga Cengkih
Bunga Lawang
Kas kas

Bahan C: Ayam seekor potong 12

Bahan D: Santan 1 biji sahaja
Kentang 3 biji
Carrot 1 biji
Serbuk kurma 3 peket campo air suam
Air asam jawa - mangkuk kecil
Cili merah 3 biji untuk hiasan
Cara membuat:

Memula panaskan minyak & tumis bahan B hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan A dan tumis hingga agak garing. Lepas tu masukkan serbuk kurma yang dah dijadikan pes dan goreng hingga betul-betul masak. Masukkan ayam, kentang & air ke dalam periuk tadi dan biarkan hingga kentang hampir empuk. Kemudian masukkan santan, air asam, cili merah hiris, lobak merah. Biarkan sehingga semuanya sebati dan hidangkan panas2..ummpp!!

Semalam buat pertama kali aku cuba masak kurma ayam, alhamdulillah nampaknya menjadi cuma tak beberapa pedas, nanti aku belajar lagi macam mana nak bagi pedas. So pada sesiapa yang nak mencuba..silakan pasti tak menghampakan.

Saturday, September 1, 2007

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 8

Alhamdulillah Hari Merdeka dah di sambut dengan begitu meriah, dengan begitu pengertian.. bulan september pulak amat bererti buat aku.. bulan ni adalah bulan ulangtahun perkahwinan kami suami isteri dan tahun ni adalah tahun yang ke 8, semoga aku dapat meraikan hari yang bersejarah dalam hidup aku ni selama hayat di kandung badan hendaknya..

Selama 8 tahun ni banyak suka dan duka yang kami lalui..terlalu banyak hinggakan kadang kala hampir mengoyahkan kasih sayang kami yang terbina atas dasar cinta sama cinta. Dan aku bersyukur dilimpahkan rezeki ke atas kami sekeluarga dan aku amat bersyukur kerana tahun ini aku dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Alhamdulillah aku memanjat kesyukuran kepadaMu Ya Allah (SWT).. semoga keluarga ku sentiasa berada di bawah lindunganNya InsyaAllah.

Friday, August 31, 2007

Merdeka & Perbarisan.. Baris! Bariiiiis Sedia!!

Selamat Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 50 negara ku Malaysia. Aku dapat rasakan sambutan kali ini agak meriah berbanding beberapa tahun lepas.. aku tak bercadang ke Dataran Merdeka semalam coz aku kan ada baby..tak sesuailah aku bawak dia tengah-tengah malam keluar kan kan tapi aku ngan husben & anak-anak aku kuar gak, kami ke tempat mak aku niaga.. kejap jer coz mira asik merenget ngantuk la tu. Abang achap pun buat hal, nak makan nasi goreng cina kat situ..ayah aku suh bagi tapi aku tak bagi coz kami baru jer lepas makan before keluar umah tadi dengan kata lain masih kenyang. Biasa la budak-budak nak sumbat jer perut dia tu selagi boleh.. lagi pun achap tu kene control sikit makan coz badan dia makin naik.. aku risau nanti di dapat penyakit lak dalam usia muda macam adik sepupu aku si ami ngan ali. Sekarang ni kul 4 pagi.. pagi ni nanti ada perarakan perbarisan kat Dataran Merdeka dan sepanjang Jalan Raja Laut sampai ke Sogo, so aku bercadang nak bawak achap gi tengok perbarisan tu.. aku nak dia rasai semangat hari kemerdekaan ni, macam aku rasakan.. apa yang aku rasa ekk?#@*%$ hmm.. aku rasa semangat kebangsaan tu berkobar-kobar & aku bangga sangat jadi rakyat Malaysia..bangga sangat dan bertuah. Pukul 7.00 pagi aku dah bangunkan achap..aku nak abwak dia pi tengok perbarisan Hari Kebangsaan. Kami naik LRT kul 8.00 pagi, punyalah ramai orang beratur nak beli tiket, sabar je lah.. Aku beli tiket ke Bandaraya stesen dekat dengan Sogo, sampai kat sana, orang memang dah ramai dah..sebelum kami lepak tengok perbarisan baru bermula, aku gi beli sarapan pagi dulu, berger ngan kebab.. pastu aku ngan achap pi kat bahagian depan pelantar duduk yang disediakan & duduk.. tapi bukan atas pelantar tu, kami duduk atas jalan raya coz pelantar untuk orang duduk tu dah penuh heheehe..meriah sangat suasana pagi tu, ramai sungguh orang..

Tuesday, August 28, 2007

KeJaM!

Aku baru selesai baca news kat internet tadi, kes kematian adik Mohd Naim Almazaadi yang berusia 11 bulan amat menyentuh hati aku..apa lah kejam sangat 'mereka' ini, apa lah agaknya yang 'mereka' pikirkan ketika mendera bayi seusia itu..

Yang aku geramkan pada si 'pendera' tu, tak sedar ke diri tu datang ke sini dengan tujuan untuk mencari rezeki.. dapat pula majikan yang baik, tak bersyukur langsung.. itulah perihal pembantu rumah ni.. kalau kita sebagai majikan terlalu baik sangat pun tak boleh, kene jugak ada kekerasan sedikit..

Lagi satu cerita tentang kehilangan adik Nurin 8 tahun di Wangsamaju.. ke mana lah agaknya adik tu pergi..aku doakan adik nurin sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT hendaknya.

Monday, August 27, 2007

Blog Anak-anakku

Seharian aku cuba buat blog untuk mira ngan achap.. tapi bukan blog la..saje nak try, tapi tak reti arr aku..macam susah sangat, tak macam blog ni..kira boleh la aku ikut. Tapi aku akan pastikan web untuk achap ngan mira siap..so nanti bila dorang dah pandai buat sendiri, aku serahkan kat dorang lak..to be continue..

Thursday, August 23, 2007

BaLiK KaMPuNG

Alhamdulillah kami dah pun sampai umah kat KL. Hari Isnin lepas kami balik kg Baling,Kedah kul 6.30 pagi.. nak wat kenduri cukur rambut ngan sunatkan adik. Kami singgah kat Padang Rengas, Perak pi umah Maksu Elly sat pastu kami teruskan perjalanan. Kami sampai umah mak kul 2.30 ikut jalan baru Grik-Kupang, Fuh jalan dasat ooo mengular.. fenin aku..tambah gerun bila nengok cerun dia, jauh tuuuu..

Majlis cukur rambut Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Kalau ada rezeki dan umur panjang kami nak balik kampung raya haji ni nak buat aqeqah untuk adik MIra, abg achap dah sudah dulu - 2 ekor kambing. Kalau perempuan sekor kambing jer atau sebahagian daripada 7 pembahagian lembu. Ni aku baru balik, letih dok lam keter 5 jam. Kami benti sat kat R&R Tapah makan n minum pastu teruskan perjalanan. Kami sampai umah kul 8.30 mlm. Klah..nak tidur dulu, babai.

Thursday, August 16, 2007

SeLaMat HaRi JaDi SaYaNG!


Makin tua laki aku ni..mcm la aku makin muda hahahha.. tadi kita orang potong kek. Kitaorang? hehehe aku ngan husben aku arr, sebab aritu tak sambut kan so arini sambut sekali arr.. aku tempah Chocolate Chip Walnut from Secret Recipe..sedap jugak rasa kek tu tapi aku rasa sedap lagi Moist Chocolate Cake masa besday achap aritu..terasa coklatnya.

Aku suka beli kat secret recipe tu bukan apa, walaupun harganya mahal standard RM65 tapi aku puas hati dengan rasanya. Tak macam kek yang beli kat kedai kek biasa, susah nak dapat yang sedap. Tak tau la nape jadi gitu. Pernah dulu aku beli kek untuk achap kat kedai kek, macam makan marjerin bayangkanlah.. sejak haritu aku serik..

Nanti aku nak belajar wat sendiri arr hehehe mayb leh jadi lagi sedap dari kat Secret Recipe kan kan kan..

Wednesday, August 15, 2007

Beli Kek

Esok harijadi suamiku..huhuuhu skema nye ekekeke..esok harijadi dia, so aku nak tempah kek, saje suka-suka..yang lepas tu biarlah berlalu, jangan di konang-konang, kalau dikonang merano badannn...teringat aku kat lagu Hattan Biso Bonar. Kad? hmm takyah la kot, aku anto email jer ar hahahaha...tak pun aku buat kad sendiri nanti (kalau rajin arr). Aku teringin nak makan kek coklat arr..tepon je kat secret resepi tu order, esok petang pi ambik, biasa kami sambut belah malam. Apa-apa pun kene tunggu esok, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan..

Saturday, August 11, 2007

LeTiHNYa!

