Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, August 14, 2010

Jangan Mencari TERLALU SEMPURNA

Salam,

Untuk di kongsi bersama...

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan

Setelah ikan itu terlekat di mata kail

Hendaklah kamu mengambil ikan itu

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya

Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup......

Begitulah juga, Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu, Hendaklah kamu MENJAGA hatinya, Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja, Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu.

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada

Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja

Kerana apabila ia mulai RETAK

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula

Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja

Begitulah juga...... Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH dia seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa...... Anggaplah dia manusia biasa...... Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN.... tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja......

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu

Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN

Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi

Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga, Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN, Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU, Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain, Terlalu mengejar KESEMPURNAAN, Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain, Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi......

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN

kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,

sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang

dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa

serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI

kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA ...

itu lebih BERMAKNA !

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"

7 comments:

Nurul Syuhadah said...

besh entri ni sis..i loike..;)

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

kak,, camne nak ilangkan sikap memilih??? terus terang saya katakan,, saya sebenarnye sunyi xde kekasih,, tapi sy x suka ade kekasih sbb sy msti x setia,, bukan sy men kayu tiga ,, tapi fikir xnak maksiat,, dan tidak akan pernah nk buat mksiat walaupun bnde kecik,, sy redha dan sy tunggu ,, kalo ade jodoh xkan kemane kan kak?? hihi, (baru 21 tahun dah gatal nak pakwe,, haha)

++***hana zaty**++ said...

aah besh sgt! perumpaan tu masok sgn situasi yg diberi! hee.. suke!

De'din said...

ouhhh..
penuh nasihat yg berguna !

atieaizam said...

nurul: akak pun suka dik.. :) mengajar kita terima dia seadanya.. bersyukur dgn apa yang ada didepan mata.. kan kan :)

Faridah: tidak semua perhubungan dihiasi dgn perbuatan maksiat dik.. kalau takut terlajak, minta keluarga aturkan bila tiba masanya nanti k.. insyallah niat yang baik akan besar ganjarannya..

Ann said...

masih lom jmpe yg ssuai...mybe ati lom terbukak lagi kot..huhu

wunny said...

tiada yg sempurna dlm idop ini..hehe:)

Iklan