Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, September 30, 2010

Lagenda Budak Setan


Salam,

Dari novel ke sebuah filem.. dan dari filem ke drama bersiri.. macam best jer citer ni.. aku belum tengok filem ni.. drama pun kalo kebetulan depan tv time drama tu running, aku layan gak ler.. tapi belum sampai aku tahap nak menunggu episod seterusnye lagi cam citer NURkasih hikhik.. ramai yang kata cerita LBS ni best.. betul ke best?

Petang tadi masa aku merayau kat Jalan Tuanku Abdul Rahman.. aku singgah sat kat kedai buku Minerva sebelah A&W tu.. tujuannye keluar hari ni lain.. nak gi survey rege mug untuk praktikum nanti.. tapi org kata "sambil berdiri apa salahnye tido kejapkan" erkk.. takleh ekk simpulan bahasa ni? wat tersimpul bahasa jer kan hikhik.. berbalik cerita kat minerva tadi tu.. masa aku nak bayar buku latihan untuk anak bujang aku tu.. aku terpesona dengan satu suara kat belakang aku..

"bang.. novel Lagenda Budak Setan ada tak bang?

"takde la.."abg cashier jawab..

"bila ada bang?"budak tu tanye lagi..

"tahun depan.."balas abg cashier..

aku nak tergelak gak la.. dalam hati aku kata "loyarnye abg ni" tapi aku tak sampai hati la nak gelakkan.. takat senyum jer..

"tahun depan?!" aku rasa budak yang tanye tu hangin kot ngan abg cashier tu..

"aáh.. tahun depan baru keluar lagi.. sekarang ni mana2 sold out la dik!"

looor.. betul2 rupanye.. aku lak yang terlopong sambil dok perati abg cashier tekan2 mesin kira2 dia.. takut2 dia tersilap tekan lak..

sebab tu aku nak tanyer ngan korang.. betul ke best citer tu.. sebab kalau kaum hawa yang cari novel tu, aku paham la.. tapi kalo kaum adam yang datang ke kedai buku semata2 nak cari citer ni.. aper cerr..

ish ish.. aku ni.. tak baek tau! agaknye dia nak beli untuk adik fomfuan dia atau marka dia kot sapa tau.. tapi salah ke kalau bob tu nak baca novel tu? tak salahx10 .. maaf yer bob kalo ko baca n3 aku ni.. maksud n3 aku ni just nak tau.. sejauh mana hebatnye citer LBS tu sampai ko dtg carik,, tu jer!!!

Wednesday, September 29, 2010

Amaran Nuffnang.. Ambik PERHATIAN!


Klik utk lebih jelas atau terus ke web nuffnang
http://www.nuffnang.com.my/blog/2010/09/28/community-announcement/
Salam,

Marilah kita ramai2 baca dan fahami.. Pengumuman ni bukan dihantar kepada individu tertentu tapi dipostkan di web Nuffnang semalam untuk semua Nuffnanger untuk ambil perhatian..

pst: something wrong somewhere..

Monday, September 27, 2010

Award dari Wanzie REALWANDA

Salam

Agak lewat aku wat posting tentang award ni.. maaf yer..
Award ni Wanzie yang bagi..
terima kasih yer wanzie..


5 PERKARA YANG DISUKAI TENTANG SI PEMBERI AWARD

> sebelum ni selalu tengok wanzie dtg belog jer.. jarang sembang2.. tapi sejak 2 menjak ni wanzie rajin menegur.. dan sesekali berbalas sembang..
> peramah
> rajin singgah belog aku dan rakan2 lain
> alamak.. tak cukup 5 arr mungkin sebab masih baru kenal.. nanti lepas ni lebih dari 5 boleh bagi hikhik..

