Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Episod Suka Duka 2010

Tinggal beberapa jam lagi saja tahun 2010 akan menutup tirainya.. setelah 364 hari berlalu hari ini aku ingin membelek sedikit kenangan yang telah menghiasi hidup aku sepanjang tahun 2010.. terlalu banyak kisah suka yang aku lalui dan tidak ketinggalan bila difikirkan episod duka juga tak terlepas menguasi diari ku ini.. antara 10 episod yang menggembirakan aku tahun ni:

1. Diberi peluang melihat proses pembesaran anak-anak di depan mataku..
2. Melihat adik2ku menamatkan zaman bujang mereka masing2.. Erman & Ros / Sue & Sham ..
3. Melihat ayah & mak masih sihat hingga hari ini..
4. Berpeluang menyambut hari lahir anak2ku
5. Berpeluang berjalan-jalan bersama keluarga
6. Diberi rezeki olehNya dalam meneruskan kehidupan dimuka bumi ini
7. Memperolehi keputusan baik dalam setiap exam
8. Dipermudahkan urusanku sebagai seorang isteri, anak, pelajar & pekerja
9. Dikelilingi oleh rakan2 yang menyayangi diri ini
10. Diberi peluang ke-3 .. alhamdulillah.. semoga kandungan aku sihat hendaknya..Amin


Dan apa pula cerita sedih aku sepanjang 2010 ni ekk.. kalau ikutkan terlalu banyak huwaaaaaa... sedihnye..terutama kisah sedih pemergian anak saudaraku Sofea Irdina dalam usia yang sangat muda.. 11 bulan gara2 demam panas.. Allah swt lebih menyayanginya.. Alfatihah.. cerita sedih lainnya? aku jarang nak bercerita tentang sedihku di sini.. tahun 2010 aku telah membuka blog aku ni kepada umum maka dengan itu banyak hati yang perlu dijaga.. meskipun hati aku selalu terguris terhiris.. takpelah.. biarlah aku mengalah..

Apa pula cerita tahun baru? 2011 akan tiba kurang dari 9 jam dari sekarang.. semoga dipenghujung 2011 nanti, aku banyak bercerita tentang kegembiraan aku sepanjang tahun dari mengeluh seperti ini.. walaubagaimana pun aku sangat bersyukur kepadaMu dengan apa yang telah Engkau limpahkan kepada kami sekeluarga tahun ini dan moga tahun 2011 nanti Engkau limpahkan rezeki berlipat ganda hendakNya. Amin.

Kalau bercakap tentang tahun baru pasti kita terfikirkan azam tahun baru.. pasti ada di antara kawan2 korang bertanya.. apa azam tahun baru awak? apa azam tahun baru aku ekk.. terlalu banyak sebenarnya hikhik.. tapi yang aku amat pasti "aku nak menjadi insan yang lebih baik dari tahun 2010" dan juga berharap aku dapat kekalkan 10 episod gembira ku yang aku ceritakan di awal tadi.. insyallah.. "Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan". Semoga tahun 2011 juga memberi kegembiraan berganda buat kalian semua yer.. insyallah. Tata titi tutu 2010.. (sambil buat aksi lambaian ratu) lalalala...

Thursday, December 30, 2010

Malaysia JUARA Piala AFF Suzuki 2010 Jumaat CUTI!!

Sempena kejayaan Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kalinya, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan bahawa hari Jumaat 31 Dec 2010 adalah CUTI UMUM!! lalalalala.. lalalalala.. bersyukur kepadaMu kerana mendengar doa2 kami semua.. terima kasih wahai Hero2 Malaysia atas semangat juang kalian.. terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan Piala AFF Suzuki 2010 berada di Malaysia.. Alhamdulillah.

