Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, August 30, 2010

Jom Join GA KakRos

Salam,

"Kaaaaak, sya join GA akak ni yer.." rasa nak cepat2 bagitau kat kakros yang aku tengah karang n3 pasal GA kakros tu..




GA ni daah start aritu lagi.. 11 Ogos dan akan berakhir padaa 11 September 2010 ni... so ada masa lagi.. jom ramai2 join GA ni.. nanti leh dapat cokelat sedap!

Nak sertai GA ni cukup mudah..

  1. Buatlah entry mengenai GA ni kat blog kita mcm aku buat ni..
  2. Link kan blog Coklatchoc4u dengan blog kita
  3. Letakkan link Coklatchoc4u diside bar kita
  4. Kemudian letaklah komen kita kat n3 kakros

Dan menurut kakros lagi.. peserta dah jadi follower ke @ baru nak jd follower ke @ tak jadi lagi follower pun boleh join...(tapi kalau tak nak jd pun takpe..kalau nak jadipun takpe..follower yg ke-700..ada hadiah misteri) uwaaaa.. dah follow camne nak jadi ke700 ssobsobsob...

xpelah.. harap2 dapat saguhati pun takpe.. hikhikhik

Sunday, August 29, 2010

Menu Sahur Udang Butter

Salam,

Makan ape sahur tadi? 2,3 n3 yang lepas aku banyak mengutarakan cerita yang agak serius2 jer.. so sekarang ni aku nak layan n3 secara santai pulak hikhik.. apa kata korang layan gambar ni.. aku masak tadi.. Udang Butter.. sedap giler beb!! hahaha.. ni puji masakan tu atau puji diri sendiri nih hikhik.. errrkk.. same jer ke maksudnye tu tadi ekkk.. lantak pi lah.. layaaan!!


Bahan:
Udang 1/2 kilo size XL
Bawang Putih 6 ulas
Daun Kari 4 tangkai
Butter 2 sudu
Lada hitam 1/2 sudu

Cara masaknye:
  1. Panaskan kuali leper.. kuali bulat tu pun takde masalah k..
  2. Cairkan butter dan tumis bawang putih yang dicincang dadu..
  3. Bila bawang putih agak kekuningan, masukkan daun kari..
  4. Biarkan daun kari garing sikit..
  5. Masukkan udang yang dah ditoskan..
  6. Goreng semua sekali sampai udang masak.. alaa kejap jer..
  7. Tabur serbuk lada hitam sikit atas udang tersebut.. gaul sebati..
  8. Jangan lupa buh garam & aji sikit..
tu jer.. cuba lah.. sesuai untuk sahur..

3 Buffered Earnings Menjadi Metered Earnings

Salam,

Hari ni bukan hari isnin macam kebiasaan kawan2 blogger wat n3 BE dorang.. tapi hari ni aku saje nak post n3 BE aku sbb tu sume utk kenangan dan rekod aku pada masa akan datang.. aku perasan dah beberapa minggu ni aku memang malas nak buat n3 BE ni.. tapi hari ni terajin la pulak.. mungkin sebab hari ni BE aku semakin berkurang kuangx3.. nanti aku dah takleh nak belek2 BE yang aku ada kan kan.. so tu lah puncanye aku tempek jugak BE aku kat sini..

ni lah 9 BE aku yang masih running semalam...



3 lagi BE aku dah jadi Metered Earnings pagi ni..

so setakat hari ni dan pagi ni aku masih mempunyai BE berbaki 6 lagi dan aku harap biarlah BE2 tu lama lagi ngan aku hikhik.. terima kasih Nufnang.. terima kasih kawan2 ku..

pst; kalau nak BE banyak, praktikkan apa yang otai2 cerita tentang BE.. TIPS tu!! ianye berhasil! tkasih Otai2 semua!

Saturday, August 28, 2010

ISU BUFFET RAMADHAN LAGI

Salam,

Tempat BERBUKA PUASA BERSAMA NN antara yang tersenarai dalam Senarai Buffet Ramadhan yang diragui sepanjang 10hari berpuasa? ... Jangan la terkejut.. so far The Apartment, KLCC takde dalam senarai loor.. cuma Impiana KLCC jer ader hikhik... opsss bulan posa.. jangan marah arr .. so korang layan la statement dari JAKIM di ekk..
Maklumat selengkapnye korang boleh pergi terus ke laman web JAKIM.. kat sini aku cuma nak senaraikan nama2 hotel yang menyediakan BUFFET RAMADHAN yang DIRAGUI sepanjang 10hari berpuasa..

STATISTIK HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN TAHUN 2010

  1. ONE WORLD HOTEL FIRST AVENUE Bandar Utama City Center 47800, Petaling Jaya
  2. BISTRO & THEATRE RESTAURANT (MTC) Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
  3. IMPIANA KLCC HOTEL & SPA KL
  4. HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
  5. PUTRAJAYA SHANGRI-LA Taman Putra Perdana Precinct, 62000 Putrajaya
  6. HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
  7. SHAH’S VILLAGE HOTEL Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan
  8. PRESCOOT INN KAJANG Kajang, Selangor
  9. LAGENDA CUISINE SDN BHD (PRESCOTT INN KAJANG)
  10. ORIENTAL CRYSTAL KAJANG Kajang Selango
  11. RESTORAN TUPAI-TUPAI Jln Bangi, Kajang
  12. EASTIN HOTEL PETALING JAYA
  13. CONCORDE HOTEL KL
  14. NOVOTEL K.L CITY CENTER Jalan Kia Peng, KL
  15. BANGI GOLF RESTAURANT
  16. CITITEL MID VALLEY
  17. KANPEI RESTAURANT
  18. THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
  19. THE ROYALE BINTANG, KL
  20. R&B SERVICES BRJAYA TIMES SQUARE, KL
  21. THE SAUJANA KL
  22. HILTON KL
  23. LE MERIDIEN KL SENTRAL
  24. THE REGENCY HOTEL, KL
Harap mulai 11 Ramadhan hingga tamat status ini sudah bertukar..

