Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, August 22, 2010

Abah Menanti Kepulanganmu Ramadhan Ini..

Sayu Hati Bila Baca Bait2 Jeritan Hati Abah Arwah Sofea Irdeena menanti kepulangan arwah anakanda dalam bulan Ramadhan ini..


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Photobucket

Photobucket

Setiap kali berkesempatan...

Setiap kali kesunyian...

Aku duduk dan berangankan...

Akan terasa kau menjelma..

Tapi tak pernah bersua di mata..

Kau sumber segala inspirasi...

Walau sekadar halusinasi...

Telah dikota apa yg Dijanjikan...

Muncullah Ramadhan...berserta 'kepulangan'...

Setelah tahu kau kan pulang..

Hati yang rindu jadi tak keruan...

Diiringi pelangi menerangi...

Lembah yg tinggi syurga nan abadi...

Lihatlah!!! Jasadmu terpelihara baik...

Wajahmu yang makin cantik...

Takkan kau lupa jalan ke rumah...

kerna disitu terukir sejarah...

Sesekali lihatlah dalam almari...

Baju duniamu.. masih menanti...

Telah semalamanku menunggu..

Kuutus doa tak jemu-jemu..

Mengapa masih tidak ketemu...

Walaupun kita berselisih bahu..

Mungkin masih terlalu awal..

Namun rinduku makin menebal...

Seperti ku mahu menghentikan waktu..

Agar dikau selalu disisiku..

Tapi ku tahu siapalah aku...

Sekadar hamba Allah yang satu..

Ku doakan agar Ramadhan berpanjangan...

Walau ianya kekal sebulan...

hanya satu yang ku pinta..

Tiada dua dan tiada tiga..

Harap kau sudi, singgah sekali...

Dalam dakapan milikmu ini..

Tidurlah nyenyak..semahu hati..

Walau sekadar..tetamu mimpi...

Datang bertandang setahun sekali...

untuk kenangan seribu tahun lagi...

AL-FATIHAH buat Sofea Irdeena anak saudaraku..

6 comments:

Farihah Ahmad said...

erk... sedih T___T

atieaizam said...

@Farihah Ahmad mmg sedih bila saat rindu itu datang bertandang.. berat mata kita melihat, berat lagi perasaan si abah menanggung..

Anonymous said...

salam..

sayu membacanya....alfatihah..

atieaizam said...

@sekamar rindu tkasih atas alfatihah yang dibaca..

Obuhou said...

al-fatihah..

atieaizam said...

@Obuhou terima kasih..

Iklan