Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Jom ke JB!!

teman aku: lappyku, miloku & bukuku :))

Demam.. selsema.. batuk.. sesuai sangat.. 3 serangkai hehehe.. alhamdulillah bp dah semakin baik.. tapi lepas jumaat satg nak gi chek bp lagi.. sebab esok nak gi JB.. takut ape2 hal pulak nanti kan.. gi JB ni bukan nak gi jalan2 tau.. aku terpaksa gi JB.. kalau ikutkan rasa tak larat.. mmg ler tak larat.. tapi sebab dah tugas tu.. redah jugak.. ni semester akhir aku.. aku nak habiskan jugak sem ni.. semester ni lah semester yang sangat menguji aku.. yang penting aku kena semangat.. kena kawal emosi aku.. jangan kasi bp naik.. :))

Semester ni aku ada 1 subjek yang tak ditawarkan kat KL.. so kalau nak tunggu.. jenuhh... nak tak nak aku kena ke JB gak.. lagipun aku kena cari bahan2 thesis terutama thesis2 lepas kat sane nak buat rujukan.. lagipun penyelia thesis aku pensyarah kat UTM sane.. Prof.Madya Dr.Rozeyta.. kenal ke? hikhik.. aku kena gi JB 2 minggu sekali.. so semester ni aku kena pegi sane 7x untuk attend class OD & 1x untuk VIVA thesis.. fuhhh. masak aku!!. kalau sempat time2 aku dah sihat nanti leh lar ronda2 JB pulak kan kan.. lalalala..

Ikut plan, esok aku gi ngan husbend aku.. kami follow 1 keter lagi .. keter member aku., dorang berempat... sebenarnya aku nak sangat join dorang.. tapi aku risau pulak, mana tau dalam perjalanan nanti kesihatan aku terganggu ke.. kesian kat kawan2 aku pulak... tak pasal2 ada yang tak dapat masuk class nanti.. sebab esok aku ada class kol 2.00 petang.. semoga semuanya berjalan lancar.. insyallah.

Jom!!.. sape nak follow gi JB, esok? hehe..

Tuesday, January 25, 2011

Trip SpaceUTM ke Universal Studio Singapore

Iklan sebentar untuk student space UTM..



JADIKAN IMPIAN ANDA SATU KENYATAAN!!
ALAMI DUNIA KERIANGAN HOLYWOOD DI SINGAPURA!! PAKEJ PELAJAR HANYA RM299/PAX (Space UTM sahaja)

TARIKH: 17 May 2011 (cuti hari wesak) lepas exam..
LAWATAN: UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & MERLIN PARK (1 hari)
"SPECIAL GIFT dari USS"

PAKEJ TERMASUK:

BAS PERSIARAN KL - SINGAPORE - KL
INSURAN PERJALANAN
PAS 1 HARI UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
MINERAL WATER 2 BOTOL/PAX

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

MAKANAN & PASPORT PERJALANAN

*Kami akan uruskan Passport Berkumpulan yang berharga RM200 untuk dikongsi minima 5 orang & maksimum 20 orang kepada sesiapa yang berminat sahaja.

Pendaftaran & Pembayaran:
DEPOSIT RM50 semasa pendaftaran (tidak akan dipulangkan)
Pembayaran penuh boleh dibuat secara ansuran sehingga 2 minggu
sebelum tarikh lawatan.
Sila bawa sekali salinan IC & Kad Pelajar

TERHAD HANYA KEPADA
40 PAX SAHAJA!!
PENDAFTARAN SELEWAT-LEWATNYA PADA 25 FEBRUARY 2011
Keterangan lanjut SILA HUBUNGI:
Diya
019-2488404
vivela_girl@yahoo.com

Monday, January 24, 2011

Simptom mereka sama..

Doktor banyak kali tanya aku bila tengok BP aku tinggi.. "sebelum ni ada darah tinggi ke?" aku kata lah takde.. sakit kepala biasa2 tu ader lar.. cuma kebelakangan ni jer aku terasa kebas kat bahagian kepala.. doktor takde pulak nak explain kat aku antara simptom2 HIPERTENSI ni.. tapi bila aku baca cerita mereka tentang tekanan darah yang tinggi, aku agak terkedu..

Simptom mereka alami kat bawah ni sama macam yang aku alami.. jom tengok cerita mereka..



Kisah Pertama - Daniel Chong

20 tahun lalu dia dikejutkan berita kawan dia kemalangan.. atas semangat setiakawan dia nak mendermakan darah bagi menyelamatkan nyawa rakannya.. tapi malangnya dia juga dimasukkan ke hospital yang sama bila didapati dia menunjukkan petanda HIPERTENSI..

