Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, June 30, 2011

Kemeja-T BERSIH 2.0 Haram!


PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemeja-T Bersih adalah haram kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius berhubung penjualan dan pemakaian barangan berkaitan Bersih 2.0.

“Kemeja-T itu ada hubung kait dengan satu perhimpunan haram jadi apa jua yang mereka pakai adalah haram,” katanya pada sidang akhbar.

note: aku baca aku senyum jerkkk.. :D

Wednesday, June 29, 2011

Fun Cat Show


Rasanya belum terlambat nak ajak uols yang mana ada kucing hat comey2 tu join cat event nih..

Kelab Kucing Malaysia akan Mengadakan Fun Cat Show :

2 & 3 July 2011 - Perling Mall, Johor Bharu

Berminat ? Sila hantar detail peribadi bersama detail kucing i.e nama, longhair/shorthair, dob (umur) n jantina bersama yuran penyertaan .
Kucing haruslah mempunyai suntikan vaksinasi serta sihat n bersih.
Sila bawa Vaksin Card pada kedua dua hari pemeran dan pertandingan.

Pertandingan Kucing Cantik - Ahad 3 July 2011
Kucing kucing tidak perlu punyai certificate (tak perlu Pdgree) . Kucing Domestic Long Hair dan House Cat boleh join dalam Fun Cat Show ini. Ada dua katergory di pertandingkan : Bulu Panjang dan Bulu Pendek
Yuran penyertaan ada lah seperti berikut:
RM10.00 sahaja untuk seekor. Harap Maklum

Acara Sampingan : -
Cat Fancy Dress Contest & Cat Cage Deco
Tempat sangat terhad. Siapa cepat dia dapat!
Paling penting kucing2 haruslah di suntik pelalian vaksinasi, sila bawa kad vaksin untuk pengesahan. kucing2 juga harus bersih dan bebas penyakit.
Penyertaan hanya di terima bersama dengan resit pembayaran. Tanpa resit pembayaran penyertaan tidak akan diproses (Maybank number 0141 2340 2469)

Antara category yg akan dipertandingkan adalah : The Most Handsome Male, The Most Adorable Female, The Most Outstanding Neuter, The Most Purring Cat, The Most Unique Pattern, The Most Longest Whiskers, The Most Fluffy Hair, The Most Active Cat, The Most Vocal Cat, The Most Purrring Kitten, The Most Cutest Kitten, The Most Playful Kitten and ects.....

Pada hari Sabtu 2 July 2011 - Pameran Kucing
Setiap kucing yang di bawa untuk pameran akan di beri sagu hati sebanyak RM10.00 untuk seekor kucing. So siapa yang nak bawa sila call En Habbil or En Has untuk booking nama. Kami cuma perlukan sebanyak 50 ekor kucing sahaja untuk pameran. So siapa cepat dia dapat.

First Come First Serve Basis (Tidak kira AJK , Ahli KKM atau pun tidak)
sila email ke hhhbilkitz@yahoo.com or Khalid.karlrush@gmail.com
Sebarang pertanyaan sila call En Has 017 2387121 , En Habbil 013-6981978
Pak Khalid -012 2200982

note: nora xmo join ke?

Tuesday, June 28, 2011

Bowling @ Ole-ole Monterez, Subang


Cerita bowling lagi.. sabtu 25hb.. tapi kali ni bowling anjuran geng2 husben aku.. budak2 sekolah dia dulu yang organize games nih.. dorang ni bekas-bekas pelajar Star, Klang.. ikutkan aku tak join.. ntah macamana akhirnya aku terjebak sama.. tu pasallah aku takde baju hitam siap nama tu hehe.. tapi aku tabik spring lah kat dorang nih.. bersatu hati betul.. walaupun tak kenal satu sama lain, tapi tu bukan masalah dorang untuk sama-sama menjayakan program nih..

Aku bermula main semalam dengan agak baik.. 1st frame aku berjaya kumpul 130 jatuhan pin.. oklah kan.. permulaan.. tapi masuk jer 2nd frame, kaki aku sakit.. aku langsung takleh nak ben.. itulah yang aku risaukan setiap kali aku main bowling.. aku tak tau masalahnya bermula dari mana.. tapi yang pasti lepas aku miscarriage awal tahun haritu, aku selalu jer kejung urat kaki.. akhirnya balingan aku tak consistent.. cewaaaah ngee~~ macam bagus2 jer hahaha!!

