Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, May 31, 2011

Elektrik Naik RM2.23kWj

Kerajaan umumkan tarif elektrik yang baru yang berkuatkuasa ESOK 1 JUN 2011.. dalam bahasa mudahnya..

Bagi PENGGUNA DOMESTIK (rumah ler)

Siapa guna elektrik kurang RM20 sebulan = PERCUMA hingga 31 DECEMBER

Siapa guna kurang dari RM77 sebulan = TIDAK ALAMI SEBARANG KENAIKAN

Siapa guna lebih dari RM77 sebulan = Naik sehingga RM30.30

Bagi PENGGUNA KOMERSIAL

Bagi peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang guna tak lebih 200kWj sebulan= kenaikan MAKSIMUM RM4.60 sebulan

Aduhhh.. terpaksalah aku kurangkan guna aircond kat umah.. padahal guna time nak zzz jer.. sbb sebulan bil biasanya antara RM140 -RM180.. pasni mahu cecah RM200++.. gile gile!! lampu kat dapur terpaksa On sepanjang malam sebab kalau gelap penyamun suka.. xkan nak guna pelita kot..

Tapi yang komersial nih.. aku yakin lepas ni harga barang makanan kat kedai2 sure akan naik.. haritu gula naik, ada peniaga kata xpelah, untung sikit2.. tapi skrg elektrik pun naik apa cerr... yang berdaftar niaga kat kedai oklah naik RM4.60 sebulan tapi macamana dengan makcik2 yang niaga kat tepi2 jalan.. kat gerai2 kecik.. semua kerja2 memasak dibuat kat rumah.. kita tunggu jer lah harga nasi lemak terkini di pasaran lusa yer..

Nampaknya lepas ni jarang2 ler aku makan kat luar @ tapau huhu :D

Monday, May 30, 2011

Jawatan Kosong Kerajaan DIMANSUHKAN !!

Wahai kawan2 yang baru mohon SPA atau mana2 jawatan berkanun dengan ini percayalah bahawasanya Jawatan Kosong Kerajaan & Badan Berkanun DIMANSUHKAN.. x percaya? pi lah tanya kakak2, abg2, makcik or pakcik yang keje gomen.. insyallah depa boleh terangkan dengan sejelasnya perkara di atas.. huhuhu skema nye ayat hahahaha!!! masih tak percaya???!! aku tau korang mesti kecewakan.. meh baca SURAT PEKELILING Edaran Bil. 7/2011.."PEMBEKUAN PENGAMBILAN/PENGISIAN JAWATAN DAN PEMANSUHAN JAWATAN KOSONG DI SEMUA KEMENTERIAN....

klik gambar untuk lebih jelas

Tapi jangan risau.. ianya dimansuhkan sehingga 31 Ogos 2011.. so lepas tarikh tu, x taulah apa pulak yang akan berlaku huhuu.. pada sape2 yang menanti hari interbiu, jangan panik.. surat panggilan interbiu itu sah.. pergilah interbiu dengan tenang k.. so untuk lebih detail.. Klik aje di SINI..

Al-fatihah buat Blogger TDB

Hari ni aku singgah ke belog seorang teman.. dan antara n3nya yang lepas adalah berkisar tentang pemergian arwah.. Aku kenal nama tdb melalui blogwalking yang aku buat selama ni.. aku selalu tengok nick arwah ni.. dan aku tak percaya pada mulanya.. lantas aku terus ke belog arwah..

Ternyata berita itu benar.. Arwah yang nama sebenarnya Abdul Hakim Bin Mohd Kamal telah kembali KeRahmatullah pada 19 Mei 2011 bersamaan dengan 15 Jamadilakhir 1432H. Kalau korang nak ke blog arwah korang klik jer banner kat atas ni.. Aku tak tahu apa sebabnya.. Aku doakan arwah ditempatkan dalam golongan umatNya yang terpilih. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Al-fatihah.


Sunday, May 29, 2011

Lagu & Lirik Di Penghujungnya : Iqa Mentor 5


Lagu & Lirik Aku Permata : Salma Mentor 5




Lagu baru Salma.. Aku Permata

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempoh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Korus
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Ulang Korus

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kanku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanla bersinar

Mentor 5 Akhir PANASSSS!!!