Petikan pengistiharan cuti:

Piala Suzuki AFF: PM isytihar Jumaat cuti umum

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Tak Gentar Melawan Indonesia

Piala AFF Suzuki 2010

Walaupun macam2 cerita aku dengar pasal penyokong Indon nak buat macam2 kat pemain Malaysia, aku yakin pemain Malaysia TAK GENTAR dengan mereka!! canang la ape saje.. no hal punye! cayok! cayok!!

Hebat sane sini cerita tentang laser melaser.. kononnya dorang nak balas dendam nak melaser pemain Malaysia.. biar dorang dengan mimpi indah dorang.. kalau keadaan makin teruk nanti aku kol Ultramen ekk.. kasi laser betul2 pemain dorang.. terutama penjaga gol dia.. biar dia tau.. MALAYSIA BOLEH!! hahaha... sesekali best gak merapu nih hikhikhik!!!

Tuesday, December 28, 2010

Laporan Media Indonesia Macam2 Cerita

Korang ada tak baca news tentang Kemenangan Malaysia kat media Indonesia? haa.. kat sini aku nak bawakan korang cerita2 menarik yang disiarkan oleh mereka.. kalau korang ni cepat panas baran.. toksah lah baca ekk..

Malaysia di CACI di Twitter.. korang baca SINI

Riedl kata mereka kalah bukan kerana laser tapi ada sebab.. korang baca kat SINI..

Dua pembantu timnas Indonesia melaporkan penjaga2 gol mereka mengalami teror atau kejadian aneh masa buat latihan kat sini.. korang baca SINI & SINI

Supporter Malaysia takut ke Jakarta.. nada seolah2 pasukan Indonesia perlu amik peluang untuk ganyang Malaysia nanti.. baca SINI

Aku dah baca.. aku malas nak ulas.. korang klik lah sendiri dan bacalah sendiri dan fikirlah sendiri..

Ni aku paste sebahagian berita dari sane..

JAKARTA, KOMPAS.com - Ketua Umum PSSI, Nurdin Halid, mengungkapkan, tim nasional Indonesia banyak mengalami teror saat bertandang ke Malaysia pada final pertama Piala AFF 2010, Minggu (26/12/2010). Salah satunya, kata Nurdin, pasukan "Merah Putih" sempat mendapatkan gangguan fisik saat melakoni sesi latihan menjelang pertandingan.

"Saya mendapatkan laporan dari dua asisten timnas, Widodo C Putro dan Wolfgang Pikal, kalau ada taburan berupa serbuk di depan gawang saat timnas berlatih. Hal ini membuat beberapa kiper gatal-gatal. Sebelumnya, para pemain dipaksa menunggu lama kedatangan bus untuk ke tempat latihan," tukas Nurdin saat menengok persiapan timnas di Lapangan C, Senin (27/12/2020).

Teror tersebut, kata Nurdin, ditujukan bagi tiga penjaga gawang pasukan "Garuda". Menurut Nurdin, kiper tersebut mengalami gatal-gatal karena gawang timnas ditaburi serbuk. "Ada teman-teman pers yang belum ketahui saat di Malaysia. Para pemain sudah dapat teror dari panitia pelaksana sebelum laga dimainkan," ujar Nurdin,

Rujukan: Kompas.com

Monday, December 27, 2010

Pengalaman Indah Malaysia menang 3-0 menentang Indonesia

Kalau ikutkan macam2 aku nak cerita pengalaman aku kat stadium semalam.. terlalu banyak kenangan indah meskipun aku penat melaluinya.. tapi ternyata kepenatan itu berbaloiii!!!! aku pasti mereka yang ke stadium smlm pun sama rasa apa yang aku rasa melainkan dorang datang lebih awal lagi dari aku hikhik...

Aku gerak dari umah dalam pukul 6.30 petang.. terus amik LRT Sentul Timur.. bahang kemeriahan dah mula terasa bila puluhan manusia yang nak menuju ke destinasi yang sama beratur membeli tiket LRT.. aku tersenyum bangga tengok semangat mereka.. dengan rambut berkaler2.. dengan baju kuning hitamnye.. ada yang datang dgn kawan2.. ada yang datang dgn pasangan masing2.. ada jugak yang bawak anak2 bersama-sama.. aku suka tengok situasi macamtu...