UCAPAN KEPADA SI PEMBERI AWARD

Terima kasih yer wanzie sebab sudi bagi award ni.. semoga wanzie sihat & ceria2 selalu k

TAG ORANG YANG BLOG NYA SELALU KETAGIH NAK LAWAT: 5 ORANG


Betul kata wanzie.. bab ni payah sikit sebab semua belog atie teringin nak pegi..
takpe lah.. tetap kene tag gak kan.. mereka yang atie pilih ialah:

kelima > Qies (sebab suka tgok pic obersea dia)

Sunday, September 26, 2010

Cerekarama Kemaafan Yang Tertangguh


Salam,

Cerita sedih tapi best! Syabas pada pelakon Kemaafan Yang Tertangguh.. sob sob sob!!! Sape tengok?!!! angkat tangan!! best tak?!! best kan!!

Sinopsis ceritanye begini..:

Selama hampir 10 tahun Hartina menjadi menantu Kasmah namun tidak pernah sekalipun dia mendapat kasih sayang sebagai menantu dalam erti kata sebenarnya. Ibu Hartina,

Khadijah tidak berpuas hati dengan sikap besannya yang mengongkong kehidupan anaknya. Selepas 10 tahun tidak dapat berhari raya dengan Hartina, Khadijah datang merayu ke rumah Kasmah meminta agar Hartina dibenarkan pulang ke rumahnya berhari raya. Khadijah ingin berkongsi kesibukan Hari Raya dengan anak perempuan bongsu kesayangannya itu.

Namun Kasmah tetap berpegang dengan prinsipnya dan peraturan yang sekian lama dibuatnya. Hartina merupakan satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga, oleh itu dia harus patuh dengan kehendak mertua.

Kasmah juga menetapkan peraturan yang sama kepada anak-anaknya, Jasmin dan Zaila. Sistem bergilir raya tidak ada dalam kamus hidup Kasmah. Suami Hartina, Ilham juga tidak berani untuk melawan ibunya.

Kehidupan mereka adik-beradik sentiasa diawasi Kasmah. Apabila kehendak Kasmah tidak dituruti dan kemarahannya memuncak, pasti dia diserang sesak nafas dan pengsan. Jasmin dan Zaila cuba memujuk Kasmah supaya memberi keizinan kepada Hartina namun Kasmah tetap tidak berganjak dari pendiriannya. Namun sikap garang dan suka mengongkongnya menjadi perbualan jiran sekampung. Untuk menangkis serangan jiran-jirannya, buat pertama kalinya Kasmah membenarkan Hartina pulang ke rumah Khadijah.

Namun dia meletakkan syarat. Hartina harus menyediakan 20 jenis kuih raya dan menyediakan semua hidangan sebelum pulang ke rumah ibunya. Malah rumah juga harus dibersihkan dan dihiaskan secantiknya.


Mampukah Hartina menyempurnakan semua tugasan yang diberikan oleh mertuanya dan adakah dia berpeluang untuk pulang beraya dengan ibu tersayang setelah sekian lama terpisah?

Haaa.. kat sini lah kesedihan yang aku rasa bermula.. Hartina berusaha menyempurnakan syarat2 yang mertua dia bagi tu.. dia pulun buat kueh siang malam sampai pagi raya.. sedangkan mak dia sampai termimpi2 teringat kat Hartina nih.. dia mimpi Hartina balik dan bagi salam.. alih2 mak Hartina ni terjatuh dan kepala dia berdarah.. anak sedara dia bawak gi hospital..

Pastu anak saudara dia kol umah mak mertua dia nak bagitau...tapi mak mertua dia bohong arr.. ckp org lain yang kol.. bile dia sampai pagi raya tu.. dia tengok mak dia dah takde.. jenazah mak dia je ade kat umah.. sedihhhh!!!! laki dia kol mak dia suruh datang ziarah.. mula2 eksen berlagak lagi tak nak dtg.. siap boleh kata "dah mati nak wat camne" tapi dia gi gak ar kampung arwah besan dia tu..

Bila sampai anak saudara arwah marahkan ar mak mertua Hartina tu pasal tak cakap kat Hartina.. Anak dia a.k.a laki Hartina dapat tahu, anak dia pun marah jugak mak dia... pastu mak dia sesak napas.. dia suruh panggil kan Hartina, dia nak minta maaf.. Hartina xmo arr.. dah wat dia cam 2 smpai mak dia mati kan... merayu arr nak minta maaf kat menantu dia tu.. sementara anak lelaki dia panggil Hartina, mak mertua dia pun mati terduduk kat tangga..

