Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, December 18, 2010

Jom Balik Mnoreh!!

Harga getah mencecah RM14.13 sekilogram!!!

Giler mahal tu beb! Rasa2 korang sehari berapa kilo penoreh getah leh dapat ekk.. lumayan beb!! tak caye? cuba korang tanye teman2 korang kat kampung ke kan.. patut ler pak mentua aku sebuk nak beli keter baru hahaha!! pak mentua aku tu bukan la penoreh, tapi dia pajak kebun getah dia tu kat org.. hasil bahagi 2 tak silap aku.. masyuk masyuk!! wahai penoreh-penoreh semua rajin2 lah bekerja.. amik peluang ni sebanyak mungkin.. tak lama.. maybe sampai pertengahan tahun depan jer.. itulah yang dinyatakan oleh Pengerusi RISDA.. nak tau sebab kenapa harga getah mahal pulak sekarang ni? korang baca berita kat bawah ni k..

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Harga getah di pasaran kini mencecah RM14.13 sen sekilogram dan dijangka kekal pada paras tertinggi sehingga pertengahan tahun depan.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, harga itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah industri getah di Malaysia.

''Peningkatan itu berlaku ekoran permintaan yang tinggi dari seluruh dunia akibat perubahan cuaca dan musim di negara-negara pengeluaran getah lain seperti China, Vietnam dan Thailand,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Penasihat Gagasan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan para penoreh getah di seluruh negara agar mengambil kesempatan tersebut dan meningkatkan produktiviti bagi mendapat keuntungan yang lebih lumayan.

"Keuntungan yang diperolehi hari ini membolehkan penoreh getah membeli baja untuk penggunaan pada masa hadapan.

"Penoreh getah digalakkan untuk menoreh getah pada sebelah petang bagi mengoptimumkan hasil kerana sebelum ini mereka hanya menoreh pada waktu pagi," katanya.

Harga getah di pasaran dunia kini mencatatkan sejarah baru kerana mencecah RM14 sekilogram berbanding RM4 sekilogram lima tahun lalu.

12 comments:

kakrose said...

bila pokok getah dah habis kene tebang..baru harga naik..:(

Ellen said...

jum g menoreh...pendapatannya lebih dari gaji seorang manager..hahhaa

atieaizam said...

@kakyon@kakrose: tu pun satu hal gak tu.. tak tanam baru ke kak?

atieaizam said...

@Ellen: saya percaya tu ellen.. harap penoreh kita tau amik peluang camgini.. bukan saje menoreh pagi mcm biasa.. petang pun buat sekali lagi..

eMMe said...

my father In Law dia seorang penoreh, tapi dia nye pokok2 getah masih kecil....tak leh noreh, lambat kan naktunggu pukuk getah besar, lambat la nak menorehnye, huhuhuu.....

atieaizam said...

@eMMe: tak lama lagi dapat lah hasil tu.. :)

Suhaimi@Pakmi said...

syukur... sekurang2nya org kg trmasuk mak bapak kita sedara mara mendapat pendapatan yg lebih baik...mereka pun nak hidup senang & bergaya jugak :)

Hezesuze said...

ada lagik ke pokok getah kt mesia nie??

Padin said...

senyum lebar le penoreh eekekee

atieaizam said...

@orang muo: harap depa tak buang duit sangat.. nanti time harga getah jatuh depa sakit.. kena beringat tu :)

atieaizam said...

@Hezesuze: hikhik.. ado laie.. kek kampung2 masih ado.. :)

atieaizam said...

@padin: selebar-lebarnye.. tadi balik dari kenduri kat perak.. kawan kat sane sembang macam best jerk jadi penoreh ni hehe.. rasa macam nak jadi penoreh gak hikhik

Iklan