Setakat ni dah 2 pusingan...
nampaknya saingan Salma yang aku nampak adalah Iqa..
Iqa ni sebab gimik yang ada..
almaklumlah mentor dia kan ada studio power..
so gimik2 masa depan tu sume dalam tangan jerkk..
tapi suara Iqa takde lah power sangat..

Shiha pulak..
hurmmm banyak pulak lagu etnik dia nyanyi..
macam kureeeng la..
dia kena bawak lagu2 yang ada momentum Vaaaasssss!!!
macam Iqa vs Faizal
atau Salma vs Jac

Salma..
setakat ni dialah yang terbaekkk!!
bukan sebab Erra tapi sebab power of voice..
suara salma.. sangat sedap!!
macam Black dulu.. bagi jer lagu apa pun..
sume dia telan baeeekkk!!

Now kita dengar lagu terakhir Salma..
Lagu baru..

Saturday, May 28, 2011

Midnight NurKasih

Wahhhh.. midnight tu.. bawak mak pulak tu hihihi.. bukan apa, aku nak sangat tengok citer NurKasih nih.. siang tadi aku gi umah mak.. aku citer ngan mak plan aku ngan adik aku malam nih.. uikkkk alih2 mak pulak berhajat nak tengok sama.. hehehe.. ok! sesekali kan kan.. sebenarnya pertama kali mak midnight tu hihihi.. jom baca babak2 aku malam nih..

Babak pertama: kol 8.30 malam kami gerak ke WangsaWalk.. alahai.. ramainya org.. parking full der.. xpe2.. sabar2.. cari pelan2.. hihihi.. NurKasih punye fasal.. :-)

Babak ke-2: cari tiket.. kena beratur ok.. tapi pada masa yang sama mata aku dok ushar jer kaunter Booking Online Redemption .. adeehhh.. kalau lah aku booking awal2, kan sonang keje aku.. hurmmm.. xpe2.. sabar2.. nak tengok NurKasih ke tak nak?!! hihiihi..

Babak ke-3: kat screen tunjuk semua movie FULL.. hahaha!!! padan muke aku! tapi aku tetap beratur gak.. kononnya nak beli tiket untuk esok jer lah.. xpe.. sabar.. sampai kaunter..

" errr dik, NurKasih malam ni ada lagi?"

"hurmm.. ada.."

"ada?!!!! (senyum lebar nih)"

"akak nak tengok pukul berapa punye? kol 10.10 tinggal seat depan jer"

"selain kol 10.10 ?"

" kol 12.10 .. "

adik tu pun tunjuklah kerusi2 kosong yang ada kat screen depan aku tu.. hurmm.. alahai.. kerusi baris ke-4 dari depan ada sebaris lagi kosong.. cepat2 aku tunjuk seat yang aku nak.. huhuhu..

Babak ke-4: dah dapat tiket.. ada masa 2 jam lagi untuk termenung.. apo nak buekk ekk.. hurmm mak kata dia belum makan.. so amik keter, kuar cari tempat makan.. nasib parking singgit.. kedai2 kat dalam mall sume dah angkat kusi letak atas meja (xreti2) hehe.. so kami gi arr kedai tepi jln dekat2 ngan WW tu jugak ler.. mak makan nasi goreng.. aku minum jerkk .. jerkk? hihihi ngan berger sebungkus huhuhu..

Babak ke-5: hurmmm.. masih ada masa 50 minit huhu.. balik semula ke WangsaWalk.. kita layan bowling duluuuu.. hihihi.. 2 games jer..

Babak ke-6: tepat kol 12.05 aku gerak masuk panggung.. & layan lah segala iklan yang ada depan mata tu.. iklan kat screen ok!!!

Babak ke-7: citer start.. fokus2!! hihihi.. sat gelak.. sat bergenang air mata.. sat heran.. sat blurrr..

Kesimpulan cerita NurKasih tu.. aku bagi 3 bintang jer.. sebab cam kureng arr.. ibarat macam kita wat sambal belacan yang tak ummmmpppp.. sedapp tapi macam x berapa sedap.. boleh gitu?? hihihihi.. mak ngan adik aku lagi takde feel tgok.. cettt!! membazir RM13 sebab tak rasa citer tu..

Babak akhir untuk malam nih.. apa lagi.. balik ler.. tido hihihi.. sok (tengahari nanti) nak gi kenduri pulak.. huhu.. x baik org jemput kita tak pegi kalau xde apa2 yang menghalang kan kan kan hihi.. Rezeki jangan di tolak.. :-) nite.

