Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Episod Suka Duka 2010

Tinggal beberapa jam lagi saja tahun 2010 akan menutup tirainya.. setelah 364 hari berlalu hari ini aku ingin membelek sedikit kenangan yang telah menghiasi hidup aku sepanjang tahun 2010.. terlalu banyak kisah suka yang aku lalui dan tidak ketinggalan bila difikirkan episod duka juga tak terlepas menguasi diari ku ini.. antara 10 episod yang menggembirakan aku tahun ni:

1. Diberi peluang melihat proses pembesaran anak-anak di depan mataku..
2. Melihat adik2ku menamatkan zaman bujang mereka masing2.. Erman & Ros / Sue & Sham ..
3. Melihat ayah & mak masih sihat hingga hari ini..
4. Berpeluang menyambut hari lahir anak2ku
5. Berpeluang berjalan-jalan bersama keluarga
6. Diberi rezeki olehNya dalam meneruskan kehidupan dimuka bumi ini
7. Memperolehi keputusan baik dalam setiap exam
8. Dipermudahkan urusanku sebagai seorang isteri, anak, pelajar & pekerja
9. Dikelilingi oleh rakan2 yang menyayangi diri ini
10. Diberi peluang ke-3 .. alhamdulillah.. semoga kandungan aku sihat hendaknya..Amin


Dan apa pula cerita sedih aku sepanjang 2010 ni ekk.. kalau ikutkan terlalu banyak huwaaaaaa... sedihnye..terutama kisah sedih pemergian anak saudaraku Sofea Irdina dalam usia yang sangat muda.. 11 bulan gara2 demam panas.. Allah swt lebih menyayanginya.. Alfatihah.. cerita sedih lainnya? aku jarang nak bercerita tentang sedihku di sini.. tahun 2010 aku telah membuka blog aku ni kepada umum maka dengan itu banyak hati yang perlu dijaga.. meskipun hati aku selalu terguris terhiris.. takpelah.. biarlah aku mengalah..

Apa pula cerita tahun baru? 2011 akan tiba kurang dari 9 jam dari sekarang.. semoga dipenghujung 2011 nanti, aku banyak bercerita tentang kegembiraan aku sepanjang tahun dari mengeluh seperti ini.. walaubagaimana pun aku sangat bersyukur kepadaMu dengan apa yang telah Engkau limpahkan kepada kami sekeluarga tahun ini dan moga tahun 2011 nanti Engkau limpahkan rezeki berlipat ganda hendakNya. Amin.

Kalau bercakap tentang tahun baru pasti kita terfikirkan azam tahun baru.. pasti ada di antara kawan2 korang bertanya.. apa azam tahun baru awak? apa azam tahun baru aku ekk.. terlalu banyak sebenarnya hikhik.. tapi yang aku amat pasti "aku nak menjadi insan yang lebih baik dari tahun 2010" dan juga berharap aku dapat kekalkan 10 episod gembira ku yang aku ceritakan di awal tadi.. insyallah.. "Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan". Semoga tahun 2011 juga memberi kegembiraan berganda buat kalian semua yer.. insyallah. Tata titi tutu 2010.. (sambil buat aksi lambaian ratu) lalalala...

1 comment:

kakyong said...

Selamat tahun baru.. semoga tahun 2011 akan dibeli lebih kebahagian buat kita semua

Iklan