Team aku kalah.. ngee~~ dapat tempat ke-6 huhu.. Tahniah pada pemenang2!! :D

Saturday, June 25, 2011

SEPAH Juara Maharaja Lawak 2011


Tahniah buat Kumpulan Sepah..!!

manakala

Naib Juara ialah JOZAN.. wa caya lu babe!! terbaekk!!

Tempat ke-3 ialah Nabil.. ko pun ok jugak!!

Tempat ke-4 ialah Jambu.. I lap u Jambuu!!

hahahaha!! sengal aku malam nih..

Tahniah korang sume...!!
Korang memang lawak derrr..

Thursday, June 23, 2011

Tahniah!! Malaysia Berjaya ke Pra-Olimpik 2012



Tahniah Pasukan Malaysia!!!

Tahniah!!

Punyalah aku berdebar menyaksikan games yang stay bertahan hampir separuh masa kedua.. bayangkanlah.. betapa terseksanya menanti wisel akhir berbunyi.. memula dah tamat 90 minit tambah lagi 3 minit masa tambahan.. gile terseksa aku menanti.. dan akhirnya air mata kesyukuran ini gugur dengan semangat Malaysia bila wisel penamat dibunyikan.. Malaysia menang menentang Lubnan dalam pusingan kedua kelayakan Pra-olimpik 2012 sebentar tadi..

Dengan ini Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan Bola Sepak Olimpik 2012.. Syabas Malaysia!!

Duit vs Kebahagiaan


Masing-masing dah pasti ada pandangan masing2.. tapi bagi aku..

Adakah dengan duit mampu memberi kebahagiaan?

Ya .. duit mampu bagi kita kebahagiaan sebab dengan duit kita boleh jalani hidup sempurna meskipun secara sederhana.. dan.. tambah2 dok kat KL.. semua guna duit.. DAN..

Tidak.. duit tak mampu bagi kebahagiaan pada kita bila kita "feel lonely".. :D

Monday, June 20, 2011

Nooryana Najib Bertunang Warga Kazakhstan

Mereka dikatakan bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat..
"Selamat Bertunang"

note: macam2 cerita ada.. cer cer search.. ngee~

Esok Interview

Tapi mood aku ke laut.. macam mana nih.. dah puas pujuk hati ni.. surat tawaran temuduga aku dah dapat awal sebulan.. tapi pagi ni baru lah sibuk nak siapkan semua dokumen mana yang patut.. hati ni tak segirang masa dapat interbiu2 yang lain sebelum nih.. oh mood.. ke mana kah kau.. macam mana aku nak kembalikan mood aku nih.. grrrrrrrrrrrrr...

Malam ni, nak tak nak.. aku kena siapkan semua keperluan untuk esok.. kena wat checklist ler camgini.. takut lupa..

smart kan.. tapi aku pakai baju kurung lah, senang :)

MyChecklist
1. Sijil2 asal dah siap di susun

2. Salinan sijil dah ada

3. Resume bergambar seperti yang diminta (lom edit laa.. adoii)

4. Baju kurung bergosok (malam ni baru nak iron)
5. Tudung (kaler sedondon dengan baju)
6. Kasut sarung dan bertumit.. (yang ni aku baru beli)


Rasanye tu jer kot.. esok kena keluar awal.. takut terjebak kat jemm pulak nanti..

Saturday, June 18, 2011

Mendung..

Kehidupan ini umpama roda..
roda suka duka tawa resah tangis gembira..
silih berganti..
sering kita berusaha untuk buat yang terbaik,
seringkali itulah kita di uji olehNya..
berdoa dan mendekatkan diri kepadaNya,
adalah jalan terbaik,
untuk mengurangkan resah di hati ini..

Tuesday, June 14, 2011

Tetiba Berdebar akibat GEGARAN

gambar: mariarina.wordpress.comLink
Korang yang kat KL/Selangor rasa tak gegaran tadi? dalam kol 11 pagi.. aku tetiba berdebar pulak bila kawan2 kata ada gegaran berlaku.. aku cepat2 selongkar berita.. SAH!! memang tadi tu gegaran akibat gempa bumi di Sumatera.. terkedu kejap..

