Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, February 29, 2012

Kenapa Berlakunya Anemia?


Entry sebelum ni aku ada jelaskan apakah itu ANEMIA .. entry kali ni aku nak share info persoalan "kenapa anemia berlaku?"

Antara punca-punca anemia ialah:
  • Kekurangan pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B12 dalam diet.
  • Peningkatan keperluan (ibu hamil atau menyusu)
  • Pendarahan semasa mengandung dan buasir
  • Kerap mengandung (jarak kehamilan kurang 2 tahun)
  • Kerap mengambil makanan penghalang penyerapan zat besi seperti teh dan kopi bersama hidangan.
  • Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana loya dan muntah
  • Wanita mengandung kembar
  • Pengambilan ubat-ubat anti konvulsi
  • Wanita merokok dan minum alkohol berlebihan

Anemia yang teruk adalah sangat bahaya, jadi jagalah pemakanan anda dengan baik demi kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungan anda.

Berapa Bacaan Hb Anda?


Hb atau Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Adalah penting bagi ibu hamil mengetahui tahap Hb mereka.. di manakah tahap Hb anda?

Tahap Hb
Hb < 9 gm%
Hb 9 - < 11 gm%
Hb > 11 gm%

Jika tahap Hb anda berada pada bacaan lebih dari 11 gm% maka Hb anda adalah NORMAL dan anda tidak perlu khuatir tetapi jika Hb anda berada pada bacaan 9 - < 11 gm% maka anda berada pada tahap ANEMIA SEDERHANA manakala jika Hb anda kurang daripada 9 gm% maka anda sebenarnya mengalami masalah ANEMIA YANG TERUK.

Apa itu ANEMIA?
Anemia merupakan keadaan kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen).

Jadi kepada ibu hamil yang mengalami anemia, anda perlu tahu mengenai kesan-kesan anemia dan tips pemakanan yang sesuai bagi membantu kembali ke tahap Hb Normal.

Tuesday, February 28, 2012

Suntikan ATT Untuk Ibu Hamil


Bangun tidur pagi tadi aku cuba baring mengadap ke kiri aku.. uishhh nape ni?? tangan aku sakit.. lenguh gile.. apahal pulak ni.. bila masuk tengahari pun keadaan tangan kiri aku tetap sama.. lama aku pikir baru aku teringat.. semalam aku kan kena suntikan ATT kat bahu kiri.. pagi ni baru terasa rupanya.. semalam lepas suntikan aku ok jer, sampai terlupa lah.. so apa lagi.. aku gugel la maklumat tentang ATT ni.. semalam lupa pula nak tanye nurse Zam.. jom baca tujuan ATT diberi kepada ibu hamil..

Kenapa Ibu Hamil Perlu diberikan ATT?

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-28 (aku diberi suntikan pada minggu ke 25), selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Suntikan ATT Kedua akan diberikan minima jarak selama 4 minggu.. ini bermakna pada usia kandungan ke 32 minggu atau lebih ATT kedua akan diberikan. Jarak ini penting bagi memastikan pemindahan antibodi dari ibu ke bayi berlaku dengan efektif.

Kesan selepas suntikan?
Gejala ringan seperti bengkak dan lenguh akan berlaku selama 1 -2 hari.. ia akan sembuh sendiri dan tidak memerlukan tindakan atau ubatan.

So macam aku nampaknya akan melalui sekali lagi suntikanlah yer.. adoiiii..

Monday, February 27, 2012

Anemia Tahap Sederhana

Aku baru balik dari KKIA Sentul.. kalau biasanya rutin mingguan aku check BP jer tapi hari ni aku bukan jer check BP tapi wat BSP & HB, check perut ngan cucuk Booster sekali.. adoiii.. ingatkan dah tua2 ni takyah dah kena cucuk kat bahu.. dasar penakut jarum tul lah aku ni hihi.. nurse suria tanye "kenapa buat muka macam tu?" hihi ni muka penakut namanye.. jarum pun belum cucuk lagi tapi muka dah senget menget hahaha.. senyum2 jer adik2 nurse pelatih yang bantu nurse suria tu.. ngee~

Check up arini so far ok cumaaaa.. HB aku rendah :( 10.4 dan diklasifikasikan sebagai tahap Anemia sederhana.. ohhh tidaaak.. so lepas ni aku kena banyak makan makanan yang menyumbang darah ar cam hati, kerang, bayam dan sebagainya cam gambar kat bawah ni..