Ntah nape aku rasa letih sangat masa balik dari class tadi..nak kata tak cukup tido, rasanya dah cukup aku ganti balik pagi tadi masa tido aku. Mayb jadual tido aku dah lari kot sebab tu aku sakit badan.. tak pun sebab ubat yang aku makan tu buat aku letih. Possible jugak tu sebab ubat gatal tu memang buat badan aku lenguh-lenguh. Tadi masa dalam class pun aku ngantuk, nasibla waktu tu dah dekat nak balik, takle haru biru nanti, apa yang aku belajar aku pun tak tau. Tadi ada ujian, aku macam tak reti nak jawab jer..senang tapi aku kompius!! Esok ada class agi, sabar..sabar.

Pas makan aku terus masuk bilik tidokan mira, waktu bila aku terlena ntah..dalam kul 9.30 malam si Yah datang ngan anak & kawan2 dia. Man yang bawak sebab dorang tak tau sangat jalan kat KL ni. Yah tu dulu masa aku kat kampung, rapat ngan aku seadik beradik, lagi pun kami ada pertalian sedara jauh belah Pakcik aku Pakcik Hamsin. Nak kata ada bau bacang..idung aku tersumbat kot ekekeke..tak daq bau.

Wednesday, August 8, 2007

ADiK MiRa DeMaM

Pagi tadi aku ngan husben & abang achap pi Klinik bawak adik Mira wat suntikan 3 serangkai yang pertama. Lega hati aku bila tengok tak ramai orang kat klinik hari ni.. sebelum adik kene cucuk, nurse awal-awal hulur ubat demam, dengan kata lain nanti adik sure arr demam.

Dalam kul 2.00 gitu badan adik dah mula panas..sah dah demam, aku cepat-cepat bagi ubat demam yang dalam peti sejuk tu. Adik merengek tak selesa, husben aku buh mummy yoko kat paler adik untuk serap panas badan adik. Aku harap adik cepat sembuh.

Monday, August 6, 2007

Arghhhhh.. NGaNTuK!

Aku takleh tido, sekarang dah pukul 2.54 pagi. Badan dah terasa panas, ni sure terjangkit demam dari abah achap..lagi pun aku dah tido lama balik dari class smlm.. alhamdulillah nampaknya adik mira dah boleh lena malam ni, cuma still takleh tido lam bilik agi coz dia tak leh kene aircond. Kalau tak on a/cond abg achap lak bising, tak tahan panas. Takpe lah, kene tido kat hall la lagi.

Dua Class yang baru lepas minggu ni buat aku tensen, sebab aku ngantuk. Tido malam sejam je.. mana leh tahan. Adik Mira takleh tido, memerengek jer. Balik dari class ahad smlm dalam kul 2 ptg, pas je makan2 ngan achap ngan husben aku..apa lagi, naik atas katil, capai remote aircond..zuuppp terus lena. Aku sedar dah kul 6.00 ptg, tapi smbung agi tido sampai kul 8..habis sume langgar. Waktu maghrib pun aku tak sedar. Apa-apa pun tq kat husben aku sebab ambik alih tugas jaga mira sementara aku kembalikan tenaga aku yang hilang tu..

Wednesday, August 1, 2007

Bulan Kemerdekaan

Dah 50 tahun Malaysia Merdeka.. Apakah pengertian merdeka kepada anda? Tu soalan yang selalu orang tanye kan kan.. apa pengertian merdeka pada aku?.. Ish, semangat patriotik lak aku ari ni..

Hari ni temujanji mira kat klinik.. tapi tak jadi pegi, Mira tak brape sihat, idung tersumbat. Ni gara-gara abg achap la ni, dia suka sangat dok cium muka adik mira, jenuh tegur sebab abg achap tak sihat, esoknya dah berjangkit..tensen aku.

Tuesday, July 31, 2007

Agar-agar kemenyan /lumut

Pagi-pagi aku dah masuk dapor hari ni.. aku try buat agar-agar ikut resepi yang dalam site kat bawah nun, jadi tu mmg la jadi tapi dia nye topping tu tebal sangat.. so aku nak betulkan resepi tu, lain kali leh buat lagi.. kalau ada sapa2 yang teringin nak cuba, sila lah..

1 paket agar-agar
daun pandan
3 sudu gula melaka/ seketul gula kabung
3 sudu gula pasir
air 4 cawan
2 biji telur
2 oz santan
garam secubit

masuk air dalam periuk..then masukkan agar-agar, 2 jenis gula tu & daun pandan. Sementara mendidih, pukul telur ngan santan & bubuh garam sikit, pukul hingga sebati dan masukkan ke dalam periuk tadi. Dah masak, tuang dalam loyang yang dah disejukkan. Biarkan agar2 tu keras, pastu buh la dalam peti sejuk bagi dia sejuk, baru sedap di makan..hmm yum! yum! yum! sekian.

Thursday, July 26, 2007

Diskaun Belajar

Tawaran Diskaun Sempena Tahun Kemerdekaan Yang Ke 50
Tarikh : 21/7/2007 Daripada: sufian
Sempena menyambut tahun kemerdekaan yang ke 50 Pengurusan SPACE UTM menawarkan potongan harga merdeka sebanyak 20% ke atas yuran matapelajaran bagi Semester 1 Sesi 2007/2008.Pemberian diskaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang telah menjelaskan keseluruhan yuran sebelum atau pada 5 Ogos 2007.

● Pemberian diskaun ini hanyalah ke atas jumlah Yuran matapelajaran (jumlah kredit yang dibayar) dan akan dikreditkan ke semester yang berikutnya. Manakala kepada pelajar graduan, pemberian diskaun diberikan kepada semester semasa.

● Disamping itu juga pelajar dari golongan warga emas (berumur 50 tahun sebelum/pada 31 ogos 2007) dan Orang Kurang Upaya (OKU) akan diberikan diskaun sebanyak 25%.


Fuh!! 20% tu.. laju jer aku ambik mesin kira, n congak2 agak2nye berapa la aku jimat kalau aku bayar ikut date tu..hmm hampir RM300 jugak..banyak tu, sape yang nak bagi RM300 yer tak? lagipun lambat laun aku kene bayar jugak yuran blajar tu.. so minggu depan la kot aku pi bayar kot..insyaAllah

Gerai

Hari ni mak mai umah.. ada masalah pasai gerai, nak citer kat sini macam tak sesuai jerk. Kalau ikutkan hati aku ni, nak jer aku ambik alih jaga gerai tu, sebab gerai tu la punca rezeki kuarga aku. Mak aku bersusah payah pasai gerai tu.. Tadi husben aku gi gerai, merangkap pengawal mak aku (huhuhu macam ganaz jer bunyik nye kan kan).. ish,,penin lak paler aku nih..esokla aku update..papai.

Wednesday, July 25, 2007

Bosan

Sapa kata dok kat umah seronok? adeh..bosannye!! aku dah hampir 8 bulan dok umah, cuti termasuk cuti berehat, cuti bersalin n cuti tanpa gaji dsb. Aku bosan!! aku bosan!! memangla seronok tengok perkembangan anak tapi.. ntah la, aku tak hepi sebenarnya asik lepak dok kat umah.. tensi aku! Nasib baik aku ada kelas ujung minggu, dapat jugak aku kuar dari kepompong batu tu.

Lagi satu perkara yang sebenarnya aku tak suka buat ialah merotan..tapi aku terpaksa sebab kalau aku tak ngajar achap tu perkara yang betul, takde sapa yang nak ajar.. tapi dalam hati aku terseksa..

Saturday, July 21, 2007

aKu RiNDu

Aku rinduuuuuu sangat nak jumpa kau Bibi.. mana kau? Mana kau menghilang? Mana kah menghilangnya sahabat yang penat akrab dengan ku seketika dulu..BIBI SAKUNTALA SAKANDAR KHAN?

Thursday, July 19, 2007

My Day

What was happen on my besday yesterday? It is NOTHING..i just can't believe this.."You can spend your time with your friends and payed them lunch but u dont want take me out to do something.. so dissapointed". TQ

Tuesday, July 17, 2007

JaLaN KaKi

Aku ke National Library arini.. cari bahan assignment. Aku gi naik teksi jer..so dalam kul 5.30 ptg aku dah standby nak balik coz aku nak terus ambik anak aku kat sekolah..takut lewat lak. Aku tengok kat seberang jalan depan library, mak aii.. keter bersusun bergerak pelan2..hmm ada yang kene bayar tambang teksi lam RM10 or RM15 nanti, tak pun RM20.. aku mula mencongak2, bukan apa..macam tak berbaloi jer bayar mahal2, umah dekat jer. So aku ambik keputusan yang amat tragis sekali.. BERJALAN KAKI..fuhh!! penat beb! nasibla aku jalan kat tepi tasik titiwangsa, tak la terasa sangat jauhnya. Aku sampai sekolah achap ngam2 lagi 5 minit loceng berbunyi.. balik kami singgah beli berger ngan ayam golek utk buat makan malam..

