Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, September 29, 2014

Kisah sebenar lelaki dibaham harimau di Zoo Delhi



Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia. Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau. Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang. Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja.

Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya. Harimau putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit. Apabila orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising, barulah haiwan itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan berlumuran darah.


Dalam pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas kejadian. Difahamkan, pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila kawasan diceroboh secara tiba-tiba. “Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya,” ujar juru cakap zoo.

Namun apa pun alasannya, pihak polis berkata zoo berkenaan akan tetap didakwa kerana cuai. Difahamkan enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebut.

Friday, September 26, 2014

Segmen Cuti-cuti Malaysia: Aquaria KLCC

Ni cerita cuti sekolah yang baru lepas.. bila sebut perkataan CUTI SEKOLAH je.. soalan pertama akan keluar dari mulut anak-anak aku inilah.. "mama, cuti sekolah ni kita tak pegi mana ke?" dan kebiasaannya memang kami tak pergi mana-mana pun hehe.. bagi anak-anak aku cuti sekolah dgn jalan-jalan tu ada hubungkait tapi bagi aku pula cuti sekolah ada hubungkait dengan SESAK, RAMAI ORANG, TAK SERONOK.. boleh gitu hehe.. kesian kan anak-anak aku..

Kebelakangan ni aku selalu perhati kemesraan anak-anak aku.. anak-anakpun dah besar.. macam si asyraaf dia dah pandai bergaul, minta izin keluar jalan-jalan dengan kawan sekolah.. aku sentiasa pantau bab tu.. dengan siapa dia keluar dan wajib dia patuhi tempoh berjalan dan pukul berapa dia wajib ada kat rumah.. alhamdulillah setakat ni anak sulung aku tu sangat patuh dengan arahan.. tapi aku perasan, sejak dia dibenarkan keluar dengan kawan-kawan sekolah.. dia makin cuba nak elak ikut keluarga berjalan.. itu tak bagus.. dan aku perlu lakukan sesuatu untuk kekalkan hubungan kemesraan, hubungan kekeluargaan aku.. sebab tu lah, aku plan jalan-jalan yang ni dan jalan-jalan yang lain insyaAllah..

Jom layan gambar sekeping dua ni hihi.. kenangan di Aquaria KLCC.. tapi sebelum tu nak citer sikit pasal Aquaria KLCC ni.. aku beli tiket ni dengan GROUPON .. ada diskaun.. rm10 sorang.. banyak tu.. jom view info sikit
Harga tiket dewasa rm38 .. GROUPON rm28
Harga tiket kanak2 rm28 .. GROUPON rm18
Waktu lawatan pagi sampai kol 7 malam..
Camera boleh bawa.. tapi xleh guna flash... hehe nampak ke kalau tak guna flash.. tu salah satu cara dorang nak kita ambil gambar kat sana.. PERCUMA!!!

Masuk-masuk je cameraman dah suh berdiri ambil gambar siap-siap berlatar belakangkan kain biru.. PERCUMA ok!! tapi aku ambik gak gambar dengan flash sekeping dua kat tempat2 tertentu.. Bila bawa anak-anak kecil ni, jangan harap sangat lah yang anak-anak ni akan excited tengok FISH BESAR dalam cermin tu yer.. macam aku ni hah.. aku ingat si hazim dgn haziq ni beria2 lah nanti nak tengok fish.. tapi lain jadinya.. melalak tak ingat!! takut yang amat sangat kat ikan-ikan besar tu.. adoiiiiiii!!!!! terutama si abg hazim.. sampai sudah,, sampai keluar takutnya masih ada.. kesian pulak aku tengok hihi.. so si kakak je lah yang nampak excited sikit hihi..

So sebelum keluar, nak gak cari gambar yang kitorang ambik tadi dengan abg cameraman tu.. ok.. ada kaunter kat situ.. just tunjuk resit je.. nanti abg yang dok klik2 kat komputer tu tanya.. nak yang macamni atau macamni nanti gambarnya.. tapi sebelum tu aku tanya dulu.. berapa harga kalau macamni dan macamtu.. waahhhh!! paling murah sekeping RM40 ko.. edit lebih kurang je pun.. tapi sebab untuk kenangan kan.. aku ambik je.. duit boleh cari.. kenangan nak ada bukti baru boleh cepar recall hihi.. tadi aku kata percuma kan.. ambik gambar memang percuma.. tak nak beli pun takpe.. takde paksaan hihi..

oklah.. ni ada sekeping dua utuk kenangan..


Ok.. next plan.. LEGOLAND!!

Wednesday, September 24, 2014

Cara untuk dapatkan trafik ke blog guna KakiPing

Kalau yang newbie atau yang masih baru berjinak-jinak dengan blog, mungki ada yang tertanya-tanya.. apa guna nya trafik tu? sebab aku dulu pun macam tu.. tak tahu kegunaan trafik ni.. tak tahu pun wujudnya perkataan trafik dan kepentingannya pada sesebuah blog. Tapi bila aku mula kenal dengan iklan Nuffnang dan tahu boleh dapat duit dengan Nuffnang, aku mencari, mengali lagi ilmu macam mana nak dapat income melalui Nuffnang..

Tadi aku terbaca entry dari otai HA pasal trafik ni, terus aku daftar dan cuba. Sangat menarik!! Cara utuk dapat lebih banyak trafik ke blog dengan cara yang paling senang iaitu ping link artikel blog kita ke website ping aggregator. Korang nak cuba? jom aku ajar kan, senang je. Nama website nya KakiPing


Step seterusnya nanti aku update. Buat masa ni korang boleh pergi ke blog Otai HA untuk belajar cara-caranya ya. Benda senang rugi kalau kita tak belajar.

Ping!