Begitulah berakhirnya cerita sadis tu..

Pelakon: Zamarul Hisham, Eira Syazira, Maimon Talib, Fadhilah Mansor

Pengarah: Fairuz Loy

Kredit gambar: CT Fathiyah & Budiey



Thursday, September 23, 2010

Alunan Gergaji Ismail Jejaka

Salam,

Dasat giler uncle ni.. Ismail Jejaka.. sape dia? ko kenal? aku pun tak kenal? hikhik.. tapi hari ni aku dah kenal uncle sikit2.. ramai yang tengok Ismail Jejaka ni kat HMI pagi tadi.. aku tak sempat tengok.. aku tengok kat laman blog seorang teman.. main musik ngan alatan macam biola.. piano.. dan lain2 alat musik tu dah biasa.. biasa sangat!! tapi ni main muzik ngan gergaji.. taakde not2 statik.. semua ikut gerak hati dan telinga jer.. tapi memang power!!

Nape uncle ni tak femes kat Malaysia ek? tapi uncle ni dikatakan femes kat dipersada antarabangsa.. bukan calang2 nih.. dasat!.. harap lepas ni lebih banyak la cerita tentang Ismail Jejaka dipertengahkan..

Jom layan alunan gergaji beliau..

Wednesday, September 22, 2010

Rombongan Pengantin Part2

Homestay

Salam,

Ni sinambungan cerita aku pasal majlis kahwin adik aku minggu lepas.. n3 kali ni aku nak citer pasal homestay yang kitorang duduk tu.. kat Kuala Dungun.. dari situ nak ke Kuala Terengganu kira2 63km hikhik.. boleh tahan jauhnye..

Kami dok sane 4hari 3malam.. cukup selesa.. alhamdulillah.. sewa pun tak mahal sgt.. cukup untuk 29 orang tetamu untuk bermalam.. cuma sape yang teringin dok sini kalo yang hadir lebih dari 20 org.. bawak2 ler toto ngan bantal sendiri ekk hehe.. tuan umah dah sediakan 4 buah katil 3 toto.. tapi sebab ramai kan kan.. tak cukup ler hehe.. ader yang tido beralaskan tikar jer.. tu yg bujang2 ler..
suasana kampung.. best! pagi2 dengar ayam berkokok..


ni ruang tamu.. sangat luas! kami tido kat pan tv jer hikhik..

ni pulak view ruang tamu gak.. tapi sayap kiri umah..

Bilik tidur 2 Makcik & Pakcik aku tido sini

Bilik tido 3 Abang aku, isteri ngan anak2 dia tido sini

Bilik utama.. cantik! yang ni bonda ngan ayahda aku tido hehe!!


bilik tido 4.. cuma ada katil single jer.. bilik besar beb!

ni pulak ruang makan a.k.a ruang gosip org2 tua hehehe!!!
Kalau kat ruang tamu dah penuh.. kat dapo ni pun boleh tido.. luas giler!!

Haa... ada yang berminat? cewaaah!! promote ler pulak.. part3 nanti aku citer pasal hari nikah pulak ek..

Blog AtieAizam dalam senarai e-Patriot

Salam,

Aku tak tau pun.. dan tak sangka pula yang belog aku disenaraikan dalam senarai e-Patriot.. ni semua sebab logo kempen SSS yang ada dalam belog aku tu ler.. jom sume, kita support kempen SSS!

inilah komen yang aku dapat pagi ni..

belog aku dalam senarai.. yg ke-210

Tuesday, September 21, 2010

Award dari Iza Teratak Usang

Salam...

Dalam aku fenin2 paler ngan malware yang menyerang aku & kwn2 aku, aku dapat sesuatu yang buat aku senyum kejap.. sbb dpt award.. kejap jer la sebab aku kene settlekan dulu prob aku ni hah.. dan lepas semua aku buang.. aku ganti baru.. dan bila kwn2 kata belog aku bebas dari malware.. baru lah aku puashati.. alhamdulillah.. :) suke.. ssuke!!