Saturday, July 14, 2007

SeMeSTer BaRU 2007/2008

Alhamdulillah aku dah kembali ke kelas arini.. memula tu excitednye, tapi pas 2 jam mata sakit & kepala aku dah mula fenin, agaknya terlalu lama nengok white screen tu kot.. arini class Industrial Psychology dengan Madam Akmar..fuh jenuh jugak paler otak aku nak paham, macam biasa arr dah ujung2 class baru aku paham..tu pun sikit-sikit..

Thursday, July 12, 2007

MiRa 3 MoNTh

Hari ni genap la umur Mira 3 bulan.. dia pun dah semakin montel. alhamdulillah.. aku suka dengar sore dia nangis..dah lama umah ni tak dengar sore baby.. aku suka sangat..

Petang tadi aku ngan husben n Mira gi HKL Wad Pedetrik KK4. Kami melawat ida ngan anak dia Sofia (betul ke aku eja ni ek). Anak Ida nak kene operate hari ni ganti saluran hempedu. Sian dia. Aku doakan anak ida cepat sembuh. Masa kat sepital tadi, teringat kat KK8 ngan KK9 masa Mira dok sana aritu.

Balik pi jemput abg achap balik sekolah, tu pun dah lewat 5 minit, nasib dia tunggu. Aku risau kalau dia balik umah sendiri, tengok2 kat umah takde sape2.. sure nangis nye.. pastu singgah kat umah mak jap, santap anak beranak hehehe.. then pas citer Manja habis kami pun balikkkkk..

Sunday, July 8, 2007

Kenduri Kahwin Lagi..

Hari ni kenduri kat umah arwah Pak Yudit..Kami tak gi pun kenduri tu sebab miscomunication.. aku dah janji ngan mak aku gi kul 12.00 thari aleh2 mak ngan ayah nak gi kul 4.00 petang sebab ada agenda lain. Hmm..maner leh sebab keter yang kami pinjam tu kene pulangkan balik.. tapi kami sempat gak pi Carefore beli barang umah..habis gak RM300.00..ish ish ish..kopak kopak..

Saturday, July 7, 2007

Kenduri kahwin Safrina

Penat sungguh rasa badan aku ni, aku ngan husben n anak-anak aku serta mak ngan su adik aku baru jer balik dari Sungkai, Perak. Kami pi umah Mak Dah. Mak Dah ni adik mak aku. Ada kenduri kahwin si Rina adik sepupu aku. Walaupun aku tak buat kerja (sangat) tapi aku terasa sangat kepenatan tu. Maybe disebabkan cuaca arr.. cuaca yang panas sekali. Air sirap kenduri tu tak mampu menandingi tahap kepanasan badan aku hari ni.

Kami ke Sungkai semalam, bertolak dari umah kul 7.30 malam. Kami pi dengan 2 biji keter. Keter aku dipenuhi oleh aku, husben aku dan anak2 aku serta mak ngan maknyah (makcik aku jugak). Keter satu lagi ada family Makmi, adik aku si Su ngan adik sepupu aku Kamalia. Kami singgah kat gerai buah dulu ambik tembikai ngan laici. Kami sampai umah Mak Dah 2 jam kemudian. Aktiviti pertama kami adalah menjamu selera.. si Rina nikah malam tu. Pastu kami mengambil tempat masing2 untuk beristerihat (tido). Aku ngan family aku tido kat bahagian bawah umah. Kuarga Pak Ja pun tido kat situ. Memula masa aktiviti memilih cadar dan bantal berlangsung, kami dikejutkan dengan kehadiran 'lipan'..besar tu.. kalau kene la.. eee ngeri aku nak membayangkannya. Aku ngan husben aku tido2 ayam.. antara kul 4.30 pagi hingga 5.30 pagi sekali lagi kami dikejutkan dengan kehadiran 'Kala Jengking' dekat kaki tilam anak aku.. menjerit aku dibuatnya. Besar tuuu.. 1st & foremost aku selamatkan anak kecik aku dulu.. tapi kala tu dah dekat dah ngan kaki achap, husben aku apalagi capai arr penyapu &..nah! ambik ko!! husben aku tenyeh ekor dia. Mata aku dah takleh lena sebab risau sebenarnya.

Aktiviti kenduri berjalan seperti biasa macam kenduri2 orang lain jugak.. pengantin bersanding n makan n majlis tamat.

Tuesday, July 3, 2007

Pemeriksaan Mata

Dalam tempoh 24 jam yang lepas, aku gitu bz sekali. Cadangnya pepagi nak ke HKL tapi aku bangun lewat sikit pagi ni tapi aku ngan achap tetap jugak ke HKL kul 9.00 pagi. Kami gi naik teksi jerk sebab husben aku kene jaga si Mira. Kul 9.50 pagi kami register nama n ambik nombor. Nombor giliran aku 1659 dan achap lak 1660. Lama nye nungguuuuu.. 2 jam tu berdiri kat situ. Umat manusia punyalah ramai hari ni. Aku wat pemeriksaan mata sbb aritu masa aku kat kedai spek, dorang scan, kata mata aku ada 'something' n better pi check so aku pun risau arr..mata maaa. Sebelum jumpa doktor, aku ajak achap pi makan dulu..

Nak dijadikan cerita, masa aku dok nunggu tu, aku macam perasan nombor giliran yang dipanggil tu macam nombor giliran aku. Apalagi..aku terus meluru masuk ngan achap..sekali tu salah maa..no tu 1569, malunye aku hehehe...nasib doktor je yang ada ekekeke.

Alhamdulillah kata doktor mata aku takde apa2 masalah, tapiiii.. achap nye mata dia kata teruk rabun tu.. so dia suh aku pergi jumpa pakar mata kat tingkat satu. Kat situ sekali lagi achap kene wat ujian penglihatan. Memang nurse yang jaga situ kata teruk. Risau aku dibuatnya. Pastu kami dah set temujanji bulan lapan ni. Aku dah pun tempah spek achap. Kesian kat dia, selama ni dia selalu tak siapkan kerja kat sekolah rupanya sebab dia tak nampak. Aku tak pulak perasan selama ni. Cuma gerak hati aku jer yang bagi petunjuk suh check mata achap haritu.

Balik dari HKL, siapkan achap ke sekolah n hantar dia arr. Pastu pi jumpa Cikgu Suria bagi surat dari doktor yang suh achap dok kat depan sekali wat masa ni. Pastu aku ke BP settle beberapa urusan mak aku. Bawak Mira sekali. Balik kami singgah kat kedai makan area Chowkit untuk jamu selera. Mak belanja hehehe..

Achap balik sekolah terus tanyakan spek dia tu, tak sabar nyeee.. Harap harap mata dia semakin baik nanti..boleh ke? InsyaAllah.

Saturday, June 23, 2007

Result Exam

Letih hari ni aku berjalan, dari Bank Pertanian Cokit pastu ke Sogo pastu ke Medan Mara, pastu ke Sogo balik.. macam jauh sangat hehehe... memula aku ke BP uruskan pinjaman niaga mak aku, pastu aku terus naik Monorail ke Stesen Titiwangsa then tukar LRT ke Bandaraya.. Sogo la tu.. sebelum merayau kat Sogo aku ke Medan Mara dulu.. aku ke medan mara bukannya apa, nak pi ambik baju yang aku tempah tahun lepas.. aku ulang sekali lagi..TAHUN LEPAS 2006 dan paling mendukacitakan aku..baju masih tak sempurna..belom siaaaaaappppppp manik lupa letak... duit bayaran tak la pulak lupa !! geramnye aku.. kedai jahit yang agak popular lak tu..uwaaaa.. ni adik aku la yang rekemen kan dulu.. serik dah aku nak antar tempahan jahit kat Medan Mara tu.. Pastu aku isi perut aku yang kosong ni kat Medan Selera Sogo..

Balik aku ambik teksi then terus ke sekolah achap sebab hari ni openday..hari ambik report card..wawawa.. aku dah agak dah, achap mesti gelisah nunggu aku nyeer.. so aku pun ngadap ler cikgu achap..Cikgu Suria. Cikgu pun cerita arr tentang achap kat sekolah.. alahaiii masalah betul budak nih..masalah dia tu arr,.. masalah tak boleh berhenti bercakap..asik nak cakaaaap jer..macam mana nak bagi tumpuan kat lam kelas.. ish ish ish..patut la banyak keje sekolah dia tak siap,, ini rupa puncanye.. aku panggil achap sekali dengar apa yang cikgu cakap, dia pun dah 'promise' kat cikgu suria yang pasni dia akan berubah..nanti kita tengoook..harap2 dia berubah la.. tentang pelajaran dia, alhamdulillah ok, taklah pandai sangat tapi alhamdulillah. Dia peksa dapat no.12 dari 38 org..ramainya murid dalam satu kelas ekk..