Semoga aku dan keluarga ku, saudara mara ku, sahabat handaiku dan seluruh umat Islam dilindungi olah Allah SWT hendakNYa. Insyallah.

Meatball Oh Meatball!!


Sup meatball yang sengalll!!!! Meatball ni adik aku yang order.. tengok gambar kat menu.. fuhh cam sedap jerkk.. so aku dah pasang angan2 nak paw sikit nanti hihi.. tapi malangnya.. ku kira panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.. aku tengok adik aku dok terkulat2 nak makan sup tu.. uishh.. tak sedap ke? mai sini.. aku nak rasa.. bila masuk jer mulut aku, aku dah tak tentu hala.. nak telan ke nak luak??.. aduhaiii ampuuunnnn apa nih!!! sup ke apa? nak kata basi, takde pulak sup tu berlendir tapi rasa yang ntah apa2 jer.. nak termuntah aku.. terkulat2 aku habiskan yang ada dalam mulut.. nak pi komplen, aku xde mood nak bertekak hairi ni.. hilang selera aku nak jamah bubur nasi yang aku order tu..

Mungkin korang penah makan meatball sup kat tempat yang sama tapi sedap.. tapi bagi aku dan adik aku.. pengalaman hari ni telah menyebabkan aku dan adik aku memangkah terus RM sebagai tempat makan pilihan kami di Carrefour..

Sunday, June 12, 2011

No MORE FREE DOWNLOAD okay Malaysian!!

Apa daaa.. kata dunia tanpa sempadan.. kata kalau kita download sesuatu hasil tu bukan untuk tujuan komersial adalah tidak salah.. tapi sekarang semua benda nak sekat.. haaa elok sangat lah.. thanks yer mereka2 yang terlibat..

Petaling Jaya (The Star/ANN) - In a bid to combat piracy, the Government of Malaysia has declared war on filesharing websites with 10 such websites now blocked by the telecommunications industry watchdog.

The websites were among the most visited sites by Malaysians to illegally download movies.

On May 30, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) had written a letter to all Internet Service Providers (ISPs) ordering the block.

The letter was signed by Digital Security Services division acting senior director Eneng Faridah Iskandar.

The letter, which was leaked online, also stated that the websites were being blocked for breaching Section 41 of the Copyright Act 1987, which deals with pirated content.

An MCMC spokesperson confirmed the ban and said it was done on the request of the Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Ministry.

The ministry's enforcement division director-general Mohd Roslan Mahayudin confirmed that the request was made.

"It is standard procedure for the ministry to request MCMC to block sites that violate the Copyright Act 1987," he told The Star.

Roslan said the ministry had requested that 19 websites, including the 10 listed in the letter, be blocked for violating the Act but added that it was up to MCMC to decide on which ones to block.

When asked about the fate of surfers who legally use the websites such as for storing non-pirated content, Mohd Roslan said they could always write to the ministry.

"Anyone who feels the ban is wrong can write to us and we will look into it," he said.

Film maker Norman Abd Halim of KRU Studios said the move was long overdue.

"The unauthorised use of copyright work is destroying the industry. If everyone feels that works should be shared, then there is no value in these works," he said.

Norman equated the move to South Korea's three-strikes law, where a person guilty of copyright infringement can have their Internet access suspended for six months.

However, irate users have vented their frustration by creating a Facebook page to protest.

By 8.30pm yesterday, there were 410 supporters who "liked" the page that was named "1M Malaysians Don't Want Block File Sharing Websites."

FilesTube Media Search Engine, one of the sites ordered blocked, also commented on the page.

"We have posted information about this on our wall. We are with you."

Before the page was put up, some Malaysians were already protesting via Twitter.

"You can't create a walled-up Internet garden," read one tweet.

Some also made reference to the MSC Malaysia Bill of Guarantees which states that the Government will not censor the Internet.

MSC Malaysia is a national initiative that kicked off in 1996 and is aimed at transforming the nation into a knowledge-based economy

MySpace Layouts
note: so hackers.. wat say u?

Wow!! YES!! Terbaek!!