Dari stesen LRT Sentul Timur, koc pelan2 penuh.. tapi masih boleh bernafas.. dalam koc pulak laungan semangat penyokong Malaysia bergema.. laungan budak2 remaja yang bersemangat waja bersahut sahutan menaikkan semangat semua penyokong yang ada.. meskipun bising tapi aku suka.. kalau aku remaja seusia dorang tentu agaknya aku macam dorang gak.. hikhik.. ohhh tidak! nanti abg aku marah.. aku lupa.. aku ada abg yang garang hehehe..

Sesampai kat stesen LRT Bukit Jalil, kemeriahan mula berganda.. nampak stadium dari dalam train pun bebudak penyokong Malaysia dah menjerit2.. kelakar pun ada hehehe.. tapi aku suka! sorakan bergema lagi sebaik keluar dari train.. ketua trafik LRT melaungkan Malaysiaaaa... Boleh!!... disambut oleh ribuan pengguna LRT yang berada di situ... berkali2 laungan dibuat.. di sini bermulalah episod aku kena beratur beramai2.. gile punya ramai hikhik.. adalah dalam 10 minit baru aku boleh keluar ari stesen LRT tu..

sesak!!


Sebaik menarik nafas lega melepasi box tiket LRT tu.. aku ronda2 dulu kat gerai2 area situ.. macam pasar malam pulak.. siap ada gerai Sup Gear Box.. Gerai Ayam RM5.., Gerai Sata & Otak2 pun ada... dan macam2 gerai ler... tapi aku cuma sambar keropok lekor , sata ngan air kotak jer hikhik.. fokus aku waktu tu cuma nak masuk ke stadium jer.. bila urusan membeli dah selesai.. aku gerak ke atas.. mencari2 pintu masuk ke stadium.. "mak oiiiii!!!! ramai giler ko!" adehhhh.. masak lah aku.. tapi aku suka! hehe.. aku dengan ratusan yang lain beratur a.k.a berebut nak masuk ke pintu stadium.. sabo jer lah.. nama jer beratur.. barisan ada.. tapi tolak menolak.. macam lah tak dapat masuk sat lagi.. naik lemas aku dibuatnye.. apa lah nasib budak2 yang ikut mak bapak dorang ekk.. jangan terkulai sudah.. lama jugak aku beratur.. nak kata dorang chek tiket.. chek brg2 tak pulak.. kan senang kalo penjaga tiket tu bukak jer pintu besar then amik jer tiket dorang.. alaaa kalau ada 10@20 org yang masuk takde tiket bagi aku no hal lah sebab TIKET SOLD OUT!! korang dah untung gile2 beb!!



Sebaik melepasi pintu jaring tiket stadium tu.. aku cepat2 amik oksigen.. aku lemaaaaas!!!! bersesak ko!!! tapi aku suka hehe.. aku tau husben aku risau kot2 aku pengsan ker kan kan.. yer ler.. almaklum lah aku kan dah ehem hikhik.. agaknye semangat aku kuat tu yang semua benda yang selalu aku tak suka macam bising2.. hingar bingar.. berebut2.. aku jadi suka!! :) dalam masa aku berlegar2 tu aku suka tengok satu suasana...

suasana ni.. Alhamdulillah
cuma ada sesuatu yang bermain difikiran aku.. nantilah..

Aku tak buang masa lagi.. terus cari port lepak... sebaik aku jenguk dalam stadium.. makkkk oiiiiiii!!!!!! penuuuuuuh ko!!! kat tangga2 stadium pun full!! hurmmm.. aku mencelah jer ramai2 tu ke tangga bawah sikit level 1.. alhamdulillah pemandangan aku tak terhalang.. terang terus ke tengah padang... wah best best!!! sebelum acara dimulakan kami semua berdiri menyanyikan lagu NEGARAKU .... penuh semangat!!! pastu.. seminit pun mata aku tak terlepas pandang bila wisel sepak mula dibunyikan.. separuh masa pertama berakhir.. masih 0-0 ...

puluhan ribu!