Sayur Bayam + Fishball
credit pic: garamataugula.blogspot.com

Nurse Zam ada bagi aku pamplet pasal Anemia ni.. nanti aku share ngan korang pasal Pemakanan Sihat Untuk Ibu Hamil Anemia ni ek.. risau jugak ni.. tak pernah la aku ada masalah HB rendah ni.. kali ni jer.. kata Nurse Zam baby makin membesar darah kita makin cair sebab tu kita kena banyak makan makanan yang mengandungi asid folic, vitamin B2 dan sebagainya.. pil2 yang klinik bagi jangan tak makan.. kena makan.. huhu..

Oklah.. aku nak rehat sat.. kol 2 satg kena gi klinik lagi utk BSP kol 2 punye pulak.. hari ni hari BSP so makan kena jaga hihi.. jom tido :D

Friday, February 24, 2012

Rompers Idaman Hati Mama

Aduhai..
aku dah jatuh cinta ngan Rompers ni...
sepasang pulak tu..
comel tak??
huhu booking sudah :D

ps: bang.. nanti byrkan ekk ngee~

Thursday, February 23, 2012

Baby-babyku Menendang


Alhamdulillah.. tadi masa check BP kat KKIA Sentul tiba2 terasa baby menendang :) .. "uikkk uikkk" terpancul kata-kata dari mulut aku setiap kali baby menendang.. adalah 3,4 kali terasa.. lepas tu baby-baby ku rileks balik hihi.. aku rasa sorang jer kot yang menendang tadi sebab 3,4 kali tu terasa kat tempat yang sama jer.. nanti sayang tendang sorang2 tau.. main pass pass ok hihi..

Wednesday, February 22, 2012

Beza Baking Powder dan Soda Bikarbonat

Baru aku tahu..
laaaa nampak sangat yang aku ni tak penah wat cake hihi..
tapi betullah.. aku mmg tertanya2 apa beza baking powder dengan soda bikarbonat.. aku ingatkan sama.. rupanya bila aku google perbezaannya barulah aku tau.. memang fungsi dia tak sama.. ada resepi yang kena guna kedua-duanya dan ada resepi yang tak boleh guna soda bikarbonat.. fuhhh!! banyak ilmu yang aku kena gali nih..

Jom tengok perbezaannya:

3 Jenis Bahan Penaik

Terdapat 3 jenis bahan penaik yangselalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia (chemical leaveners). Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

  • Baking Powder (Serbuk Penaik)

Serbuk penaik (baking powder) merupakan bahan penaik yang sering digunakan. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.

  • Soda Bikarbonate

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih tersebut dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.

  • Serbuk Tartar

Serbuk tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resepi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

begitulah adanya perbezaannya.. so lepas ni aku kena tengok betul2lah kan bahan2 yang digunakan.. :)

Credit kat : MamaLeza

Tuesday, February 21, 2012

Apam Polkadot

huhuhu.. hari ni berjaya belajar wat apam polkadot dari adik aku..
dia dah mahir.. siap amik tempahan lagi..
cayalah!! oklah..
jom layan gambar..
yummy!!

lembut & gebu


warna feberet anak aku.. pink :D


macam-macam flavor ada..

Sunday, February 19, 2012

Emosi Ibu Hamil Ini Terganggu


Aku ingin menangis
tapi aku tak boleh menangis
Aku ingin berduka
tapi aku tak boleh berduka
Aku ingin memikirkannya
tapi aku tak boleh banyak berfikir
Malam ini anak-anakku tiada
Aku ingin mereka bersamaku
Sunyi rasanya rumah ini
tanpa suara-suara mereka

Sedih, pergilah kau jauh dariku
kerana sedih akan buatkan aku menangis
aku tak mahu menangis
kerana menangis akan membuatkan aku sakit
aku tak mahu sakit
aku tak mahu tekanan darahku meninggi
aku tak mahu menjadi penghuni MHKL lagi
aku tak mahu menghuni MHKL lagi kerana sedihku ini
pergilah sedih, pergilah duka..
kembalikan ceriaku
kembalikan gembiraku..
wahai anak-anakku,
mama rindukan kalian berdua.. :(

Friday, February 17, 2012

Kesesakkan Lalulintas hampir 3 Jam disebabkan BR1M

Gile betullah.. kalau ikutkan Jinjang Utara tu bukannya jauh sangat dari rumah aku.. tapi disebabkan beratus-ratus orang nak ke sana dengan tujuan yang sama dengan aku, aku, asben ngan makcik aku terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas hampir 3 jam.. rasa macam nak patah balik jer.. tapi sebab kami dah separuh jalan mengharungi kesesakkan tu, kami teruskan juga.. sepatutnya acara bermula pukul 2.00 petang.. tapi hari ni hari jumaat, dah tentu asben aku gi sembahyang jumaat kan.. so kami gerak lepas asben aku balik arr.. tak sangka betul.. jemm gile!! dan paling aku kesian kan.. orang yang duduk kat area jinjang utara tu.. sahih merana meradang untuk hari ni..