Say YES!! Now & Ever!! macam wat promosi jer ngee~~ Ni first time aku cuba guna YES broadband kat umah.. wow!! boleh tahan jugak lajunye.. laju lah dari Mr Streamyx aku nih.. aku guna yang valuepack RM68 tu.. kalau korang nak tau apa yang ada dalam Valuepack 68? korang tengok kat bawah ni.. rasa2 korang jimat tak?

Selain Valuepack RM68, ada 1 lagi.. valuepack 150 .. aku nak guna yang 150 watpe kan kan.. aku kat umah dah ada streamyx.. aku guna berukben ni sebab terpaksa.. class BI aku diwajibkan bawak berukben ngan laptop nextclass.. sabar jer lah.. xleh nak share pulak tu.. tapi aku lom cuba guna berukben ni kat area sane.. adeehhh harap2 jangan lah takde coverage atau coverage too low.. aku dah tgok area coverage.. nampaknye macam cover.. tapi tau2 jer lah kan.. kdg2 tu dapat sipi2 jer.. harap2 semua ok.. :)

Ada sape2 yang dah guna? so amacam?

Saturday, June 11, 2011

Dapat Handphone Baru

Ngeee~~ sengih, senyum manjang aku bila dapat handphone baru nih.. mana taknye, ribut takde, hujan xde.. aleh2 aku dapat handphone baru.. sebelum ni aku guna Sony Ericson J105i.. tapi sekarang aku dah guna Nokia balik huhu.. Nokia C3.. murah ajer.. semua handphone2 aku bukanlah gred riban2 nye.. takat rat jer hihi..

Asalnya C3 ni husben aku beli untuk dia guna.. gantikan handphone dia dah tamat perkhidmatan tapi malangnya dia x reti nak guna sebab keypad nye yang tersangat lah comel tu hihi.. dan lagi satu function C3 ni lain dari handphone yang dia biasa pakai.. aku dah agak dah.. nanti sure handphone ni jadi milik aku hahahaha~~ gelak kan dia :D.. so dengan rasminya mulai semalam Nokia C3 menjadi milik aku harharhar!!! dan handphone aku dah bertukar tangan jugak.. dapat tuan ke-2 selepas aku..
Anyway.. thanks yer bang..huhu :D

note: pasni boleh lah beli iphone pulak ngeee~~

Friday, June 10, 2011

Selamat Pengantin Baru

Cuti sekolah + Kenduri Kahwin = SERASI BERSAMA ngeee~~

En3 ni just nak share kemeriahan majlis kenduri kahwin yang aku sempat kunjungi..
Untuk teman2 yang telah melangsungkan perkahwinannya
aku sekeluarga nak ucapkan:

SELAMAT PENGANTIN BARU!! :-)

me & geng UTM.. huhu kat wedding Kunida


Wedding anak Kak Tini : Kunida .. chantek kan.. :-)


Ngan geng UTM jugak tpi kali ni kat wedding Dr. Roziana
kat Hulu Langat


Dr. Roziana & Husband dan kami2 :)
pastu aku bergegas pulak ke 1 lagi jemputan


ngan rakan UTM gak.. Wedding Jannah & Husband
kat Bukit Cheras

terima kasih di atas undangan uols..
terima kasih atas juadah yang disediakan..

moga kebahagian hari ini
berkekalan hingga ke akhir hayat.
Insyallah.
Amin.

Saturday, June 4, 2011

3 Event Dalam 1 Hari

Ini bukan pakej melancong atau pakej spa tapi inilah event yang harus aku penuhi hari ni.. 3 event.. aduhhh boleh ke? sempat ke aku pegi 2 tempat kenduri pastu terus ke mini reunion bersama x-Puteri Wilayah? hampa ke dorang kalau aku x datang? ececece macam VIP pulak.. poyo's jer hahaha!!! xpe lah.. aku cuba buat yang tebaik.. aku akan plan cantik2 perjalanan aku esok.. andai kata aku x sempat ke kenduri 1 lagi, aku mohon maaf sangat2..


Buat Kunida & pasangan serta Abidah & pasangan, kak atie sekeluarga ucapkan TAHNIAH!! dan SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga berbahagia ke akhir hayat. Insyallah.

