Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, August 4, 2010

Kesah MLM


Salam,

Beberapa hari lepas aku dikejutkan dengan penangkapan orang-orang kanan satu skim cepat kaya MLM... apakah skim itu? adakah skim tu berlindung dibalik barangan-barangan yang diwarwarkan? apakah nasib downline mereka yang telah melaburkan duit beribu2 tu?

Aku teringat adik aku.. dia pun ada join MLM 2 tahun lepas.. ke sane sini cari downline.. balik umah pun tak sempat.. balik pun hanya untuk mandi dan tido jer.. kebajikan keluarga terutama mak ngan ayah mula terabai sebab adik aku tu terlalu sibuk.. sakit pening orang tua tu langsung tak amik kisah.. berkali2 juga aku menegur.. dan alhamdulillah nampak sikit perubahan dia..

Lepas 2,3 bulan menyertai MLM tu adik aku telah bertukar kereta.. dari ViVA kepada VIOS .. satu perubahan yang sangat drastik.. waktu tu aku mula menerima dan mula yakin dengan perniagaan MLM dia.. tapi aku tak jugak join sebab aku tak mampu sesibuk dia berniaga.. aku ada keluarga.. aku ada mak ayah yang perlukan aku.. jadi bye2 jer la.. tak terlintas pun nak turut serta.. cukuplah tengok adik aku berjaya.. adik aku cerita yang income diterimanye menjangkau 3k-5k sebulan.. hebatkan! so tak kisahlah kalau dia brtukar kereta yang hampir 1k sebulan ansurannya..

Tapi langit tak selalunya cerah.. akhirnya perniagaan MLM yang dibuat hancur ditengah jalan disebabkan pergolakan yang berlaku di dalam kumpulan dia.. dari upline sampailah ke downline yang baru masuk MLM tu keluar dari perniagaan MLM tu dan membuka satu perniagaan baru yang masih diuruskan oleh upline adik aku tu.. malang lagi bila perniagaan baru tersebut tidak 'menjadi' maka tersungkurlah adik aku bersama ratusan upline dan downline mereka berdebuk2 jatuh.. paling kuat berdebuk2 sakit ialah level adik aku ngan org2 bawahannya.. dan paling sedih ialah orang2 baru yang mana dorang ni baru jer labur duit.. 5 sen pun tak dapat lagi... meraunglah mereka mengenang nasib dan hutang piutang..

Setelah beberapa bulan menyaksikan 'kesakitan' adik aku.. baru lah terbuka hatinya nak meluahkan hutang2 yang ditanggung olehnya.. termasuk pinjaman yang dibuat untuk membeli barangan sebagai pembuka akaun.. patutlah dia terduduk.. bukan sikit.. puluhan ribu.. nasib adik aku tu ada pendapatan bulanan sebab dia bekerja tetap.. kalau tak.. ntah la.. tak leh nak bayangkan..

Perniagaan MLM ni risiko nye besar.. hati2 lah.. siasat dan buatlah pilihan yang bijak! jika anda ada USAHA, YAKIN, JUJUR & TIDAK PUTUS ASA! insyallah.. anda boleh berjaya mcm orang2 yang telah berjaya.. dan tolong la jangan menipu!

6 comments:

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

Artikel ini ada juga kaitan dengan artikel saya. Jemput untuk membacanya...

http://smskey.blogspot.com/2010/07/petua-memilih-perniagaan-berbilang-aras.html

atie said...
This comment has been removed by the author.
atie said...

Waalaikumussalam..

Insyallah saya ke blog saudara untuk baca artikel tersebut.. terima kasih singgah ke sini..

musethekiller@josh said...

betul2. hampir2 terkena jugak.

atie said...

yer ke josh.. nasib..:) berhati2 lah.. fikir masak-masak sebelum ambil sebarang keputusan :)

M a W a D D a H said...

bahaya gak sebenarnya konsep MLM ni..huhuh..

Iklan