"Alangkah terkejutnya saya ketika itu kerana saya langsung tidak mengalami simptom yang berkaitan dengan hipertensi sebelumnya. Doktor memberitahu dengan bacaan tekanan darah 190, saya berisiko mendapat serangan strok minor."

"Cuma saya perasan, imej yang saya pandang kelihatan semakin mengecil dan mengalami pening-pening biasa. Keadaan itu kemudiannya hilang apabila saya berjalan-jalan dan berehat sebentar," katanya yang kini berusia 52 tahun.. bermakna peristiwa tu berlaku ketika dia berumur 32 tahun.. kurang sikit dari umur aku..

Kisah kedua - Zubaidah Omar

Beliau merupakan seorang guru.. dia tak menyedari bahawa dirinya mempunyai tekanan darah tinggi sehinggalah dia berjumpa dengan doktor kerana mengalami kebas di bahagian kepala..

"ketika itulah doktor memberitahu saya mempunyai penyakit darah tinggi dengan kadar tekanan 190 berbanding normal 120 dan mempunyai risiko strok jika lambat mendapatkan rawatan".

"Saya diberikan ubat tetapi tekanan darah sudah normal saya jarang mengambil ubat sehinggalah pada suatu masa ia kembali naik," katanya yang hanya menyedari mengidap penyakit itu 2 tahun lalu..

Yang tulisan merah tu merupakan simptom yang aku alami kebelakangan ni.. maknanye.. @$%^&#..

Rujukan: www.darahtinggi.com

Rekod Rawatan Sakit Kepala

Kebelakangan ni aku selalu sakit kepala.. dan pernah hampir pitam dan dikejarkan ke hospital.. doktor chek aku nyer Tekanan Darah (BP).. masih tak turun sejak aku keguguran aritu.. sekitar 155/90 .. doktor HKL buat surat untuk wat pemeriksaan susulan sebanyak 3x untuk chek BP aku sebelum dorang menyimpulkan sebarang keputusan...


1st & 2nd pemeriksaan BP masih tinggi.. doktor yang merawat aku dah nak amik kesimpulan yang aku ni mengidap darah tinggi.. dan perlukan ubat dan rawatan seterusnya.. ia sedikit menyedihkan aku.. tapi nak kata apa.. benda nak berlaku.. lagipun keturunan belah mak aku memang pengidap darah tinggi tegar.. aku ingat aku tak kena sebab ayah takde darah tinggi hehe.. boleh gitu? tapi bila pemeriksaan hari ke-3.. BP aku turun sekitar 148/87.. nampak macam tak byk beza.. tapi result tu yang menyebabkan doktor cancell untuk cop aku sebagai pengidap darah tinggi.. doktor kata aku kena jaga makan.. tahap BP aku dok kat border line.. 1stnye aku bersykur sangat sebab tak terjebak dalam rutin makan ubat sepanjang hayat.. ke-2 aku risau sebab aku kena berdepan dengan masalah sakit kepala yang berulang2.. tapi yang pasti aku kena jaga makan aku betul2.. tak boleh terlebih garam.. masakan berlemak.. berminyak.. so kene rebus jer ler ekk hehe.. nasib ler badan..

1st day..


selang 2 hari kemudian.. 2nd day


selang 2 hari lagi.. 3rd day

Rawatan susulan 6 bulan lagi.. aku harap waktu tu kesihatan aku makin baik.. insyallah.

Saturday, January 22, 2011

Disebalik Sedapnye Apple

Pepagi ni aku nak bercerita tentang Apple Merah... ni lah satu2nye buah yang aku lalu makan & dibenarkan makan buat masa nih selain dari buah zaitun, pic dan seangkatannya.. kalau makan sebiji tersangatlah terasa kesedapannya.. tapi kalau aku makan 2 biji Apple berturut rasa ngilu gigi aku nih.. tu tandanya gigi aku ni tak sihat kot hehe..

Gambar kat sebelah ni adalah diantara buah2 apple yang ada kat dapur umah aku selain buah korean pear.. setiap minggu husben aku akan beli buah2an ni untuk aku ngan anak2 makan.. alhamdulillah..
Aku sebenarnya nak bercerita tentang khasiat Apple.. kebanyakkan kita semua tahu setakat khasiat buah-buahan jer kan.. khasiat yang basic2 gitu.. so jom.. kita tambah pengetahuan kita tentang KHASIAT APPLE..

TAHUKAH ANDA..

  • Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.
  • Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak- kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam badan.

Dan TAHUKAH ANDa..

Kandungan Vitamin Dan Mineral Dalam Apple?