Kira-kira 2 jam bersesak kami dikejutkan dengan siren polis trafik.. ingatkan trafik datang nak bantu kami yang kesesakkan ni, rupa2nya tu escot TPM Mahyuddin Yassin rupanya.. laaaaa.. TPM baru sampai?? kata start kol 2 petang.. kira oklah kan walaupun kami sampai lewat still TPM masih ada.. kalau TPM masih ada maksudnya baucar belum diedarkan dan ini maknanya kami masih sempat nak ambik baucar kami huuhuhu..

Alhamdulillah kami sampai kira2 pukul 5.30 petang.. jangan carilah parking yang dekat2 kan.. kena menapak lah sikit.. aku ngan makcik aku jalan dulu sementara asben aku pi cari parking.. aku jln pun terhegeh2 kan hihi.. almaklumlah muatan berat :D.. sat jer asben aku muncul depan mata.. dari jauh dah dengar suara TPM memberi ucapannya..

Mak aii ramainya orang.. asben aku terus ke khemah makanan.. amik air dulu basahkan tekak seteguk dua.. pastu asben ngan makcik aku terus ke depan tempat nak daftar n ambik baucar tu.. aku lepak kat tepi parking keter dengan mira sambil minum2.. dalam hati sebenarnya aku berdoa supaya tak pitam.. aku rasa panas sangat.. tapi alhamdulillah.. tadi hujan turun lebat so panas tu kuranglah juga.. kalau tak... ntah lah..

Kepada Kerajaan Malaysia.. terima kasih atas pemberian baucar RM500 tu.. bolehlah aku beli barang2 baby mana yang lom beli lagi nanti :p

Oh ya.. kepada mereka yang terlepas tarikh pengambilan baucar tu, sebenarnya uols boleh pergi mana-mana tempat pengambilan yang lain.. just bawak surat kelulusan dan IC ok.. atau kol no fon yang tertera kat dalam memo lokasi pengambilan baucar tu..

note: sekarang aku dah tak keje.. kalo keje x merasa ler BR1M tu huuhu

Thursday, February 16, 2012

Kena Bebel Tak Buat BSP

Kuikuikui.. itulah.. lain kali sebelum gi appotnment kat MHKL pegi wat BSP dulu kat Klinik Kesihatan tu.. kan dah kene bebel ngan Dr Nathan.. Dr. tu kira ketua arr aritu.. adesss.. pastu Dr Nathan siap suh aku gi wat DXT kat bilik 14 tu..

"tapi Dr. saya baru makan tadi".. aku bagitau Dr..

"takpe, kita nak tengok the latest result gula macamana".. kata Dr.

uwaaaa.. takutnya aku.. risaunya aku.. mana taknye.. tadi aku makan BENGKANG UBI & KUEH KERIA tu.. manis tak hengat.. habis lah aku..

Sampai bilik 14 tu aku teus ambik no giliran.. sat jer nama aku di panggil..

"tadi makan tak?" nurse tanya aku sambil siap sedia nak cucuk jari aku..

"makan" aku jawab dengan muka cuak gile.. habislah aku.. mencanak lah bacaan gula aku nanti.. uwaaaa..

"Tap!!" bunyi jarum dilepaskan.. takde lah sakit sangat.. pastu nurse masukkan darah dalam slot darah alat BSP tu..

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11..... berdegup-degup jantung aku menanti result yang keluar..

"Ya Allah..." nak menangis aku..

"Alhamdulillah" aku bersyukur sangat bila bacaan menunjukkan angka 5.3..

Nurse senyum kat aku.. Alhamdulillah kata dia..

Fuhhh... dengan senyum lebar aku melangkah masuk balik ke bilik 6 tempat jumpa Dr tadi..

"Macamana?" tanya Dr. ngan Nurse yang ada kat situ..

"Alhamdulillah 5.3".. aku jawab dengan penuh kesyukuran.. mana taknye.. kalau lah tinggi bacaan aku, ada harapan aku nanti kene cucuk insulin.. takmo 3x.. aku takut..

