Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, January 25, 2007

Info diabetes 2

Diabetes adalah sejenis penyakit yang terjadi apabila kadar gula berlebihan dalam sistem peredaran darah berikutan kekurangan hormon dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukarkan gula kepada tenaga. Insulin dihasilkan oleh pankreas.

Makanan adalah pembekal tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti harian. Makanan berkanji dan bergula yang dipanggil karbohidrat apabila diambil akan bertukar kepada glukos. Glukos yang terdapat dalam saluran darah pula akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga kerana ia adalah penyumbang utama tenaga.

Dr Farhad berkata, berasaskan hasil kajian Well-Tech iaitu kajian klinikal rambang terkawal yang dijalankan di Shanghai, selain kegiatan fizikal, ubat, kesedaran dalam pengurusan diabetes, penjagaan pemakanan tersusun juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal penyakit kronik ini.

Kajian yang dikendalikan oleh Jabatan Sains Perubatan Akademi Sains China itu membabitkan 150 pesakit obesiti yang mengalami diabetes tahap 2. Dengan menggunakan sejenis makanan tambahan yang dilaksanakan bersama pemantauan glukosa darah, perubahan tabiat pemakanan dan pengambilan khasiat dikatakan mampu memperbaiki kawalan glisemia, tekanan darah dan berat badan di kalangan penghidap diabetes.

“Pesakit yang menjalani program penjagaan makanan ini, menunjukkan keputusan yang menggalakkan kerana bukan saja mereka berjaya mengurangkan kandungan gula dalam darah, malah menunjukkan penurunan dari aspek berat badan, ukur lilit pinggang dan tekanan darah sistolik dan diastolik. Kesemua aspek terbabit adalah ukuran metabolisme yang penting,” katanya.

INFO: Panduan pemakanan

Patut dielakkan:

Gula
Gula melaka
Coklat
Jem
Madu
Sirap
Aiskrim
Biskut-biskut yang manis
Susu pekat
Minuman ringan
Gula-gula jeli

Patut dikurangkan:

Nasi
Roti
Ubi kentang
Ubi keledek
Ubi kayu
Jus
Kelapa
Daging kambing
Buah-buahan jeruk
Bahan tenusu

Boleh dimakan:

Serbuk lada
Rempah-ratus
Serbuk kari
Cecair – air, teh, kopi, jus tomato dan limau, sup cair
Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkung, sawi, cendawan, bayam, tomato, bunga kobis, bendi, terung dan petola.

No comments:

Iklan