KARBOHIDRAT

Karbohidrat merupakan salah satu penyumbang energy atau tenaga yang paling murah, kerana pada umumnya sumber karbohidrat ini berasal dari tumbuh-tumbuhan (beras, jagung, singkong, dan sebagainya) yang merupakan makanan pokok.

LEMAK

Fungsi lemak adalah :
- menghasilkan kalori terbesar dalam tubuh manusia (1 gram lemak menghasilkan 9,3 kalori).
- sebagai pelarut vitamin A,D,E,K.
- sebagai pelindung terhadap bahagian tertentu tubuh

PROTIEN

Fungsi protein bagi tubuh antara lain :
- membangun sel-sel yang rosak.
- membentuk zat-zat pengatur seperti enzim dan hormon.
- membentuk zat inti energi (1 gram protein kira-kira menghasilkan 4,1 kalori).

VITAMIN B1 - TIAMINA

Fungsi : Mencegah penyakit beri-beri, membantu pelepasan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan saraf.

VITAMIN B2 - RIBOVLAVIN

Fungsi : Membantu pelepasan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan kulit dan rambut.

VITAMIN B3 - NIASIN

Fungsi : Mencegah penyakit pellagra (kulit kasar bersisik), membantu melepaskan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan sistem saraf, mempertahankan kesihatan rambut.

VITAMIN B5 - ASID PANTOTENIK

Fungsi : Mencegah mati rasa pada jari-jari, membantu melepaskan energi dari makanan, mempertahankan kesihatan jaringan dan rambut.

VITAMIN B6 - PYRIDOXIN

Fungsi : Mencegah kekeringan pada hujung bibir, membantu melepaskan energi dari makanan. membantu pembentukan sel darah merah, mempertahankan kesihatan sistem saraf.

VITAMIN B9 - ASID FOLIK

Fungsi:
- Menstabilkan mood.
- Mengurangi depresi.
- Memperbaiki jam biologis dengan mengatur selera makan

VITAMIN C

Fungsi : Meningkatkan daya tahan tubuh, berfungsi sebagai anti oksidan yang melindungi tubuh dari serangan radikal bebas akibat polusi dan asap rokok, membantu penyembuhan luka, membantu peyerapan zat besi dan kalsium, mempertahankan kesihatan kulit.

FERUM

Membina otot & tubuh yang sihat.

FOSFORUS

Pembentukan tulang, gigi, meningkatkan fungsi otot .

KALIUM

Pembentukan tulang, meningkatkan fungsi saraf dan otot .

KALSIUM & MAGNESIUM

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium dan magnesium ialah mencegah penyakit osteoporasis dan mengawal tekanan darah.

ZINK

Merangsang ketinggian dan tumbesaran kanak-kanak.

TANIN

Buah apple juga memiliki kandungan tanin. Tanin adalah zat yang berfungsi membersihkan dan menyegarkan mulut, sehingga dapat mencegah kerusakan gigi dan penyakit gusi.

BARON

Di dalam buah apple terdapat baron. Apakah baron itu? Baron berfungsi mempertahankan jumlah estrogen dalam tubuh seorang wanita.

FLAVOID

Salah satu kandungan buah apple yang baik untuk menjegah penyakit adalah flavoid. Flavoid merupakan zat yang berfungsi menurunkan risiko kanser.

ASAM D-GLUCARIC

Asam D-glucaric yang terkandung di dalam apple merupakan zat yang dapat menurunkan kadar kolesterol.

QUERCETIN

Quercetin merupakan zat yang diperlukan untuk meningkatkan kadar antioksidan sehingga tubuh terasa lebih sihat dan mencegah berbagai penyakit. Buah apple mengandung zat quercetin.

ASAM TARTAR

Di dalam sebuah apple juga terdapat asam tartar. Asam tartar dapat menyihatkan saluran pencernaan, karena zat ini mampu membunuh bakteria yang terdapat dalam saluran pencernaan.

Banyak khasiatnye kan.. so lepas ni rajin2lah makan Apple ek.. :)

Rujukan: http://honeyapple3.webs.com

Friday, January 21, 2011

Kembalikan anakku..

Hati keibuan aku sedikit terusik pagi ni dengan kisah yang aku baca kat NYDaily.News nih..

Cold case over: Carlina White, kidnapped as infant from hospital 23 years ago, reunites with family.





















Baby ni diculik ketika berusia 19 hari iaitu pada 14 Ogos 1987.. ketika tu ibubapa si kecil ni bawak dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebab demam.. alih2.. dia hilang begitu saja semasa mendapatkan rawatan.. nurse yang bawa baby ni ntah ke mana.. mau tak meroyan mak bapak dia.. waktu tu si ibu hanya mintak dikembalikan anak dia.. kalau aku ntahlah.. takmo aku bayangkan..