Sunday, September 21, 2014

Resepi Patato Fritters Paling Sedap

Dah lama x tempek resepi kat sini..hari ni nak share resepi ngah top meletop!! skrg ni.. Cekodok Kentang aka Cucur Kentang aka Jemput2 Kentang atau lebih western kita panggil Patato Fritters hahaha!!

What!!! kentang?? no no no.. mana leh makan..
kentang kaya dgn karbo.. so x leh makan.. alaaa... aku makan sikit je.. setakat 30gm tu apa la sgt hahaha.. malam aku kasi workout lah.. huhuhu.. jgn tiru k.. aku ni terjebak makan sebab aku yang masak.. dah korang x makan.. masak buat apa kan.. aku ni masak utk anak2 ngan laki aku tu.. kesian kat depa.. so tu la puncanya aku terjebak makan.. sama gak time aku masak nasi tomato.. nasi lemak.. selamber je aku bedal.. sedap kot makan panas2 hahaha..

oklah.. jom.. aku nak share resepi kat sini..

PATATO FRITTERS

6 biji kentang - sagat nipis pjg2
8 sudu mkn tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum
2 biji telor
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Ajinomoto
Garam
Minyak masak..

Cara nak membuatnya..
1. Satukan kentang yang dah disagat, tepung jagung, tepung gandum dan bahan2 lain.. macam gambar kat bawah ni.. gaul2 sebati..
2. Panas kan minyak masak.. sudukan adunan tadi tu dalam minyak panas.. kasi leper2 sikit.. baru ada rangup-rangup nanti.. biar masak sampai kekuningan.. balik balik kan lah.. dah garing tu.. angkat dan toskan atas tisu .. dah siap!! nak lagi sedap korang cicah sos cili.. fulammakkk!! mmg mabeles kot..

note: Resepi ni aku ambik kat fb.. dgn gambar2nya sekali.. tuan tanah kata boleh share.. so aku pun share le.. nanti aku letak gambar yg aku snap sendiri k..


 yang diet tu .. amacam?? makan panas2 kan.. terbaik!!

Saturday, September 13, 2014

Diet Atkins: Sebulan telah berlalu 92.6kg

Sape kata Diet Atkins tu bukan diet extreme angkat kaki!! hahaha.. memula aku cuba gak ikut.. tapi malangnya aku tak mampu.. tak mampu tidak mengambil karbo kurang dari 20g sehari.. tapi aku tetap happy.. sejak 18hb aritu aku berjaya tidak menjamah nasi harianku.. makan pagiku.. bihun goreng.. tengahari dan malam, aku makan sup/ telur/ ikan ikut teringin dek tekak.. walapun beratku turun sedikit tapi alhamdulillah aku nampak penurunannya kat mesin penimbang huhuuhu.. aku ada mesin penimbang ko hahaha.. macam benda pelik lak kan.. mungkin tak pelik kat korang.. tapi pelik kat aku huhu.. dah nak masuk 40 kot.. sejak kawin.. mana ada mesin penimbang kat rumah aku ni hehe..

Memula berat aku aritu 96.7 kg.. opssss.. malu ii... hari ni berat aku 92.6kg.. ada bezak tak? ada beza kan hihi.. berapa lama tu?? kira ar sendiri.. dari 18hb ogos sampai harini 13hb sept.. kira nak dekat sebulan la camtu kan.. ok kot bagi aku turun dalam 4kg.. klau 5 bulan kekal camtu.. dapat turun 20kg kan .. wahhhhh.. berangan!!!! hahahahha.. xpe2.. yakin boleh!!!

Arghhhh.. kadang2 tension gak tengok mesin penimbang ni.. kejap naik kejap turun.. ada ke org timbang hari2 ek hahahaha... ada ada ada... aku lah orang tu... punyalah excited..

Tapi kan.. adik aku kt kedah tu tak tau yang aku dah start diet.. saje nak kasi kezutan.. dia nak balik raya haji ni.. 5 okt.. ada dalam lebih kurang 25 hari lagi.. kena kekalkan diet.. buat macam biasa.. makan apa nak makan kecuali nasi, mee dan kueteaw.. ala banyak lagi yang boleh dimakan.. macam tak caye je kan...

Workout? senaman? hehehe.. aku buat gak yang ni.. 2 hari sekali.. kenapa tak hari2? uwaaaa aku tak larat deeerrr.. ok kot 2 hari sekali... nanti aku nak beli tempat sit up.. nak kasi kuyus kat peyut hahaha.. lemak dah bermaharajalela kat peyut aku ni hah.. segan dohh!!.. abistu selama ni tak segan ke? segan gak.. tapi wat donno je.. huwawawawa..!!!

Mesti ramai nak tau.. menu aku kan.. ada ke orang nak tau? hahahhaha...!!! alaaa.. aku malas la nak ambik gambar bagai.. biasa aku makan ikan singgang, telur dadar, telur rebus dan apa saje lauk pauk yang ada depan mata.. opss... laki aku masak kadang2.. so santap aje la.. tu la yg dikatakan lauk pauk depan mata.. kalau tak.. kene masak dulu ler ikut tekak ni nak makan apa.. kalau gi kedai aku makan western food macam lamb chop ke.. steak ke.. chicken grill ke.. tetap dengan sos yang melimpah ruah hahahaha...!!! org yang betul2 amalkan diet atkins ni mana leh makan sos bertepung camtu.. kene kira karbo kot.. kan aku kata.. aku tak mampu nak extreme camtu.. tapi diet atkins ni juga lah panduan aku sekarang ni.. cuma cuma tak follow 100%..

oklah.. setakat ni je citer pasal diet aku untuk sebulan ni.. tunggu bulan depan pulak.. nanti aku update berat current aku masa tu..OMG!!! tak sabarnya.. hehehe..

Iklan