Malam apa yang aku tunggu berhari2 sejak seminggu exam dah pun aku terima. Hari ni result exam keluar, walau tak sebaik mana, alhamdulillah aku lulus semuanya. Harap aku dapat buat yang lebih baik nanti.

Friday, June 15, 2007

Dah Mula dah..

Umur Adik Mira dah masuk 2 bulan dah.. dia demam sikit skrg ni tapi dah jumpa Dr.Ruzini Pakar Kanak-kanak Ibukota, doktor bagi ubat demam, cuma doktor kata kalau demam berpanjangan dia suh bawak balik jumpa dia arr.. masuk hari ni dah 3 hari mira nye badan terasa bahang..tapi tak la kuat sangat..aku harap2 esok kebah ah.. riso aku.. dia dahla lahir tak cukup bulan, kene jaga betui-betui..ni pun dia ngah lena, tu yang mencelah sat. Waktu malam dia susah nak tido, merenget jer keje nye. Tak selesa kot..esok kalau masih demam gak kene bawak balik la nampaknye.. klah, nak siapkan abg achap gi sekolah lak.. jumpa lagi

Sunday, June 10, 2007

Ntah la...

Alhamdulillah exam dah pun selesai tadi tapiii.. ntahla rasa macam cukup2 makan jer result nanti.. takpe semester lain aku janji dalam diri aku yang aku akan buat lebih baik lagi InsyaAllah.. ini lah cabaran untuk aku..kalau dulu masa ambik dip, exam semester, anak aku yg sulung kene denggi, yg ni pun exam semester satu tertanggu jugak sebab aku bersalin.. tapi aku nak try kejer balik untuk semester2 lain..

Thursday, June 7, 2007

Esok Exam

Esok nak exam..ntah la aku mampu ke tidak jawab ngan betul.. aku ulangkaji mana yang terdaya dek aku jer, almaklumla ngan baby lagi.. tapi walaubagaimanapun aku nak jugak try buat the best esok jumaat sampai ahad exam aku.. doa kan aku berjaya k.. "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bantulah aku, tenangkan hati dan fikiranku ketika aku menjawab exam nanti..Amin".

Tuesday, June 5, 2007

Selamat Ulangtahun Kelahiran


Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi Amirul Asyraaf, Selamat Hari Jadiiiiiii.... muaaaahhhh..love uuuu!!
Acara bermula pukul 8.30 malam, cadangnye nak sambut adik beradik jer tapi atas permintaan besday boy, dia nak jemput budak2 sebelah umah, so aku pun pi jugak la jemput. Menu ringan jer.. aku tak masak ape2 pun.. yang ada KFC, laici, tembikai ngan kek..minum sirap ngan teh o. Yang seronoknye budak2 tu la, alhamdulillah achap pun happy sangat.. sebab dia tau yang mama dia still sayangkan dia walaupun dah ada adik.

Monday, June 4, 2007

Besday Achap

Esok besday achap yang ke 7.. Selamat Hari Ulangtahun ke 7 yer sayang.. mama love u so much.. kalau mama marah marah tu, ada sebabnye k.. u know that, right? Wat ever it is, i want u to be a good person forever.. Love u

Saturday, June 2, 2007

Cuti Sekolah

Dah seminggu cuti sekolah berlalu, orang yang paling seronok cuti sekolah ni achap la.. mana tidaknye aku bagi kebebasan sepenuhnya untuk dia main game, main kat luar, tengok tv & tidur lewat. Ialah kan periksa dia yang lepas dia agak tekun jugak ngadap buku hehehe itupun sebab kene paksa, kalau tak, entahlah..

Adik ipar aku hat pompuan pun ada kat umah, si farah. Dia mai ngan bangcik, abg dia, adik husben aku, pakngah achap. Farah nak dok sampai cuti sekolah abis tapi dia kene balik jugak awal sebab ada keje sekolah yang dia lom siapkan..lagipun dia nak ambik SPM tahun ni. Aku doakan dia dapat yang terbaik dalam peksa nanti.

Baby? baby alhamdulillah sihat. Semalam 1hb aku ngan husben bawak Mira nama baby aku gi HKL wat periksaan mata kali ke2. Kami jumpa akil ngan mak bapak dia..jiran masa dok kat wad dulu, ingat tak? Dia pun datang wat rawatan mata. Lamanye kami nunggu giliran, dari kul 8.30 pagi sampai kul 11.00 pagi baru siap. Kali ni mira jerit sepenuh hati, doktor pun kata gitu.
Alhamdulillah mata mira ok dan tak perlu datang lagi kecuali.. kecuali bila umur mira dah setahun..kalau ada tanda2 mira tengok barang dekat2, doktor suh mai balik. Aku harap mira tak apa2. Sekarang ni dia dah berisi sikit..berat dah 2kg kot sebab timbang yang lepas berat mira 1.95kg. Aku harap bertambah la,.

Abang achap..hehehe abg la pulak sekarang ni, dia takde waktu ni, kuar ngan maklang, maksu & opah dia pi Sogo. Konon nak pi Medan Mara makan sate samuri kat sana,,.. tak tau la pulak nape tukar menu. Dorang gi Sogo makan Mc Donald je kat bawah tu. Pastu terus pi order kek besday achap 5hb ni nanti.. aku suh maklang dia jer yang pilih kek yang sedap.. aku mana lah leh kuar sangat kan kan kan..dah ada mira terikat la sikit hhehehe..

Tuesday, May 22, 2007

Kad Untuk Mama

Dah berapa hari aku tak on pc..minggu lepas mak ngan abah mertua aku datang dari kedah. Adik ipar aku ngan family dia pun ada.. si comey farisya pun ada ..geram aku kat pp farisya tu..tembam!! dorang dok 4 ari jer.. nak jer aku halang mak ngan abah balik tapi dorang pun ada kerja gak nak buat kat sana.. takpe lah, nanti2 aku balik pulak kg..

Semalam anak aku si achap bagi kad.. macam tau tau jer hari ibu.. sedih aku baca apa yang dia tulis, dan hepi pun ada coz dia dah pandai karang ayat, tak kisah la cacamarba ka asalkan aku paham. Sebenarnya kad tu bukanlah kad ucapan tapi lebih kepada luahan hati dia.. nak tau apa yang dia tulis..hmm

" ini untuk mama"
"mama suka marah achap"
"mama tak sayang achap"

3 ayat tu dah cukup buat hati aku tersentuh, ialah dia pun terlebih sensitif sejak2 ada adik nih.. selalu sangat merajuk. Tapi aku usaha gak takmo bagi dia rasa tidak dipedulikan.. aku tetap sayang dua2nye.. abg ngan adik.

Ialah, sekarang ni dah ada dua orang terasa sangat lainnya. Mana taknye, 7 tahun kami bertiga jer, dah tentu si abg terasa kan..hmm insyaAllah, aku akan berlaku seadilnya.

Friday, May 11, 2007

Di manakah sabarku

Semalam aku mengamuk sangat2 kat anak aku si achap bila dia balik dari sekolah.. aku rotan dia cukup2..kesian dan kesal pun ada lepas tu.. kerana duit RM10..

Achap nak beli buku cerita yg rege RM1 sebuah kat sekolah dia, so aku bagi dia RM10 dan suh beli 10 buah buku cerita yg dia suka.. dan aku berkali2 pesan kalau buku takde jgn keluarkan duit tu..simpan baik2. So ptg dia balik dari sekolah aku tanyer pasal buku tu..dia kata buku takde, org yg jual buku tu takde..oklah aku tak kisah sgt tapi..bila aku tanyer pasal duit tu, dia kata duit dia dah beli nasi goreng.. dgn harga RM10.. org kantin pulangkan 20sen..boleh gitu? aku nak salahkan anak aku sgt pun tak boleh sbb dia tak tau nilai sebenar RM10 tu.. dia ingat macam RM1,, ape lagi tu yg kene tu..

Malam bila mood aku reda, aku panggil dia yg tengah baca buku lam bilik, Aku ambik note RM1 4keping..aku tunjukkan kat dia nilai RM10 tu..barulah dia paham yg sepatutnya dia kene ambik balik baki RM9 dari kantin tu..

Lain kali aku kene beringat sama.. ish ish ish

Sunday, May 6, 2007

Dah Boleh Balik Rumah

3hb Mei 2007

Belum lagi kedengaran azan subuh, seperti hari2 yang lalu aku yang tak lene tidur sebab menjaga waktu menyusu bayi ku, menyorong katil sorong baby ke tempat penimbang.. berdebar2 hati ini hanya Tuhan jer yang tau. Semalam berat badan bayi ku 1.74kg, masih tidak dibenarkan balik sebab doktor meletakkan berat minimum bayi ku 1.75kg baru dilepaskan pulang.