Tapi itulah.. siapa sangka baby yang diculik tu menjelma depan mata setelah 23 tahun berlalu.. Mengikut cerita baby tu yang kini dah besar panjang, dia menyedari bahawa yang ibu bapa yang menjaga dia sebelum ni seperti menyembunyikan sesuatu.. dia bertekad untuk mencari siapa keluarga dia yang sebenar.. dan setelah menemui pelbagai petunjuk dan untuk mengesahkannya, dia perlu melakukan ujian DNA terlebih dahulu.. dan ternyata keputusan DNA tu telah memberi berita gembira buat dia dan ibubapanya..

Klik gambar atas ni kalau nak tau cerita sepenuhnya..

Itu kes kat luar negara.. kat Malaysia ni pun banyak kes penculikan berlaku.. ada yang ditemui semula dan ada yang sehingga kini tak dengar khabar berita..

Aku berdoa buat ibubapa yang diluar sana yang masih kehilangan anak mereka, semoga Allah SWT lindungi anak mereka dan moga dikembalikan anak mereka kepada keluarga mereka insyallah. Amin. Selain dari usaha untuk mencari, marilah sama-samalah kita berdoa buat mereka..

Tuesday, January 18, 2011

Tergamaknye Ibu..

Mula-mula ibu suruh abg rogol dia..
Kemudian ibu suruh layan org2 yang ibu berhutang tu..
dan akhirnya dia terjemak dalam dunia pelacuran..

Tak tahu nak kata apa.. semoga ibu muda ini tidak mengulangi perbuatannya dan bertaubat lah.. dan tidak menjadikan perbuatan ibunya sebagai contoh pada masa akan datang..

Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih
Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadaNya.

Sunday, January 16, 2011

Terima kasih atas doa dan nasihat kalian

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 blogger yang sudi memberi nasihat dan kata semangat pada aku dalam menghadapi situasi yang agak sukar bagi aku untuk beberapa minggu yang lepas.. sebenarnya dorongan dan nasihat kalian benar2 memberi makna buat aku.. dan alhamdulillah aku sudah beransur sihat dan masih berehat di rumah.. semoga persahabatan ini berpanjangan hendakNya.. Amin.

Wahai teman2 ku..

@Hezesuze,
@ASSOYFINGER67,
@putERi-kAtEk,
@munna,
@kakyatie,
@Arizakiah,
@MemHalid,
@PuaN su Su,
@misyamissyou,
@Azham Vosovic,
@yastro,
@kakyong,
@eMMe,
@BUNGA,
@SYaMiLa,
@The Lekat Lekit Story,
@deeya shouranlee,
@The Sharkox,
@khairunnisa,
@caliph shuriken,
@sab,
@Kerudung Ungu,
@Jieda,
@Riha NCL,
@Novelgurl,
@Izan Ishak,
@GreenAppleku,
@-GC-,
@LehaMY,
@Cik Ila,
@Rosmah,
@Cik QiQi,
@shark,
@Cik Shinju,
@Nurul Syuhadah,
@alya,
@kakchik/ella
dan semua sahabat blogger yang lainnya..
terima kasih yer.. saya sangat menghargainya..

Tuesday, January 11, 2011

Aku dikejarkan ke hospital

Semalam masa aku kat library tiba2 aku sesak nafas.. rasa nak pitam.. cepat2 aku duduk.. bila dah ok aku amik keputusan nak balik jer..tapi masa aku dalam teksi aku sesak nafas balik.. dah lah jalan jem.. makin lama aku dah tak keruan.. aku cakap ngan drebar teksi tu minta jawab call kalau aku pengsan.. sebelum tu aku dah call husben aku bagiitau keadaan aku.. drebar teksi tu pun dah tak keruan.. alhamdulillah aku sampai umah husben aku dah menunggu.. tapi aku dah tak tahan.. pandangan aku dah kelam.. husben aku terus dapatkan jiran aku dan kejarkan aku ke hospital.. sepanjang masa tu aku tak putus2 mengucap... kaki rasanye macam dah tak jejak ke lantai... setiba aku kat bahagian kecemasan dorang terus check aku.. aku kena suntik lagi.. adoiii.. 1st salah masuk.. 2nd baru jumpa urat.. sabo jer lah hehehe.. tapi aku tak kisah dah time tu.. janji aku sihat.. bila air yang disuntik kat tangan aku tinggal separuh baru aku rasa semakin tenang.. dr. cakap BP aku tinggi.. tapi aku tak pening pun.. sejak aku keguguran minggu lepas BP aku mencanak2 naik.. tak tau nape.. so bila aku dah ok dr. bagi aku surat suh buat check up kat Klinik Kesihatan yang berdekatan.. takut aku kena HBP.. boleh kena strok dr. kata kalau aku tak makan ubat kalau sah HBP.. alhamdulillah mlm tu jugak dibenarkan balik umah.. tapi seharian aku rehat jer.. lemah rasa badan ni.. tu arr stress sangat.. majuk lagi.. kuikuikui.. :p

