Thursday, March 29, 2012
Tilam Kekabu For Twins Babies Dah Siap..
Wednesday, March 28, 2012
Cara Nak Buat ButterMilk
Bahan-bahan yang digunakan:
- Susu segar - lebih kurang 1 cawan
- 1 Tbsp cuka masak atau Jus lemon
Cara Penyediaan:
- Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat
- Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
- Biarkan larutan berehat selama 5 minit
Sate Padang Santapan Tengah Malam
Oleh kerana encik asben dah beli, TERpaksalah aku menghabiskannya.. cehhhh!! terpaksa tu.. padahal memang feberet.. pantang jumpa.. :p .. Jom jamu mata..
Monday, March 26, 2012
Shopping @ Sogo Mac 2012
Walaupun semangat aku nak ke Sogo tu kuat, akhirnya baru beberapa minit berjalan, aku tewas.. aku kepenatan, aku rasa nak pitam dek sinaran lampu kuning dalam Sogo tu.. cepat2 aku ke Food Court tingkat 6 berehat.. sementara tu bonda dan adik aku sue meneruskan aktiviti dorang membeli dan membayar :).. encik asben pun turut terjebak shopping sama.. hihi
Lepas minum, bonda ngan adik aku terus ke floor lain bagi mencari barang yang dihajati.. aku ngan asben pula ke ground floor mengintai2 handbag pada mulanya..
"bang, belikan handbag boleh?" soalan cepumas keluar dari mulut aku.. :p
tapi takde respond.. hurmm..
"nak yang mana? cepat pilih!" .. ada suara menjawab ler.. suke suke suke!!! apa lagi, aktiviti mengintai segera bertukar menjadi aktiviti membelek dan memilih.. dan akhirnya aku memilih bag tangan yang sedang2 harganya hihi..
"tq dear!!" ;)
Walaupun aku agak kepenatan tapi rasa berbaloi pulak gi shopping tadi sebab dapat sesuatu.. :))
Sunday, March 25, 2012
Nasi Lemak Kuning
Nasi Lemak Kuning berlaukkan Sambal Tumis Bilis, Ayam Goreng Serai Kari, Bilis Goreng & Hirisan Timun..
Jom layan gambar jer arini hehe..
Friday, March 23, 2012
Ayam Goreng Serai
1 ekor ayam (cuci & potong siap2)
Bahan-bahan perap:
3 inc halia
6 batang serai
8 ulas bawang putih
1 sudu kfc serbuk kunyit
1 kiub ayam knorr
2 biji cili api (kalau tak nak letak pun takpa)
Cara membuatnya:
1. Bahan-bahan perap diblender semuanya..
2. Perap ayam dengan bahan-bahan yang dah di blender selama 2-3 jam
3. Pastu goreng dengan minyak panas hingga warna keemasan.. kemudian bolehlah dihidangkan..
"Selamat mencuba"
Mitos Popular Tentang Penyusuan Susu Ibu
10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:
Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.
Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.
Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.
Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.
Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.
Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.
Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.
Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.
Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.
Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.
p/s Thanks to Shida (charantya) kerana berkongsi info ini. Adaptasi daripada hasil perjumpaan Mother-to-Mother Peer Support Group, Penang pada April 2008. Mitos dan fakta dikemukakan oleh Dr. Jamie (dan sedikit penambahan dan ubahsuaian daripada saya).
Thursday, March 22, 2012
Penyimpanan Susu Ibu
Jom baca..
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
- Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
- Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
- Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
- Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
- bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
- catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
- simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
- jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
- susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
- jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
- sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
- jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Maklumat Tambahan
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Rujukan:
Wednesday, March 21, 2012
Kena Cucuk Ubat Kuatkan Paru-paru Baby-babyku... Sakit Gile!!!!!
Tadi dah lalui sekali masa lepas wat detail scan kat MFM MHKL dan esok kena lagi sekali sebab kena cucuk 2 dos 'dexa' tu.. uwaaaaa... kalau tak mau boleh tak doktor?????? tapi.. aku pujuk hati ini... sambil usap perut aku "demi kalian sayang, mama sanggup hadapi sekali lagi.." uwaaaaaa.....
Cara Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan atau yang dibekukan
Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.
Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;
- Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
- Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
- Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
- Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda
2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
- Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
- Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
TIPS PENTING:
- Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).
- Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
- Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
- Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
- Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
- Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.
TIDAK BOLEH:
- TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
- TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
- TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
- Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.
Susu perahan juga boleh dipanaskan menggunakan pemanas (warmer):
Tuesday, March 20, 2012
Shaklee Trial Pack dah sampai..