Aku tanggalkan pakaian dan pampernya dan dengan berhati-hati aku mengangkat bayiku ke pelantar penimbang. 1.74kg.. 1.75kg..1.76kg.. penimbang digital tu mula menetapkan berat sebenar bayiku hari ni.. dan nombor nya berhenti ke angka 1.765kg.. Alhamdulillah syukur aku padaNya, nampaknya hari ni aku dah boleh pulang ke rumah.

Pukul 7 pagi aku dah siap memandikan bayi aku.. dengan lebih tepatnya mengelap badannya. Hehe dorang tak benarkan dimandikan takut berat badan menurun.. Selepas menyusukan bayiku, aku berehat sambil menanti doktor yang bertugas pagi ni datang merawat bayiku.. Pukul 8pagi... takde lagi doktor ni.. 9pagi pun takde ish ish ish..sabo jer la. Last2 aku terlena sampai kul 10.00pagi.. tapi doktor tak jugak datang2.. aku ambik keputusan pergi mandi.. itu pun aku buat cepat2 sebab takut waktu aku tengah mandi doktor datang lak.. Selesai mandi aku tengok jarum jam kul 11pagi..hi mana doktor nih (aku mula tensen).. 10 minit kemudian baru la aku nampak kelibat doktor pelatih tu.. alhamdulillah doktor ngesahkan bahawa aku dah boleh balik hari ni dan kene datang ikut temujanji yang telah ditetapkan dalam kad bayiku..

Thursday, April 19, 2007

Cerita selanjutnya.. Wad 2

aku nak cerita, apa yang berlaku di wad..

Isnin 9/4/2007
macam yang aku dah cerita hari tu.... malam aktiviti aku.. makan n tido

Selasa 10//4/2007
Aktiviti makan n tido aku berterusan sehingga hari ni. Pagi doktor datang rawat aku kata aku kene dok wad sampai hari jumaat. Uwaaaaaaaaaa!! lamanyeee..

Rabu 11/4/2007
Aku meneruskan aktiviti aku. Hari ni ina ngan sus datang lawat aku.. tq adik2 ku. Malam aku rasa semacam jerk.. aku rasa tak sedap badan. Rimas aku ngan pad yang penuh jer ari ni. Bercampo ngan darah lak tu.. ishhh risau lak aku di buatnya.. ape hal lak ni.
Aku releks je..(konon) sat sat aku pi bilik air.. kencing n tukar pad.
Kul 11 malam aku rasa lagi tak sedap badan.. bahagian rahim aku sakit sangat.. berdenyut2..
Aku panggil nurse suh wat pemeriksaan.. dorang chek tapi takde contraction nak bersalin kata
nye.. hmm takpe lah..

Khamis 12/4/2007 Tengah malam
Kesakitan aku makin bertambah.. aku call husben aku bagitau yg aku mayb dah nak bersalin.. tapi bila nurse wat checkup.. katanya lagi 'takde contraction' dgn makna lain yg aku ni lom lagi nak bersalin. Nurse kata aku mayb kene jangkitan... Jangkitan pada air ketumban aku yg bocor tu. Aku ia kan aje sbb aku bukannye tau pun bab2 ni.. Tapi..... kul 2.30 pagi lebih kurang gitu, aku dah tak tertahan lagi. Sakit sangat!!!!! Aku nekad pi cari doktor, aku nak suh doktor rawat aku. kalau betul aku kene jangkitan, kenapa sakit sangat.. n bagilah ubat.. dalam aku mencari n menahan sakit tu.. sorang nurse ni nampak aku.. dia simpati kot terus papah aku ke bilik rawatan. Dia pi carikkan doktor. Doktor wat rawatan kat atas aku... n mengesahkan bahawa aku ni sedang sakit nak bersalin!!!!! Ya Allah!! selamatkan lah hamba mu ini.. aku terus berdoa dalam waktu sakit tu.. moga semuanya akan selamat. Nurse2 kat situ sumer terkejut sbb peranakan aku dah bukak 5cm.. ntahla aku nak salahkan sape pun aku tak tau.. nama je jururawat terlatih tapi... mcm tak cukup di latih.. aku terus di bawa ke labour room.. operasi buang tu buang ni pun bermula.. hampir sejam kemudian..

"Doktor.. saya rasa macam nak terkencing la.. nak terberak pun ada" kata aku dalam menahan sakit yg teramat tu..

Aku tetap tarik nafas dalam2 masa contraction berlaku.. Ya Allah, sakinyaaa.. tapi aku dapat rasa kan yg aku masih dalam keadaan tenang n terkawal..mungkin sbb aku dah ada pengalaman bersalin kot.. tak macam yg 1st duluuuu hehehe... Doktor buang air kencing aku...n suh aku standby untuk meneran.. ala2 berak gitu.. Tepat 3.55 pagi... aku meneran... sekuat hati... dan.. "uweeeeeekkk.... uwekkkkkk..." terdengar suara baby..

"Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.." zikir tu tak putus2 keluar dari mulut aku... syukur sangat2 aku. Sebaik semuanya selesai dan aku mula berehat, aku capai hnpon dalam poket baju aku..

"Bang... mama dah bersalin" slow je suara aku bagitau dia.. husben aku mcm tak pecaya mulanye.. pastu dengar yg dia gembira sgt2..

Kul 7.00 pagi aku di tolak ke wad n berehat di sana.. baby aku di bawa ke wad UNIC.. tempat baby pramatang dijaga.. anak aku lahir tak cukup bulan.. tapi alhamdulillah dia sihat..

Monday, April 9, 2007

Wad

Hari ni aku kene gi HKL. doktor Onny rujuk aku kat pakar sane coz air ketumban aku bocor. Dengan kata lain, aku kene tahan kat wad and bakal bersalin kat HKL la kali ni.

Kul 2.00 ptg aku ngan husben pi la HKL. Maaf to say la ek kawan2.. aku ni bab nunggu lama ni..alahai tensen tui. Lamanye masa pendaftaran kat klinik bersalin tu. Udah la gitu.. berserabut otak aku di buatnya dgn cara dorang bekerja..kelam kabut! Dalam masa tu jugak, ada sorang perempuan ni baru je sampai.. dok atas kusi roda tengah tahan nak bersalin. Boleh dorang (nurse2 tu) bz wat keje lain.. ish bengang betui aku nengok.. pastu pompuan tu dorang bawak pi bilik kat situ jer... elok je alihkan dia naik atas katil..haaaaa ambik kor, terus beranak. Baru kelam kabut nurse2 tu. Dalam hati aku,, terbayang akan nasib yang menimpa aku nanti..mungkin kah aku akan di layan sebegini?!! oh tidakkkk!!

Selesai sessi pendaftaran, aku di bawa ngan kusi tolak ke wad. Kenapa perlu bawa aku ngan kusi tolak? kompius aku di buatnya. aku kan sihat.

Hmm...

Monday, March 19, 2007

Jalan-jalan

Hari ni aku nak citerkan apa yg dah terjadi ngan plan aku aritu.. so plan aku nak ke spital dah terlaksana. Dapat jugak aku jenguk zira ngan anak2. Lama jugak aku lepak kat bilik besar dia.. ada 5 katil sume nye.. sronok gitu cam pi holiday jerk hehehe.. Banyak benda yang kami sembangkan..

Balik dari spital ape lagi, aku ngan sue (adik aku) singgah jap kat Ampang Point. Pastu terus ambik teksi nak ke lrt. Aku takmo balik dengan teksi direct sbb aku tau, waktu2 gini sure jem giler kat Jalan Tun Razak tu. 1. Waktu sibuk, kul 4.30 ptg..2. Hujan turun dengan lebatnye,,,
haa..korang bayangkan la kesesakan yang bakal berlaku..dan yang paling gerun, kesesakkan itu akan menyebabkan dompet aku makin nipis coz byr duit teksi banyak...hehehe kedekutkan aku ni..

Balik aku singgah jap kat sogo.. saje nak nengok ape yg sale huwahuwahuwa... terbeli la jugak skit.. kuwangkuwangkuwang.. then aku terus balik umah..letih giler wehh..
Husben ngan achap lom balik agi.. so..i'm alone..

Friday, March 16, 2007

Sunyi..

Semalam husben aku dah balik kg... alhamdulillah dia sampai umah mak dengan selamat. Husben aku tu suka drive laju (aku pun sama). Risau gak. Kalau aku ada, takpe sbb biasanye aku jadi co-pilot hehehe.. sabo jer la..