Pastu Dr. pesan kat aku.. lain kali sebelum datang appointment jangan lupa pegi buat BSP.. hiihi aku angguk kepala cepat2.. aku tak salahkan Dr.. salah aku pun.. bukannya aku tak tau kena buat.. tapi ntah lah.. lepas ni aku akan pastikan yang aku tak amik mudah lagi.. takut ooo.. tak pasal2 nanti Dr. suh aku cucuk insulin.. padan muka aku..

Pada kawan2 lain yang kena buat BSP, jangan cuai tau cam aku kuikuikui.. :D

Wednesday, February 15, 2012

Doa Buat Baby-babyku

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

"Ya Allah,
Peliharalah anak-anakku selama dia berada dalam kandunganku,
Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau Ya Allah, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,
Ya Allah,
keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,
Ya Allah,
jadikanlah bayi-bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh,
Ya Allah,
perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al_Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W."

Amin Ya Rabbal-Alamiin,

Monday, February 13, 2012

Kain Baju Raya Anak-anak 2012


Alhamdulillah aku dah beli kain buat baju raya anak-anak aku.. Tahun ni aku pilih warna cokelat gelap untuk si abang ngan coklat tanah cerah untuk si adik... senang hati aku bila semua dah ada.. maklumlah nanti dalam bulan 6 aku dah xleh gi mana-mana.. tu yang siap2 beli tu.. anak-anak aku tak cerewet.. apa yang aku beli dorang ok jer.. cuma si abg jer nak sepasang lagi baju melayu warna hitam.. dia nak wat gi masjid.. dia kata baju melayu warna hitam ni smart.. aku dah beli sekali kain baju melayu warna hitam tu tadi..

Si abg suh pesan kat tok dia.. wat baju melayu yang macam biasa tu tau.. baju melayu cekak musang.. amboiiii bukan main lagi dia sekarang ni.. orang dah besar camtu lah.. dah pandai minta2.. jenuh la lepas ni nanti dia minta suh buatkan baju melayu lagi.. huhu..

Baju melayu anak ngan asben aku selama ni mak mertua aku yang jahitkan.. hurmm nak harap aku, alahai.. 3x raya pun bellum tentu siap ngee~ ape2 pun "terima kasih mak" sebab jahitkan baju budak2 ni.. :D

Sunday, February 12, 2012

Whitney Houston Died


Whitney Houston, the iconic American singer whose battles with drugs, alcohol and ex-husband Bobby Brown marred her star power, has died. She was 48.

Houston's publicist confirmed the singer's death to ABC News. The cause of death is not yet known.

Saturday, February 11, 2012

Tindakan Tanda-tanda Awal Rotavirus

Pada peringkat awal kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus akan mengalami demam dan muntah-muntah, diikuti dengan cirit-birit yang teruk dengan najis berair. Dalam kebanyakan kes, demam dan muntah selama dua hingga tiga hari manakala cirit-birit pula berlarutan hingga seminggu. Gejala lain termasuk kurang selera makan, sakit badan, air kencing yang berkurangan dan tidak bermaya.

Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda awal jangkitan rotavirus atau dehidrasi, anda perlu:


  • Beri anak anda minum satu hingga 1.5 liter cecair sehari seperti cecair garam rehidrasi atau isotonik. Jika anak anda muntah, pastikan dia kerap mengambil cecair atau susu dalam jumlah yang kecil setiap jam atau setengah jam.
  • Bubur juga boleh diberikan dalam jumlah yang kecil bagi memastikan anak anda menerima khasiat yang mencukupi. Elakkan daripada memberi makanan atau minuman dalam jumlah yang banyak jika dia muntah-muntah.
  • Beri ubat parasetamol untuk menurunkan suhu badannya.
  • Pastikan diri anda, anak anda dan orang lain mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.
  • Untuk bayi yang berusia di antara 6 hingga 24 bulan, muntah dan cirit-birit yang serius boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air) sekali gus menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang atau kerosakan otak. Jika dijangkiti, anak anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk menggantikan air yang hilang melalui cecair intravena. Jika tidak dirawat, dehidrasi akan bertambah teruk dan boleh membawa maut.

Bagaimana Rotavirus Merebak?

Apa itu Rotavirus

Rotavirus merupakan penyebab utama cirit-birit teruk sehingga menyebabkan tubuh menjadi kontang (dehidrasi/tidak cukup air dalam tubuh badan) di kalangan bayi. Ia bertanggungjawab kepada hampir sebahagian besar kes cirit-birit teruk yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital.

