Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, August 24, 2010

Kontraktor Salah Anggar Projek Puduraya?

Salam,

Aku bukan orang binaan tapi statement yang dikeluarkan oleh Menteri WP hari ni kat surat khabar menimbulkan panas kat hati aku..

"Salah anggaran terhadap struktur binaan tingkat bawah stesen Puduraya menjadi punca projek naik taraf stesen bas itu tidak dapat disiapkan lebih awal, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin"

Projek yang bernilai RM30M tu boleh disalah anggar? kontraktor mana yang UDA Holdings ambik?


Beliau berkata, setelah projek itu bermula, kontraktor yang dilantik oleh UDA Holdings mendapati struktur binaan itu perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna.

Ini maksudnye masa kerja2 penelitian bangunan dan sebagainya tidak dibuat dengan betul.. aku bukan arkitek tapi aku masih boleh pikir logik.. ahhh.. malas aku nak ulas lagi.. bikin hati panas jer..

Aku ni cepat panas bila orang buat keje yang macam ni.. tak professional!!

"UDA Holdings memang ada janji bahawa projek naik taraf ini akan siap dan boleh digunakan seminggu sebelum Hari Raya. Malangnya dua minggu lepas, saya terima pangilan daripada UDA (Holdings) yang mengatakan ia tidak dapat siap seperti yang dijanjikan sebab struktur itu perlu diolah bagi menempatkan lif dan beberapa kemudahan lain," katanya.

Senang jer kan.. tak leh siap, call jer bagitau.. yang susahnye rakyat.. cuba pegi tengok jalan duta time2 org nak balik kg.. parking keter takde.. jln kat luar kawasan stesen bas tu pun sesak dgn kaum keluarga yang menunggu/menghantar.. nak naik teksi? kalo tak bayar belas2 henggit toksah ler citer.. belum lagi harga tiket bas..

arghhhh... panas! panas!

Aku teringat dalam satu kenyataan dalam BERNAMA.. Dato Seri Najib Razak ada sebut:

On the Plaza Rakyat project, Raja Nong Chik said Najib wanted the developer to be given an ultimatum to complete it.

“The prime minister wanted us to give a deadline to the developer to complete the project. If they cannot adhere, we will terminate the contract and look for other means.

He wants the project to resume as soon as possible,” Raja Nong Chik said.

So Dato Seri.. skrg apa sudah jadi? tolong bagi komen sikit untuk rakyat jelata ni..

3 comments:

Ampuan Awang said...

tersalah anggaran atau tengah berkira-kira mengaut untung yang lebih besar sempena raya? ;)

Farihah Ahmad said...

tu la. susah betul la gini...

atieaizam said...

@Ampuan Awang sya pun ada pikir yang sama.. tambah masa dah tentu tambah kos.. ntah kos ape2 ntah yg dorang kuaran nanti.. badigol betul..

@Farihah Ahmad susah.. sgt susah pada yg guna hentian duta tu.. time cuti sekolah je dah jem ini kan nak raye.. huh!!

Iklan