Kalau dah takde anak ngan husben aku.. maknanye umah aku sunyi dan sepi (mcm lagu febians).. terasa sunyi sgt. Tapi alhamdulillah mak aku ngan adik aku mai tido sini, ader jugak lah aku teman.

Apa plan aku hari ni ekk.. hmm aku cadangnye nak melawat member aku si Zira ngan anak-anak dia. Macam mana lak dorang 3-3 boleh sakit perut muntah-muntah sampai masuk spital. Takpe lah zira..kor kene banyak sabar k.. nak ke sane naik apa ekk? hmm nantilah aku pikirkan..susah2 sgt kami naik teksi jer. yer la kan...drebar aku kan ke balik kampung hehehe..

Pastu aku nak ke mana? hmm aku cadang nak ke Library National la...cadang jer la tu kot hehehe, bosan arr situ takleh nak pinjam buku. Klah..nanti aku sambung lagi, aku nak ke dapur, masak. Lapar sgt.Bye..

Tuesday, March 13, 2007

Debaran, kerinduan & kemengahan

Hmm.. dah hampir sebulan aku tak update entry... almaklumlah makin sarat ni makin termalas lak hehe.. Sekarang ni cuti sekolah, achap awal2 lagi dah balik kg ngan Pak Ngah dia. Takde dia sunyi sangat aku rasa waktu siang ni, mlm tak kisah sgt sbb husben aku ada. Achap balik kg tukwan dia kat baling, kedah sabtu lepas. Hari ni selasa, aku dah start meghitung hari, bila agaknya anak aku balik sini. Haritu aku confident jerk lepaskan dia balik, lagi pun sian aku nengok dia, awal2 lagi dah mention nak balik umah Tukwan. Tapi hari ni aku dah start bosan.. kalau dia ada kam umah ni havoc skit..bukan sikit tapi banyak hehehe..

Takpelah, InsyaAllah ahad ni balik la dia, nampaknya ujung minggu ni aku sorang2 ar kat umah, tapi aku dah plan nak ajak adik aku tido sini sbb husben aku nak balik kg jemput achap. Takde lah aku sunyi sgt nanti. Lagi pun takut gak kot2 aku tersakit lak, kan dah nak masuk 7 bulan kandungan aku ni. Debaran toksah cakap la, ngalahkan masa aku memula ngandung dulu..tujuh tahun dulu hehehe..

Study? hmm nak kata excited, tak jugak.. aku kekadang suka study last minit. Dah jadi habit dah.. hari kelas yg aku tak tahan tu.. kene manjat tingkat 4..mengah2 aku dibuatnya. Tapi start minggu akan dtg ni class kaunseling berpindah kat bawah..leganyeee.

Klah.. nanti free aku cocet lagi k.. takecare all.

Friday, February 23, 2007

Kerana mu nasi lemak...

Hari ni aku sebolehnya tak mahu lagi air mata ni tumpah ke bumi.. cukup lah ia mengalir semalaman. Kesian baby dalam perut ku ini, agaknye dia pun turut mengalirkan air mata mengikut rentak emosi mama dia.

Kisah sedih ini bermula dari "ajakan makan". Pagi tu, kami ke klinik utk rawatan bulanan kandungan ku ini. Aku mendapat berita gembira pagi tu bila simptom2 diabetes tidak kelihatan pada ujian urine aku. Alhamdulillah. Selepas rawatan, kami terus menuju ke parking kereta. Dalam perjalanan ke situ, husben aku mengajak aku singgah makan sbb aku lom makan lagi. Aku berpuasa smlm utk rawatan pagi ni. Aku saje ngusik dia pasal nasi lemak yg dia habiskan pgi tadi, tup tup.. dia blah, terus gi ke kereta. Aku ingat dia akan patah balik sbb aku ngan anak aku dah ke atas nak cari pot makan. Dah terbayang kat mata aku masakan2 yg baru di masak. Tapi dia tak datang. rupa2nya dia dah duduk dalam keter, nunggu n merajuk. Hati aku terbakar tetiba tengok perangai dia mcm tu. Patut kah dia wat mcm tu? salah ke kalau patah balik tadi? nak tunjuk ego tu pada sapa? pada aku? untuk apa?

Dengan perut yg lapar, aku ke kereta. Aku campakkan ubat yg aku dapat tadi. Dia pula mula menengking aku.. air mata aku mula mengalir. Dia singgah kat pasar utk beli nasi lemak utk aku, sdgkan waktu tu dah tengahari sepatutnya aku makan makanan tengahari. Sbbkan marah kat rumah aku campak nasi lemak tu ke sinki, dan sekali lagi aku di tengking. Aku tahu tu makanan dan tak sepatutnya aku campak ke sinki. Tapi..

Ish air mata aku ni, masih nak mengalir.. sudah2 tu. Aku perlu ke mana2 utk hiburkan hati aku.. sejak dulu, aku kene kuatkan hati aku sbb aku tak mahu apa2 terjadi pada kandungan aku ni. Dah la berat badan aku berkurangan, aku takut disebabkan hal2 gini memberi kesan pada kandungan aku.

Pada husben ku.. kalau sikap ku menjengkelkan dirimu..aku pohon maaf.

Monday, February 19, 2007

Nasi Planta

Huhuuhu.. dah beberapa hari aku tak hupdet entry nih..nak kata bz tak jugak, nak kata tak sebuk tak jugak, nak kata ape yer.. erkk kata 'termalas la' boleh gitu, almaklumlah sejak dah makin sarat nih, makin malas lak aku nak ngadap pc. Assignment pun ada yg lom usik lagi, malas tahap cipan nih..

Hmm berbalik pada tajuk entry aku hari ni, bukannye ape, aku ngah cari resepi nasi planta nak masak utk sarapan sok pagi. husben aku tetiba lak teringin hehehe, dia lak yg ngidam. Takpe sementara aku sihat ni, aku ok jer masak, tapi nanti kalo aku demam balik hehehe dia la kene masak utk kami. Tu dah biasa.

Tapi aku ni kan, nama jer nak cari resepi, last2 guna resepi sendiri gak sbb aku ni kureng yakin dgn resepi org lain. So kat sini aku tuliskan resepi aku..kalo ader yg nak try..pls la.

Nasi Planta

Bahan A
Bawang putih
Bawang Merah
Bahan B
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Bahan C
Beras
Halia
Air
Bahan D
Planta

Cara Membuat:
Memula panaskan planta dalam periuk, kuali pun boleh ikut suke arr
Pastu goreng Bahan A sampai garing,
Kemudian goreng Bahan B sampai wangi,
Pastu masukkan beras, halia & air secukupnya
Jangan lupa buh garam skit, jgn byk lak sbb planta tu dah masin dah
Gaul rata & tutup periuk, takyah tunggu, sure masaknye nasi tu nanti hehehe

Selamat Mencuba!

Tuesday, February 13, 2007

Dugaan..

Semenjak 2,3 hari ni aku asik demam jerk.. badan terasa panas sangat. Macam hari ni cuaca sejuk tapi aku ni.. berkipas selaju2nye. Mood nak menaip pun takde, aku dah mula jarang nak update entry ni..nanti lah aku sambung lagi..nak rehat sat.

Friday, February 2, 2007

Debaran mula terasa

Alhamdulillah kandungan aku dah pun masuk 5 bulan lebih, debaran semakin kuat bila aku teringat tarikh due tu.. almaklumla dah 6 thn tak beranak, risau gak. Aku baru jer baik dari demam,2,3 hari gak asik baring jerk. Konon nak tahan diri dari makan panadol, hari ke 3 aku serander, aku telan gak tablet tu 2 bijik..Alhamdulillah mlmnye terus kebah demam aku. Kalau aku tau, awal2 lagi aku dah makan tablet tu. Smlm husben ngan anak aku cuti. Husben aku cuti Thaipusam & anak aku cuti Hari Wilayah. Husben aku keje kat area Ampang, Selangor so dia takde la merayai Hari Wilayah tu tapi kebetulan la pulak Thaipusam jatuh pada hari yg sama 1hb February so dia cuti gak la.. aku la yg paling sronok sbb anak ngan laki ada kat rumah, taklah bosan sgt..

Malam ni aku try study, lusa ada exam..hehehe try tu. Aku ni bab kene menghafal ni slow arr. tapi aku usaha gak moga dapat mark yg baik nanti..teruskan usaha kau ati..teruskann!!

Thursday, January 25, 2007

Info diabetes 2

Diabetes adalah sejenis penyakit yang terjadi apabila kadar gula berlebihan dalam sistem peredaran darah berikutan kekurangan hormon dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukarkan gula kepada tenaga. Insulin dihasilkan oleh pankreas.