Masa separuh masa kedua ada satu inseden berlaku... Penjaga gol Indonesia mogok.. dia ajak semua geng2 dia berhenti main.. sbb ada panahan laser ke mata dia.. adehhh.. sape lah punye keje... memalukan negara jer.. tapi aksi penjaga gol Indon tu sebenarnya agak memanaskan hati aku.. berlagak ko!!

ntah ape yang dorang bincangkan ntah..


penjaga gol Indon ushar jer.. team Malaysia cool jer.. caye lah!!

Tapi kegeraman aku pasal insiden tu berakhir bila Safee Sali menjaringkan gol pertama Malaysia..... GOOOOOOOOOOOOAAAAAL!!!!!!! dan kegembiraan.. sorakan menjadi berganda2 bila mana sekali lagi Safee Sali menjaringkan gol ke-2 Malaysia... dan gol ke-3 Malaysia!!!!! "GOOOOOOOOAAAAAAAAAAAAAALLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!! aku bersama puluhan ribu yang ada hampir kehilangan suara... menjerit bagai nak rak.. skrng ni pun perit tekak aku masih terasa.. suasana jeritan..laungan .. nyayian berpadu.. berlagu.. segar terasa.. itulah semangat rakyat Malaysia.. OOOOO ooooo OOOOO ooo OOOO oooo OOOO... antara irama yang dinyanyikan yang aku ikut jer hehe.. irama "O" ... Bila wisel tamat dibunyikan, aku tak terus beredar sebab beribu2 lemon tengah keluar berpusu2.. aku amik ke sempatan bergambar dulu hikhik..
aku dicelah ribuan penyokong Malaysia

5 minit kemudian baru aku keluar ke LRT semula.. mak aiii!! berebut lagi! hehe... aku suka! :p .. tapi aku takde lah nak menolak2 sapa2.. aku jer yang kena tolak kuikuikui.. time tunggu lrt pun masalah gak.. bayangkan beribu2 org nak naik lrt.. hehe.. terpaksalah pihak lrt sekat tangga2 besar dari dipenuhi oleh ribuan penyokong Malaysia.. satu laluan kecik jer dulu dorang bukak.. memang lah penyokong2 tu marah tapi dorang kena faham.. kalau semua org naik.. keselamatan dorang susah nak jamin.. andai kata tolak menolak berlaku.. ada yang terjatuh ke landasan ke kan... kan nanti suka2 jadi duka.. kena ingat tu... eee gerun aku..

sape yang beli tiket sehala memang serabut kena beratur hikhik..


ni ntah train ke berapa ntah.. still penuh lagi kat stesen hihi..

Aku tak terus bersusun2 ke depan garisan menunggu.. aku dok bawah kipas dulu.. amik oksigen.. adalah dalam 15 minit kat situ.. malas aku nak berebut.. tapi bila semakin lama semakin ramai pulak pengguna lrt, aku amik keputusan bersusun jugak ke depan.. sebaik dapat masuk dalam lrt.. aku dapat bayangkan seolah-olah aku kat spa... spa SAUNA!!!!!!!!! panas giler... menitik2 peluh aku kat badan.. aku cuma berharap aku tak gelap mata jer hehe.. tapi aku suka! dan akhirnya aku selamat tiba jugak kat stesen LRT SENTUL TIMUR.. Alhamdulillah..