Monday, January 10, 2011

Termenung ku sendiri...

memikirkan macam2 yang berlegar dihati
soalan demi soalan kutanyakan pada diri
agar kekusutan kesedihan tidak berbaki
ku perlu mencari tempat menyendiri..

aku keluar mencari damai dihati
aku keluar mencari sinar yang tersembunyi
meskipun sinar itu bukan milik ku
tapi cukup sekadar mampu buatku tersenyum nanti

langkahku sayu tak berarah..
hampir menitis air mata memikirkannya
tiba2 aku terfikir sesuatu.. mungkin senyumku ada di situ

tanpa berlengah aku menuju ke sana
lega hati melihat tak ramai manusia berbelanja
setelah berpusing-pusing seketika
hatiku sayu kembali
senyumku tiada di sini

ku beralih arah menahan teksi..
mengorak langkahku ke library..
hajat dihati mencari sumber study
tapi dengan tangis sendu berbaki dihati
sumber di depan mata seolah tak bererti
aku tutup buku.. aku bosan..
aku ke cafe.. mencari secawan kopi..

arghhh.. tika ini hampir lewat petang
nak lebih lama di library fizikalku tak mengizinkan
habis sejuk bedi urat2ku menahan
tusukan aircond yang mengisi ruang..
aku perlu memikirkan segera
arahku selepas ini..

pulang aje ke rumah?
sedih hatiku masih berbaki
andai kukembali
pasti air mata mengalir lagi

ke mana agaknye nak ku bawa lagi hati ini??

Facebook Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang!

Adoiiii.. ni lagi satu.. rasanye tak patut ler dorang buat facebook camgini.. walaupun tak puashati dengan keputusan AJL25, bila page ni dibangunkan ianya seolah2 menghina Ana Rafalli.. admin kata tujuannya bukan nak kutuk2 Ana.. tapi nak luahkan rasa tak puashati dengan keputusan AJL25 nih.. so jangan sentuh nama Ana Rafalli nih kat page tu.. aku rasa dia pun tak tau apa2.. sure sedih giler bila umum cakap2 dia tak layak dan sebagainya..

ni lah page nyer.. sian budak nih..

kalau tarik balik.. korang rasa takde kesan ke keatas Ana Rafalli nih?

sekejap jer dah 1.062 orang like..
tapi ada yg like sbb nak komen membantah page nih diwujudkan..

aku sebenarpun bukanlah peminat Ana Rafalli
cuma aku rasa nak tulis apa yang aku rasa tak patut berlaku jer...
so ANA RAFALLI.... be STRONG!

Kejutan Keputusan AJL25

Sangat2 tak diduga..

Keputusan penuh AJL25

Juara Anugerah Juara Lagu ke-25 jatuh kepada:
ANA RAFFALI / Tolong Ingatkan Aku..

Naib Juara disandang oleh:
Meet Uncle Hussain & Black/ Drama King

Tempat ke-3 AJL25:
Hafiz AF/ Noktah Cinta

Persembahan Terbaik:
Faizal Tahir/ Hanyut

Vokal Terbaik:
Hafiz AF/ Noktah Cinta

Nenek HEBAT


23 orang anak pada zaman ni! ko bayangkan ler.. nenek Mansura tu dah 65 tahun dan suaminya 70 tahun.. hebat tak hebat ler.. bila baca cerita dia, aku pulak yang naik malu kuikuikui.. terbayang apa aja yang keluar dari mulut dia.. contohnya kat ayat kat bawah ni..

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,”


begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Memang aku tak nafikan kebenaran nasihat nenek sura tu cuma cerita berterus terang dia dalam metro lepas membuatkan aku tersenyum sendiri..

Tabik Spring Nenek!!

Sunday, January 9, 2011

Layannn..

Ntah kenapa lagu ni aku layan berkali2 waktu ni... jom layan sama..

Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan

Friday, January 7, 2011

Makanan Dalam Pantang

Hari ni aku nak share dengan uols jenis2 makanan yang boleh dimakan oleh mereka yang dalam situasi berpantang.. kalau sebelum ni bila aku bersalin, mak mertua aku akan turun KL dan jaga makan minum aku tapi kali ni aku kena jaga diri sendiri tapi alhamdulillah husben aku banyak membantu.. time kasih bang ;)

Kalau bab makan ni sebenarnya agak mengelirukan aku.. kalau tanye mak KL dia kata boleh makan.. kalau tanye mak kedah, dia kata "janganlah dulu".. kadang2 aku yang decide sendiri.. samada nak makan ke atau tak sesuatu makanan tu bila keadaan jadi macam ni.. dan senarai aku tulis kat bawah ni bukan je untuk berkongsi dengan uols tapi jugak untuk menyenangkan husben aku bila dia nak ke pasar.. takde ler dia main bedal jer beli lauk pauk untuk aku nanti huhu..

Ikut cerita dari mak aku dulu dia kalau dalam pantang makan nasi ngan ikan masin, lada hitam, kunyit, halia jer.. minum air pun sikit sangat.. arwah opah marah.. nak tak nak mak terpaksa ikut jer.. tapi bila aku dalam pantang anak pertama dulu mak tak bagi aku makan ikan masin jer.. hari pertama dia dah masakkan aku tenggiri masak lemak cili api.. mesti korang pelik kan.. tapi mak kata aku kena makan makanan yang banyak zat dan khasiat.. wah.. moden jugak mak aku nih kuikuikui..

So.. jom kita tengok apa yang boleh dan tak boleh kita makan..

IKAN
  1. MAKAN LER - ikan2 segar yang tak bisa dan tak gatal macam ikan tenggiri atau ikan selar kuning..
  2. DIGALAKKAN - makan ikan yu dan haruan untuk pulihkan luka dalam dan luar
  3. JANGAN MAKAN - bawal hitam, terubuk, ikan duri, ikan pari, sembilang dan ikan parang sebab takut menyebabkan bisa dan bentan.. jangan makan ikan masin.. nanti darah nifas bau busuk.. tapi tu lah yang sedapnye kan kan hehe.. ikan yang gatal pun tak boleh makan macam kembung, cencaru, tongkol dan tamban..
SAYUR
Ada sesetengah mak tak galakkan kita makan sayur.. Katanye sayur boleh menyebabkan kembung angin dan rasa senak perut dan kalau menyusukan bayi, bayi juga turut mengalami kembung dan banyak menangis.. tapi dalam masa yang sama sayur boleh membantu kita dari kekurangan zat (besi/ferum/Fe), pucat, kegagalan jantung.. kalau nak amik pil zat besi pun boleh tapi macam mana nak cegah sembelit pulak.. korang dalam pantang sembelit tak? so pilih lah yang mana korang rasa sesuai dengan diri korang ek..
  1. MAKAN LER - Ulam-ulaman.. Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
  2. JANGAN MAKAN - sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

BUAH-BUAHAN
  1. MAKAN LER - apple merah, pic, zaitun, oren manis
  2. JANGAN MAKAN - nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
MINUMAN
  1. MINUM LER - air masak, kopi 0, milo
  2. JANGAN MINUM - minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda dan air2 buah yang disenaraikan kat atas..

AYAM & BURUNG

  1. Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Rujukan: http://alkiram.net & http://www.rahsiaperkahwinan.com

DnC dan Petua Orang Lama

Pengalaman aku mendapat rawatan keguguran kat HKL seakan masih terasa.. masih segar dalam ingatan aku bagaimana aku menahan sakit masa doktor melakukan d&c secara manual.. teman sebelah katil aku pun mengalami pengalaman yang sama.. dia siap nangis lagi.. kira aku ni kuat jugaklah kan tak nangis.. cuma mengerang & menjerit2 jer kuikuikui.. ramai teman2 tanya kenapa doktor tak bius? aku rasa aku tau nape..

Kalau nak buat d&c dengan bius kat bilik bedah kena tunggu giliran.. sedangkan bilik bedah sentiasa PENUH.. jadi kalau dorang boleh keluarkan secara manual, dorang akan cuba lakukan.. tapi kalau kantung janin melekat kat rahim mereka takde pilihan lain.. terpaksa ke bilik bedah jugak..

