Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, August 31, 2008

MerDekA 51

Sebelum menjelang sambutan merdeka, aku, achap ngan su pi melontar vokal dulu.. pelbagai teknik kami gunakan.. irama rock..irama slowrock.. dangdut..nasyid,,zapin..joget n macam2 jenis irama.. dasat tak dasat kami ni.. dalam tempoh 3 jam jer dah lontar macam2 irama.. tapi irama achap la yang paling tak best.. irama achap bunyik macam ni..

'Nak balik, mama.. achap nak balik.. ngantuk!!..'

macam tu la lebih kurangnya bunyik irama achap.. tension aku dibuatnya.. aritu masa pi nengok Piala Malaysia pun macam tu.. sabo jer la aku..cuba bawak pi tempat game.. sure irama dia lebih riang..lebih ceria..

Ujian OSHA tadi susahnye.. aku macam nak tarik diri je dari subjek ni.. sabo jer la.. tapi aku masih hepi bila jer dengar sore mira.. rindunyeeee aku kat mira.. masih terngiang2 sore dia panggil mama n abah tadi kat lam tepon.. abang cakap mira takmo tido ngan tokwan...dia nak tido ngan abang jer.. aku sedih pulak bila pikir bila abang balik nanti, sure mira cari abah dia... uwaaaa..tunggu mama yer sayang.. 2 minggu lagi mama balik k..

Sunday, August 24, 2008

RinDu Hati TaK tErkiRa

Sejak mira takde kat umah ni, mood hepi aku macam takde jerk.. suram jer..kalau senyum pun tak seindah dulu...huwahuwa..aku rindukan mira sangat-sangat..khamis aritu aku pi cari tiket nak balik minggu ni tapi semua tiket habis..seksanye jiwa aku..seksanya terasa sampai hari ni..dan aku tahu hari esok-esok ianya akan lebih menyeksakan..beza sungguh masa mira ada..aku balik penat-penat pun, aku boleh hepi bila tengok telatah dia..senyuman dia yang manis tu..tapi hari ni..aku nak buat assignment pun malas.. nak keje pun takde semangat.. husben aku tu je yang tak terasa apa2..lagi suka hantar anak jauh2..

Hari ni pun aku pi cari tiket nak balik hujung minggu ni tapi tiket habis gak.. uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Monday, August 18, 2008

SunYi

Sunyinye aku rasa sejak aku jejak kaki kat umah ni pagi tadi.. selalunya aku boleh dengar jeritan atau tangisan mira atau usikan abang achap pada mira.. tapi semua tu takde..yang terbayang kat mata aku ialah lambaian mira masa aku nak berangkat ke Sungai Petani semalam..

"tata..tata..ta..,"mira melambai aku..

aku tau yang mak ngan abah tau yang aku sedang berperang dengan kesedihan yang aku tengah usaha sorokkan.. sebolehnya aku tak mau sedih sebab kesedihan itu akan berlarutan berhari-hari.. lepas salam mak ngan abah n sayang mira berkali-kali.. aku terus masuk dalam keter..air mata aku mula bergenang tak tertahan..akhirnya dalam perjalanan ke SP air mata ni tumpah juga..

Aku balik ngan husben naik bas.. dalam bas aku berusaha tak melayan perasaan sedih aku..alhamdulillah aku terlena sampai tapah then sambung balik tido sampai KL kul 6.00 pagi. Hari ni aku tak larat nak pi keje.. beratnya aku rasa kepaler aku nih.. aku rindukananak-anak aku terutama mira.