Aku pilih Shaklee sebab sebelum ni ramai kawan2 cerita tentang Shaklee ni.. Shaklee baguslah.. Shaklee itulah Shaklee inilah,, tu yang cuba tu.. harap2nya Shaklee tak mengecewakan :D
Monday, March 19, 2012
Seri Muka Pelangi
Jomlah kita layan hasil yang aku buat ni..
pst: wat-wat tak nampak tau mana yang tak berapa indah tu yer :)
Merujuk blog: Kak Norli & Kak Dayang Jack
- 2 cawan pulut [rendamkan 4 jam]
- 2 cawan santan cair
- 1 s/k garam
- 4 cawan santan pekat
- 1 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan tepung kastad
- 1/2 cawan tepung gandum
- sedikit garam
- pewarna
- kuning..hijau..merah ..coklat paste
Sunday, March 18, 2012
Cup Cake Coklat With Coklat Ganache
Cup Cake Coklat Kukus
Malam ni tiba-tiba excited sangat nak buat cup cake coklat.. bila teringat bahan2 semua ada, laju jer capai penyukat, sukat bahan2 yang nak guna.. tup tup dah nak mengukus dah.. tapi leceh juga kalau pengukus kecik ni.. xleh kukus banyak2.. untuk habiskan adunan tadi aku kena menunggu.. dapatlah dalam 30 biji cupcake medium.. ni 1st time aku buat cup cake.. group memula tadi macam x penuh jer.. so aku tambah lagi sukatan setiap cup.. kukusan ke-3 baru ok rasanye.. xpelah.. budak baru belajar memanglah macamtu kan "learned from experience" tak gitu?? hihi..
kalau ikutkan mana satu paras yang ok ekk..
sape tau suggest tau.. tq tq :D
Saturday, March 17, 2012
Kaki Lipas Dalam Speggeti, Pizza Hut Bayar Gantirugi RM55000 Wow!!
Bertuahnya pensyarah tersebut.. begini kisahnye..
Beliau dan rakan beliau telah mengunjungi restoran Pizza Hut di Subang Parade, Subang Jaya pada pukul 5.30 petang, 26 Sept 2007.
Beliau berkata masa beliau sedang makan spageti, beliau menemui satu 'objek' di dalam makanannya. Selepas melihat dengan teliti bersama rakannya, beliau mendakwa objek itu adalah kaki lipas. Susulan kejadian itu, beliau mengalami kesakitan, muntah serta cirit-birit.
Mahkamah perintah ganti rugi RM55,000 kepada Goh Sze Ching itu membuktikan Mahkamah Sesyen menghantar isyarat yang jelas kepada restoran makanan segera supaya sentiasa menjaga kebersihan makanan.
Rezeki dialah dapat duit terpijak..
Cerita lanjut klik SINI..
Friday, March 16, 2012
Kek Lapis Kukus Chocolate Chips
Aku terjumpa resepi kek lapis ni la pulak kat blog kak Ayu@curlybabesatisfaction.. banyak resepi lain kat sane.. pi ar jalan2 intai2 resepi mana yang minat kat situ hihi.. macam aku, mula2 tengok gambar kek ni jer, terus terpesona .. kena cuba ni untuk next plan.. :)
Kek Lapis Kukus Chocolate Chips
Bahan:- (loyang 10x7)
- 5 biji telur - grade A yg sejuk (dr peti ais)
- 225 g gula halus (1 cwn rata + 2 sb rata)-(kak ayu guna 1 cawan rata jer)
- 220 g tepung gandum (2 cwn rata)
- 1 sk rata baking powder
- 1 sb ovalette
- 150 ml susu cair
- 1/2 sk garam
- 100 ml minyak jagung/masak - (inipun kak ayu kurangkan sikit)
- 1 sk esen vanila
- chocolate paste (emulo) untuk lapisan coklat
- secukup chocolate chips untuk taburan
Cara-cara
- Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, chocolate chips dan pewarna.
- Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dengan senduk atau spatula hingga sebati.
- Loyang di alas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan tabur secukupnya chocolate chips dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min. (Kak Ayu kukus selama 15-20 min) dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu.
- Buat hingga habis lapisan seterusnya dan tabur chocolate chips dan kukus. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
- ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, kak ayu ambil 4 senduk lauk dan bahagikan kpd 5 mangkuk dan warnakan. ( tapi this case, just asingkan 2 mangkuk saje)
- Setelah kek masak biarkan di dalam loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
Projek Kek ke-3: Kek Pisang Kukus
Inilah rupanya Kek Pisang Kukus yang aku buat tadi..
