Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, November 11, 2013

Rindu ku Membuak..

Ntah kenapa pagi buta ni aku rindukan blogku.. rindu sangat-sangat.. hampir 2 jam aku menyelongkar blogku ini.. sempat singgah ke blog kawan2 untuk mengetahui khabar berita mereka.. cerita terbaru mereka.. resepi terbaru mereka.. aduhaiii.. rindunya aku pada blogku dan blog teman2ku.. kenapalah perasaan rindu tu tak datang hari2 begini.. kan senang.. laju jer aku update cerita tentang apa saja yang terlintas difikiran ku ketika ini.. bukan ku dah melupakan blogku.. tapi kebizian ku semakin menjadi2 akhir2 ini.. seperti mana ada yang mengetahui aku kini serius menjalankan perniagaan ku secara online.. dan mungkin ramai juga yang tidak tahu ke mana menghilangnya aku..

Alhamdulillah perniagaan yang kujalankan secara kecil kecilan sudah mula menampakkan hasil.. syukur alhamdulillah kerana membuka pintu hatiku untuk berniaga.. semuanya aku lakukan dirumah.. yang paling penting.. aku dapat menjaga sendiri putera2 dan puteriku yang kian membesar dan memerlukan perhatian aku dan suamiku.. dan aku sangat bersyukur mendapat sokongan 100% dari suami ku dalam menjalankan perniagaan ku ini.. "terima kasih yer bang" ..

Oklah.. cukup untuk kali ini..ada banyak kerja2 yang harus aku siapkan sebelum putera2 kecilku itu terjaga dari lena mereka.. dan aku juga perlu lelapkan mataku seketika sebelum anak2 ku nak ke sekolah pagi nanti.. 

#bye blog ku.. nanti aku datang lagi ya.. love u!!

Iklan