Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, August 20, 2010

MC DONALDS CONFIRM HALAL - JAKIM

Salam,

Setelah pelbagai cerita keluar tentang isu ni, ramai pihak mula memandang negatif terhadap Mc Donalds.. lantas untuk mengetahui lebih mendalam isu ini ramai orang telah menghubungi pihak JAKIM sendiri.. termasuklah seorang blogger iaitu sitikus..

Beliau telah menghubungi JAKIM sendiri dan dengan ini pihak JAKIM telah mengesahkan bahawa McDonald adalah HALAL!!
Apa yang terkandung dalam n3 sebelum ni juga adalah benar tetapi membawa maksud yang lain sebenarnya..

Menurut Encik Zahid, seorang tetamu di blog sitikus..

1. Pada asalnya, MacFood mengambil bekalan daging dari Uruguay kerana pembekal di sana dapat pengiktirafan halal JAKIM

2. Bila pengiktirafan kepada pembekal daging dari Uruguay ditarik balik, JAKIM LALU MENGELUARKAN SURAT KEPADA MACFOOD UNTUK MEMBERI PERHATIAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG PERLU (dinyatakan dalam surat)

3. MacFood BUKAN pemproses daging, tapi membawa bekalan daging dari Uruguay tu untuk restoran McD. Bila dah JAKIM keluarkan surat tu, MacFood tidaklah lagi mengambil stok dari sana…tukar kepada pembekal daging yang lain. (pembekal baru aku xtau, tanya McD).

4. Dalam hal ini, surat tu BUKAN surat tunjuk sebab kepada MacFood bekalkan daging xhalal, tapi surat memaklum yang MacFood jangan ambik dah daging dari Uruguay. Kene ambil tindakan (…tindakan tu maksudnya kene cari pembekal lain lah)

surat tu bertarikh 10 April, JIKA Mac Food ingkar arahan JAKIM tu, dah pasti sijil halal Mac Food dan McDonald dah ditarik balik..

Dan jika masih ada yang tidak jelas bolehlah menghubungi pihak JAKIM..

Korang boleh call nombor ni 03-8886 4000 tapi dia akan bagi nombor direct pergi ke bahagian penguatkuasa halal di nombor ini 03-83150200.

Untuk cerita lebih lanjut anda boleh ke blog SITIKUS

Bagi aku adalah tak salah jika sesuatu isu yang diterima menerusi email dibentangkan di sini dan mendapat reaksi dari orang ramai dan selanjutnya diperdebatkan sehinggalah mendapat satu jawapan yang PASTI berbanding jika kita hanya membaca dan menyebarnya di email2 yang mana kebanyakkan mereka ini menelan sesuatu berita itu bulat2..

Credit to: Sitikus

6 comments:

Gen Fujita said...

bagus, yang penting adalah kepastian, bila dapat khabar angin dan sebagainya, perlulah diselidiki dulu. kalau Jakim dah sahkan halal, maka terjawablah persoalan berkaitan.

namun, secara peribadi saya memang dah tak makan benda tu, bukan faktor isu halal haram, tapi sebab company tu asal dari 'sana'. faham kan? :)

atieaizam said...

@Gen Fujita yer saya faham.. husband saya juga tak menggalakkan kami makan makanan di situ atas sebab2 tertentu..

Nas said...

Alhamdulillah..akhirnya halal gak..boleh la makan mcd :)
tapi kita still kne hati2...

ENCIK TIKUS said...

wahh. halal ? bagus lah~ hehe ;)

atieaizam said...

Untuk pengomen2 yang aku sayang, untuk makluman korang n3 ni bertujuan untuk menjawab kepada persoalan kepada en3 sebelum ni.. jadi jika korang tak makan ke tak suka McD ke ke tak payah la luah hati sanubari korang kat sini.. tu persepsi masing2 dan pahaman masing2 k.. sbb ni isu sensitif okay.. :)

Ikut contoh Gen Fujita.. w/pun tak makan tapi dia tahu tujuan n3 ni k.. hanya untuk memberitahu hal sebenar supaya tidak menimbul keraguan kepada orang lain terhadap n3 aku sebelum ni..

Maafkan aku k kalau kenyataan aku ni buat korang tersinggung.. peace no war! :))

Salam Ramadhan!

atieaizam said...

@nas: bagus tu.. kene berhati2.. tak leh main beduk jer kan hehehe.. i like!

@Encik Tikus: alhamdulillah.. tiada keraguan dari aspek bahan yang digunakan-JAKIM.

Iklan