Buat Kak Tini yang akan menerima menantu pertamanya.. TAHNIAH kak! moga menjadi mentua terbaek buat menantu dan bakal2 menantu hihi..

dan untuk event ini esok.. mari mari!! kita swing tangan laju2 k hihi.. x sabar nak jumpa kawan2 lama yang jarang2 sangat bertemu.. dan ada yang dah hampir 18 tahun x bertemu sejak habis SPM dulu.. insyallah moga dengan keizinanNya kita dapat bertemu esok, mudah-mudahan.

Gathering @Rumah Yen

Sekali lagi dan ntah yang ke berapa kalinya, kami adik beradik berkumpul lagi.. kali ni kat rumah Yen untuk menikmati juadah makan malam yang disediakan oleh Yen.. Alhamdulillah... kenyang.. begitulah kami adik beradik sepupu sepapat yang dekat bertemu demi mengeratkan hubungan yang sedia ada.. kalau x dinner kat rumah Yen, mayb dinner kat rumah aku atau rumah man dan mungkin akan datang dinner kat rumah sepupu2 yang lain pulak kan.. Biasanya kami berkumpul time dinner lah..

tuan rumah @Yen


bonda pun ada :)

next gathering kat rumah aku la nampaknye.. sempena birthday acap esok.. menu? belum difikirkan lagi.. insyallah akan ku hidangkan menu yang terbaekk untuk kalian..

Friday, June 3, 2011

Prince William & Kate Middleton Bercerai ?!

Hati aku kuat mengatakan ini hanyalah cerita yang direka oleh pihak tertentu untuk tujuan tertentu.. biasalah kan, orang ternama.. orang yang tak ternama pun ada org sakit hati, inikan seorang Putera..

Menurut Laman INI.. Prince William ada membuat pengakuan tentang penceraiannya.. Prince William cakap " Saya Membuat Satu Kesilapan Besar" dengan mengawini Kate Middleton 29 tahun.. Perkahwinan yang disaksikan oleh 2 billion orang dari seluruh dunia telah berakhir Selasa lepas..

Mari kita layan luahan hati Prince William kononnya:

"Saya benar-benar tidak tahu apa saya sedang berfikir—kami dalam satu games yang dahsyat, saya tidak mencintai dia dan tidak pernah , dan, terus terang saya katakan, saya tidak pernah mempunyai apa-apa kepentingan dalam berkahwin dari awal,"

"Orang berpendapat bahawa perkahwinan kami ialah seperti cerita dongeng, tetapi saya ingin menjelaskan pada anda ianya hanyalah sebuah sandiwara istiadat tak terkawal. Saya sungguh lega ia telah berakhir."

Ade2 aje..
Korang leh baca kat sini jugak.. NEWS

Berpuasalah di Bulan Rejab Kerana Sunnah.

Al-Quran

Untuk memudahkan kefahaman semua, orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.

3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab. Ini bukanlah sunnah.

4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini bukanlah sunnah.

5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab.

6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya. (Hafiz Firdaus).

Sila Rujuk Di SINI

Kelebihan Bulan Rejab & Disebaliknya

Sebenarnya berkali-kali dah aku mendelete n3 ni sebab aku rasa aku tak mampu untuk menulis topik yang begitu berat buat aku.. tapi jauh di sudut hati aku mendesak aku untuk meneruskan penulisan ni.. jika ada yang tersilap, tegurlah aku..

Pernah kah anda mencari dan ingin mengetahui kelebihan amalan di bulan Rejab? aku rasa mesti ramai yang telah memperolehi makna dan kelebihan tersebut.. seperti petikan di bawah ini..

klik untuk lebih jelas..

Apakah yang anda rasakan setelah membaca setiap kelebihan yang dinyatakan di atas? mungkin merasakan sama seperti apa yang aku rasa.. ingin berpuasa kerana kelebihan yang dinyatakan.. tapi tahukah anda sebenarnya tidak thabit dalam hadis sahih yang menyatakan kelebihan Rejab. Cuma bulan ini termasuk dalam salah satu daripada empat bulan yang dilarang berperang padanya selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi (sila rujuk di SINI)

Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: "Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan)."(al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya'ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan:

"Kerana Sya'ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan."

Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan. Adapun tentang hadith: "Rejab bulan Allah, Sya'ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku."Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu ... iaitu ianya suatu yang didustai (atas nama Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa solat sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala ... semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta. Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur para ulama berkata:

Maksudnya: "Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu. "Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.: "Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid. "Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan untuk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid. Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maskudnya): "Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta."(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya). Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu. Oleh kerana itu ia dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya...terdapat banyak kitab-kitab hadith yang dibuat rujukan, ada kitab-kitab yang khas yang memberitahukan tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah "oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima haduru ala alsinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba ', kitab Kasful khafa ' wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith 'ala alsinati al-Nas oleh al-'Ajluni...dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib dan memahaminya, agar mereka tidak mengambil satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya. Sesungguhnya termasuk dalam kemerbahayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan yang direka yang bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia, hakikatnya ianya adalah hadith yang palsu dan yang direka. Oleh kerana itu kita perlu membersih dan menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Sesungguhnya Allah mentaufikkan para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai perkara-perkara yang asas dari yang direka, yang tertolak dari yang diterima. Dan kita hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah mereka terangkan.

Wallahu a'lam


Boleh rujuk di sini juga : www.ilmudanulamak.blogspot.com

Thursday, June 2, 2011

Shopping Raya 2011 Part 1

Sesungguhnya aku sangat bersyukur kepada Allah SWT dengan rezeki yang telah diberikan oleh-Nya untuk kami sekeluarga nikmati.. Alhamdulillah..

Happy nya aku semalam dapat shopping sepuashati aku.. shopping baju raya untuk anak2 ngan husben dulu.. aku punye kemudian pun xpe.. Alhamdulillah.. thanks yer abg.. muah muah muaaah!!! hihihi..

Oleh kerana semangat shopping aku sangat kuat semalam, maka sikit pun aku tak rasa penat masa dok ke hulu kehilir cari barang.. kalau tak, adeeehhh nak tercabut rasanya kaki aku nih.. bermula perjalanan "outing' aku ngan husben seawal pukul 10.00 pagi.. memula aku merempit jer ngan husben.. destinasi pertama: bank untuk lunaskan hutang aku huhu.. alhamdulillah settle.. pastu terus ke UTM pi hantar buku yang aku pinjam.. then bayar denda RM7 sebab lewat hantar untuk 5 buah buku hahaha.. biasa lah kalau dah meminjam, tak reti nak pulangkan cepat :p.. pastu kami terus merempit ke Imbi.. amik LCD 19" customer punye.. hahaha bawak naik motor tuh.. jenuh aku peluk LCD tu.. cettt!! xpe2.. rezeki tu :D.. then aku advise husben aku better gi amik keter pastu leh bawak anak2 gi shopping terus.. cadangan bernas lagi geliga dari seorang isteri hahaha!!! alhamdulillah cadangan disambut baik oleh sang suami yang tahu isterinya sedang berkobar2 nak shopping.. almaklumlah wit banjer raya dah diberi huhu..

Lepas amik anak2, destinasi shopping pertama huhu: SemuaHouse.. xde yang menarik lah.. kami terus ke Kamdar.. sambar Jeans 4 helai kat sinun.. pastu kami terus ke Sogo.. berjam2lah lamanya aku kat situ.. husben ngan anak2 aku hantar kat tingkat 6.. FoodCourt ok.. sebelum dorang kacau aku kan kan.. so pi lah makan hihihi.. tau jerlah org lelaki nih huhu.. tapi husben aku mood shopping TERBAEKK semalam.. thanks yer dear.. :)

Ramai kawan2 aku terkejut sebab aku dah shopping raya hahaha!! tapi percaya lah.. shopping 2 bulan sebelum raya adalah waktu yang paling sesuai sebenarnya bagi yang ada anak2 nih.. barang2 semua stock baru, nak size apa? jangan risau, semua ada.. nak kaler ape? semua ada.. pendek cerita, aku dah takpayah ke tempat lain semata2 sebab masalah size, macam selalu tu.. hehehe.. walau bagaimana pun aku takde lah shopping sakan.. lagi pun aku dah tak guna kredit kad kan kan... NO MORE CREDIT CARD ok!! haha.. serik beb!!

Note: lagi satu perangai aku, aku suka shopping time org kerja (weekday).. xde la sesak.. sanggup amik cuti tu.. janji aku tenang bershopping.. ;-)

Iklan