Rujukan: http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2010/ogos/Kenyataan%20Media%20KP%20berkenaan%20Halal%20sepanjang%2010%20Ramadhan%20pertama.pdf

1 SEKOLAH 1 BANGSA 1 NEGARA

Salam,

Sebagai satu negara yang masyarakatnya berbilang kaum dan selaras degan konsep 1 Malaysia, adalah perlu kita menyokong agar sistem2 sekolah hari ini ditukar kepada 1 sistem sekolah sahaja bagi menerapkan budaya dan rasa cintakan negara kita..

Kembalikan kegemilangan sekolah seperti dulu di mana kita mempunyai ramai kawan berbilang bangsa.. malah ada yang akrab sehingga hari ini... cuba korang tengok di sekolah anak2 korang atau adik2 korang.. berapa ramaikah kawan anak2 korang atau adik2 korang yang bukan berbangsa Melayu? mungkin takde langsung... dan cuba tanye dorang pendapat dorang tentang bangsa lain.. rata2 yang memberi jawapan yang negatif.. rata2 mereka buruk sangka terhadap rakan2 bangsa lain yang mereka tak kenal.. begitu jugak bangsa lain.. sama jer...

Jadi, marilah kita bersama2 menyokong kempen ini.. agar sistem 1 sekolah dapat dilaksanakan demi kerukunan kehidupan anak2 kita atau adik2 kita pada masa akan datang..

WE URGE THE MINISTER OF EDUCATION & THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA TO SERIOUSLY CONSIDER SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA.

THIS IS NOT THE TIME TO PLAY POLITICS.

THE TIME BOMB IS TICKING !!!

CLICK THE LOGO TO SIGN PETITION

LET US ALL TOGETHER SIGN THE PETITION FOR
SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

Fuhhh!! dasat beb..kempen tu!!! tapi ni memang SERIUS!!

Rujukan: Kempen SSS
Care2

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al Quran 17 Ramadhan 1431Hijrah


Salam,

Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita
kepadanya melalui ketaatan yang berterusan serta meninggalkan segala kedurjanaan yang boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Semoga dengan amalan yang diredhai Allah S.W.T dapat memberkati kehidupan kita didunia dan diakhirat.

Allah s.w.t telah memperingatkan kepada kita semua, tentang satu peristiwa sejarah kemuliaan kitab Allah yang dinamakan dengan Al-Quranulkarim, yang telah dikurniakan kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. Oleh itu, pada hari yang berbahagia ini, mari kita menyingkap kembali sejarah awal penurunan Al-Qurannulkarim atau pun yang dikenali dengan Nuzul Al-Quran.

Hari ini 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431 Hijrah. 17 Ramadhan merupakan hari Nuzul Al-Quran. Apa itu hari Nuzul Al-Quran? Nuzul Al-Quran adalah hari dimana Al-Quran diturunkan buat pertama kali. Pada siapa Al-Quran diturunkan? Dimana? Apa ayat pertama yg diturunkan?

Nuzul Al-Quran memberi maksud penurunan ayat-ayat Al-Quranulkarim sebagai wahyu Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril a.s dengan beberapa cara yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T manakala dalam tempoh masanya pula, sebahagian Ulamak Mufasirin telah mengatakan ianya berurutan selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah Al-Mukarramah 10 tahun di Madinatul Munauwarah.

Sebahagian ulamak mufasirin mengatakan, bahawa Al-Quran diturunkan sekaligus dari luh mahfuz ke Baitil Izzati pada malam Al-Qadar, iaitu satu malam yang paling mulia dari beribadat selama 1000 bulan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-qadar".

-Al-Qadar ayat 1-

Ia merupakan ayat pertama yang diturunkan, ketika mana Nabi Muhammad S.A.W. sedang beribadat di gua hiraa'. Di mana baginda telah didatangi oleh malaikat jibril a.s. dengan mengajarkan ayat-ayat Allah dari Surah Al-Alaq , ayat 1-5 yang bermaksud:

" Bacalah (wahai muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan tuhanmu yang amat pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia, apa yang tidak diketahuinya".


Sesungguhnya Al-Quranulkarim itu adalah mukjizat yang paling besar dikurniakan kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. ianya akan berkekalan hinggalah ke hari kiamat kelak. Tiada mukjizat sehebat Al-Quran yang pernah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada para rasul dan nabi-nabi yang lain. Ini membuktikan kepada kita bahawa, Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang rasul yang paling agung dan terakhir bagi umat akhir zaman. Oleh itu, kita adalah umat yang paling beruntung, kerana adanya Al-Quran, dibandingkan dengan umat-umat yang terdahulu, biar pun mereka mempunyai kitab-kitab seperti Zabur, Injil dan mazhab-mazhab yang lain, namun yang paling lengkap dan sempurna adalah Al-Quranulkarim, yang ada pada umat islam hingga kehari ini.

