Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, March 25, 2015

APA ITU PENYAKIT G6PD






Apa itu Penyakit G6PD?

Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di kalangan rakyat Malaysia merupakan satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis.

Penyakit ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah kekurangan enzim G6PD. Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan enzim G6PD?

Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.
 
Berapa kerapkah berlakunya kes kekurangan enzim G6PD?
Dianggarkan seramai 400 juta manusia seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD. Keadaan ini selalunya berlaku di bahagian-bahagian tertentu Afrika, Asia dan Mediterranean.
Kawasan yang biasanya berlaku malaria juga mempunyai kes kekurangan enzim G6PD yang tinggi.
Di Malaysia pula dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah ini.

S1 : Apakah glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)?

G6PD ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifan (inactivation) kompoun oksidan. Jika G6PD berkurangan sel-sel merah akan menjadi rosak dan pecah (hemolisis) apabila pesakit termakan atau terdedah kepada bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia kekurangan G6PD.

S2 : Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit defisiensi G6PD?

Bagi bayi baru lahir. Kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. Jaundis bayi-bayi berkenaan terlalu tinggi tahap bilirubin mereka hinggakan pertukaran darah diperlukan. Kesan-kesan sampingan seperti dibincangkan dalam 'Jaundis Neonat' boleh berlaku.

Bagi kebanyakan pesakit defisiensi G6PD hemolisis tidak ketara sehingga 48-96 jam selepas pesakit telah memakan bahan-bahan pengoksida seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Jangkitan juga boleh menyebabkan hemolisis. Gejala-gejala hemolisis akut bagi pesakit ini ialah kepucatan yang akut dan jaundis. Hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) akan menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku tertakluk kepada berapa teruknya hemolisis yang berlaku.

S3 : Apakah penyiasatan makmal yang perlu dilakukan?

Hemoglobin akan berkurangan apabila hemolisis berlaku dan tahap bilirubin tak konjugat(unconjugated.indirect SB) akan meningkat. Pemeriksaan hemoglobin dalam urin juga positif jika terdapat hemolisis akut.

Apabila pesakit mengalami hemolisis akut, ujian G6PD selalunya menunjukkan tiada defisiensi walaupun G6PD berkurangan dalam seseorang pesakit. Oleh itu, ujian G6PD patut dilakukan sebagai ujian penyaringan dalam semua bayi yang baru lahir atau ke atas pengidap penyakit apabila mereka sihat dan tidak mengalami hemolisis.
Pengiraan retikulosit juga akan meningkat dalam hemolisis akut yang melibatkan defisiensi G6PD.

S4 : Apakah rawatan untuk penyakit defisiensi G6PD?

Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan
1.    Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Bayi tidak patut dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya.
2.    Jika diagnosis defisiensi G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara pengajaran berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai "medic alert" yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD. Satu senarai ubat-ubatan juga perlu diberi kepada pesakit supaya mereka dapat menunjukkan kepada doctor apabila mereka memerlukan rawatan. (Apendiks)
3.    Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

S5 : Apakah maknanya kekurangan G6PD intermedia?

G6PD intermedia adalah suatu keadaan di mana enzim G6PD berkurangan bukannya 100% tetapi di antara 20-80% kekurangan. Pesakit G6PD intermedia harus diberi tunjuk ajar yang serupa sebab risikonya pun hampir serupa dengan pesakit G6PD.

S6 : Berapa lamakah bayi kekurangan G6PD harus dijaga di hospital?

Apakah peranan jururawat semasa bayi berada di hospital?
Dinegara Singapura semua bayi yang kekurangan G6PD dijaga di hospital selama 14 hari. Kita berpendapat bahawa sekiranya bayi lebih daripada 2.0kg, tidak jaundis dan kami puashati dengan keupayaan ibubapa maka seseorang ibu boleh membawa bayinya pulang selepas 10 hari.

Jururawat mesti mengambil masa ini untuk menerangkan tentang kekurangan G6PD (S1-S3). Ibubapa mesti faham sekiranya kelihatan kuning, bayi mesti dibawa jumpa doctor dengan serta-merta.

S7 : Bolehkah ibu menyusu badan kepada bayi yang berkurangan G6PD?