Berbalik pada cerita award ni.. award ni adalah pemberian dari iza empunya Blog Teratak Usang.. tkasih ekk awak sbb bagi award ni.. :)

Aku kene jawab beberapa soklan la..



1) apa yang sedang bermain di fikiran you all sekarang?
legaaaa... malware settle!

2) apakah nama samaran you all?
atie .. tu nama vetul ler.. bukan shamar2.. :p

3) berikan 3 orang yang you all sayang.
Ayah & Ibu
Mak & abah
Suami & anak2ku

4) panggilan untuk si dia?
Yang/ abang

5) hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa.
ader ler.. (malu ahh) :p

6) blog mana yang you all suka visit?
Semua belog yang datang berkunjung belog aku der..

7) tag kan kepada 15 blogger you all [wajib ambil nie]
byknyer... hutang dulu ekk... esok aku pikir balik hikhik.. boleh camgitu? :p


Attack Page!

Salam,

Adehlah.. jenuh aku mencari..
dah aku buang.. ada lagi.. aku buang yang lain pulak..
ada lagi jugak.. kat mane lagi aku nak cari benda ni..
hilangkan mood aku jer nak berBW malam ni..
petang tadi ada rakan blogger dah tegur benda ni..
tapi sebab aku busy sikit aku takde la nak settlekan benda ni..
kasi nyah dari belog aku..
tapi malam tadi seorang lagi rakan blogger tegur benda yang sama..
ni parah dah ni..
so aku dengan penuh usaha mengeledah belog aku ni..
anyway.. tkasih yer mira_nas sebab bagitau problem ni..
dan trime kasih gak kat blogger ptg tadi..
aku lupa arr nama ko hikhikhik...

ni la problem aku.. dari infovarious.com ..
aku terpaksa delete..
nanti kalo dah ok aku join balik link ko ekk..
aku harapproblem ni dah takde..

Monday, September 20, 2010

Rombongan Pengantin Part1

Salam,

Setelah 4 hari aku kat tganu, hari ni aku dah seamat sampai kat umahku.. dan ari ni gak barulah aku berpeluang nak jenguk kawan2 kat belog dorang.. rindu pulak nak berBW walaupun pada dasarnye kemalasan masih menghantui aku hikhik!! mode raye masih menebal tuh.. Alhamdulillah aku sampai KL kol 12.00 malam lebih kurang smlm..

So untuk kenangan aku untuk masa akan datang, aku nak coretkan semua kenangan yang mana aku masih ingat la kat belog aku nih tentang perjlanan aku ke Trengganu..

Part 1
15hb Sept 2010

Kami gerak kol 7.00 pagi dari umah mak.. tapi dalam 5 minit perjalanan kami berpatah balik sebab aku tertinggal lapik dulang hantaran nanti hikhik.. jenuh aku selongkar lapik dulang tu, akhirnya ketemu jugak.. perjalanan diteruskan tapi sekali lagi kami berpatah balik sebab aku tertinggal handphone.. adoiii!!! pelupanye!! masa aku nak amik handphone tu aku ternampaaakk.. hah!!! handbeg aku! handbeg aku pun tertinggal ko.. nasib baik aku patah balik.. kalo tak, tak berIC ler aku kat Tganu nanti.. nasib husben aku tak bebel2.. kali ni perjalanan diteruskan tanpa berpatah balik.. aku berkumpul dengan adik2 aku kat Stesen Minyak BHP lepas pada Plaza Tol Gombak.. menikmati hidangan roti canai dan nasi lemak ngan teh tarik kat situ...

Hampir kol 9 pagi baru kami gerak semula ke destinasi tujuan utama - Dungun Terengganu.. kami sempat menikmati makan tengahari kat Kafe Kak Teh, Cukai.. boleh tahan masakan dia.. cuma sambal yang disediakan tu jer lain sikit.. manis hikhik!! Alhamdulillah kol 2 petang kami dah sampai Dungun.. kami terus ke Kuala Dungun sebab dorang sewa homestay kat situ.. wahhh best tu.. lalu tepi laut tu!! jakun toi hikhik!!!