Sesungguhnya tiada seorang pun yang mampu mencipta ayat-ayat Al-Quran walaupun sepotong ayat yang setanding dengan kehebatan Al-Quran. Dalam hal ini, Allah S.W.T sentiasa memperingatkan kita tentang segala bukti dan keterangan yang terdapat dalam al-quran itu tidak boleh diragui sedikit pun.Sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kamu turunkan (al-quran) kepada hamba kami (muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surat yang sebanding dengan al-quran itu, dan panggillah orang-orang kamu yang percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".

-Al-Baqarah ayat 23-

Berdasarkan ayat tadi jelaslah, bahawa Al-Quran adalah hak Allah yang wajib kita peliharai dan janganlah sekali-kali cuba mengkhianati, menafikan, bahkan mempersendakannya atau melakukan apa sahaja dengan tujuan merendah-rendahkan martabat Al-Quranulkarim.

Inilah kehebatan Al-Quran yang menjadi satu mukjizat yang amat besar, kurniaan Allah S.W.T kepada umat nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, apa pun tindakan dilakukan untuk menghancurkan Al-Quran, namun Al-Quran tetap terjaga dan terpelihara oleh Allah S.W.T. Firman allah s.w.t. yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-quran, dan kamilah yang memelihara dan menjaganya".

-al-hijr ayat 9-

Tujuan utama Al-Quran diturunkan antaranya ialah sebagai petunjuk ke jalan yang benar, untuk menghapuskan kesesatan dan kemungkaran, terutamanya dalam perkara akidah dan perundangan Islam. Selain itu, ianya menjelaskan peristiwa hari kiamat yang pasti akan berlaku, sebagai satu peringatan untuk persediaan awal menghadapinya.

Terdapat juga kisah-kisah sejarah para nabi yang diutuskan untuk membawa akidah yang benar, namun sebahagian besar kaum mereka, masih tetap dalam kekufuran dan kesesatan, sebagaimana umat Nabi Musa dan Isa a.s yang mana akhirnya mereka yang kufur telah dimurkai dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Kesemua ini, adalah sebagai satu pengajaran kepada kita agar sentiasa berpegang teguh dengan akidah yang sebenarnya. Oleh itu, yakinlah dengan apa yang dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quranulkarim, bahawa segala perintah dan perundangannya, adalah ketetapan Allah S.W.T dan tidak boleh diragui lagi.

Umat Islam perlu mengambil sikap yang lebih bersungguh-sungguh untuk menghidupkan jiwa kita dengan nur Al-Quran. Berbagai cara boleh diamalkan untuk mewujudkan perasaan cinta terhadap al-quran. Antaranya :

Pertama - Menyematkan dalam hati dengan keikhlasan dan berkeyakinan tinggi bahawa Al-Quran itu bukanlah ayat-ayat ciptaan manusia, sebaliknya adalah wahyu daripada Allah s.w.t.

Kedua - Meyakini bahawa Al-Quran adalah mukjizat yang paling besar dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, yang dijadikan hijjah dan sumber rujukan hingga ke hari ini. Ketiga - Meyakini bahawa Al-Quran, sekiranya dibaca dengan banyak dan bertajwid, nescaya pembacanya akan diberi pahala dan ganjaran yang amat besar oleh Allah s.w.t. Keempat - Meyakini dan menyedari bahawa Al-Quran pasti akan memberi syafaat kepada pembaca dan penghafaznya, ketika mana diakhirat kelak. Kelima - Manusia yang menyuburkan hatinya dengan kalam Allah, akan menjadi manusia yang berakhlak mulia, berhati bersih dan beroleh keredhaan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan apabila engkau membaca al-quran (wahai Muhammad), kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu".

- Al-Isra' ayat 45 -

Sebagai umat Islam, maka wajiblah bersyukur kerana telah dikurniakan dengan nikmat Islam dan iman yang sebenarnya. Bersyukur dalam erti kata yang sebenarnya adalah dengan hati yang penuh takwa dan takut kepada Allah s.w.t. Tiada gunanya kita menyatakan kesyukuran itu, sekiranya Al-Quran diabaikan tanpa membacanya atau memahami dan mengamalkan ajarannya. Malah lebih malang lagi ada dikalangan manusia yang bersikap biadap dengan memijak al-quran dan menguwek-nguwekkannya. Hati mereka telah gelap dan menyimpang jauh orang yang tidak mampu membezakan perkara-perkara yang hak dan batil, pahala dan dosa, halal dan haram. Yang sopan dikatakan kolot yang sesat didewa-dewakan. Malah dalam menegaskan hal ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya al-quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar (iaitu ajaran islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman , yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar".

-Al-Isra' ayat 9 -

Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha mencari keberkatan Allah s.w.t dan berdoa agar sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungannya serta beroleh kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.

Ya Allah , kurniakan kerahmatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan, kesuburan dan penghasilan, ke atas negeri kami Wilayah Persekutuan KL. Jadikan rakyatnya bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, lindungi kami daripada persebgketaan, perpecahan, fitnah memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian WPKL dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat. Amin.

Kredit: www.jais.gov.my

Raya & Mercun, Aduhai!

Salam,

Kalau musim nak raya ni kalau tak dengar cerita budak buta ke, putus jari ke, terbakar muke ke macam tak sah jer kan.. kalo takde berita2 macam tu, tak meriah raya agaknye..

