Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, August 27, 2010

Raya & Mercun, Aduhai!

Salam,

Kalau musim nak raya ni kalau tak dengar cerita budak buta ke, putus jari ke, terbakar muke ke macam tak sah jer kan.. kalo takde berita2 macam tu, tak meriah raya agaknye..

Meh kita tengok antara tragedi2 yang berlaku..

Cedera di muka & tangan
13/8/2010
Pada hari ketiga Ramadan lalu, seorang murid Tahun Tiga, Samin Nasran Abdul Rahman, cedera di muka dan tangan akibat letupan mercun bola ketika membakar bahan larangan itu di laman rumahnya dekat Kampung Tersang dekat Pasir Mas.

Jari hampir putus
23/8/2010
Kejadian kat Pokok Sena, Alor Setar.. Seorang murid Tahun Dua Mohammad Firdaus Yusuf cedera parah di tapak tangan kanan dengan dua jarinya hampir putus apabila mercun bola yang dikutipnya selepas dicampak seorang rakan tiba-tiba meletup

Kanak2 Maut Kepala Berkecai & 2 Remaja Parah
22/8/2010
Kuala Terengganu.. Sebuah rumah lama yang dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga meletup dan mengorbankan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang tercampak dan melambung di atas pokok sejauh kira-kira 15 meter dan menyebabkan 2 remaja parah dan salah seorang dari mereka hancur dibahagian kaki.


Terima 19 jahitan

23/8/2010
MANGSA mercun, Mohd Haziq Haika Mohd Zukeri,4, cedera dua jari tangan kanan dan menerima 19 jahitan akibat terkena mercun ketika bermain bersama kakaknya Nurin Imani, 5, yang turut cedera di lengan kiri di rumahnya di Kampung Aril, Bachok.
Parah dimuka
23/8/2010
Kota Bharu.. Seorang murid prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Banggu, Binjai, Raja Afzan Raja Zakaria, 6, melecur di muka dan dua matanya apabila mercun botol dibakarnya meletup sebaik dinyalakan sumbunya.

Hampir buta kena serpihan mercun bola
23/8/2010
Kuala Terengganu.. Mata seorang budak lelaki berusia sembilan tahun, Irwan Mustaffa Abu Bakar.. hampir buta selepas dipercayai terkena serpihan mercun bola yang meletup dekat matanya.


Hadapi risiko hilang penglihatan
26/8/2010
Seorang kanak-kanak, Nor Syafiqah Abd Halim, 10, yang parah mata kanan akibat terkena mercun roket dimain anak jiran di Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah.

2 comments:

Husna Adilah said...

sedih baca cerita-cerita macam ni.. x dapat arwah merasa hari raya bersama keluarga lagi.. Moga ini memberi pengajrn dan peringatan kepada ibu bapa untuk jgn mengabaikan keselamtan anak2 walaupun di rumah.

-Warkah Bonda-

atieaizam said...

Alfatihah pada yang telah pergi.. semua berita ni sgt memberi ingatan pada sya sekeluarga.. terutama anak2..

Iklan