Sampai depan homestay tu.. tergamam sebab macam umah kampung.. cantik & besar! nanti Part2 aku citer pasal homestay pulak ekk..



Adoiii gambar2 laen takleh nak upload pulak sbb portable hardisk ada problem.. nanti aku upload k.. daa..

Wednesday, September 15, 2010

Sertai Konvoi Pengantin

Salam,

Pagi ni dalam kol 8.00 pagi insyallah kami sekeluarga bersama adik2 beradik aku akan berkonvoi ke Dungun, Terengganu.. esok lak insyallah makcik pakcik ku menyusul konvoi 3 buah kereta lagi.. tujuannya sama.. nak meraikan dan meramaikan rombongan pengantin lelaki a.k.a adik lelaki aku yang bertunang 3 bulan lepas.. doakan kami selamat sampai dan selamat pulang yer..

macam nak gi sebulan hikhik!!

sempat lagi gi sopping kat sogo tadi..

Nanti aku update cerita kat sane ek.. nampaknye aku tak dapat kot nak online 3 hari ni.. tapi tengoklah.. kot2 aku jumpa cc kat sane ke hikhik.. atau mungkin homestay aku tu ada sediakan wifi ke kan kan.. so dtg2 lah belog aku ni bila aku takde pun ekk.. nanti aku terjah belog korang membalas budi korang hikhik..

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati DiBunuh & DiBakar ?!

Salam,

Berita terkini mengenai Datuk Sosilawati Lawiya amat mengejutkan ramai pihak.. termasuk aku.. walaupun pada mulanya ramai sudah membuat pelbagai spekulasi apa yang telah berlaku ke atas beliau dan 3 orang lagi mangsa..

Menurut utusan, kesemua mangsa telah diBUNUH dan diBAKAR!! dan abu mayat mereka telah dibuang ke laut di Pantai Morib.. betapa kejamnya mereka yang melakukan perbuatan tersebut.. takziah untuk keluarga2 mangsa dan aku harap mereka semua tabah menghadapi ujian yang besar ini..



kredit to: utusan online

Thursday, September 9, 2010

Kad Raya Nabilpotter

Salam,

Kad raya lagi.. suke suke suke!!! Kali ni dari Nabilpotter.. Nabil buat kad ni khas untuk semua blogger..

Nabil, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat awak sekeluarga juga.
Semoga ceria di Aidilfitri.

Wednesday, September 8, 2010

Cat Rumah Raya 2010

Salam,

Mood raya makin terserlah.. aku dah start mengecat umah (dah terlewat sebenarnye hikhik).. mengemas.. memunggah.. dan membuang benda2 yang dah tak pakai.. tapi jangan la pulak korang ingat aku nak gantikan dengan yang baru.. takde maknenye..

Tahun lepas aku tak cat umah pun.. sebab cat dinding masih ok.. tahun ni jer.. itu pun sebab banyak kawasan dinding anak aku wat mural.. suka hati dia jer nak conteng sane sini.. harap lepasni mira dah tak conteng2 dah wall aku ni..

Penat ooo cat umah.. aku wat sorang jer.. hukhuk..

sebelum

selepas

cat yang aku guna bukan lah cat mahal.. bukan yang berjenama kaw2 tu.. ni jenama biasa jer.. KCC Paint Korevon Silk
Col: S0530 -Y20R
Harga: RM...... / 5liter
Jimat giler ko guna cat ni.. utk size ruang 20 x 12ft hanya guna tak sampai setengah tong.. kalau cat biasa, sah2 1 1/2 tong aku guna..
so kalo nak tau lebih lanjut pasal cat ni korang leh terus gi www.kccpaint.com.my

ok! Selamat Mengecat pada yang sedang mengecat! hehehe..

Kad Raya Norgadis

Salam,

Ini pula kad daripada Norgadis untuk semua follower dan pengunjung di blognye.. termasuklah aku hikhik..