Meh kita tengok antara tragedi2 yang berlaku..

Cedera di muka & tangan
13/8/2010
Pada hari ketiga Ramadan lalu, seorang murid Tahun Tiga, Samin Nasran Abdul Rahman, cedera di muka dan tangan akibat letupan mercun bola ketika membakar bahan larangan itu di laman rumahnya dekat Kampung Tersang dekat Pasir Mas.

Jari hampir putus
23/8/2010
Kejadian kat Pokok Sena, Alor Setar.. Seorang murid Tahun Dua Mohammad Firdaus Yusuf cedera parah di tapak tangan kanan dengan dua jarinya hampir putus apabila mercun bola yang dikutipnya selepas dicampak seorang rakan tiba-tiba meletup

Kanak2 Maut Kepala Berkecai & 2 Remaja Parah
22/8/2010
Kuala Terengganu.. Sebuah rumah lama yang dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga meletup dan mengorbankan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang tercampak dan melambung di atas pokok sejauh kira-kira 15 meter dan menyebabkan 2 remaja parah dan salah seorang dari mereka hancur dibahagian kaki.


Terima 19 jahitan

23/8/2010
MANGSA mercun, Mohd Haziq Haika Mohd Zukeri,4, cedera dua jari tangan kanan dan menerima 19 jahitan akibat terkena mercun ketika bermain bersama kakaknya Nurin Imani, 5, yang turut cedera di lengan kiri di rumahnya di Kampung Aril, Bachok.
Parah dimuka
23/8/2010
Kota Bharu.. Seorang murid prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Banggu, Binjai, Raja Afzan Raja Zakaria, 6, melecur di muka dan dua matanya apabila mercun botol dibakarnya meletup sebaik dinyalakan sumbunya.

Hampir buta kena serpihan mercun bola
23/8/2010
Kuala Terengganu.. Mata seorang budak lelaki berusia sembilan tahun, Irwan Mustaffa Abu Bakar.. hampir buta selepas dipercayai terkena serpihan mercun bola yang meletup dekat matanya.


Hadapi risiko hilang penglihatan
26/8/2010
Seorang kanak-kanak, Nor Syafiqah Abd Halim, 10, yang parah mata kanan akibat terkena mercun roket dimain anak jiran di Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah.

Adakah Bulan Itu?

Salam,

Aku memang tak puashati bila bro assoy nampak sesuatu dari kamera dia.. aku pun belek la punye belek semua gambar2 yang aku amik tadi termasuk video tu... tetiba masa aku tengok video tu aku nampak bayang bulan yang hampir sama ngan bro assoy punye gambar... arghhhh.. adakah ini hanya bayangan mata aku? aku ulang sekali, dua kali, dan berkali2 kat tempat yang sama... yes!!!!! tu dia!!!!

apa lagi, aku pun geledah balik gambar2 yang aku delete tu hahaha.. kecewa woiii.. sampai delete terus gambar2 tu... dannnnnnn......... aku jumpa satu gambar... tapi tak sama macam lam video..

adakah ini yang dimaksudkan? tapi bila aku tengok kedudukan ni macam bintang yang besar tu.. hurmmm.. xpe lah.. dapat tengok kat gambar bro assoy pun dah puashati.. sobsob!!

Bulan Oh Bulan!

Salam,

Beberapa minit aku menunggu.. saje la nak tengok andai ianye benar.. dah la tu.. sat2 dgr anjing menyalak.. nasib la aku pikir bulan ni bulan posa, hantu setan sume kene ikat.. takde la aku gabra sangat.. hikhik.. penakut kah aku? huhuhu...



15 minit menunggu.. nampaknye.. bulan masih satu.. nampaknye news yang aku dpt tu hanya lah sekadar rumor.. xpe lah.. w/bgaimana pun aku ada amik video bulan kat atas tu.. idak ler dia berjoget tapi kelihatan sangat indah sekali.. malangnye video aku tu 206MB takleh muaturun kat sini.. nanti aku try muat turun kat youtube kalo boleh..

Thursday, August 26, 2010

Award dari Cik BalQis

Salam,

Dapat award lagi.. kali ni aku dapat dari cik Balqis dari belog ceriteracintabalqis, cik Balqis kata award ni untu semua pengunjung yang datang ke belog dia.. so antaranye aku ler hikhik.. kata cik Balqis lagi.. kalo tak amik berdosa.. hhahaha!! sape nak tanggung tu hikhik.. so sempena menghormati niat cik Balqis ni aku dengan berbesar hati amik award tu.. TQ yer cik Balqis..

Lagi satu sbb nape cepat sgt aku wat n3 ni.. hahaha!!!! sebabnye adalah...... aku TAK PAYAH buat macam2 syarat hikhik... aku ni malas nak pikir sebenarnye.. tapi kan oleh kerana award ni special sket.. utk FRIENDLY blogger.. maka mereka2 ini telah aku pilih untu terima award ni..

Tuesday, August 24, 2010

Kontraktor Salah Anggar Projek Puduraya?

Salam,

Aku bukan orang binaan tapi statement yang dikeluarkan oleh Menteri WP hari ni kat surat khabar menimbulkan panas kat hati aku..

"Salah anggaran terhadap struktur binaan tingkat bawah stesen Puduraya menjadi punca projek naik taraf stesen bas itu tidak dapat disiapkan lebih awal, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin"

Projek yang bernilai RM30M tu boleh disalah anggar? kontraktor mana yang UDA Holdings ambik?


