Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, October 21, 2019

REVIEW STAND MIXER MK-GB1

Ni stand mixer yang ke3.. ya skrg akak ada 3 stand mixer.. bukan saje saje nak kumpul mixer tau.. stand mixer MK-GB1 ni akak suka guna.. memang agak leceh nak kene pusing manual.. tpi hasilnya berbaloi sangat.. murah pun murah.. akak ada 1 lagi mixer brand 'tut' yang putar sendiri tapi hasilnya agak berbeza.. tak best!! Ni review mixer yg level rm100-200 la kan.. jgn pulak nak dibandinglan dengan mixer level rm500 ke atas.. akak mmg berhajat nak sambat mixer satu ni.. tapi harga rm1400.. lom cukup modai lagi hihi.. sabar! Berbalik pasal mixer MK-GB1 ni, mixer ni best.. kek jadi gebuss.. serius.. tapi bahan kene cukup la kan hihi.. oklah .. pada yg tengah mencari2 mixer tu, akak sangat syorkan model ni tau.. kat mall ada, kat shoppee pun ada.. akak beli kali ni kat sogo.. harga rm129.. serupa harga kat shoppee.. ok lah .. tu je akak nak share...tatatititutuuuu 


Tuesday, August 13, 2019

DOA BUAT MAK

Bismillahirohmanirrohim..

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin

Monday, August 12, 2019

MAAKKK



SEPARUH JIWAKU HILANG

TARIKH YANG KEKAL DALAM INGATANKU SELAMANYA..

Mak pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamnya.. maaakkk

OTW KE JB

Sunday, August 11, 2019

MAK PENGSAN

Masa kejadian: Malam hari raya haji pertama... mak tak sedarkan diri... mak dikejarkan ke hospital..

 Alhamdulillah mak stabil.. tapi kene stay kat wad untuk pemeriksaan lanjut..

SALAM AIDILADHA SEMUA



Malam Raya dan beraya tanpa mak.. nasib raya haji je.. Selamat Hari Raya Aidiladha semua..
tadi mak kol.. mak kata tak best raya kat JB.. nanti mak nak balik.. byk juga kami bualkan,, mak x sabar nak balik nampaknye,, akak usik mak.. akak ckp kat mak.. ala maaakkk raya haji je ,, nanti kita balik kl ye..

Akak saje tak nak mak sedih.. 1st time jugak mak beraya kat tempat org.. kesian mak..

Friday, July 19, 2019

BALIK KAMPUNG BALING KEDAH

Dah lama x balik.. rindu sgt rasa nye.. kami balik ber3 je.. naik bas dari Hentian Duta..
Kami turun Sg.Petani melawat Makteh dulu.. lepas tu baru ikut maksu Farah balik baling..

Ni gambar si bongsu dlm bas.. excited naik bas 😁 Alhamdulillah kami sampai SP sekitar jam 4 ptg..




Thursday, July 18, 2019

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Setiap tahun besday akak diraikan oleh adik2 ittar akak.. alhamdulillah hubungan kami masih utuh.. masih erat.. semoga persahabatan ini kekal selamanya.. amiin
Tq so much.. tq penuh kasih sayang buat semua adik2 akak.. tq dengan surprise yg dibuat oleh amna hihi.. tq dgn pilihan hadiah yg korang bagi tu.. akak terus pakai dik esok nya.. wat balik kg .. tq atas ingatan semua..



Friday, June 14, 2019

PLASTIK TONG SAMPAH BILIK MAK

Parking sini senang cari..
selalu sangat lupa nak beli size apa..



Sunday, June 9, 2019

MELAWAT PUSARA AYAH DIHARI RAYA

Raya ke-5.. pagi ni Akak dgn adik akak sue bergegas ke Tanah Perkuburan Taman Batu Muda sebab nak melawat pusara ayah.. walaupun akak dok kolumpo ni je tapi akak jarang sangat melawat ayah kat sini.. hanya doa yg akak titipkan buat arwah ayah.. Rindu sangat sangat kat ayah.. Hampir 4 tahun ayah pergi.. rindu ini masih menebal..


Friday, April 12, 2019

HAPPY BIRTHDAY KAKAK 2019

2019 genap usia kakak 12 tahun.. kejap je kakak dah nak remaja... kejap je kakak dah besar.. tahun ni kakak akan menduduki exam UPSR .. belajar rajin2 ye kakak..

Mama tahu kakak selalu terasa mama tak sayang kakak.. mama lebih sayangkan adik.. kakak dah besar.. masa manja kakak dah habis.. skrg masa manja adik2 pulak.. dulu masa kakak kecik, mama manja kan kakak jugak.. sama je.. tapi sekarang mama kene tegas sikit dengan kakak kalau kakak buat salah sebab mama nak kakak belajar dan jangan ulang silap kakak selalu buat tu.. kakak kene ingat satu je.. mama sayang kan kakak sama macam mama sayangkan abg acap & adik3 yg lain..