Adalah dianggarkan, hampir semua kanak-kanak di serata dunia akan mengalami episod gastroenteritis rotavirus. Seorang daripada lima kanak-kanak akan membuat lawatan ke pakar perubatan manakala seorang daripada 65 kanak-kanak akan dimasukkan ke hospital dan seorang daripada 293 pesakit akan mati.

Gejala-gejala

Lumrahnya, gastroenteritis menyebabkan muntah dan cirit-birit. Untuk menentukan punca-puncanya, pakar perubatan mesti menanyakan sama ada kanak-kanak itu terdedah kepada salah satu punca jangkitan (makanan, minuman atau haiwan), tempoh dan jenis tanda-tandanya, kekerapan muntah atau episod cirit-birit, dan usia kanak-kanak.

Tanda-tanda jangkitan rotavirus merangkumi demam, sakit perut, muntah dan cirit-

birit berair. Cirit-birit boleh menjadi ringan, sederhana atau serius dan boleh berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi.

Bagaimana Rotavirus Merebak?

Bentuk utama jangkitan ialah dari najis ke mulut. Disebabkan oleh keadaan virus ini yang stabil dalam persekitaran, jangkitan boleh berlaku selepas minum air atau makan makanan tercemar dan melalui sentuhan dengan permukaan yang telah dijangkiti.

Seperti penyakit-penyakit mudah berjangkit lain, Rotavirus disebarkan daripada seorang ke seorang lain (daripada individu yang dijangkiti ke individu sihat) atau melalui pengambilan air atau makanan tercemar, atau bersentuhan dengan permukaan yang aktif dengan virus tersebut (seperti lampin, mainan, atau bantal).

Malangnya, membasuh tangan dengan betul sahaja ada kalanya tidak mampu mencegah jangkitan rotavirus kerana ia kebal terhadap kebanyakan jenis sabun dan langkah-langkah menjaga kebersihan.

Jangkitan masih boleh berlaku walaupun pada kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kebersihan yang sepatutnya. Ini mencadangkan bahawa perbezaan dalam persekitaran (air, kebersihan dan sanitasi) tidak mempengaruhi insidennya.


Umur yang berisiko tinggi

Hampir semua kanak-kanak dijangkiti oleh gastroenteritis rotavirus dalam tempoh awal kehidupan mereka, peringkat di mana mereka mudah diserang penyakit tersebut.

Rotavirus:

* Menjangkiti 95 peratus kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun

* Biasa menjangkiti kanak-kanak berumur antara empat dan 36 bulan. Kumpulan ini mudah terdedah dan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital

* Melibatkan semua kanak-kanak dari sebarang etnik, budaya dan sosioekonomi.

* Ia merupakan punca kematian kira-kira 440,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.

Komplikasi Rotavirus

Rotavirus boleh berubah menjadi komplikasi yang teruk dalam masa yang singkat memandangkan jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kehilangan bendalir badan yang banyak.

Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan peredaran darah malah, kematian.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan rotavirus berbanding orang dewasa.

Apabila digabungkan muntah yang kerap, cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyahhidratan serius dan membahayakan.

Kanak-kanak yang tidak mendapat terapi penghidratan mulut ataupun intravena bagi kes-kes yang lebih serius, mahupun jagaan hospital, boleh mati kerananya.

Apakah yang patut dilakukan dalam tempoh jangkitan?

* Berhati-hati dengan tanda-tanda awal penyahhidratan iaitu hilang selera makan, mulut kering dan kerengsaan

* Kerap membekalkan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan kehilangan bendalir dalam badan ekoran muntah dan cirit-birit.

Apabila kanak-kanak dijangkiti rotavirus dan berada dalam peringkat serius, menjadi satu perkara biasa jika pesakit muntah dan cirit-birit sebanyak 20 kali sehari.

Sehubungan itu, adalah perlu untuk memasukkan kanak-kanak terbabit ke hospital bagi dibekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi rehidrasi/penghidratan semula melalui mulut.

Bila perlu berjumpa doktor

* Jika kanak-kanak gagal mengekalkan kandungan cecair bagi tempoh lebih 24 jam

* Jika kanak-kanak terbabit ternyahhidrat

* Jika muntah-muntah lebih daripada tiga jam

* Kanak-kanak yang dijangkiti itu mestilah tidak diberikan sebarang ubat-ubatan untuk menghentikan cirit-biritnya kecuali yang diarahkan oleh pakar perubatan.

Apa itu Rotavirus?