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
buat Norgadis Sekeluarga

Kad Raya Emeiysandra


Salam,

Ni pulak kad raya yang Emiey kasi kat follower ngan semua rakan yang berkunjung kat blog dia.. dikesempatan ni jugak saya ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
buat Emieysandra Sekeluarga.

Ceria-ceria di Aidilfitri!

Tuesday, September 7, 2010

Tagged oleh Anishaway

Salam,

Aku di TAGGED!

B
rought to you by Anishaway (dot) blogspot (dot) com hehe.
rules and regulation:
1) if you've been tagged, you must write your answers in your own blog and replace any question that you dislike with a new, original question.
2) tag eight people.
don't refuse to do that. don't tag who tagged you.
****************************************************

(1) who sleeps in bed next to you?
almost my kids ! :p

(2) what are u doing now?
layan tag ni sambil layan tv

(3) what kind of kuih raye did you make?
tempeyek & kuih siput (maybe) hehe

(4) best day of the week?
jumaat

(5) what really creepy?
byk benda..

(6) what's your current fandom/obsession/addiction?
jalan2 cari makan :p

(7) what are the colour of your baju hari raya?
cokelat /oren & purple/blue

(8) what did you eat for breakfast today?
sahur dgn nasi + sambal ikan bilis + pecal

(9) what is your aim for this raya?
makan rendang & ketupat

(10) what was the last thing you bought?
baju raya anak2

(11) what was the coolest thing you have seen recently?
anak bongsu cakap lps aku cat umah.. "mama.. cantiklah umah adik!"

(12) does the cool thing above affect your mood?
dah tentu ler.. anak2 ckp kan dtg dari hati :p

(13) what is your zodiac sign?
cancer / naga

(14) do you want to learn other skills?
yes.. as a trainer huhu

(15) where are u now?
kat umah..

(16) if you could meet anyone now, who would you meet?
seseorang..

(17) what's something you'd like to say to someone right now?
ader la..

(18) what are you looking forward to?
banyak benda..

(19) say something to person who tagged you?
hi anish..akak suka dpt kenal anish..

(20) tagged 8 people

Kad Raya Nurul Syuhadah

Salam,

Aku dijemput ambik kad raya lagi.. ni pulak dari dik nurul kita yang shomey ni.. terima kasih yer nurul :) .. panjang lebar nurulnye pesanan untuk hari raya ni.. hehe.. nurul pun sama.. yer.. jaga diri k..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari kak atie sekeluarga..

Monday, September 6, 2010

Bengang!!

STREAMYX PROBLEM PULAK.. semalam

petang ni baru ok..

Semalam call telekom, dia kata semua Ok..
tapi nape takde internet access kat umah aku!!
Last2 dapat tau port (betulke aku eja hikhik) rosak..
Semalam leh online pun sebab aku guna jirannye line
xperlu password huhu..
kol 12 mlm dia dah offkan semula..
siang pun dia tak on kan..
sbb tu aku tak leh nak BW hehe..
maaf yer kawan2 yang sudi singgah kat sini..
kan ku balas jejak anda semua malam ni
insyallah!!


Len kali takmo! takmo! takmo! camgini tau Streamyx!

Sunday, September 5, 2010

Follower Bertuah Blog Abad WarnaWarniKehidupan

Salam,

Kegembiraan kedua hari ni... Alhamdulillah .. suke..suke..suke!!

mula2: satu kejutan.. bila tengok mesej kat chatbox aku..

ingatkan sekadar mesej jer.. tapi aku gi gak kat belog encik abad5231 .. nak intai.. betulke.. tadaaaaaaaaaaa.... ada n3 lagi... tkasih yer.. :))

Kad Raya Atiqah89

Salam,

Sukenye!! tadi dapat kad raye dari atiqah89 ... terima kasih yer tiqah! Salam Aidilfitri buat tiqah dan keluarga gak..

Friday, September 3, 2010

Permata Hatiku

Salam,

Semalam anak aku ada Majlis Berbuka Puasa & Solat kat sekolah dia.. so semalam dengan penuh semangat yang berkobar2 tu, dia bersiap awal.. mak aiii.. majlis kol 4.00 petang baru mula.. sebab terus sembahyang asar nanti.. kol 2.30 anak sulung aku dah siap.. hehe!!