Friday, May 27, 2011

Segmen Bloglist AbgTeror : Tanah Tumpah Darahku

Wahhh.. bagus jugak idea abgteror wat bloglist ikut negeri nih.. aku setuju 100% dengan matlamat bloglist tu diadakan.. memang betul, kdg2 kita tak tau blogger2 yang dekat dengan kita.. pernah jugak aku terpikir dulu.. sape lah blogger2 yang ada kat KL nih hehe.. mana lah tau.. kita2 (blogger KL) leh wat bowling event ke kan kan.. meramaikan kenalan x salahkan.. so untuk menyertai segmen abgteror ni, aku perlu menjawab 4 soalan..

1. Dimana anda dilahirkan?
Oh.. saya dilahirkan di Hospital Besar, Kuala Lumpur (skrg nama HKL) :-)

2. Dimana anda dibesarkan?
Saya membesar di Sentul, Kuala Lumpur.. anak jati Sentul nih ngeh3x..

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Sudah tentu KUALA LUMPUR..

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Saya pilih KUALA LUMPUR sebab..

"Kuala Lumpur TANAH TUMPAH DARAHKU.. dilahirkan, dibesarkan, bersekolah, bekerja, kahwin, melahirkan, membesarkan.. semuanya berlaku di KUALA LUMPUR. Alhamdulillah."

Wednesday, May 25, 2011

Hijrah Sham Kamikaze



Mesti ramai kenal kan dengan Sham ni.. terutama kat cenel2 astro.. patut lah aku dah lama tak tengok dia perform kat astro.. rupa2nya Saudara Sham dah membuat penghijrahan.. Alhamdulillah..

Semoga saudara sham tabah dengan ujian yang Allah berikan.. bukan mudah untuk melakukan sesuatu perubahan.. apa jua yang dilakukan akan dikritik oleh masyarakat di luar sana.. ada kala kritikan itu datang dalam bentuk kritikan membina.. dan pasti ada kritikan yang berbentuk cemuhan.. kuatkan hati.. Allah SWT sentiasa berada di sisi hambaNya yang ikhlas..

Monday, May 23, 2011

Bergambar Sebelum Tanah Runtuh

Wajah-wajah ceria sebelum kejadian tanah runtuh kelmarin..
Alfatihah pada yang meninggal dunia..
semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.
Takziah untuk sahabat handai dan kaum keluarga mereka.

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Kajang : 25 mangsa telah ditemui



Alhamdulillah.. akhirnya kesemua 25 mangsa telah ditemui. Operasi mencari yang bermula dari pukul 2.30 petang smlm berakhir pagi tadi pukul 5.05 pagi bila mana mangsa terakhir ditemui. Dengan ini jumlah mangsa yang telah terkorban adalah seramai 16 orang dan 9 yang terperangkap selamat. Walau bagaimana pun 3 orang daripada 9 orang yang selamat dilaporkan kritikal. Marilah kita semua berdoa, mereka selamat.

Al-fatihah buat yang telah pergi mengadap Ilahi.. Al-fatihah.

Operasi mencari disambung pukul 8.00 pagi tadi untuk pastikan tiada lagi mangsa yang terperangkap.

Sumber: Bharian

Saturday, May 21, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Kajang TERKINI

Maklumat terkini pada pukul 10.09 pm..

petikan gambar dari Hmetro

Senarai mangsa yang meninggal dunia:

1. Azrel (8) 2.Nael (8) 3. Eqim 4. Zaim 5. Rahimi 6. Angah.

Al-fatihah ... Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi mereka.

Senarai mangsa yang selamat:

1. Khairul (9) 2. Hairis 3. Harris 4. Aizat 5. Alaudin 6. Abg Din 7. Shafiz 8.Akmal

Alhamdulillah, semoga mereka cepat sembuh dari kecederaan dan trauma.. jaga diri baik2 yer adik-adik..

Senarai mangsa yang masih tertimbus:

1. Riz (9) 2. Shahrul (9) 3. Boboy (10) 4. Lokman (11) 5. Fahad (9) 6. Aiman (10) 7. Hasril (11) 8. Abg Farid (34) 9. Abg Iwan (33) 10. Hazim (9)

"Ya Allah, lindungilah mereka Ya Allah, apapun keadaan mereka, tunjukkanlah mereka Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu Ya Allah lindungilah mereka, Amin."