Saturday, August 16, 2008

umah Tok wan

Waktu ni aku dah ada kat Baling, rumah ibu mertuaku.. kami sekeluarga balik ngan Pakngah achap semalam.. akhirnya aku hantar juga mira kat kampung walaupun ianya cukup menghibakan hatiku.. perasaan aku bercampur baur...ada sedih, hiba, sayu dan gembira.. sedih bila ingatkan yang aku akan tinggalkan mira kat umah mertua aku, hiba bila nanti aku tak nampak wajah mira setiap kali aku balik kerja..sayu bila aku teringatkan dia..sayu bila aku bayangkan yang dalam waktu2 tertentu dia akan mencari aku.. waktu ni air mata aku pun tak boleh nak dibendung, inikan esok lusa.. dan yang pastinya ada sedikit perasaan gembira sebab aku tahu mira akan menjalani kehidupan seharian yang selesa..tak perlu berpanas dalam kereta, tak perlu ikut abahnya ke ofis n bangun awal2 setiap pagi n tak perlu lagi tidur dalam kereta or dalam opis.. itu yang membuatkan aku kuat untuk merelakan mira berada di kampung sehingga hujung tahun ni... dan insyaAllah, aku akan ambil balik mira bila aku dah ada pengasuh dia nanti.. n abang achap pulak, sehingga tamat cuti sekolah minggu depan, dia akan berada kat umah tokwan dia..temankan mira.. biarkan mira biasa dengan ketiadaan aku..jauh di sudut hati aku, aku tahu yang anak-anak aku ni mengerti kesusahan yang aku alami..

Mira,

"Mama akan jemput adik nanti.. adik jangan lupakan mama tau..nanti bila mama cuti, mama balik jenguk adik k.. adik jangan nakal2 tau..dengar cakap Tok & Tok Wan.. jangan lupa mama yer sayang.."

Hari ni hari ulangtahun kelahiran husben aku..

Abang,

Hepi besday! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..dan semoga terus kuat bekerja untuk kita sekeluarga..LOVE U forever..
daripada; isterimu

Sunday, August 10, 2008

BeRSyUKuR

Rutin harian aku semakin padat sejak aku keje nih.. mana tak nye, seawal kul 6.30 pagi aku bangun siapkan achap ke sekolah agama.. tapi kadang-kadang aku tido kejap balik semula dalam kul 8.oo pagi tu.. kul 9.00 pagi aku bersiap-siap nak pi keje.. hari-hari husben aku hantar & jemput aku balik.. mira pun sekali..kesian aku kat mira sebab aku masih tak dapat lagi pengasuh untuk mira..terpaksa dia ikut kami ke tempat kerja.. kadang-kadang berat hati aku ni nak pi kerja mengenangkan anak2 aku yang tak teratur ni.. kadang-kadang mira terpaksa ikut abah dia pi tempat customer sebab abah dia dah tak boleh nak tangguhkan keje2 baik pulih computer kat tempat customer.. alhamdulillah customer husben aku paham n dorang pulak yang bantu jaga mira sementara husben aku siapkan keje dia.. tapi aku ibu dia yang tak sanggup tengok anak aku macam tu.. kehulu hilir ikut abah dia.. aku tau anak aku sure penat.. Aku bersyukur sangat sebab dianugerahkah seorang anak yang memahami kepayahan ibu bapanya.. mira ni seorang budak yang sangat mengerti.. tak pernah sekali pun dia buat hal time ikut abah dia.. asalkan perut dia kenyang n cukup tido. Achap pun sama.. sekarang ni dia balik dari sekolah agama terus pi umah opah dia.. kadang2 takde orang tapi aku bagi kunci kat dia tapi selalunya ada atuk ngan paklong dia kat umah..so taklah aku risau sangat... time nak pi sekolah kebangsaan, dia siapkan diri dia sendiri..kul 11.30 pagi dia mesti mandi..then bersiap..kul 12.00 thari dah standby tunggu pakcik ijan.. alhamdulillah dia tak mengeluh...

Abah dah mula tanye bila nak hantar mira balik kampung..aku tau abah nak bantu kami sebab kesiankan mira di usung ke sane ke mari tapi sebagai ibu aku memang tak mampu nak hantar dia.. tak sanggup nak berjauhan dengan mira..waktu ni pun air mata aku dah bergenang bila bayangkan bila aku balik dari keje, mira takde..tak dengar suara mira..aku tak sanggup..aku tetap akan cari pengasuh untuk mira..kalau sampai 16hb ni masih tak dapat juga..aku terpaksa akur dengan keputusan untuk menghantar mira ke kampung.. demi keselesaan anak aku.. tapi aku masih ada masa.. insyaAllah.

Iklan