Ada pesakit yang kat depan aku pulak datang masa sama2 check up ngan aku.. tapi dia balik umah semula bila dia confirm miscarriage.. dia kata mak dia pesan.. kalau confirm minta balik umah dulu.. bagilah ape2 alasan sekalipun.. tau tak nape dia balik? dia kata dia balik minum air kelapa muda dulu.. tujuannya nak kasi ketulan daging/janin tu keluar dengan sendirinya.. memang berhasil.. dia datang balik subuh pagi esoknya sebab takut ada masalah ape2 jer.. bila doktor scan, janin ngan kantung dah takde.. dia takyah buat d&c manual tu... dia rehat 2,3 jam kat katil tu pastu dah boleh balik.. uwaaaaa kalau aku tau, aku pun nak minum air kelapa gak.. aku takmo lalui sakit macamtu.. sejauh mana keberhasilan air kelapa tu mampu mengeluarkan ketulan janin aku tak pasti.. tapi tadi aku ada terbaca khasiat air kelapa pada ibu yang hamil.. ikut kepercayaan orang2 tua, mereka menyarankan ibu yang sedang hamil menanti masa untuk melahirkan perlu kerap minum air kelapa muda ni.. air kelapa dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran.. dan bagi yang baru mengandung dilarang sama sekali minum air kelapa nih.. ini bermakna apa yang dipraktikkan oleh budak depan katil aku tu mungkin betul.. so sape2 yang nak ikut petua ni better minta nasihat mak korang dulu ekk.. jgn buta2 follow cerita aku nih.. kena budak tu tak cakap betul2 ada yang makin teruk pulak nanti..

Itulahkan.. rezeki masing-masing.. ada pesakit miscarriage yang ketulan janinnya keluar sendiri masa dorang kencing dan sebagainya.. so mereka tak perlu lalui apa yang aku ngan dak sebelah katil aku lalui.. kat hospital lain macamtu gak ker? HKL oh HKL.. kesesakkanmu menyakitkan aku uwaaaaa....!!!

Thursday, January 6, 2011

Miscarriage, DnC dan Aku

Hari selasa lepas aku mengalami pendarahan yang banyak sangat.. bahagian rahim aku macam orang nak bersalin.. kejap2 berdenyut.. dan aku pasti aku mengalami keguguran (miscarriage).. aku hanya menghabiskan masa aku dengan berbaring jer sepanjang hari.. nak gi hospital pun bukannya boleh buat d&c terus.. dah tentu aku kena puasa dulu.. so aku ngan husben decide gi hospital hari esoknya rabu..

Pagi rabu dalam kol 9.30 pagi aku ke hospital.. daftar dan scan bagai.. dan aku tak sangka yang rahim aku akan digodek tanpa bius.. sakitnye hanya Tuhan yang tahu... doktor yang merawat aku nak keluarkan daging dengan kantungnya yang ada dalam rahim aku tu.. terkial2 aku.. terjerit2 aku menahan sakit.. sampai aku trauma kejap.. takut rasanya nak mengandung lagi.. daging yang ada dapat dikeluarkan hanya separuh.. separuh lagi dan kantungnya terlekat kat rahim aku.. so dengan kata lain aku kena buat D&C.. memandangkan aku memang dah berpuasa haritu, so dalam kol 4.00 petang aku dibawa ke bilik pembedahan..

aku puasa dari semalam so dorang masukkan aku air ni lah..

Doktor dah bagitau dah yang aku hanya akan diberi ubat tidur jer.. fuh! lega hihi... memula aku dipakaikan topeng oksigen tu.. pastu baru dicucuk ubat tidur... sebaik ubat tidur masuk ke tangan aku, pelan2 aku kekaburan.. dan waktu tu aku rasa seolah2 aku bercakap.. berangan sorang2.. dalam masa yang sama aku dengar sayup2 orang wat kerja depan aku.. kejap lepas tu aku dengar satu suara.. "ok..dah siap puan" .. aku macam kenal suara tu.. 2x orang tu ulang.. "eh.. tu suara doktor selva tadi".. aku masih mamai.. aku pun tak pasti bila masa aku pakai balik baju aku tu huhuhu... bila aku macam dah sedar aku dah ada kat wad.. aku tengok muka husben aku.. aku cuba nak bersembang tapi.. ntahlah.. macam tak ingat ape2 jer.. yang aku ingat husben aku buat lawak.. dia kata "pasni kita gi lowyat.. beli RAM" hehehe.. nasib aku paham maksud husben aku tu kuikuikui.. ialah dah memori aku low time tu kan kan kan hehe..

1st time ko aku kena cucuk macam ni..
aku tak tengok tangan aku ni sampailah jarum ditanggalkan..
dasar penakut dengan jarum betullah lalalala..

Alhamdulillah semua yang aku risaukan dah berakhir.. aku terima sepenuhnya apa yang telah disuratkan untukku.. oh yer.. kesedihan aku pun dah hilang.. semua sebab kata2 semangat yang kawan2 aku bagi sama ada yang call.. yang sms.. kat facebook atau pun kat entry aku yang lepas.. thanks yer semua.. aku ni nampak jer ganas.. tapi bab jarum, darah, bilik bedah, suntikan dan sewaktu dengannya... aku FAIL! kuikuikui..