Ketika ini kita dikejutkan dengan 2 kematian yang disebabkan Rotavirus dan lebih 2 ribu kanak-kanak menghidapi virus tersebut di sekitar Hilir Perak.. Baca SINI.. ia perlu diambil perhatian oleh semua ibu bapa terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berusia bawah 10 bulan.. apa yang anda perlu lakukan?

1. Kenali apakah itu Rotavirus
2. Tahu simptom-simptom penyakit ini
3. Dapatkan vaksin rotavirus dengan segera
4. Cara untuk mengelak dijangkiti wabak rotavirus


Info Vaksin Rotavirus


Rotavirus disebarkan menerusi makanan yang dicemari najis. Vaksin rotavirus adalah utk dimakan, bukan utk suntikan. Menurut Dr. Faridah, Vaksin rotavirus mengandungi rotavirus yang hidup atau aktif. Vaksin rotavirus sesuai utk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun bagi mengelak masalah cirit-birit yang teruk yang boleh membawa maut. Kini terdapat 2 pembekal vaksin rotavirus dari luar negara iaitu Rotarix oleh GlaxoSmithKline di UK dan RotaTeq oleh Merck di USA. Kedua-dua vaksin rotavirus ini dikeluarkan sejak 2006. Rotatrix mengandungi hanya satu rotavirus (monovalent) manakala RotaTeq mengandungi 5 jenis rotavirus berlainan (5 serotypes). Vaksin Rotarix diberi 2 kali iaitu pada usia 2 dan 4 bulan. Vaksin RotaTeq diberi 3 kali iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Anda boleh baca maklumat tambahan ttg vaksin rotavirus di http://en.wikipedia.org/wiki/Rotavirus_Vaccine_Program

Simptom Rotavirus

Tanda-tanda awal: sakit perut, tak ada selera makan, cirit-birit, demam panas

Cara Mencegah Wabak Rotavirus.
  • masak air sebelum di minum
  • basuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan
  • bila ke tandas pun sama, jangan lupa basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
  • kalau boleh elakkan makan ulaman yang tidak di masak.. rebus dulu k..
  • masak dengan sempurna
  • bersihkan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus dulu sebelum digunakan..
Marilah kita sama-sama mengambil perhatian tentang wabak ini.. Semoga anak2 kita berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera..

Alahan Semasa Mengandung : Ubat Gatal-gatal kulit

Masa aku layan FB tadi, ada kawan yang mengadu alami masalah gatal2 macam yang aku alami sebelum ni.. baca kat SINI .. so timbul rasa nak share dengan dorang ubat yang doktor bagi aku makan masa aku dok kat wad O&G aritu.. ubat tu banyak membantu aku mengurangkan gangguan gatal-gatal tu.. dorang panggil ubat tu Piriton atau CHLORPHENIRAMINE MALEATE ..

aku makan sekali jer.. waktu malam



Walau apa pun, uols kena minta pandangan dari doktor dulu k.. semoga kegatalan uols berkurangan.. dan dapat tidur dengan lena.. insyallah.

Friday, February 10, 2012

1st Time Shopping Online

Yes!! barang yang di order telah pun berada di tangan aku..
posmen hantar dalam kol 3.00 petang tadi..
Alhamdulillah..
tadaaa...


Anti-Colic Bottle 160ml
beserta ngan Mam Teat 1 & 2

TQ pada Kak Jasmin Love :D

Wednesday, February 8, 2012

Masak Nasi Lemak Pulak


Wah aku masak nasi lemak pulak untuk family aku.. adoiii gemok la dorang nanti.. semalam nasi tomato, hari ni nasi lemak pulak.. aishh esok kena tukar menu la pulak.. :)

Pada sesiapa yang nak mencuba resepi aku ni.. silakan.. kata anak2 aku "mama, mama jual lah nasi lemak.. sedap gile" hahaha.. pandai anak2 aku amik hati.. :D

Resepi Nasi Lemak

4 cawan beras
3 helai daun pandan
1 biji bawang besar - hiris
4cm halia - hiris
1 biji santan
sedikit susu cair
air secukupnya..
garam 3 sudu plastik kfc hihi.. senang nak bajet kan :)

Cara Memasaknya:

1. Basuh beras dulu.. kemudian masukkan semua bahan kat atas .. sukat air guna jari.. senang.. mak aku ajar camtu hihihi.. level beras sama dengan level air.. tpi klau guna beras basmathi sesetengah tu kena letak air lebih.. kalau basmathi murah cam aku punya.. sukatannya sama level jer.. :)

2. Masak ler.. bila dah kering gaul guna garfu.. takut nasi hancur pula kalau guna senduk sebab tengah lembut sangat kan..