Sebelum menjejak kaki ke rumah.. aku ngan husben gi makan dulu.. :)) .. aku takkan lupa kenangan ni.. sesuatu yang sangat meletihkan aku tapi dalam masa yang sama.. aku bangga.. bangga dapat bersama-sama menyemarakkan semangat pemain2 bola sepak Malaysia.. Alhamdulillah.. Tahniah buat pemain.. tahniah Malaysia 3-0 menentang Indonesia.. Tahniah buat aku sebab berjaya melalui semua cabaran menyertai mereka di stadium.. Tahniah!!!

Sunday, December 26, 2010

Penyokong Pasukan Malaysia

Dan waktu aku mengarang entry ni, aku ngah menunggu masa nak ke Stadium Bukit Jalil.. dan bila entry ni dipublishkan aku dah berada di Stadium.. aku gi ngan husben ler... semalam tiket banyak lagi.. tapi hari ni sold out!!! abg aku la nak tengok bola gak tapi tiket dah habis.. kalau aku tau dia nak gi sure aku tlg belikan punye.. agipun dia baru jer balik dari Indonesia malam semalam.. tengok tv jer lah abg ekk hikhik..

Berbalik cerita tiket malam ni.. wahhh.. tiket habis! maknanye.. ramai giler lah malam ni kat stadium.. aku boleh bayangkan keriuhan malam nih kat stadium... sure macam pesta.. bising.. hingar bingar dengan bunyi hon mcm2 jenis hon.. suasana warna warni .. tapak2 gerai baju.. gerai2 cenderahati dan mcm2 arr... aku harap dapat sambar sehelai untuk koleksi aku hikhik.. dan paling penting.. aku harap takde ape2 yang tak elok berlaku.. dan moga Malaysia mendapat kemenangan malam ni..

ni lah 2 tiket utk aku ngan husben..

Sama2lah kita menanti malam ni.. malam penentu sebenarnya bagi aku.. kalau kita menang malam ni, tak mustahil kita mampu menang kat Indonesia masa games kedua nanti.. jangan ingat lagi kekalahan yang lepas.. past is past.. kuatkan semangat.. main untuk MALAYSIA!! insyallah... semangat!!!

Bermula thesis aku..

Taklimat Thesis

Dah sebulan lebih aku bercuti.. hari ni bermula hidup aku sebagai seorang student balik.. partime student.. liatnye nak pi UTM tadi.. hari ni takde class cuma ada taklimat untuk buat thesis semester akhir.. berdebarnye masa pemilihan penyelia tadi.. kami dah sepakat.. aku, zuli, dal, ummu ngan liza nak amik Dr.H sebagai penyelia kami.. walaupun thesis ni buat sorang2 tapi kami senang gerak dalam kumpulan.. senang nak ke JB buat rujukan dan perbincangan mana yang perlu.. Alhamdulillah bila hajat kami diperkenankan oleh En. Penyelaras hikhik..

ni sebahagian mereka yang terlibat dlm taklimat pagi tadi..

aku dah bayangkan kesibukan aku semester ni.. aku harapkan yang terbaik.. dan aku akan usahakan menjadi yang terbaik.. insyallah.. doakan aku yer kawan2.. :)

Saturday, December 25, 2010

Seksi ke!

Aku antara peminat lakonan dorang nih.. best!! tapi ada bab2 yang aku rasa kadang2 aku tak selesa tengok.. mungkin ada yang kata aku kolot, aku tak kesah pun.. aku harap atas didikan aku dan husben, anak2 aku dah besar nanti tak mampu berpakaian cara mereka.. tak mampu bukan dalam erti kata takde duit nak beli tapi tak suka pakai begini.. agaknye apa yang mak dia pikir ekk bila anak2 dia berpakaian mcmni.. maybe jawapan dia "kena ikut tema majlis lah".. atau mungkin "aku bangga anak2 aku jenis uptodate".. atau "alaaah, biarlah dorang nak enjoy time muda nih"... ishhh.. dah dah.. malas nak komen panjang2.. layan jer la gambar nih..

maknye lengkap berpakaian huuhu..

tahniah pada amani sbb menang Pelakon Wanita Terbaik Filem (Muallaf)