Beliau berkata, setelah projek itu bermula, kontraktor yang dilantik oleh UDA Holdings mendapati struktur binaan itu perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna.

Ini maksudnye masa kerja2 penelitian bangunan dan sebagainya tidak dibuat dengan betul.. aku bukan arkitek tapi aku masih boleh pikir logik.. ahhh.. malas aku nak ulas lagi.. bikin hati panas jer..

Aku ni cepat panas bila orang buat keje yang macam ni.. tak professional!!

"UDA Holdings memang ada janji bahawa projek naik taraf ini akan siap dan boleh digunakan seminggu sebelum Hari Raya. Malangnya dua minggu lepas, saya terima pangilan daripada UDA (Holdings) yang mengatakan ia tidak dapat siap seperti yang dijanjikan sebab struktur itu perlu diolah bagi menempatkan lif dan beberapa kemudahan lain," katanya.

Senang jer kan.. tak leh siap, call jer bagitau.. yang susahnye rakyat.. cuba pegi tengok jalan duta time2 org nak balik kg.. parking keter takde.. jln kat luar kawasan stesen bas tu pun sesak dgn kaum keluarga yang menunggu/menghantar.. nak naik teksi? kalo tak bayar belas2 henggit toksah ler citer.. belum lagi harga tiket bas..

arghhhh... panas! panas!

Aku teringat dalam satu kenyataan dalam BERNAMA.. Dato Seri Najib Razak ada sebut:

On the Plaza Rakyat project, Raja Nong Chik said Najib wanted the developer to be given an ultimatum to complete it.

“The prime minister wanted us to give a deadline to the developer to complete the project. If they cannot adhere, we will terminate the contract and look for other means.

He wants the project to resume as soon as possible,” Raja Nong Chik said.

So Dato Seri.. skrg apa sudah jadi? tolong bagi komen sikit untuk rakyat jelata ni..

Monday, August 23, 2010

Set Berbuka hanya RM2 Sahaja!

Salam,

Juadah berbuka puasa hanya RM2 ?
korang pecaya ke? aku dah dengar awal2 posa aritu kat facebook bila kawan2 aku kata ada tempat makan yang murah giler.. kita perlu bayar RM2 sahaja untuk makanan yang kita mintak tu.. aku gelak jer.. maner ler ada kedai makan jual nasi untuk berbuka RM2.. RM2 untuk nasi, ikan/ayam/daging, sayur, dan sambal belacan + ulaman & Air... agi pun bila kawan aku tanye.. "ko penah pegi ke kat situ?" jawab kawan aku yg criter tu "aku lom la penah pegi.. baru je merancang" hurrmmm.. takde bukti.. takleh caye beb!!! hehehe..

Tapi tadi semua bukti2 cukup!!!!!! aku terkezut gak.. memang betul ler!!! memang ada kedai makan tu.. BIAR BETUL!! agaknye tokey kedai tu buat sedekah sekali kot.. takpun dia ada ternak bahan2 masakan yang dia guna hehehe.. yer la.. murah giler beb!!

Mana bukti? haaaa... ni ada beberapa keping gambar yang aku amik dari belog adik Fatin.. terima kasih la adik fatin sebab membuka mata akak ni hah yang tak percaya ada kedai camgitu dalam ekonomi yang tak berapa bagus nih.. kalo korang nak tengok betapa cerianye Misz Fatin ngan kawan2 dia berbuka kat situ.. sila berkunjung kat belog Misz fatin yer..




So kawan2.. apa lagi.. jom la serbu!!! ni tempatnye..

KEDAI MALAYSIA NEGARAKU
Pusat Komersial Sk7,Shah Alam
sebelah balai polis Sk7..

Opsss.. tertinggal beberapa syarat hikhik..

  1. Anda mestilah WARGANEGARA MALAYSIA
  2. Anda mestilah mempunyai Mykad dan dibawa bersama pada hari tersebut.. (waktu bayar mesti tunjuk mykard anda utk harga RM2) huhu..
  3. Anda mestilah biasa makan dalam tray macam lam gambar tu..

Kredit utk: Misz Fatin

Sunday, August 22, 2010

Abah Menanti Kepulanganmu Ramadhan Ini..

Sayu Hati Bila Baca Bait2 Jeritan Hati Abah Arwah Sofea Irdeena menanti kepulangan arwah anakanda dalam bulan Ramadhan ini..


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Photobucket

Photobucket

Setiap kali berkesempatan...

Setiap kali kesunyian...

Aku duduk dan berangankan...

Akan terasa kau menjelma..

Tapi tak pernah bersua di mata..

Kau sumber segala inspirasi...

Walau sekadar halusinasi...

Telah dikota apa yg Dijanjikan...

Muncullah Ramadhan...berserta 'kepulangan'...

Setelah tahu kau kan pulang..

Hati yang rindu jadi tak keruan...

Diiringi pelangi menerangi...

Lembah yg tinggi syurga nan abadi...

Lihatlah!!! Jasadmu terpelihara baik...

Wajahmu yang makin cantik...

Takkan kau lupa jalan ke rumah...

kerna disitu terukir sejarah...

Sesekali lihatlah dalam almari...

Baju duniamu.. masih menanti...

Telah semalamanku menunggu..

Kuutus doa tak jemu-jemu..

Mengapa masih tidak ketemu...

Walaupun kita berselisih bahu..

Mungkin masih terlalu awal..

