Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, December 20, 2010

TERKINI Kemalangan di Simpang Pulai-Cameron Highlands

Setakat ini dah 28 orang yang terbunuh dalam Kemalangan di KM15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.. semua penumpang merupakan pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong rakyat Malaysia..

Ikuti berita yang disiarkan awal petang tadi..
IPOH
: Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

12 comments:

Anonymous said...

Aduh!kesian betul,ramainya terkorban.

atieaizam said...

@turbinemanlog: malang tak berbau :(

Hezesuze said...

aduaiiii lagik ler weols seriau nak naik bas

atieaizam said...

@Hezesuze: kekadang terpaksa naik bas.. tawakal jer :).. nak lelap pun takut..

Unknown said...

ada dengor berita ni di tv tadi..

atieaizam said...

@kakyong: saya pun tengok gak.. nyampah pulak dengor yb india tu dok labun.. dah penah alami sendiri jln berminyak bagai.. nape tak diambik tindakan awal.. nak tunggu eksiden baru nak buat.. tak paham teman..

munna said...

jadi takut nk naik bas ... klu terpaksa tawakal lah saja

Unknown said...

kemalangan terburuk dalam sejarah.. rasa ngeri nak naik bas lepas ni

♥ suE said...

sy tulun share yee kakak...

atieaizam said...

@munna: itulah kan.. kalau terpaksa kita berserah pada yang Esa..

atieaizam said...

@Mata Hati: a'ah yang terburuk :( .. mmg ngeri.. ramai yang tercampak keluar.. bayangkan 22 org mati serta merta kat tempat kejadian..

atieaizam said...

@suE: share? bulihx3 :p

Iklan