3. Biarkan kejap dalam 10 minit.. pastu hidangkan dengan Sambal Tumis.. resepi aku bagi next entry k :)

Selamat Mencuba! :)

Monday, February 6, 2012

Resepi Ayam Masak Merah


Dah masak Nasi Tomato mesti ada regu nye kan.. biasa aku masak sekali dengan Ayam Masak Merah.. yummy!! Jom masak..

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - potong 12/16 bubuh kunyit & garam dan goreng..

Bahan Kisar
10 biji cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji ketumbar
3 biji bunga cengkih
1 biji bawang merah.

Bahan Tambahan
1 sudu tomato sos
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil kacang peas - buang airnya
1 biji bawang- potong bulat
3 sudu garam - sudu kecil KFC :)
6 sudu besar gula
secubit ajinomoto


Cara Memasak:

1. Basuh dan goreng ayam yang telah dilumur kunyit ngan garam.

2. Sementara ayam siap goreng, kisar bahan2 untuk di kisar..

3. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, biji ketumbar & bunga cengkih hingga naik bau.. ketepikan.. kemudian goreng bawang hingga layu.. bila bawang dah layu masukkan cili kisar tadi dan bunga lawang, kulit kayu manis, biji ketumbar & bunga cengkih yang telah digoreng.. biar sampai cili betul2 masak dan pecah minyak..

4. Kemudian masukkan bahan tambahan tadi.. kacau hingga masak.. masukkan bawang yang dipotong bulat.. biar seketika.. kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. dan boleh dihidangkan.

note: ajinomoto xmo guna pun xpe.. tpi sapa selalu makan kat kedai tu jgn pulak kata x makan ajinomoto ek hihi..

Resepi Nasi Tomato


Seperti yang dijanjikan.. inilah resepi Nasi Tomato yang aku buat semalam.. senang jer.. resepi dan cara aku mungkin tak sama dengan cara orang lain masak sebab aku main campak2 jer hihi.. cubalah.. insyallah sedap.

Untuk makan seisi keluarga 4-6 orang

Bahan A
4 cawan beras
3 helai daun pandan
2 sudu garam - guna sudu plastik KFC hihi.. senang :)
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3cm halia
3/4 tin kecil tomato puri
1/4 susu cair


Tumis
1 sudu Minyak Ghee - jgn lebih nanti tak lalu bau :)
3 kuntum Bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji ketumbar
3 biji bunga cengkih
1 biji bawang merah


Cara Memasak:

1. Memula beras tu kena basuh.. lepas tu sukat air.. kurangkan sikit dari sukatan sepatutnya.. paling senang sukat ikut jari.. takat beras = takat air .. tapi untuk masak nasi tomato ni kurangkan sikit ek.. kurang sikit jer tau..

2. Bawang besar, halia, bawang putih hiris.. masukkan dalam periuk..

3. Ikat daun pandan dan masukkan sekali..

4. Masukkan tomato puri ngan susu cair.. dan jangan lupa garam ek.. ada org bubuh time last tapi takut x mesra atau terlupa hihi..

5. Masak nasi tersebut.. sementara tu tumis bahan tumis tadi sampai naik bau.. kejap jer.. masukkan dalam periuk nasi tadi.. gaul dan biarkan sampai masak.. bawang tu goreng dan masukkan bila dah nak masak nasi tu.. untuk tambah bau..

6. Bila dah masak, suis off electric tu biar dia masak wap sendiri.. dan 10 minit kemudian boleh dihidangkan..

Selamat mencuba!! :)

Sunday, February 5, 2012

Nasi Tomato Berlaukkan Ayam Masak Merah


Suddenly this morning feel like eating tomato rice pulak.. nak home made.. but the ingredient macam tak complete jer.. so husband la jadi mangsa ke kedai.. hurmm which spice need to use yer?? bukannya masak nasi tomato selalu kan.. so apa lagi.. surfed trough few blogs and site ler.. ohhh.. ok.. simple jer.. 1.00 pm cooked done.. yummy x yummy my tomato rice u guys need to ask my husband and my kids.. can't stop them eat and eat.. anyone want the recipe? see at the next entry ok :)

ORIGINAL WINDOWS LICENSE


Sesiapa yang memerlukan Windows 7 License dengan harga murah, boleh hubungi 012-3636531 (Saiful) untuk sebarang pertanyaan.