Saksi Tragedi Tanah Runtuh Kajang


Mangsa nampak kawan2 dah tertimbus..

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh," kata seorang penghuni rumah anak yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohd Faizal Isni, 17.

Menurut Faizal, ketika ketika kejadian dia pergi ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku dalam seklip mata.

Sementara itu, Ketua Warden Rumah Anak Yatim, Mohamad Hambali Ismail,34, berkata, ketika kejadian berlaku, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengahari dan beramah mesra dengan penghuni rumah terbabit.

Ketika kejadian jam 2.15 petang itu, anak yatim terbabit berlatih kompang dan nasyid sementara menunggu ketibaan tetamu.

"Pada waktu itulah saya terdengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya dan tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Rumah anak yatim itu mempunyai 34 penghuni lelaki. Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Tragedi Tanah Runtuh Kajang


2.20 petang: Laporan awal menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sini.

4.27 petang: TERKINI - 2 mayat kanak-kanak dah di bawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh sebentar tadi..

6 lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.. kini di rawat di Hospital Kajang.

"Ya Allah, selamatkanlah mereka..berikanlah mereka perlindunganMu Ya Allah.."

Sumber: BHarian

Friday, May 20, 2011

Panggilan Temuduga

Alhamdulillah aku dipanggil untuk temuduga kerja.. so sebelum interview pasti banyak kerja yang aku harus buat.. so aku nak share info kat sini buat semua..

Persediaan Awal
  • Kena tahu jawatan kita tu.. tugas2 apa yang berkaitan dengan jawatan kita..
  • Sediakan sijil-sijil ngan resume terkini ok.. susun ikut keutamaan..
  • Buat latihan untuk kawal intonasi semasa temuduga
  • Pakaian -> bersopan , kasut -> bertumit
Adab Temuduga

Di awal temuduga :
  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
  • Bersikap tenang dan tidak gementar;
  • Jangan menguasai sesi temuduga;
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;
  • Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
  • Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
  • Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga
Jangan buat macamni ok hihihi!!

Di akhir temuduga
:
  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;
  • Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
  • Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun
  • Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal
Kalau nak tau lebih lanjut uols leh layari kat sini ekk.. KLIK

Monday, May 16, 2011

MOVIE KONGSI .. dah tengok?


Ramai member2 aku dah gi tengok citer ni.. komen dorang kat fb nampaknye tak seimbang.. ada yang suka citer ni.. ada yang sangat teruja layan citer ni.. dan ada yang biasa-biasa jer tengok citer ni.. hurmmm.. apa yang aku leh simpulkan.. mungkin mcmni.. kalau ko jiwa romantik, ko x suka tengok citer perang2.. erkkk.. iyer ke.. :) ... tapi aku suka ngan komen si teruja tu.. siap citer gelak kuar air mata beb!! (dia tulis la) adeeehhh.. apa2 pun aku nak tengok jugak.. nanti aku leh komen pulak kan kan ngeh3x..

Cikgu, maafkan aku..



Cikgu Harun,
dah 25 tahun masa berlalu..
tpi kata2 hinaan cikgu tiap hari dulu masih segar diingatan aku..
kerna aku budak comot..
kerna aku budak miskin..
terhirisnya hati aku hingga kini aku terasa..
maafkan aku cikgu sebab tak dapat memaafkan mu..
tidak hari ini,
tapi mungkin satu hari nanti
hati ini terbuka untuk memaafkanmu..
walau bagaimana pun,
cikgu penah mengajar aku dulu..
hati ini ikhlas
untuk ucapkan
"Selamat Hari Guru"
buat cikgu..

Cikgu, maafkan aku..

Saturday, May 14, 2011

Boling Jiran Muda 1 Malaysia

Ahad lepas 8hb Mei 2011 aku join tournament anjuran Jiran Muda kawasan umah aku.. dan alhamdulillah ini lah hasilnya.. walaupun aku terhencut2 sakit urat kaki tapi aku tetap gagah jugak melontar sampai habis games..




bravo!!!

Thursday, May 12, 2011

Lawak.. hahaha!!!

husband and wife Pictures, Images and Photos

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik abang aje...

Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...

Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...

Suami: Ahhh..iya lah...iyalah. ..

Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...

Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???

Isteri: %#@**^&%#@ ....

Sunday, May 8, 2011

Hari Ibu HARAM ?!


