Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, September 25, 2013

KORANG TAK PATUT!!

Aduhaiiii... ada saje idea korang kan.. 
jap..nak gelak sat.. kah!!kah!!kah!!kah!!kah!! 
lawak derrr.. 

kesian Mat Yo..

Tuesday, September 24, 2013

Episod Isteri Mat Yo vs Pakcik Guard seterusnya

Adoiiii.. macam-macam la orang sekarang ni..
Dah la ko record, ko upload la pulak.. hahaha.. apa daaa..
Kalau ko yang teraniaya lain.. ni ko yang mencabar kesabaran orang.. seorang tua..
Kesian kat ko Mat Yo.. sedih!!!


Isteri Mat Yo cabar Pakcik Guard.. bodoh! bodoh! jantan dayus! hahaha.. macam budak2 la wife Mat Yo ni..




Pakcik Guard menerangkan apa yang berlaku.. tapi ntah apa2 soalan yang dorang tanya..



Apa pun pakcik.. sabaq no..

Thursday, September 19, 2013

14th ANNIVERSARY

Cerita dah basi, tapi xpe kan untuk kenangan akan datang..
Nak dijadikan kisah, sebenarnya saya dah 2,3 tahun tak sambut hehehe..
Percaya tak yang kami selalu 'lupa' tarikh bersejarah ni.. 4 Sept
Tapi kali ni, tahun ni saya siap pasang alarm lagi kikiki.. punya lah haruu..

Dah 14 tahun.. 
Cabaran? hmmm.. kalau takut di lambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.. cewahhhhh hihi..
tapi tu lah hakikatnya.. biasalah kan hidup berumahtangga ni kan kan kan..

Sambut berdua?
tak lah.. saya dan asben lebih selesa sambut bersama dengan anak2..
Tahun ni saya serahkan pada anak2 buat pilihan nak makan kat mana.. 

so antara pilihan mereka..
Satay Samuri??
KFC??
McD?
Pizza Hut??
akhirnya si abg serahkan kepada si kakak untuk buat keputusan..

pilihan kakak..

taraaaa...







Alhamdulillah seronok tengok semua happy terutama anak2..
Panjang umur kita sambut lagi yer..
In shaa Allah.

Thursday, September 12, 2013

SIARAN MEDIA MENGENAI PERINGATAN KEPADA BAKAL PEMBELI RUMAH DALAM MEMILIKI RUMAH IDAMAN ANDA

Jom baca ni pula.. lagi mengenai perumahan ala2 Alfafa - tak dinyatakan perumahan apa huhu
 


Antara JAWAPAN agent ALFAFA merujuk surat di atas:

SILA BACA ISI KANDUNGAN SURAT TERSEBUT DAN BACA DI PERENGGAN PERTAMA YANG MENYATAKAN BAHAWA PENEMPAH "DISARANKAN MENELITI TAWARAN"..... ITU SEBABNYA KAMI TAWARKAN DAN TIDAK MEMAKSA PENEMPAH.... JIKA KITA SOLAT ISTHIQARAH DAN MINTA PETUNJUK DARI 'NYA' , INSYAALLAH SEGALA URUSAN KITA DIPERMUDAH

Perumahan Alfafa RM89k

Tengah panassss!!!
Tawaran murah tu beb.. mana mau cari banglo semurah tu??..
Kawan-kawan saya boleh kata hari-hari dok cari maklumat tentang rumah tu..
Tapiiiii... ada banyak persoalan dan kemusykilan la..

Antara kemusykilannya:
Murah sangat!!
Ambil deposit dari orang awam tak salah ke? RM89k ok!!
Duit tu akan dilaburkan.. ke mana? adakah dengan menyerah kepercayaan semata-mata??
Ada lagi tak faham.. banyak yang tak faham..
tapi yang ni menarik juga untuk difahami..

"DALAM TEMPOH 36BULAN TERSEBUT JUGA PENEMPAH ADALAH DI WAJIBKAN UNTUK MENGHADIRI KELAS SOLAT DAN ALQURAN YANG PIHAK KAMI ANJURKAN. INI JUGA ADALAH SALAH SATU KONSEP BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN KITA HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN JUGA GENERASI YANG AKAN DATANG"


baguss.. bukan tak baguss.. tapi kenapa dalam tempoh tu jer? atau ada kuliah brain wash sekali??





Kalau kawan-kawan yang ada pengalaman membeli rumah ALFAFA sebelum ni, terbaca blog saya ni, sudilah kiranya meninggalkan satu dua komen berkaitan pembelian rumah tersebut..

Wednesday, September 11, 2013

Mati Kena Renjatan Elektrik SHOWER HEATER



Mayat pasangan masing-masing berusia 38 tahun itu ditemui seorang pengemas bilik pada jam 10 pagi sebelum melaporkan kejadian kepada polis. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata mereka dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mangsa lelaki memegang hos penyembur air panas. 
 Isteri cuba bantu

“Isteri mangsa dipercayai turut maut selepas cuba membantu suaminya.

“Ada kesan melecur di muka mangsa lelaki manakala tangannya masih menggenggam hos berkenaan ketika mayat ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, semalam.

Mohmad berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada litar pintas manakala kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR). 
Bahaya kan kalau benda elektrik ni bercampur dengan air.. 

gambar: sekadar hiasan

Monday, September 9, 2013

Nabila Huda dan Anak Kemalangan kat Karak


 Semalam saya baca berita ni.. nabila huda kemalangan dengan anaknya..
tapi bukan nabila yang drive.. 
yg kesian tu, anak nabila si keisha tu patah tangan dia.. 
tapi tak tau nabila macam mana pulak.. harap dia ok.. 
semoga cepat sembuh ya..

pada bekas asben nabila huda, semua tau awak terkejut dan marah..
tapi bincang lah elok2..
jangan lah guna media untuk luahkan rasa marah tu..
sure nabila pun tak mau jadi macam tu..
ok.. peace no war!!



Gambar: currentlife2u

Iklan