Pakej datang dalam 2 CD: Windows 7 Ultimate + Microsoft Office Pro

All product guaranteed will pass Microsoft activation, updates and upgrades.

Price: RM650

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2012



Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam..

Saturday, February 4, 2012

Terlupa ..

Aduhh..
macam mana leh lupa nih..
appointment cek BP 2hb aritu..
pas ni kena guna handphone ler utk reminder..
patut la aku rasa macam free jer hihi..
kalo tak tiap2 minggu muka aku ada kat klinik tu..
naik bosan pun ada..
tapi nak wat camner..
terpaksa..
nampaknya lepas cuti la aku gi sana balik..
set appointment baru..
Untuk backup aku cek BP sendiri kat rumah..
alat aku ada..
tapi kat klinik dorang leh pantau urine aku..
kdg2 ok.. kdg2 meragam..
huhuhu..
so far alhamdulillah BP aku OK :)



Friday, February 3, 2012

Sudah Ada Air, TQ YB


Terima kasih pada YB Tian Chua..
kerana melakukan sesuatu untuk kami penduduk Fasa 8&9 Bandar Baru Sentul..
Air dah ada kira2 setengah jam tadi..
Terima kasih.

noted: siapa pun org itu, klau dia telah membantu kita, kita patut ucapkan terima kasih.

Tian Chua Meninjau Masalah Air @ Fasa 8&9 BBS


Bandar Baru Sentul Phase 8 & 9: water supply cut by Syabas, accusing DBKL payment overdue; residents victimized. Salah seorang mangsa aku ler..

Petang tadi ada dialog bersama MP Batu, Tian Chua.. husband aku pun pegi gak.. harap dorang dah bukak paip air tu semula.. gile oiii xde air.. DBKL yang ada problem ngan SYABAS, kami pulak yang kena.. tak patut2x..

Ani Mayuni Ditendang & Dipukul Suami

Memang patut Ani buat laporan polis.. bukan tak sayang suami tapi bagi pengajaran buat suami dia yang suka2 hati naik kaki tangan ke badan ani.. moga ani mayuni tabah hadapi liku2 berumahtangga ni yer..

Jom baca berita selanjutnya kat bawah ni..

KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.

Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.

Thursday, February 2, 2012

SYABAS Potong Air Rumahku

Adoiii... bengang2.. tension2.. susah kalau rumah xde air nih.. kenapa lah SYABAS kejam sangat.. x pikir ke yang kitorang ni nak menjalankan aktiviti harian tanpa air ni susah.. kat sape kami nak mengadu? kat TV3?? aduan rakyat? bengang2..

Kat rumah waktu ni selagi ada tong semua kami dah penuhkan dengan air.. tapi sampai bila jer leh bertahan?? kenapa tak potong aje MEREKA YANG TAK BAYAR AIR tu.. kenapa babitkan kami semua??? geram, marah.. itulah yang kami rasa sekarang ni.. penduduk Fasa 8&9 Bandar Baru Sentul yang membayar bil air.

Petang tadi pihak DBKL telah menyediakan 1 tong hitam.. sebagai bantuan bekalan air sementara buat penduduk kawasan blok masing2.. alahai.. tak padan langsung bekas air tu dengan jumlah pengguna yang ada..

Aku harap masalah ni dapat diselesaikan dengan secepat mungkin..

Wednesday, February 1, 2012

Bisnes Penjilid Buku


Alhamdulillah bertambah 1 lagi lubang rezeki yang diberikan oleh yang Esa.. baru2 ni kazen aku telah membuka peluang dan ruang untuk asben aku menjalankan perniagaan mengambil tempahan menjilid buku.. untuk permulaan dia bagi aku beberapa customer dia berurusan dengan asben aku.. kebanyakkan budak2 kolej area KL nih.. dan beberapa customer dikalangan kawan2 aku dari UTM.. semua diajarnya.. ke hulu ke hilir asben aku menghantar dan mengambil buku yang telah dijilid.. aku yang larat x larat ni pun teringin sangat nak tau selok belok bisnes ni.. nak tempah kat dia mak aii jauh tu.. buat habis duit minyak jer.. so dia suruh aku berurusan dengan kawan dia.. alhamdulillah kdg2 hari2 kami ke sana..

Buat permulaan aku hanya menerima tempahan thesis binding, comb binding dan printing sahaja... insyallah moga bisnes ini berkembang maju. amin. Urusan perniagaan ni akan didaftarkan dibawah pengurusan syarikat asben aku Mediwave Solution yang telah beroperasi sejak tahun 2009.

Iklan