Kalau korang terkezut, aku pun sama gak bila baca hal ni .. ikut artikel tu Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

KLIK sini untuk cerita selanjutnya.. Asal Usul Hari Ibu & Mothers Day History

Aku tak berani nak komen apa.. biarlah yang pakar yang maklumkan kebenarannya.. Cuma aku terngiang-ngiang sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam:

Maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)..

Waullahualam..

note: macamana ngan perayaan Raya Cina, Deepavali & Krismas?

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu, Mak

Esok Hari Ibu..



Ku titip doa buat mu mak.. Sayang mak sangat-sangat!
Jom layan lagu Kasihnya Ibu..



Kasihnya Ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan terseksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Note: Sedih teringat berita semalam.. seorang ibu menemui ajal dalam keadaan rentung selepas gagal selamatkan diri sebaik keluarkan tiga anaknya melalui tingkap. Al-fatihah untuk arwah Rafidah Ismail.

Friday, May 6, 2011

Mak Lagenda GiveAway

Tadaaaaa...
Wahh.. teruja nak join nih.. ikut kata mak.. kita kena..

*Wat entry tajuk "MAK LAGENDA GIVEAWAY" --> ngah wat la nih..
*Dapat tau kewujudan blog Lagenda Mahsuri dari mana? ---> Dari BlogWalking ar Mak~
*2 Post yang paling disukai.. hurmmmm..
Mak Lagenda GiveAway & Latest Update dan Jemputan Ke Majlis Bisik-bisik Gathering
*Ada 2 soalan nak tanya Mak huhu..
i. Mak keje ape ekk?
ii. Mak study amik coz ape ek?
*Saya nak tag Munna & Liza .. Awak, jom join Mak Lagenda GA nih, mana tau ada rezeki kan kan~ ;D

Last Exam Hari Ni!!

Alhamdulillah~~ teruja~~ x sabar~~ akhirnya penantian~~ begitulah perasaan aku saat ni.. dengan nota yang bertimbun atas meja ni masih sempat nak post something yang membahagiakan aku hihihi.. insyallah ni merupakan exam terakhir aku bagi menamatkan pengajian aku ni.. doakan aku berjaya ekk.. paper petang ni kol 3.00pm huhu.. tapi.. pastu aku lom leh enjoy sebab.... sebab... sebab.. tesis aku belom siap dibaiki hikhikhik!!!.. minggu depan dah nak kena jilid.. sangap lagi aku.. arghhhhhh!! takmo ingat dulu pasal tesis.. focus kat exam dulu.. pastu hadap ler tesis tu sampai garisan penamat..

To dear frenz those amik exam hari ni jugak @liza, @nora, @noni..
Good Luck Babe!!

exam Pictures, Images and Photos

Thursday, May 5, 2011

Kenapa dia cemburu dan panas baran macamtu?!!



Sebelum ke sekolah pagi ni untuk amik report card anak, aku tinjau2 dulu berita-berita terkini dalam dan luar negara.. lepas satu-satu berita aku baca.. dari cerita Osama hingga ke cerita selebriti dan akhirnya aku singgah ke berita harian online.. lepastu aku ke dapur buat se`mug kopi o panas.. dan kembali ke depan laptop meneruskan pembacaan aku..

Dari satu cerita ke satu cerita hingga ke tajuk berita "Lelaki cemburu tikam tunang bertubi2 di stesen minyak".. masa aku baca berita tu tak tau lah kenapa geramnya hati aku pada lelaki pembunuh tu.. itulah bahayanya CEMBURU & PANAS BARAN .. kerana 2 perkataan tu mampu mengubah rasional seseorang.. Al-fatihah buat Arwah Karimah Jusoh dan semoga keluarga arwah tabah hadapi kenyataan hidup sebegini..

klik gambar untuk ke cerita lanjut

Tuesday, May 3, 2011

Osama Bin Laden Kembali



“Satu kumpulan kecil anggota kita telah menjayakan operasi itu dengan keberanian dan keupayaan yang luar biasa. Selepas mendapat sedikit tentangan, pasukan itu membunuh Osama dan mengambil mayatnya,” kata Obama.

Benarkah?? .. tapi kenapa guna gambar palsu??

Kalau benar dengan berita tersebut, Al-fatihah buat arwah.

note: tak salah kita sedekahkan al-fatihah kepada umat islam yang KEMBALI keRahmatullah.

Iklan