Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, November 21, 2011

Kembali Admitted

Aku kembali ke sana.. masa aku keluar dari wad dulu, aku ingat 2,3 bulan nanti baru aku kembali tapi nampaknya x sampai sebulan aku telah kembali menjadi penghuni ward 15.. apakah punca yang menyebabkan aku kembali secepat ini??? adakah ini gara2 aku hilang akal makan sate samuri atau disebabkan oleh penangan Kenny Rogers Roasters??? aduhai.. semalaman semalam aku tak boleh tido.. hulu hati ni macam terasa menyucuk2.. pedih gile.. oleh kerana tak tahan, dan teringat pesanan Dr yang merawat aku, aku ajak asben ke PAC HKL untuk dapatkan rawatan selanjutnya.. dan tak sangka pulak aku akan ditahan.. aku harap esok aku boleh keluar dah.. tak larat arr dok spital nih.. lapar!!!!

Kenny Rogers Roaster: Kenakan 16% Tax & Service Charge

2 hari lepas, aku ke JJ WangsaMaju.. dah banyak hari niat aku nak beli maternity pants tertangguh sebenarnya.. Alhamdulillah tercapai juga niat aku.. biasanya aku shopping sorang2 tapi sejak kesihatan aku tidak begitu baik, ke mana saje aku pergi akan ditemani oleh asbenku yang tercinta (bunyi mcm membodek jer ngee~).. yang dicari xde lain pula yang disambar hihi.. terbang jugaklah wit asben lam RM200 lebih jer..

Lepas beli baju2, tetiba asben tanye.. "nak makan Nando's ke atau nak makan Kenny Rogers Roasters?" wahhh... bestnye.. dah tentu KRR menjadi pilihan aku ngan anak bujang aku.. cuma si mira jer dok bising nak makan McD.. adehhhh.. tapi xpe.. aku kan pandai memujuk.. sekejap jer selera mira dah beralih arah..


Kali ni aku memilih set Chicken & Pasta cam yang dalam gambar atas ni.. Yummy!! Alhamdulillah kenyang.. masa untuk membayar pun tiba.. sebelum ni aku ngan asben xde lah nak belek sangat resit bayaran kitorang.. tapi ntah macamana kali ni terbelek pulak hihihi.. asben macam xpuashati kenapa KRR kenakan charge perkhidmatan 10% ke atas makanan yang kita order.. tax 6% tu kita semua sedia maklumlah kan kan.. ni bermakna untuk makanan yang kita makan kat KRR, kita dikenakan caj 16% sebenarnya.. mak aiiiii.. banyak tu!!! aku paham asben bukan nak berkira pasal makan ni tapi rasa macam x patut jer ada service charge 10% tu.. restoran makanan lain pun ada ke charge perkhidmatan 10% tu ekk..

Zarina Anjouli Seksi: "Dosa saya yang tanggung"

Dah banyak hari aku x update blog.. xde mood.. tapi bila mood datang tetiba aku terpandang satu cerita alahai.. Tak suka sebenarnya nak cerita tentang dia.. tapi bila tengok gambar dia seksi gile terpampang kat Yahoo News.. mak aiii.. tambah pulak siap kata "Saya x peduli apa orang kata tentang diri saya.. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya.. Saya yang menanggung dosa"..

Yang aku tengok tu dan tengok aje.. x dosa ke? macam setuju je dengan apa yang dia buat.. kang aku kutuk, terang2 aku berdosa sebab dosa mengutuk.. alahai.. tu aku perempuan yang tengok.. apa pulak kes bila asben aku tengok jugak.. takut aku dengan keberanian sesetengah orang hari ni.. terlampau berani!! moga satu hari nanti dia berubah menjadi lebih baik. amin.

Monday, November 14, 2011

Aku kena Beguk Pulak..

Termasuk hari ni dah 4 hari dah.. urat bawah telinga kanan aku ni start bengkak ari khamis aritu.. sat2 demam.. ubat demam dah tentu lah panadol.. kalau aku tak telan panadol tu suhu aku bukan main memuncak naik.. seram aku.. mulanya aku takmo la nak makan panadol tu selalu tapi bila doktor kata panadol boleh dimakan oleh ibu mengandung selagi x lebih had yang ditetapkan iaitu 8 biji sehari.. aku takde lah makan sampai 8 biji kan.. aku makan 2biji jer.. paling byk pun 4 biji.. kalau x demam aku tak makan ler..

Kalau panadol tu untuk surutkan demam aku, bengkak leher aku ni pulak aku surutkan dengan cuka campur nila.. hari2 asben aku tolong sapukan.. habis baju ngan rambut2 aku pun kena nila hihi.. xpe2.. janji aku cepat sembuh..

Hari ni aku belum lagi terasa nak demam.. agaknya bengkak dah semakin hilang kot.. harap2 esok aku semakin baik.. lagi pun esok ada appoitnment kat klinik.. lusa appoitnment kat HKL pulak.. semoga semuanya berjalan dengan baik. insyallah.

Tuesday, November 8, 2011

Aku Dah Discharge

Alhamdulillah aku dah discharge minggu lepas setelah 4 hari dok kat ward.. lambat update kat blog sebab kesihatan aku takde lah sesihat sepenuhnya macam biasa.. tapi sejak aku menjadi pemakan mthyldopa untuk darah tinggi ni, kadang2 aku ok.. kalo lambat makan ubat aku macam melayang jer.. sejak dok ward aku dah macam nurse jer.. makan bertime.. makan ubat bertime.. makan apa, jenis apa semua aku jaga.. kelakar pun ada hihi..

Raya ahad lepas, juadah raya macam biasa.. tapi kali ni bukan aku yang masak.. aku tak larat.. kesihatan tak mengizinkan.. adik aku, asben dia ngan mak ayah yang masak.. ada rendang ayam, rendang kerang, ketupat, nasi impit, sup tulang dan beehun sup (sup ayam).. bak kata penuh lah meja hidangan tu ngan sajian.. pastu adik aku tambah pulak hidangan dengan KFC dan kek.. sempena sambutan 1st anniversary dorang.. penuh penuh.. penuh meja!! feberet aku ketupat pulut ayah masak aku cubit jer bagi hilang rasa teringin.. tak berani aku nak makan banyak2.. adik2 aku usik macam2.. sedap lah.. lemak lah.. tapi aku masih kuat untuk tidak meratah sepuashati hidangan depan aku tu.. aku makan ala kadar jer..

ubat aku

Alhamdulillah saat mencabar aku tentang makanan dah pun berlalu.. hari ni aku masih dengan rutin aku.. makan ubat ikut aturan.. xde lah susah sangat :)

Sunday, November 6, 2011

Salam AidilAdha

Tulus ikhlas..

Maaf Zahir & Batin

Iklan