Hari ni aku dah dibenarkan balik.. dan waktu aku menaip nih aku dah dalam posisi berpantang.. dengan stoking dan batu tungkunye.. erkk.. kena pakai barut ke? rasanye takyah kot.. kan? :p

Monday, January 3, 2011

Aku Takut

Tadi aku ke Hopital Al Islam Kampung Baru... kalau ikutkan date appointment aku lambat lagi tapi aku terpaksa jumpa doktor.... awal pagi tadi ada darah pekat membasahi kain aku.. pelbagai andaian bermain difikiran aku.. Ya Allah, selamatkanlah kandungan aku ini... kalau ikutkan nombor giliran aku lambat lagi, mungkin sebab aku ada kes lain, nombor aku dipanggil cepat.. Alhamdulillah.. masa doktor scan aku nampaknya doktor tercari2 denyutan jantung janin dalam perut aku ni.. "tak clear" kata doktor.. aku pun tak faham sangat.. tapi dari penglihatan aku.. aku tak nampak pun ada denyutan jantung kat skrin tu.. bunyi pun takde.. aku sedih sangat.. doktor khalida kata kantung janin aku cantik.. cuma tak berapa kelihatan janin tu.. aku sekarang dah 6 minggu.. aku rasa sepatutnya dah ada denyutan jantung tu.. doktor tanya aku sama ada nak duduk kat wad tak.. tapi lepas tu dia suggest suh aku makan ubat bagi kuat rahim aku.. tapi kalau esok lusa masih bleeding, aku kena jumpa dia lagi.. dan kalau jumaat ni janin masih takde denyutan.. bermakna.. :( dia dah takde.. rahimku akan dicuci.. Ya Allah semoga semuanya selamat.. kawan2 doakan aku yer.. aku takut dengan kenyataan yang bakal aku hadapi.. doakan aku tabah yer..amin.

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia

Aku baru jer dapat perkhabaran dari teman2 blogger bahawa Faizal Yusof bekas suami Siti Nordiana telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Setelah dirisik berita ini disampaikan oleh Paknil atau Aznil Hj Nawawi melalui laman Twitternye..


Sangat mengejutkan..!
Takziah buat keluarga beliau.. Al-fatihah.

Gambar: mediamelaya.com

Musibah Sambutan Tahun Baru

Sambutan tahun baru 2011 dikatakan cukup meriah terutama di Dataran Merdeka.. beribu2 orang berkumpul untuk countdown tahun baru disamping berhibur bersama artis yang diundang untuk membuat persembahan.. kalau diperhatikan golongan mudalah yang paling ramai berada di sana.. tak kiralah perempuan atau lelaki.. sama2 datang untuk meraikan detik2 tibanya tahun 2011.. Kalau ada event kat KL ni aku rajin jugak join... tap ntahlah kenapa agaknya event tahun baru langsung tak menarik minat aku ke sana.. adakah sebab aku dah berkahwin.. oh tidak!! itu bukan alasannya.. ntahlah.. yang pasti aku langsung tak teruja nak plan menyambut tahun baru kat mane2.. tengok kat tv pun sebab ada lagu2 best mcm semalam ada Amy Search dan ada Dato Arumugam Allycats.. dan yang pasti aku tak mahu mengajar anak2 aku menyambut tahun baru sebab apa yang akan dilihat pada malam tahun baru kebanyakkannya bersifatkan negatif.. berhibur sehingga lewat malam.. berpasangan.. ada yang berpelukkan.. ada yang berani teguk air setan secara terang-terangan.. merokok dan sebagainya.. biarlah anak2 aku dikatakan 'kolot' asalkan mereka dijauhkan dari itu semua.. insyallah.. kalau aku bawak mereka tahun ini dan seterusnya.. ia akan menjadi budaya buat mereka.. kalau tak sambut tahun baru 'tak best'.. kalau tahun ini aku masih boleh memimpin tangan mereka.. mengawal pergerakan anak2 aku tapi bila mereka dah meningkat dewasa aku pasti tak mampu untuk mengekang 'budaya' ini yang aku ajar setiap tahun.. aku tak mahu ianya berlaku.. aku takut akan musibah yang boleh menimpa anak-anak2 aku.. selagi aku mampu untuk menjauhkan mereka dengan 'budaya' ini aku akan usahakan.. Semoga anak2 aku bila besar nanti tahu menjaga diri dan tahu menilai sesuatu perbuatan itu baik atau buruk akibatnya, Insyallah.

1hb Jan 2011


Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog atieaizam.blogspot.com.. :)


Iklan