Makanan adalah pembekal tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti harian. Makanan berkanji dan bergula yang dipanggil karbohidrat apabila diambil akan bertukar kepada glukos. Glukos yang terdapat dalam saluran darah pula akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga kerana ia adalah penyumbang utama tenaga.

Dr Farhad berkata, berasaskan hasil kajian Well-Tech iaitu kajian klinikal rambang terkawal yang dijalankan di Shanghai, selain kegiatan fizikal, ubat, kesedaran dalam pengurusan diabetes, penjagaan pemakanan tersusun juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal penyakit kronik ini.

Kajian yang dikendalikan oleh Jabatan Sains Perubatan Akademi Sains China itu membabitkan 150 pesakit obesiti yang mengalami diabetes tahap 2. Dengan menggunakan sejenis makanan tambahan yang dilaksanakan bersama pemantauan glukosa darah, perubahan tabiat pemakanan dan pengambilan khasiat dikatakan mampu memperbaiki kawalan glisemia, tekanan darah dan berat badan di kalangan penghidap diabetes.

“Pesakit yang menjalani program penjagaan makanan ini, menunjukkan keputusan yang menggalakkan kerana bukan saja mereka berjaya mengurangkan kandungan gula dalam darah, malah menunjukkan penurunan dari aspek berat badan, ukur lilit pinggang dan tekanan darah sistolik dan diastolik. Kesemua aspek terbabit adalah ukuran metabolisme yang penting,” katanya.

INFO: Panduan pemakanan

Patut dielakkan:

Gula
Gula melaka
Coklat
Jem
Madu
Sirap
Aiskrim
Biskut-biskut yang manis
Susu pekat
Minuman ringan
Gula-gula jeli

Patut dikurangkan:

Nasi
Roti
Ubi kentang
Ubi keledek
Ubi kayu
Jus
Kelapa
Daging kambing
Buah-buahan jeruk
Bahan tenusu

Boleh dimakan:

Serbuk lada
Rempah-ratus
Serbuk kari
Cecair – air, teh, kopi, jus tomato dan limau, sup cair
Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkung, sawi, cendawan, bayam, tomato, bunga kobis, bendi, terung dan petola.

Monday, January 22, 2007

Ganu kite


Create Your Own

Diabetes

Aku baru balik dari wat checkup bulanan kandungan aku, ikut ultrasound tadi alhamdulillah sumer ok. Cuma... ishh..aku dari tadi dah mula risau pasal apa yg doctor onny bagitau tadi, result blood test aku bulan lepas menunjukkan peningkatan paras gula..dah tahap border..aduhai!! ni aku rasa mesti gara2 aku makan byk sgt masa kandungan aku 3 bulan haritu.. Byk benda yang selalu aku makan skrg ni dah takleh makan.. dan ada antaranya kene catu. Aku senaraikan makanan yang aku kene kurangkan makan:-
Nasi - lunch makan 2x tapi dengan jumlah yg sikit
Jus buah - elakkan
Air Berkarbonat - elakkan
Roti Putih- kurangkan
Kek atau pastri - elakkan
Makanan yang bertepung - elakkan
Makanan yang aku digalakkan makan:-
Sayuran
Buah2an segar

Kali ni setiap kali nak pi check up aku kene posa.. kalau terpaksa ambik darah sekali lagi so aku dah standby anytime kata doctor..Dengan kata lain..aku akan di injet lagik.. Tadi pun dah kene kat bahu kanan..tapikan dulu masa aku ngandung anak pertama, sekali jek aku kene enjit tapi kali ni..aku rasa masuk tadi dah 4x.. tak termasuk kene enjet masa aku bleeding aritu..kene enjet kat pungkok 2x hehehe.. Takpelah, yang aku harapkan anak dalam kandungan aku ni sihat walafiat adanya..InsyaAllah.

Saturday, January 20, 2007

Info untuk aku..

Wanita memerlukan makanan tambahan ketika hamil. Antaranya ialah:

• Asid folik — Ia disaran kepada wanita yang merancang untuk mengandung dan perlu diambil sebelum mengandung. Malah, wanita disaran mengambil asid folik sekurang-kurangnya sehingga 12 minggu kehamilan. Mengapa ia perlu diambil sebelum hamil? Asid folik penting untuk memastikan perkembangan otak bayi dalam kandungan, justeru pengambilan awal dapat membekalkan keperluan ini sebelum janin terbentuk.

• Kalsium — Ia penting untuk ibu dan bayi bagi kesihatan tulang dan gigi. Kalsium yang mencukupi akan membantu pembentukan tulang dan gigi bayi. Mungkin ramai tidak sedar, gigi bayi sebenarnya mula terbentuk ketika dalam kandungan. Sumber paling utama ialah susu, tetapi wanita yang tidak minum susu boleh mengambil pil kalsium.

• Vitamin dan mineral — Pengambilan pil multivitamin memadai kerana ia membekalkan semua keperluan vitamin dan mineral asas.

Kurang Kalsium

Entah macam mana sesambil aku carik jurnal kaunseling teringat lak aku pada perbualan aku dgn jue jiran sebelah umah aku petang tadi..

"Gi pasar malam ke tie?" tanyer jue sebaik nampak aku.
"a'ah tapi tu la..kebas dah tangan ni rasa sengal2 jer tangan kiri ni bawak barang tu hah", sambil muncungkan bibir aku ke arah barang2 yg baru aku beli dari pasar malam tadi.
"kurang kalsium tuu.."jue bagi pendapat. Almaklumla dia anak dah 3 org, tak mcm aku ni hah..so pengalaman lebih byk.
"minum susu tak ni?" soal jue lagi.
"erkk..tak", aku jawab pelan2 sbb takmo husben aku dengar hehehe..
"takleh macam tu, susu kene minum la, nanti habis gigi kor rosak sbb baby akan serap kalsium kita ni" tambah jue lagi.
Aku senyum kambing sambil mengiakan apa yg jue bagitau tu..mmg betul kata dia. Ntah la nape la aku ni susah sgt nak minum susu. Bukan tak beli..ader tu kat dapo tapi tak lalu nak minum jerk..

Perbualan petang tadi tu betul2 merisaukan aku.. aku kene jugak minum susu anmum tu. Aku kene minum!! uwaaaaa!! aku kene minum jugaakkkkkk!!

Friday, January 19, 2007

Kene Rotan

Nape la mlm ni perut aku rasa berdenyut2 jerk.. adehh..terasa ngilu sesekali. Nak kata dah sampai masa..ishh lambat lagi. Mayb kesan daripada kepenatan aku siang tadi merayap ke Sogo kot. Aku pi beli barang sekolah ngan beg sekolah yang tarik tu. Sian aku nengok anak aku usung beg berat pi sekolah. Aku nak tolong bawa kan dia takmo.. Dia sian kat aku kot.

Apa yang aku selalu risaukan bila achap dah sekolah nanti dah pun terjadi.. sebelum ni aku risau kalau nanti bila achap dah ke sekolah cikgu selalu marah dia sbb byk cakap..hehehe ni nampaknya dalam seminggu 2x dia kene rotan, bertiga lak tu dgn kawan2 dia sbb suka bercakap. Uwaaa.. camner lah aku nak nasihatkan anak aku nih supaya jgn cakap byk masa lam kelas, leteh dah mulut aku nih..

Wednesday, January 17, 2007

Tensi

Dah 2,3 hari aku dok ngadap blog nih, kununnye nak tambah ape2 yg patut kasi nampak cantik n menarik utk dibaca..taklah statik cam skrg nih. Dalam aku godek sane godek sini sambil di bantu dek Nurysham, terjumpa aku ngan satu website nih..so aku pun jelajah la wsite tu slow2, sampai la aku tereka yg dok ngelip2 kat entry aku tuh hehehe.. cam night club lak aku nengok ngelip2 gitu.. bior jer la, nanti aku carik la bahan yg lain lak. Aku ni takleh ngadap sini, karang satu keje pun aku takleh buat. Assignment haritu pun lum carik agi, ish aku nih dah start la ni nak ulang mcm b4 study last minute..wahuwahuwahuwa..gerun kalo aku ingat kesah nan lalu..

Tapi tadi aku dah janji kat diri aku nak ngadap kejap jer kat sini.. aku kene kotakan janji aku nih tapi hati aku kata " alaaa..ngadap la barang setengah jam lagi ke" ish ish ish.. ni takleh jadi nih.. gerak dulu..Salam

Saturday, January 13, 2007

Bunga Api & Eye On Malaysia

Tercapai jugak keinginan aku nak pi tengok acara kat Titiwangsa tu. Nak kata jauh sgt tempat tu, idak jugak. Kalau jalan kaki dari umah ..kira2 setengah InsyaAllah boleh sampai ke situ. Tak jauhkan..tapi tu lah, selalu jer tak sempat. Selalunya bunga api tu dorang main start kul 8.30 mlm, tapi hari ni dorang start lewat kul 9.30 mlm. Tapi takpe jugak sbb sebelum pi Titiwangsa kami dah singgah kedai makan. Achap dengan menu biasa dia "Nasi Goreng Cina & Telur Dadar". Aku ngan husben makan nasi putih, tomyam campo, kailan ikan masin, ayam masak halia & sambal belacan.