Memang boleh. Ibu yang menyusu tidak harusnya makan ubat yang disenaraikan di apendiks 4.

Tidak ada halangan bayi yang kurang G6PD menjadi orang dewasa yang sihat jika mereka tidak terdedah kepada ubat-ubat oksidan yang tercatit dalam apendiks 4.

Ubat-ubat yang tidak boleh dimakan oleh pesakit yang mengidap kekurangan g6pd.

Primaquine
Chloroquine
Quinine
Sulfanilamide
Sulphacetamide
Sulphapyridine
Sulphamethoxazole (Bactrim)
Dapsone
Nitrofurantoin
Ciprofloxacin
Methylene Blue
Nalidixic Acid
Napthalene ( Moth balls)*
 
Sumber: MPA - Persatuan Pediatrik Malaysia

Monday, March 23, 2015

TAJAMNYA MATA SEORANG LELAKI

Cer peratikan iklan ni.. apa yang tak kene katanya....
hmm.. orang lelaki cepat je mata dia ke situ kan..
katanya.. butang baju model ni hah.. terbuka..
tapi aku rasa model ni pakai singlet kat dlm.. 
takkan lah company ni nak paparkan model camgitu..
ada logo JKR lagi kan..
ni pandangan sisi .. mana nak nampak..
nampak benda lain la.. sebenarnya tak nampak pun kan..
korang je yang suka imagine yang over over kan kan..

ada yang nak tahu ke kat mana ni? hahaha
jangan jadi cam admin Peon sudah..
sanggup berhenti tepi jalan semata2 nak snap gambar ni..
aduhai insan yang bernama lelaki..

Kredit: FB Peon JB

Thursday, March 19, 2015

EKSIDEN

Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang ni..
patutla aku sakit2 badan seminggu dua ni.. 
ke Sogo pun tak larat jalan..
camane boleh eksiden pun aku x tau ..hurmm.. 


semoga segala uruskanku dipermudahkan olehNya. Amin.

Monday, March 16, 2015

CORNFLAKES MADU PEDAS RANGUP

Dah lama aku memendam perasaan.. keinginan..
hari ni.. semua nya jadi kenyataan..
aku berjaya!!!

Dah 2 hari aku mencari bahan.. termasuklah bijan yang akhirnya aku terlupa nak masukkan sekali hahahaha..

Ok jom lah.. tengok apa yang aku masak pagi2 buta ni..


CORNFLAKES MADU PEDAS RANGUP 
Bahan-bahan :
  • 1 kotak cornflakes 275g
  • 1 mangkuk ikan bilis - aku panggang
  • 1 mangkuk kacang tanah - aku panggang juga
  • 1 biji bawang besar  (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu cili kering kisar
  • 8 sudu madu
  • 1 sudu kfc garam - aku guna garam bukit ·  
  • 100 g mentega +/-
Cara-cara :
 
  1. Cairkan mentega dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai cili garing.
  2. Masukkan garam dan madu. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan ikan bilis panggang tadi dan kacau lagi.. kemudian masukkan conflakes dan kacau rata hingga sebati.
  4. Panaskan oven pada suhu 170C- 180C
  5. Taburkan conflakes yang dah digaul dengan sambal tadi ke atas dulang pembakar. Dan bakar dalam 3-5 minit je.. jangan sampai hangus..
  6. Sejukkan sebelum sinpan dalam balang
Nape perlu bakar? bakar ni tujuannya nak bagi conflakes bertambah rangup dan tahan lebih lama. Kalau tak nak bakar pun takpe.. rangup jugak tapi takdelah serangup kalau dibakar.. bab tahan lama ni.. rasanya mmg tak kan tahan lama dalam balang tu.. mesti licin punye!! hihihi

Oklah.. Selamat Mencuba!

 Panaskan butter.. 

 Tumis bawang hingga garing

 Tumis tadi dah siap.. lupa nak ambik gambar..
Masukkan kacang, bilis & conflakes
Kacau rata..

 Yang dah siap dikacau.. macam ni pun dah ok.. 
dah boleh makan..sedap :)

 Bakar kejap je.. jangan sampai hangus tau..