Mama doakan moga kakak sentiasa dilindungi Allah SWT , murah rezeki, sihat selalu, terang hati dalam menimba ilmu, jadi anak yang baik yang soleha, yang sayang adik beradik kakak, yang sayang mama & abah, yang hormat orang tua, berjaya di dunia dan akhirat, amiin

HAPPY BIRTHDAY KAKAK..
JOM MAMA BELANJA TENGOK UPIN IPIN ;)

Wednesday, February 27, 2019

KAKI KANAN MAK TERPAKSA DI POTONG

Hari ni tiba juga.. mak masih mengharapkan ada perubahan plan doktor.. dari semalam mak standby puasa.. kesian mak.. kol 9.45 pagi mak di tolak masuk bilik pembedahan.. adik akak ada bersama mak.. akak sampai hkl mak dah masuk.. x sempat jumpa mak.. penantian demi penantian.. petang pukul 4.30 baru mak keluar.. Allahu sedihnya hati tengok mak..

Wednesday, February 20, 2019

DAH SEBULAN LEBIH MAK DALAM WAD

Ya Allah diam tak diam dah sebulan lebih jugak akak tak update kat sini.. bz sesangat la tu.. Mak akak masih kat wad yang sama.. dan paling memilukan hati akk hari ni bila mak akak diberitahu oleh Dr Pakar.. kaki mak akak terpaksa di potong bagi mengelakkan jangkitan kuman masuk ke dalam darah dan anggota lain.. menangis mak akak atas katil tu.. akak ni menahan getaran dibibir dan menahan air mata dari tumpah depan mak je.. akak tahan selagi boleh.. bila semua dah beredar, baru akak ke bilik cuci untuk lepaskan air mata ni keluar.. akak cakap kat diri ni "aku kene kuat demi mak.". "aku tak boleh menangis depan mak." "kalau aku sedih mak seribu kali sedih.." akak tarik nafas beberapa kali, baru akak kembali ke katil mak. mak masih termenung.. akak bagi kata2 semangat kat mak.. kesian mak..


Thursday, January 17, 2019

BAWA BAHAGIAN EMERGENCY HKL

Sejak mak balik dari IJN, mak selalu je tak sihat.. semalam akak pi umah mak.. tengok kaki mak.. aduhaiii kaki mak bengkak... patutlah mak demam.. semalam jugak akak bawa mak pi HKL bahagian emergency tu. Urusan kat zone hijau ni memang lah sgt ambik masa.. tambahan doktor yang incharge kes mak akak takde. kol 7.30 pagi nanti baru masuk so tidur lah mak akak atas kusi roda HKL tu sebelum mak dibenarkan untuk baring kat dlm bilik rawatan sampai doktor yang incharge sampai..


Dalam kol 7 lebih, datang sorang doktor wanita.. lepas check segala butiran mak akak dan buat call .. mungkin call doktor susan kot.. doktor suh mak akak admit.. maka kol 8 pagi tadi mak akk masuk wad 11 lagi sekali.. sebenarnya kali ke3 hihi.. nurse pun dah kenal mak akak ..

Lepas settle urusan mak akak terus balik.. petang baru akak muncul semula kat wad 11 tu.. 

Saturday, January 12, 2019

SENARAI UBAT YANG DIBEKALKAN OLEH IJN

Untuk semakan akak.. akak dah snap segala jenis ubat mak akak dan akak akan rekodkan kat sini untuk memudahkan akak memantau ubat mak akak..





Friday, January 11, 2019

MAK DISCAJ IJN

Mak dah discaj IJN.. 
 7/1-11/1/19 .. 
5 hari je tapi mak rasa cam sebulan.. 


Monday, January 7, 2019

CHECK IN IJN

Baru discaj 28/12 haritu .. hari ni mak kene check in kat IJN seperti yang diarahkan oleh Dr.Kumara masa appointment kat IJN jumaat lepas..  esok mak kene buat angiogram. Masa mak dapatkan rawatan kat hkl sebelum ni, doktor dapati jantung mak lemah.. masa mak buat echo doktor dapati hanya beberapa peratus je jantung mak berfungsi tak seperti kebiasaannya.. sebab tu mak kene buat angiogram ni.. dengan cara memasukkan contras ke dalam saluran darah ke jantung untuk melihat sama ada ada bahagian yang tersumbat atau tak - saluran darah yang tersumbat yang menyebabkan jantung mak tu lemah.

Harapnye mak kuat..

Tuesday, January 1, 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Assalamualaikum..
Selamat Tahun Baru akak ucapkan kat uols yang singgah blog akak ni ye..
Semoga kejayaan, kebahagiaan, keharmonian, kekayaan, keikhlasan dan ketaqwaan makin bertambah2 tahun 2019 ni.. amiin

Iklan