Namun rinduku makin menebal...

Seperti ku mahu menghentikan waktu..

Agar dikau selalu disisiku..

Tapi ku tahu siapalah aku...

Sekadar hamba Allah yang satu..

Ku doakan agar Ramadhan berpanjangan...

Walau ianya kekal sebulan...

hanya satu yang ku pinta..

Tiada dua dan tiada tiga..

Harap kau sudi, singgah sekali...

Dalam dakapan milikmu ini..

Tidurlah nyenyak..semahu hati..

Walau sekadar..tetamu mimpi...

Datang bertandang setahun sekali...

untuk kenangan seribu tahun lagi...

AL-FATIHAH buat Sofea Irdeena anak saudaraku..

Saturday, August 21, 2010

Dapat Tiket Vampires Suck FREE!! tapi..

Salam,

Buat pertama kalinya aku mencuba nasib utk dapatkan tiket wayang free, dan berjaya you!
tapi malangnya....

aku terlupa nak check email aku.. dan aku telah menerima email kat bawah ni pulak bila mana aku terlewat tak sampai 24 jam dari tarikh tawaran tamat.. uwaaaaaaaaaaaa!!! mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku kan kan..


TAPI aku tak kira, aku nak merayu kat NN bagi balik tiket yang reserved untuk aku tu hahaha!!! nak jugak! nak jugaaak!!!

Friday, August 20, 2010

MC DONALDS CONFIRM HALAL - JAKIM

Salam,

Setelah pelbagai cerita keluar tentang isu ni, ramai pihak mula memandang negatif terhadap Mc Donalds.. lantas untuk mengetahui lebih mendalam isu ini ramai orang telah menghubungi pihak JAKIM sendiri.. termasuklah seorang blogger iaitu sitikus..

Beliau telah menghubungi JAKIM sendiri dan dengan ini pihak JAKIM telah mengesahkan bahawa McDonald adalah HALAL!!
Apa yang terkandung dalam n3 sebelum ni juga adalah benar tetapi membawa maksud yang lain sebenarnya..

Menurut Encik Zahid, seorang tetamu di blog sitikus..

1. Pada asalnya, MacFood mengambil bekalan daging dari Uruguay kerana pembekal di sana dapat pengiktirafan halal JAKIM

2. Bila pengiktirafan kepada pembekal daging dari Uruguay ditarik balik, JAKIM LALU MENGELUARKAN SURAT KEPADA MACFOOD UNTUK MEMBERI PERHATIAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG PERLU (dinyatakan dalam surat)

3. MacFood BUKAN pemproses daging, tapi membawa bekalan daging dari Uruguay tu untuk restoran McD. Bila dah JAKIM keluarkan surat tu, MacFood tidaklah lagi mengambil stok dari sana…tukar kepada pembekal daging yang lain. (pembekal baru aku xtau, tanya McD).

4. Dalam hal ini, surat tu BUKAN surat tunjuk sebab kepada MacFood bekalkan daging xhalal, tapi surat memaklum yang MacFood jangan ambik dah daging dari Uruguay. Kene ambil tindakan (…tindakan tu maksudnya kene cari pembekal lain lah)

surat tu bertarikh 10 April, JIKA Mac Food ingkar arahan JAKIM tu, dah pasti sijil halal Mac Food dan McDonald dah ditarik balik..

Dan jika masih ada yang tidak jelas bolehlah menghubungi pihak JAKIM..

Korang boleh call nombor ni 03-8886 4000 tapi dia akan bagi nombor direct pergi ke bahagian penguatkuasa halal di nombor ini 03-83150200.

Untuk cerita lebih lanjut anda boleh ke blog SITIKUS

Bagi aku adalah tak salah jika sesuatu isu yang diterima menerusi email dibentangkan di sini dan mendapat reaksi dari orang ramai dan selanjutnya diperdebatkan sehinggalah mendapat satu jawapan yang PASTI berbanding jika kita hanya membaca dan menyebarnya di email2 yang mana kebanyakkan mereka ini menelan sesuatu berita itu bulat2..

Credit to: Sitikus

Daging Mc Donal TIDAK HALAL ?

Salam,

Aku terkejut dengan email yang aku terima.. siap ada bukti2 lagi.. aku copy paste jer terus untuk korang baca.. baca lah! PENTING!! Ini apa yang penulis tu katakan:


"Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku.

Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki amal buruk mereka serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)

Bukti Pertama :
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN


-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre

Bukti Kedua:

Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Service (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal daru Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber pemberi salinan surat ini.


Kepada saudara saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana..
COPY & PASTE la n3 ni..

Itulah yang dinyatakan dalam email aku tu.. marilah kita renung2kan..
pst: Klik image utk lebih jelas ..

Jom Join 1st GA Flo Ellen's

'Create


Apakah yang membuatkan cik puan atie ni nak join GA Ellen ekk.. adakah sebab Ellen atau mutiara tu hahaha!!! takde la.. ni bukan semata2 sbb mutiara..ni sebab support kawan2 yang 1st time wat GA..

1stly nak ucap tahniah kat Ellen sbb menyambut ulangtahun belog yang ke sbulan.. dasat tuh..

2nd nak ucapkan terima kasih sudi buat GA.. memeriahkan dunia kebeloggeran.. walaupun cik puan atie ni teramat la jarang nak join GA tapi dari jauh cik puan atie ni support kawan2.. kawan2 je yang tak tau hehehe...

