Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, August 3, 2010

SPR cadang tambah RM2 Lagi..



Ingat tak post yang lepas aku ada cerita pasal SPR bagi RM1 untuk satu kepala pengundi baru yang daftar dengan SPR? macam pihak SPR tu baca jer akunye post tu tau.. (perasannye aku ni) hehehe!!.. aku ada tanya satu persoalan kat post tu.. mampukah SPR menarik Pengundi Baru dengan bagi upah RM1 kepada Penarik Pengundi? Hari ni SPR cadang nak naikkan tawaran dari RM1 kepada RM3!!!!!! yang bertuah tu penarik pengundi la kan.. tapi apa pulak kata bakal2 pengundi yang mungkin tak berapa matang lagi dengan tanggungjawab mereka yang sepatutnya mereka jalankan.. mesti dorang kata..

"buat apa.. aku bukannya dapat apa2.. nak buat apa kayakan orang lain.. tak kuasa aku!"

atau dorang akan kata..

"bagi aku RM20 baru aku gi daftar"

atau dorang kata..

"kalau aku leh claim tambang ngan makan, aku gi.."

hehehe.. aku tak paham la SPR ni.. bagi aku lebih baik bagi je kat org yang nak daftar tu.. RM3 memang la dorang tak pandang.. mayb boleh tukar dengan cara lain.. reward yang lain ke.. contoh: bagi top up RM5 ker kan kan kan..

Tapi aku cadangkan buat pendaftaran secara otomatik la.....cukup umur kira buleh mengundi.... apa pendapat korang?

psst: aku cakap ikut apa aku pikir.. kalo korang tak setuju.. takpe lah.. hak masing2 nak bersuara kan kan.. peace!

Kat bawah ni berita tentang artikel ni k.. selamat membaca!

Suruhanjaya anggap bayaran RM1 terlalu kecil bagi tugas daftar pemilih

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menaikkan bayaran kepada penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 kepada RM3.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata kenaikan itu wajar kerana bayaran RM1 disifatkan terlalu kecil bagi tugas itu apatah lagi untuk menarik lebih ramai pengundi baru untuk mendaftar.

Nak baca selebihnya? sila ke bharian.com.my.. :) tq!

8 comments:

♥xaturen♥ said...

Salam,..
Dari apa yang pernah saya terdengar....
Golongan majority yg tak mendaftar dan tidak mengundi adalah org Melayu!

Berapa ruginya org kita, ada kuasa tetapi tidak mahu menggunakan!

Kita ada Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Pemuda, AJKKK dan segalanya, salah ke kalau mereka ini memainkan peranan penting demi masa depan bangsa?

atieaizam said...

kenyataannya mmg melayu yang ramai tak mendaftar..

Itulah ramai yang tak puashati.. kenapa perlu buang duit ke arah tu.. sedangkan banyak lagi cara yang dapat dilakukan oleh pihak SPR untuk menarik golongan tersebut utk mendaftar...

Kita hanya mampu meluahkan pendapat.. yang selebihnya mereka yang rencanakan..

Risau dgn keadaan hari ni :(

Affan Ruslan said...

saya baru tau pasal info2 ni.
thanks. hehe

tehr said...

SPR kena buat kajian dulu, kenapa mereka tak mahu mendaftar
RM3 tu tak 'makan' punya

selesaikan masalah mereka
lepas tu pasti berduyun yang datang mendaftar

Unknown said...

salam yatie..

sy ngah merayau2 blogwalking and terbaca pasal entri ni..rasa nak menyampuk la..buleh kan..hee

sy pon tak paham nape kerajaan buat gitu.ada banyak lagi cara lain nak tarik golongan muda mengundi.bukan labur duit dengan cara macam ni.

apa yg saya tengok ramai lagi gol melayu especially youngster tak tahu medium mana nak daftar undi.memang kita boleh cakap,daftar kat situ,kat sini..bla..bla..bla...

tapi kan lebih efisien kalau proses daftar dipermudahkan?just like saranan yatie,cukup umur automatik boleh mengundi.tempat undi,ikut i/c.mudah.

senang kata,jangan rumitkan hal yg mudah....okey.rasa cam dah banyak bebel.hee..thanx 4 sharing yatie~~

gnesop said...

jadi 3 ringgit?
bagi rm 10, boleh lepas isi minyak masa gi ngundi

atieaizam said...

tehr & Izzah: apa yang u ols cakap tu saya pun setuju..

psst: x paham.. x paham dgn mereka!

atieaizam said...

hehehe sop.. alang2 nak bagi ekk.. biar berbalaoi yer tak... :)

Iklan