"acap.. awalnye nak gi sekolah?" aku menanye..

"achap dah janji ngan kawan yang dok sebelah sane tu, nak gi sekolah kol 3 ni"

"nape janji awal sangat.. " aku dah start enjin membebel.. hehehe.. aku ibu!

"alaaa.. maa.. achap nak tolong cikgu dulu nanti"

aku terus terdiam.. jawapan yang terus mengunci mulut aku hikhik!! itulah anak sulung aku.. dia ni rajin tolong cikgu buat kerja.. pernah satu hari dulu, dia tolong cikgu susun kerusi, amik kerusi sampai demam2 esoknye.. start pada tu aku cakap kat anak aku ni, len kali kalau dah tak larat, bagitau cikgu.. jangan paksa diri..

tapi sebelum anak aku kuar umah.. oleh kerana dia dah segak dgn baju melayu ngan songkoknye aku pun capai ler kameraku..

keluhan biasa yang aku dengar setiap kali aku nak amik gambar dia..



"alaaa mama.. takmo la.. "

aku ibu! hikhikhik!!! jangan bantah... suka aku nyakat anak aku ni.. dengan muka yang separuh layu tu, berjaya gakla aku snap 2,3 keping gambar.. tapi 2 gambar lagi tu nampak sgt muke tak larat dia tu.. kan puasa.. :) alhamdulillah anak aku yang sulung ni belum lagi ponteng puasa.. dan aku harap dia dapat habiskan puasa sebulan ni dengan sempurna.. kalau dulu nak posa kene upah tapi sejak tahun lepas, dia langsung tak tanye pasal upah puasa tu.. alhamdulillah..

malam pulak aku sambung sesi bergambar dengan anak aku yang bongsu.. hehe tomeynye pakai tudung.. so sape2 berminat nak amik wat model kanak2 bertudung, bagitau ler hehehe... dia baru berusia 3 setengah tahun.. jom lah layan gambar2 ni..




Doa aku moga anak2ku ini menjadi insan yang berpelajaran, berjawatan tinggi, bergaji besar dan penuh iman dan taqwa di dada yang mana dengan rezeki yang Allah berikan kepada mereka dapat digunakan untuk berjihad ke jalan Allah, membantu mereka yang memerlukan dan menghormati dan sayangkan ibubapanya (aku ngan husben aku ler tu) lebih dari segala2 yang ada di dunia ini.. Amin.

Thursday, September 2, 2010

Header Baru oleh ANISHAWAY

Salam,

Aku happy sangat!! Debaran aku menunggu header baru telah pun berakhir.. Alhamdulillah.. lihat lah dunia.. header baru aku.. aku suke sangat!! suke! suke! suke!

Ucapan TERIMA KASIH tak terhingga kat tuanpunye belog kat bawah ni.. ANISHAWAY
terima kasih sebab buatkan header yang cantik dan kreatif cam kat atas tu..


Tengoklah header ni.. matahari terbenam pelan2.. nak lagi clear gi la tongkat dagu kat depan header aku kat atas tu hikhik.. tkasih yer anish!



Thump up kat anish!!!

Wednesday, September 1, 2010

Marah Ko Jer Ko Tau!!

Salam,

Aku tau ko tengah tensi skrg ni..
mcm2 ada kat otak ko ni..
serabut giler!!

streesss Pictures, Images and Photos

oh perempuan..
kenapa bila saat itu tiba
ko tak keruan
semua orang ko nak marah
kenapa ko tak kawal marah ko tu..
arghhhhhhhhhhhh... !!!!!

rukia icon. Pictures, Images and Photos

marah ko jer ko tau!
aku tau ko tak selesa
aku tau!!
ko sabar lah..
aku harap org sekeliling ko mengerti..
kalo dorang tak paham2 gak..
aku tau ko nak ckp apa..
"ada aku kisah!!!!!"

Iklan