Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, May 22, 2007

Kad Untuk Mama

Dah berapa hari aku tak on pc..minggu lepas mak ngan abah mertua aku datang dari kedah. Adik ipar aku ngan family dia pun ada.. si comey farisya pun ada ..geram aku kat pp farisya tu..tembam!! dorang dok 4 ari jer.. nak jer aku halang mak ngan abah balik tapi dorang pun ada kerja gak nak buat kat sana.. takpe lah, nanti2 aku balik pulak kg..

Semalam anak aku si achap bagi kad.. macam tau tau jer hari ibu.. sedih aku baca apa yang dia tulis, dan hepi pun ada coz dia dah pandai karang ayat, tak kisah la cacamarba ka asalkan aku paham. Sebenarnya kad tu bukanlah kad ucapan tapi lebih kepada luahan hati dia.. nak tau apa yang dia tulis..hmm

" ini untuk mama"
"mama suka marah achap"
"mama tak sayang achap"

3 ayat tu dah cukup buat hati aku tersentuh, ialah dia pun terlebih sensitif sejak2 ada adik nih.. selalu sangat merajuk. Tapi aku usaha gak takmo bagi dia rasa tidak dipedulikan.. aku tetap sayang dua2nye.. abg ngan adik.

Ialah, sekarang ni dah ada dua orang terasa sangat lainnya. Mana taknye, 7 tahun kami bertiga jer, dah tentu si abg terasa kan..hmm insyaAllah, aku akan berlaku seadilnya.

1 comment:

Lidah Penghunus said...

assalamualaikum. jemputlah ke http://www.lindunganbulan.blogspot.com http://www.karyamuslim.blogspot.com dan http://www.dppkkj.blogspot.com

Iklan