Taraaaa.. siap sudah!!
Jemput tengok ye.. Selamat mencuba!
 

Saturday, March 14, 2015

Aku Tak Tahan

Sejak 2,3 hari ni aku tak mampu keluar waktu siang.. setengah jam dah cukup utk buatkan kepala aku berpinar.. aku percaya.. ni semua disebabkan cuaca panas sekarang ni.. walapu aku dok dalam bangunan.. udara kering buat aku tak selesa.. sebolehnya aku nak elak dari sakit kepada.. aku ada darah tinggi.. kebelakangan ni agak tinggi bacaannya..

Hari ni, aku keluar ngan asben pi beli barang dapur sikit.. pastu singgah farmasi beli ubat.. kami naik motor je.. sampai rumah.. aku dah tak tangguh2 lagi dah.. pi dapur.. minum air.. pastu masuk bilik.. on ekon.. terus baring.. aku terus terlena.. x sedar anak2 melompat2 atas katil ke apa ke.. hpon pun aku tak tau kat mana.. bisnes online aku tak tengok dah.. 2 jam kemudian.. baru aku terjaga.. baru teringat kat bisnes aku hihi.. baru teringat kat anak2 aku..

Apa lagi.. bangun.. cuci muka.. terus pack barang nak pos hari ni.. dah settle.. asben pun dah bawa pegi pos.. baru mengadap anak2 aku yang dari tadi dok mengharapkan perhatian mama dorang.. kesian hazim ngan haziq .. mama x layan ek tadi.. muah muah.. aku peluk kiri kanan anak2 kembar aku ni.. mana boleh peluk sorang.. nanti sorang lagi buat muka kesian.. hihihi

penyejuk badan waktu malam..

Tuesday, March 10, 2015

RTM BAKAL TUMBANGKAN ASTRO

Astro bakal bertemu buku dengan ruasnya.

Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang rungutan mengenai perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Kisah tak ada siaran ketika hujan dan juga bill mahal yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sering kali terdengar khususnya di media sosial.

Itu belum lagi diperkatakan mengenai rancangan yang sama diulang beratus-ratus kali serta program hiburan yang adakalanya naik menyampah tengok, tetapi masih dihidangkan kepada pengguna. Malah sejak akhir-akhir ini, iklan komersial makin meriah walhal pengguna bukannya bayar yuran bulanan untuk melihat iklan.

Pihak Astro pula seolah-olah bermaharajalela berbuat apa saja terhadap pengguna demi mengaut keuntungan berjuta setiap bulan. Dimaklumkan, Astro mencatatkan keuntungan berbilion ringgit Malaysia setiap tahun hasil daripada lebih 3 juta pelanggan tetapnya.

Jangan dipersoalkan kenapa masyarakat masih memilih Astro jika tahu penyedia perkhidmatan berkenaan mempunyai rekod yang mengecewakan terhadap pelanggan dan juga siaran tv nya.., ia adalah kerana masyarakat tiada pilihan khususnya kawasan yang tidak ada liputan siaran televisyen. Maka sebab itulah Astro terpaksa dijadikan pilihan.

Kini dimaklumkan terdapat berita yang sangat melegakan kepada pelanggan yang tak berpuas hati dengan Astro. Dan apabila berita ini menjadi realiti, dijangka zaman kegemilangan 'kaut untung' Astro akan berakhir.

Jika dahulu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pilihan utama rakyat seluruh negara, kini zaman emas itu akan kembali lagi dengan program pendigitalan saluran rancangan stesyen penyiaran terbabit yang disahkan sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.

Ini umpama buku dengan ruas kepada syarikat Astro kerana selepas selepas program pendigitalan RTM, rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standart (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.





Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.

Malah, sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar Bukhary juga akan memberikan dekoder percuma kepada 2 Juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.

Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.

Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.

Inilah yang dikatakan bahawa Astro bakal bertemu buku dengan ruasnya. Dan tak dapat dinafikan, sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary amat besar kepada rakyat Malaysia. Dan siapa dapat nafikan, bahawa hanya anak melayu seperti Syed Mokhtar sahaja yang dapat meneutralkan Taikun besar seperti Ananda Krishan

Monday, March 9, 2015

Diana Danielle Seksi Gile Dalam Esquire Malaysia Keluaran Bulan Mac


Mengucap panjang aku bila tengok gambar2 Diana Danielle tadi.. tak tau nak cakap apa.. semoga dia diberi hidayah untuk kembali ke landasan agama yang betul..