3rd cik puan atie ni harap cik ellen kita ni esok2 kalo dah jadi otai huhu.. kekalkan ler momentom mesra gitu hehe..

Untuk GA ni kita kene buat beberapa perkara.. selain dari letak banner kat post n sidebar.. kita kene buat senarai kat bawah ni..

1.Kene meneka umo anak ellen ni..


Gambar 1: 1 tahun 2 bulan

Gambar 2: 5 bulan

Gambar 3: 3 tahun 2 bulan

Gambar 4: 2 tahun 2 bulan

2. Kene cerita sikit pasal anak Ellen ni pulak..

Nama anak ellen ni Bryan .. tapi panggie Nemo.. nemo ni cute.. kecik2 ni dah nampak kehenseman nemo bila besar nanti.. :)) (dah mcm ahli nujum pak belalang je aku ni hikhik!!) so moga nemo sentiasa sihat k.. jgn pengsan2 lagi.. sian kat mummy risau kan nemo!!

3. Tag 2 kawan2.. kalo lebih pun takpe kata ellen..

i. Nurul
ii.Kak Sali

ok DONE!! sukenye!!!

So jom ramai2 JOIN GA ni.. KLIK SINI k!

Thursday, August 19, 2010

Benarkah Raja Azmi punca Roslin BerCerai ?


“Saya telah dilafazkan cerai oleh suami saya, Roslin Hashim di bilik 533, Hotel Corus pada 7 Ogos 2010," itu yang diberitahu oleh Norhayati..

Ketika ditanya Hakim Syarie, Wan Mahyuddin kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.

WoWWWW!!!!

Bila kemarahan menguasai diri, mulut sanggup keluarkan apa saje perkataan yang mampu merombak kehidupan sendiri..

Agaknye dah tak boleh dibawa berbincang ke dema ni.. tak suka, CERAI!! marah, CERAI!! nak tau cerita selebihnye? Ushar kat bawah tu...

CERITA SELANJUTNYA

Budak HILANG!!!!

Salam,

Hari ni jer dah 2 kali aku dpt email pasal budak perempuan hilang.. minta sebarkan email tu.. aku dah pun sebarkan email tu, lagi satu cara aku rasa kat belog adalah jln yang terbaik bantu sebarkan berita kehilangan tu..

So kawan2.. sudi lah kiranye u ols copy paste n3 ni dan sebarkan kat belog korang yer.. tq!

Ni lah adik Wan Nur Fadhilah Anum


Sedikit Latarbelakang adik wan ni..

Nama: WAN NUR FADHILAH BT WAN BUDIMAN

Umur: 7 tahun

Tempat terakhir dilihat: Sekolah Agama Bersepadu (SRAB), Johor

Masa: 5 ptg

Tarikh hilang: 13/08/2010

Masa hilang masih berpakaian sekolah, pakai beg warna cokelat & Pink

Menurut Pengawal Keselamatan sekolah, dia nampak adik wan ni naik keter proton iswara kaler putih..

Jika ada sesiapa yang terjumpa dengan kanak2 berkenaan di mana2... sila laporkan kepada pihak polis.

Wednesday, August 18, 2010

Oh Iwan Anakku!

Salam,

Meh la kita ringan2kan otak layan lawak Iwan ni..

Izwan diperintahkan oleh ayahnya pergi masuk tidur sebab hari dah lewat malam.. Izwan akur dengan perintah ayah dia.. bagus Iwan ni..

5 minit kemudian

Izwan berteriak: "Ayaaaaah!!"

Ayah: "ada apa?"

Izwan: "Iwan hauslah ayah.. tolong bawakan air boleh tak?"

Ayah: "pergi lah ambik sendiri, ayah tengah baca surat khabar ni"

read Pictures, Images and Photos


5 minit kemudian

Izwan: "Ayaaaah!!"

Ayah: "ada apa lagi!!?"

Izawan: "Iwan haus, tolonglah bawakan air"

Ayah: "kan ayah dah cakap pergi ambil sendiri, kalau Iwan menjerit-jerit lagi panggil ayah untuk bawakan air, ayah dtg dan ayah pukul Iwan nanti, tengoklah!!"

5 minit kemudian

Izwan: "Ayaaaah!!"

Ayah: "APA!!!!"

Izwan: "kalau ayah datang nak pukul Iwan, ayah bawakkan air sekali yer"

Ayah: @#$##$@&

Tuesday, August 17, 2010

2 Bulan Menjelma Pada 27 Ogos ni..


Salam,

Aku ada terima
satu email ni minggu lepas.. pasal seakan 2 bulan akan kelihatan pada 27hb Ogos ni.. haaaa.. jangan silap pulak.. bukan anak bulan tau.. nanti ada yang raya awal hehe..

Ni pasal Planet Mars yang akan menghampiri Planet Bumi.. ahaks dah macam citer Altromen jer bila sebut planet2 ni hihihi!!! tapi ni takde la kene mengena ngan Altromen okay.. macam aku citer tadi, Planet Mars akan lalu kat orbit dia tapi hampir dengan planet kita kira2 34.65M.. dekat tu..

Korang tengok ar nanti kat ruang angkasa pada 27hb Ogos ni pukul 12.30 malam.. sape yang ada kamera canggih2 tu leh la standby k.. kasi zoom baek punye!

Menurut email tu lagi, Mars akan datang lagi macam 27hb ni pada tahun 2287 huhu!!

Betul atau tidak.. kita tungguuu!!

