Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, August 2, 2010

Cari Duit Paling Hebat RM1 vs 1 Pengundi



Terkini.. sape nak cari duit cepat? Sape yang bawa 1 pengundi baru akan dapat RM1.. tak berminat? Rugi woooo!!! tapi kan aku rasa SPR patut buat macam ni baru dapat action dari pengundi baru.. Pencari dapat RM1, Pengundi baru dapat RM50 hehehe..

Tapi sayang la adik2 ku.. daftar lah.. jadilah pengundi jika anda layak.. anda berpeluang untuk memilih pemimpin yang anda rasa mampu mentadbir negara dengan baik.. PR 13 tak lama lagi nih... cepat daftar k..

Korang baca lah berita selanjutnya kat bawah ni.. dipetik dari BH.com.my

SPR perhebat kempen daftar pengundi baru

KUALA LUMPUR: Pelbagai usaha dilakukan bagi menarik pengundi baru terutama generasi muda dan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji membayar RM1 bagi setiap pemilih baru yang berjaya didaftarkan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya akan membayar penolong pendaftar daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat yang dilantik agensi itu bagi memperhebatkan kempennya.
"Kita bayar RM1 kalau sah, dia (pemilih baru) belum berdaftar. Dengan cara ini, mereka juga mendapat bayaran bukan hanya kerja percuma.

"Ini langkah baru yang kita hendak perhebatkan (usaha mendaftar pemilih baru) secara lebih agresif sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya kepada Berita Minggu di sini, semalam.

Cerita selanjutnya sila ke bharian.com.my .. tq!

2 comments:

hentakbelipat said...

pehhh..mcm gini ada saya bawak satu bas pengundi baru

atieaizam said...

hehehe.. kalo bagi pengundi baru RM50 sure ramai yang pegi daftar.. paling2 tidak pun kasi RM20 sorang pun sure ada yang muncul nyer.. tapi kalo bagi kat pencari RM1, pengundi tak dapat duit.. boleh capai sasaran ke?

Iklan