#kenapaperluberpakaianmacamtu
#banggakeawak
#kesiannyaawak
#semogaawakberubah

sumber: Rotikaya

Sunday, March 8, 2015

REDEEM SOGO POINTS

Fuhhhh.. nyaris2 4312 points tak terbuang macam tu je.. expired hujung bulan Mac ni.. ntah macam mana tergerak hati ni nak check secara online malam tadi.. huhuhu.. rezeki2 hihi.. takde lah banyak sangat pun points nye.. tapi dari jumlah keseluruhan.. boleh lah klau nak redeem voucher Sogo rm250 .. duit gak kan.. hasil dari shopping kat situ gak ..

Tapi aku tak lah redeem semua.. saje je nak biar ada balance dalam tu.. aku just redeem utk voucher rm50  & voucher KFC .. hahahaha macam dah xde benda nak redeem ek.. so.. method collections? ofcoz la pi ambik sendiri.. hihi..

Voucher KFC x 2 keping

 Rebate Coupon RM50 x 2 keping

Dengan rm100 tu.. aku nak beli puting purifier untuk si Haziq 2,3 sets.. geram betul dibuatnya.. suka2 hati campak sana sini.. bila nak, mintak.. bila tak dapat mula la buat perangai.. rasa macam nak geget2 je Haziq ni bila puting nyonyot dia tu hilang.. ntah dah berapa banyak beli pun tak tau.. heran jugak.. hilang terus.. tak dapat dikesan.. nasib la abg kembar dia si Hazim tak suka puting.. kalau tak.. kene buat stock la nampaknya.. beli borong banyak2 hahahaha.. agak2 nya.. kalau dua2 isap puting.. dorang mesti main campak2 berjemaah kan.. gelak ketawa campak sana sini.. bila nak, hingaq (loghat kedah) kat mama dorang.. kat abah Haziq tak berani.. klau puting hilang pun.. dia akan bisik kat mama.. "mama, nak puting"  .. aku ni garang.. tapi bab anak2 minta rayu2 camgini.. lemahhh.. cair terusss..

Lagi satu yang aku redeem, voucher KFC.. setiap set akan dapat 5 ketul ayam.. makan jangan tak makan hehehe.. budak2 la pun yang suka makan KFC ni.. tapi aku takde la layankan sgt.. 2,3 bulan sekali baru beli.. berlemak budak2 nanti klau dihidangkan dgn kfc selalu..

Baki points? boleh sekali lagi redeem yg sama cam redeem hari ni.. tunggu lah nanti.. expired pun lambat lagi.. hujung tahun 2016.. nanti akan bertambah dan bertambah lagi point nye kan kan.. shopping sikit2 je.. tapi beli time offer collect point berganda gandaan huhu..

Oklah.. receipt redeem dah print.. esok boleh la gi ambik.. hahaha.. x menyempat!!!

#Awak kat mana, awak, awak kat mana? awak jom shopping! :D





Friday, March 6, 2015

PANDUAN PERSEDIAAN MAKANAN BAYI 6 BULAN

Makanan pejal atau solid food boleh dimulakan selepas bayi berumur 6 bulan. 6 bulan 1 hari, ibu2 dah boleh mula memperkenalkan anak dengan makanan pejal. Tetapi beberapa perkara harus di ambil kira iaitu:

1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal

2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)

Puree Apple: Elakkan epal hijau. Carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dengan seidikit susu ibu selepas dikisar.


Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dengan susu ibu untuk mengurangkan sifat likat dan melekitnya.


Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu.


** Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**

3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)

4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

Puree Kentang: Sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya dicampurkan dengan susu ibu.


Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu ibu.
 

5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa  – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe)

6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar. :-) apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda.

Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman.

Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! :-)


Tips Tambahan:
Makanan yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada bayi (1st solid food- 6-7 months): 
  1. Telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella
  2. Susu lembu/dairy products
  3. Makanan laut
  4. Kekacang
  5. Citrus food
  6. Yeast, cheese (keju)
  7. Madu (bertoksin – dilarang sama sekali)  *catatan asal Penulis artikel “Madu mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) –  yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. ”

Semoga info yang dikongsikan di sini yang di ambil dari web Sarakids.com memberi manfaat buat mommy dan daddy semua.

Thursday, March 5, 2015

CARA BUAT BUBUR FROZEN DAN CARA BUAT BUBUR CEPAT DAN MUDAH

 Lagi sis Ju Anns berkongsi tips dan cara buat bubur frozen dengan cepat dan mudah.. uols boleh ke blognya untuk tengok tips2 lain yang dikongsi dalam blognya..

1. Masak bubur macam biasa, dah suam, boleh blend dan masuk tempat cube, bekukan. Pindahkan dalam bekas tupperware/plastik untuk jimat ruang fridge. Kalau nak guna, malam boleh pindahkan beberapa cube kat bahagian bawah untuk panaskan esoknya.

  1-2 ketul kiub carrot dileburkan ke dalam bubur panas


 Masukkan dalam bekas frozen

 Untuk jimatkan ruang dan memudahkan kita ambil, pack siap2


2. Cara kedua, basuh beras, toskan air. Goreng beras dgn api perlahan hingga beras kering (sekadar keringkan beras je). Blend dan simpan dalam tempat kedap. Boleh guna bila nak masak. Cara ni buat bubur lebih cepat masak.
3. Cara ketiga, masak nasi sekeluarga macam biasa. Untuk baby, ambik nasi panas-panas cukup untuk kegunaan baby dan blend dgn air masak. Kemudian masak macam bubur biasa. Cara ni pun cepat buat bubur.


So terpulang pada mommy nak ikut cara yang mana satu.. Selamat Memasak!




Wednesday, March 4, 2015

TIPS BUAT FROZEN FOOD UNTUK BABY 6 BULAN KE ATAS BAGI IBU BEKERJA

Siapa kata ibu bekerja tak boleh dengan alasan tak sempat nak sediakan makanan untuk baby.. boleh je.. frozenkan makanan tersebut.. Bila nak makan boleh ambil 2-3 cube, cairkan dan panaskan .. jauh lagi bagus dari nestum tu..

Inilah yang dikongsikan oleh blogger Ju Anns dalam blognya.. banyak info kita leh dapat darinya.. jom terus membaca..

 Antara sayur yang sesuai


Ni lah rupa makanan yang dah diblend

1. Untuk puree buah-buahan, potong dadu dan masukkan dalam foil aluminium, pastu kukus. Kemudian blend sampai halus dengan sedikit air. Masukkan dalam bekas cube ais. Dah beku, boleh alihkan ke dalam tupperware bagi jimatkan ruang dlm fridge
Antara puree buah yg sesuai kukus cara ni:
Epal, buah lai, kurma, strawberry, peach
2. Buah/sayur potong kecil2 dan rebus. Kemudian blend sampai halus dengan sedikit air dari rebuasan tadi. Masukkan dalam bekas cube ais. Dah beku, boleh alihkan ke dalam tupperware.
Yg sesuai cara ni:
Kentang, kacang peas fresh, carrot, labu, keledek, brokoli, bunga kobis putih
3. Isi ayam potong kecik2. Atau ambik beberapa keping ikan tenggiri. Buat sup. Macam biasa, cuma guna buah pelaga dgn bawang merah je. Halia dll tak perlu. Dah masak, cuma ambil sup dan isi ayam/ikan yang dibuang tulang. Blend dan bekukan dalam cube ais.
 
**Jgn letak garam or gula sebab nama pun baby kan.
Untuk baby yang dah pandai kunyah sikit or 8 bulan ke atas:
Rebus ayam, makaroni, carrot, bawang, buah pelaga (kayu manis dan bunga lawang bagai tak perlu). Bila makaroni dah empuk, keluarkan semua bawang dan buah pelaga dan buang. Yang lain-lain boleh blend. Masukkan dalam bekas cube ais. Dah beku, boleh alihkan ke dalam tupperware bagi jimatkan ruang dalam fridge.

Iklan