Ramainya manusia kat Titiwangsa. Seronok aku tengok, meriahnyer. Ialah mana pernah dorang wat acara utama kat situ sebelum ni. Yang beratur nak naik Eye On Malaysia pun sekian ramainya. Anak aku pun sebuk jugak lah nak naik benda tu. Alah..watpe nak bersesak2 naik skrg, wheel tu ada kat situ dalam tempoh setahun. 5,6 bulan lagi sejuk la enjin benda tu sbb dah tak brape ramai yang naik. Waktu tu nanti leh la aku ngan husben n anak aku mencelah..mudah2an..hehehe (tak baik doa aku nih). Sebelum mata kami disajikan dengan percikan bunga api, kami dihidangkan dulu dengan acara kat tengah tasik hehehe.. ada jet ski ngan bunga api yang kecik2. Pastu baru lah ruang udara Tasik tu dipenuhi dengan cahaya percikan bunga api yang besar. Berdentam berdentum meriah sangat. Terpegun aku kejap..

Waktu balik lagi syok, punya la banyak kereta beratur nak keluar dari taman tu. Nasibla kami park keter kat luar skit dari kawasan taman, kat area umah org.. takde la nak bersesak sgt cam dorang2 tu. Ialah dorang tu org luar mana nak tau seluk belok kawasan tu.

Ni aku nak try upload video pertunjukkan bunga api tu.. sila2 lah jengah nanti k.. Mintak diri dulu.. nak beradu, esok pagi ada class. Salam.



Sunday, January 7, 2007

Kelas ke 2

Pepagi lagi aku dah bangun hari ni.. siap masak nasik goreng ngan goreng ian pekasam lagik. Siap2 jer masak aku terus bersiap. Hari ni kelas start kul 8.30 pagi. Lepas sarapan skit aku bertolak ke kampus. Husben ngan anak aku yang nganto mcm selalu. Kali ni aku dah expert sket area2 kampus. Class hari ni pun sebelah ngan kelas smlm hehehe..

Tau tak hari ni aku jumpa dengan sapa? Hari ni aku jumpa ngan Kak Hawa@Tini kat lam kelas aku!! satu ketika dulu dia penah rapat ngan aku. Kami selalu jumpa n pi makan bubur nasik kat Bangunan Umno lama Jalan TAR. Rindu sangat aku kat dia. Lama dah aku mencari dia. Alhamdulillah hari ni bersua jugak. Kak Hawa masih cam dulu..solid molid cun gitu. Kak Hawa rupa2nya dah setahun blajar kat sini so ni kire senior arr nih.

Hari ni aku ada small presentation. Kene berlakon lagik. Hari ni jugak aku berkenalan ngan Kak Zuria. Rupa2nya Kak Zu ni kawan pada Kak Shida. Kak Zu la pasangan lakonan aku. Aku jadi klien & Kak Zu jadi Kaunselor. Kami satu2nya group yang dapat tepukan. Alhamdulillah, ni pun sbb Kak Zu seriously berlakon.

Esok mula balik la rutin ngantar anak aku ke sekolah. Minggu ke2 persekolahan.. k lah, jumpa lagi.

Saturday, January 6, 2007

Aku back to school hehehe!!

Letihnya aku hari ni. Aku sampai kampus kul 8.15 pagi. Pastu terkial2 la aku merayap cari Dewan 1 tempat kursus diadakan. Pas daftarkan diri, aku cari parking betul2 yang berhadapan dengan whiteboard. Nak kosenteret la kunun..hehehe. Dr. Amran sebagai presentater ngomel sampai la pukul 11.00 pagi. Tapi aku enjoy gak ngan talk dia, takla boring cam sesetengah talk tu. Pastu aku ngan kak shida dengan yang lain-lain menikmati hidangan yang disediakan;- bihun goreng ngan teh tarik. Lega la skit perut aku nih. Kul 11.30 talk bersambung semula. Kali ni talk mengenai Maths..sampai kul 1.00 ptg. Aku dah pun call husben aku datang jemput kul 1.00 ptg n dia dah pun siap sedia nunggu kat tepi caferia area situ. Kami terus balik umah..tapi sempat singgah beli nasi utk isi perut aku ni. Masuk2 umah, aku terus siramkan badan aku yang dah mula kepanasan dan terus bersiap semula nak pi class LAW lak. Sebelum tu aku makan dulu.

Kul 1.50 ptg kami kuar umah. Tapi kali ni tersekat kat 'jem' kat Jalan Semarak. Kul 2.15 baru aku sampai ke kelas. Nasib baik aku tak memusing cari class aku tu. Class dah pun bermula.. aku ambik tempat duduk yang depan sekali. Lega nye aku bila dengar Dr. kata class habis kul 7.30 mlm. Tak la aku kepenatan sgt. Tapi class habis awal setengah jam. Alhamdulillah. Aku terus pi PSZ dapatkan buku Law. Kul 8.30 mlm aku sampai umah. Malam ni malam perasmian Tahun Melawat Malaysia 2007 kat Titiwangsa so kejap2 dengar dentuman bunga api & nampak la percikan bunga api tu dari umah aku. Achap ngan anak2 jiran la yang paling riuh suka nengok bunga api.

So aku pun dah letih sgt2.. masa sudah time untuk aku masuk beradu lagi pun sok class aku start kul 8.00 pagi. See u on next entry..bye bye!!

Minggu yang bz sekali

Letih jugak yer bila anak kita mula masuk sekolah rendah. Semua kita nak tengok. Semua kita nak kene jaga. Mayb betul kata husben aku, aku jer yang tak percaya kat anak aku achap..hmm tapi..ntahlah. Tapi bagi aku, tak salah rasanye kita menemankan anak kita untuk minggu2 pertama dia ke sekolah. Dia bukannya tau sgt dan tak berapa berani menghadapi suasana baru ni. Dan bukan aku sorang, ramai ibu2 yang prihatin terhadap anak2nya yang seperti aku bertapa di sekolah hehehe...

Hari Pertama 3/1/2007 Rabu
Aku ngan husben hantar achap ke sekolah. Achap sekolah sessi petang. Aku siapkan bekal utk dia. Aku nak ajar dia cara berjimat. Dan dalam masa yang sama jugak, aku leh jimatkan duit belanja sekolah.
Pukul 1.00 ptg kami sampai sekolah, murid2 lain dah pun mula beratur. Achap beratur ikut kelas dia. Kelas 1 Biru. Sesekali dia berpaling mencari aku..risau arr tu takut aku balik. Aku ngan husben tunggu sampai achap rehat. Hari tu aku temankan achap makan, pastu aku balik umah mak.
Petang kul 6.00 aku dah sampai sekolah balik, nunggu achap kuar dari kelas untuk hari pertama persekolahan dia tu. Aku nampak achap tercari2 aku. Bila ternampak je aku duduk kat satu sudut kantin tu, dia mula tersenyum riang mendapatkan aku. Aku nampak air mata dia bergenang. Agaknya dia dah mula risau takut aku lupa nak jemput dia balik.

Hari Kedua 4/1/2007 Khamis
Tapi hari kedua aku tengok dah ada sedikit perubahan pada achap. Dia dah mula berani sikit2. Hari ni MakLang dia hantar dia ke sekolah. Achap dia tak kisah asalkan ada org yang hantar dia nanti. Waktu rehat aku terlewat skit sbb dorang kuar awal rehat ari ni. Risau jugak aku. Tapi hati aku berbunga riang bila tengok achap duduk kat kantin tu. Tambahan dia tengah mula nak makan bekal yang aku bekalkan tadi. Dengan erti kata lain, dia dah berani nak rehat sorang diri bertemankan kawan2 dia. Petang macam biasa aku pi jemput dia balik dari sekolah. Kali ni dia dah pandai pusing2 cari aku.

Hari Ini Hari Ketiga 5/1/2007 Jumaat
Hari ni achap masuk sekolah lewat, kul 2.10 ptg. Macam biasa tugas aku, hantar achap ke sekolah. Hari ni dia rehat dengan kawan sekelas. Aku tetap temankan dia makan. Petang jemput achap mcm biasa n terus pi pasar malam dekat situ gak.

Aku harap minggu depan achap dah boleh berdikari sendiri. Aku nak cuba gagahkan hati aku utk biarkan achap belajar berdikari. InsyaAllah.

Iklan