Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, August 14, 2010

Ribut di Bazaar Ramadhan Jasin Semalam

Salam,

Tiga terbunuh manakala 18 cedera apabila khemah bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin, di sini, roboh dan diterbangkan ribut, kira-kira jam 4.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, tiga yang maut ialah peniaga cendol, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau, peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, kelahiran Jerteh, Terengganu yang kini menetap di Batu 15 Ayer Merbau dan seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49.

Seorang peniaga kuih, Siti Nuriza Md Zin, yang terselamat berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas sehingga menyebabkan peniaga dan pengunjung tidak sempat berbuat apa-apa.

Sebelum kejadian katanya, kebanyakan peniaga sedang memasang khemah masing-masing untuk memulakan perniagaan mereka.

“Angin kencang berlaku tiba-tiba... tiada sebarang tanda ribut akan melanda. Saya sempat melihat beberapa peniaga cuba menahan khemah masing-masing tapi kebanyakannya terlepas kerana angin kencang.

“Akibatnya banyak khemah peniaga berterbangan di udara, termasuk diterbangkan angin melebihi ketinggian lampu limpah di Stadium Jasin sebelum jatuh kembali di kawasan bazar ini dan mungkin menimpa peniaga dan pengunjung hingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Ceita selanjut sila ke bharian.com.my

#########################################################


Bila aku dengar berita ni semalam, macam2 yang aku pikir.. macam2 andaian keluar.. yang pasti Allah saja yang Maha Mengetahui sebab musabab ujian ini diturunkan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini.. sangat gerun tengok video kat bawah ni..




3 comments:

ad said...

sangat dasyat... innalillah

ALLAH sahaja yang Maha mengetahui di sebalik kejadian ini...

atieaizam said...

takut dengan balasan Allah.. kita selalu alpa.. semoga ini menjadi pembuka mata untuk kita semua agar lebih patuh kepada suruhanNya..

ad said...

insyaALLAH...
ramadhan karim (^-^).\/..

Iklan