Opss.. baru aku perasan..

27hb ogos bersamaan dengan Hari Nuzul Quran 17 Ramadhan 1431M yang merupakan hari turunnya Al-Quran kepada Rasulullah SAW dan Surah yang pertama diturunkan iaitu Surah Al-'Alaq dari ayat 1-5 yang bermaksud "


"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar dengan perantaraan qalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Jom Join ChurpChurp


Salam,

Pada mulanya aku dok tertanya2 gak la.. ape lah yang dorang promote Churpchurp tu.. games ker? pada mulanya kurang amik perhatian tapi jauh disudut hati nak tau ape benda tu.. 2,3 hari keinginan ketahuan tu tertangguh ler jugak hehe.. so pagi yang hening ni aku mulakan merealisasikan keinginan ketahuan aku tu.. ooooooooooooo.. panjang O keluar dari mulut aku bila aku tau apa Churpchurp tu..

Churpchurp ni pun satu media social community di bawah Nuffnang.. tapi Churpchurp ni bukanlah untuk pemblogger2 seentoro dunia tapi hanya untuk Facebook & Twitter user saje okay! belum ader account FB? or Twitter? senang jer.. register ler kan kan hehehe... so peluang macam ni rugi kalo tak diambil.. lagi satu.. kalo nak join Churpchurp ni kene ada referral.. jadi meh la join kat sini..

Sunday, August 15, 2010

Majlis Berbuka Puasa 2010 ExIttar0307

Salam,

Majlis Berbuka Puasa bersama bekas2 pelajar ittar DPP2003-2007 telah berjalan dengan lancar dan meriah sekali.. Alhamdulillah.. tak tergambar kegembiraan hati ini bila tahun ni kami dapat berkumpul lagi.. dan kali ini merupakan kali ke-4 berturut2 sejak 2006.. ini bukan saje usaha aku yang nak kami berkumpul tapi usaha kami semua.. semua yang hadir mempunyai perasaan yang sama.. rindu pada kawan2 sekelas dulu.. rindu untuk bertemu..

Dulu hampir semuanya masih solo molo, tapi setiap tahun pertemuan aku dapat saksikan perubahan dan penambahan yang berlaku pada mereka..

Sus -> seorang gadis yang kepohci tapi sangat baik hati telah dengan rasminya membawa cik abg sayang ke majlis semalam untuk diperkenalkan kepada rakan2 lain.. suka tengok mereka.. sangat sesuai.. kakt merestui kalian hahahaha!!!! org kata wanita yang baik akan dapat pasangan yang baik juga..insyaallah.

Am -> tahun ni dah berbadan dua.. dah masuk 8 bulan usia kandungan dia.. so sweet.. walaupun macam tak larat jer tengok dia berjalan tapi semangat dia nak bersama2 kami semalam cukup mengharukan aku.. semangat persahabtan itu yang penting sebenarnya.. bab makan? dialah juara hehehe... makan untuk 2 orang kan kan.. makan jer la am.. suka kami tengok.. :)

Lin -> minah brutal ni sape sangka.. tahun ni dah tambah ahli keluarga.. dulu ber3 tapi smlm dah b4.. sedihnye..aku jer yang tak tau sbb dorang tak kasi tau.. sabar jer la.. seorang yang sempoi giler.. dianugerahkan pulak suami yang sporting.. terima kasih yer amy join kami semalam..

Miza -> haaa yang ni pun best gak.. masa study dulu dah pun jadi isteri pada Firdaus.. dua2 sporting.. dah ada anak 2 orang.. dua2 lelaki.. insyallah tahun depan leh dapat perempuan kot hehehe.. suka tengok pasangan ni.. loving couple gitu betultak mama miza? hehehe.. nanti kita plan gi PD pulak ekk..

Yati -> ni pulak dah 2 kali dapat join pertemuan camgini.. alhamdulillah.. dah bertambah ahli keluarga dah.. 2 lelaki 1 perempuan.. mama ngan papanye cantik hensem dah tentu anak pun ikut sama kan kan.. kali ni suami yati dapat turut sama berkumpul dgn kami.. terima kasih sgt!. bukan apa, suami yati ni bizi orgnye so masa yang diluangkan cukup kami hargai..

Semalam ada beberapa teruna dan gadis yang masih solo.. takpe..umo muda lagi..

Shah -> orangnya hensem gitu.. dialah satu2nye kumbang yang sangat setia dengan dengan kami.. orangnye kini dah berkerjaya.. suka bergurau senda.. sangat hormat orang2 tua opsss.. org2 dewasa okay! sus suka lar tu nak bahan hahahah!!!! sus jugak! pokok pangkal bertuahla sape yang berjaya duduk dihati shah ni..

Ina -> si gadis yang cantik ni pun sama.. sangat mesra.. sangat sporting.. sangat menghormati dan memahami kawan2.. suka karoke walaupun tak nyanyi sangat pun hehehe.. ape? sus pun suke? haaa yer la.. sus pun sama hahaha!!! paling aku suka kat ina ni bab dressing dia.. pandai bergaya.. orang cantik maka bertambah cantik la dia kan ..

Aizie ngan arol -> walaupun junior aku tapi tetap mesra dengan group aku.. tq coz sudi join kami dan memeriahkan acara..








Ini sebahagian gambar yang dah edit.. puluhan gambar lagi yang menunggu untuk dimuatturun.. sabar yer adik2 ku :) love u ols!

Iklan