Kol 12.30 malam siap mengukus hihi..
Projek Kek ke-4: Kek Mentega Kukus
Jom kita wat kek..
Bahan-bahan ( Tin 8 inchi diameter )
* 4 biji Telur
* 125g Gula Kastor
* 1/2 sb Ovalet
* 190g Tepung Superfine
* 220g Butter
* 2 sb Susu Pekat
* 1 st Esen Vanilla
Cara-cara
1. Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung yg di ayak sedikit2 sehingga sebati.
2. Di bekas berasingan, pukul mentega & susu pekat sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.
3. Satukan kedua2 adunan sehingga sebati.
4. Lapik kertas & minyakkan tin kek. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Api yg terlalu kuat akan menyebabkan permukaan kek merekah. Pastikan air betul2 menggelegak sebelum mengukus.
Thursday, March 15, 2012
Check List Barang Baby Kali ke-2
Jom check apa lagi yang lom ada..
Barang Baby
- Baju Baby
- Newborn = 2 pasang + 2 pasang
- Newborn 0 - 3 mth = 2 pasang + 2 pasang
- Baju 0 - 6 mth = 2 pasang
- Baju 3 - 6 mth = 2 pasang + 2 pasang
- Stoking & Sarung Tangan Baby - 8 set + Stoking Bayi 2 pasang
- Barut Baby - 10 helai
- Kain Bedung - guna napkin
- Napkin kain - 10 helai
- Diapers - belum beli
- Towel Baby - belum beli
- Katil Baby + Net Nyamuk - guna abg achap punya..
- Tilam Katil - belum beli (yang lama dah rosak)
- Pelapik Getah - dah~ 1 pcs
- Botol Susu - dah~ 2 bottle (Mam Anti-Colic)
- Berus Pencuci Botol - dah ada
- Minyak Telon/Yuyi - dah~ minyak yuyi
- Bedak Baby - dah JJ
- Set Mandian Bayi - belum beli
- Wet Tissue - dah~
- Set Tilam Baby - belum beli
- Puting - belum beli
- Besin Mandi - guna kakak mira punya
- Nappy Cream - belum beli
- Buaian + Kain Buai - guna abg achap punya (gilir2 hihi)
- Bakul Simpan Baju - dah~
Inilah sebahagian yang dah beli..
Barang Mama
- Kain Batik - dah tambah 2 helai
- Tuala - dah ada
- Stokin - guna abah punya :)
- Breast Pump - pinjam adik punya dulu hihi
- Botol (utk simpan susu) - belum beli
- Disposable panties - senang bila dok hosital - belum beli
- Set Berpantang - belum beli
- Maternity Pad - belum beli
jangan lupa bawa masa hari nak bersalin tu tau .. :)
Monday, March 12, 2012
Chong Wei Tarik Diri Game ke-2 All England
Kalah sipi pada games pertama Final All England 19 -21 akhirnya pada minit ke-31 CW akur dia tak mampu teruskan game seterusnya.. xpelah.. dah cedera nak wat camner kan.. kesian gak kat dia.. 2x dia minta disembur kat bahu dia.. ape-ape pun tahniah buat LD.. dan pada CW semoga dia cepat sembuh untuk games lain akan datang..
Sunday, March 11, 2012
Kek Kukus Coklat Lagi
tapi kali ni siap ada topping lagi..
oklah.. Jom layan gambar jer lah hari ni..
Saturday, March 10, 2012
Kek Pertama Sejak Bergelar Isteri, 12 tahun Dah..
jom dengar komen asben ngan anak2 aku..
Yang bongsu- Mira : sedap gile mama!!!
Yang sulung - Acap : hurm.. sedap jugak tapi makl... buat lagi sedap sebab ada coklat kat atas kek.. (lain kali mama bubuh coklat ek)
Asben aku : bolehlah.. (sambil sengih2 - mmg susah lah nak dengar asben memuji.. sabo jerlah.. dah 12 tahun paham dah..)
tak kisahlah kan.. yang penting kek lichin!! :D
Jom layan gambar pulak..
Kek Pisang Kukus
Bahan-Bahan
- 2 cwn tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 biji telur gred A
- 3/4cwn gula (aku guna 1 cawan)
- 1 sudu kecil ovalette
- 1 cwn pisang dilecek
- 3/4 cwn minyak masak
- 1 sudu kecil esen pisang
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder .Ketepikan dulu.
- Dlm bekas lain,putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang. Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul2 kembang.
- Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. Akhir sekali tambahkan esen pisang.
- Alas loyang 8 inci dngn kertas minyak dan sapukan sedikit mentega. Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.
Friday, March 9, 2012
Lollichoc Untuk Jamun Rumah Baru
ps: plan esok nak masak kek chocolate kukus..
Thursday, March 8, 2012
Kek Coklat Kukus Lembab
Ini resepi pertama aku C&P dari blog Zack..
Resepi Kek Coklat Kukus Lembab @ Steamed Chocolate Moist Cake
Bahan:
A:
1C gula perang - ku guna gula pasir
1C susu segar perisa coklat - ku guna 1sb susu tepung penuh krim + air hingga cukup 1C
1C minyak masak sayuran - boleh juga guna 250g butter
3/4C serbuk koko - ku guna serbuk koko keluaran Sabah sebab kokonya gelap
1/2C susu pekat manis@creamer manis
1 sudu teh esen vanila - tambahanku
***Satukan semua bahan dalam periuk besar. Kacau atas api kecil menggunakan whisk telur/sudu hingga gula larut. Tutup api dan ketepikan dari dapur gas. Biarkan sejuk pada suhu bilik atau hingga suam.
B:
1C + 1/4C tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
***Ayak bahan-bahan di atas dalam mangkuk lain. Ketepikan.
C:
3 biji telur - pukul guna garfu dan ketepikan.
Cara-cara:
- Panaskan kukusan dahulu. Lengser dasar dan keliling loyang kek bulat 8" (ketinggian minima 2") dengan minyak masak. Alaskan dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.
- Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A yang telah suam/suhu bilik. Kacau sebati.
- Masukan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi. Kacau hingga tepung tidak kelihatan.
- Note: Ni tambahan saya nak pastikan betul2 sebati. Tapiskan bancuhan tadi guna penapis halus ke dalam mangkuk lain dan gaul sebati (boleh juga tapiskan terus ke dalam loyang kek).
- Kemudian tuangkan ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil rapat-rapat untuk elak wap air masuk.
- Kukus selama 1 jam - 1jam 15 minit. Guna api sederhana.
- Angkat dari kukusan dan sisip keliling kek menggunakan pisau. Sejukkan kek atas redai kek.
UPDATE: Cara-cara di atas telah diedit kembali pada 21 Dec 2011. Satu adunan di atas akan dapat 1 liter yang apabila sudah dikukus beratnya lebih 1kg. 500ml adunan atau separuh resepi di atas akan dapat 1/2kg kek.
Chocolate Topping
Bahan2:
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn serbuk koko
1 sudu besar majerin/butter
sedikit air masak (incase pekat sangatlah)
Cara2:
- Masak ke semua bahan atas api kecil.
- Tambah air jika terlalu pekat hingga dapat consistency yang dikehendaki.
- Tuangkan ke atas kek yang disejukkan tadi.
- Hiaskan dengan manik2/coklat urai/seangkatan.
Tuesday, March 6, 2012
Percubaan Pertama My LOLLICHOC & OREO TRUFFLE
so far aku belajar sendiri ikut2 cara dalam Youtube..
alhamdulillah.. menjadi jugak walaupun tak sesempurna hasil tangan si pakar..
tapi aku percaya "practice make perfect" kan hihi..
more practice more perfect..
so wahai anak2 aku, jangan makan cokelat banyak2 tau..
nanti gem.. :)
Meh la tengok hasil percubaan aku..
kalau sape2 yang teringin nak buat lollichoc tapi tak tau nak beli acuan kat mana..
meh singgah kat blog ni.. kat sini ada jual mould lollichoc..
Kedai Lollichoc
My Oreo Truffle
kata anak bujang aku "nanti besday acap, mama buat cokelat bulat ni banyak2 tau"
hihi.. dah ada peminat.. :) insyallah sayang.. boleh saje..
Friday, March 2, 2012
Cara Remove TimeLine di Facebook
Kawan aku ada bagitau aku cara nak remove kan timeline facebook ni.. jom cuba..
1. Go to Developers App Creation Page.
https://
2. Click on “Edit App” button on the right-top.
3. On the left side in the vertical menu bar, you will see a link “Delete App” under “Related Links”. Click on it, a pop-up box will appear. Click on “Confirm” button.
4. You have successfully reverted to old Facebook layout.
dan ada satu lagi cara...
cara yang ke-2 korang kena install plug-in pada browser jer.. camner nak buat?? korang KLIK SINI
Semoga berjaya!