Friday, December 24, 2010

Beli Bio Aura

Terkejut jugak aku bila husben aku bagitau semalam.. dia dah order BIO AURA.. esok pagi kol 11.00 org tu dtg pasang.. husben kata rege murah jer.. RM600 siap pasang sekali.. bagus gak tu.. sebelum ni kami guna filter National jer.. tapi yang aku agak musykil sikit nih.. nape harga yang RM2000 sebelum ni dah jadi RM600 jer.. aku selongkar mudah.com pulak tengok kot2 ada offer yang lain.. waaah!! ader laaa.. RM599 pun ada.. RM500 pun ada.. uikkk.. kenapa harga turun banyak.. pastu kebetulan masa aku blogwalking.. aku ke satu blog Bio.. klik Sini BIO .. kat situ pun offer RM599 tapi kena beli 2 set..

So pada sape2 yang pernah guna BIO AURA ni dan rasa nak share ape2 info.. sudi2 lah yer..

tangan dak mira


siap pasang.. letak kat sink


tabung2 filter kat dlm cover tu.. pic amik dari Blog Bio :)

Laptop Baru

Akhirnya setelah beberapa kali mendapat laptop 2nd hand.. semalam aku ikut husben gi Lowyat.. pilih laptop aku sendiri.. BARU ok hehe.. Alhamdulillah..



aku dah penah guna DeLL, Acer, Asus.. so kali ni aku nak try i3 MSi pulak.. happy sangat.. tapi bila husben kata " nanti kita tukar i5 pulak.. pastu i7" erkkk.. alahai.. kena jual pulak ler laptop aku nih nanti.. maybe bertahan 6 bulan jer kot.. kita tengok nanti k... kuikuikui!!

Thursday, December 23, 2010

Hadiah2 GA Dalam Perjalanan

Apakan daya.. aku hanya merancang yang menentukan hanya Dia.. plan aku nak mengepos hadiah2 GA anjuran aku awal Dec lalu tertangguh berminggu jugak atas sebab-sebab tertentu.. maafkan aku yer wahai pemenang-pemenangku.. insyallah beberapa hari lagi hadiah2 uols akan sampai ke tangan uols.. insyallah.. aku pun dah email kat uols no2 item yang tertera kat bawah ni... so uols boleh la jejak barang2 uols dah sampai mane.. semoga uols happy yer.. :))


Maaf & Tahniah sekali lagi.. :))

Wednesday, December 22, 2010

Pasembor Padang Kota Lama RM50++

Biar betul!! tapi itulah kenyataannya yang dialami oleh ramai orang yang datang makan Pasembor kat Padang Kota Lama, Penang.. Baru-baru ni kawan aku pi bercuti kat Penang.. jalan2 ler kat Padang Kota Lama.. pekena lah Pasembor.. hah amik ko.. RM50++ kene bayar.. mau tak terkejut dia.. kalau aku pun terkejut sama.. dari respon kawan2 dia kat fb rupanye ramai yang terkena dengan harga yang sangat tak berpatutan tu.. yang aku herankan kenapa takde pihak yang komplen benda ni kat tribunal pengguna ke... kat metro ke.. kat mane2 paper lar.. nak gak tau pasal ape harga yang dikenakan MELAMPAU!!!


Uols ada tak pengalaman yang camgitu? apa tindakan uols ekk.. kalau terjadi kat uols, rasa-rasanye ape yang uols buat? pulangkan balik pasembor tu ke? hikhik... ishh geram pun ada nih :((

Tuesday, December 21, 2010

Alahai Buku Teks Sekolah Rabak

Anak-anak uols sume dah dapat buku teks untuk tahun depan? 2011 punye.. alhamdulillah anak aku dah dapat dah.. boleh jugak ler dia selak2 buku time cuti sekolah ni.. bagus Sekolah Bandar Baru Sentul ni bagi awal.. tapi yang tak bestnye.. korang tengoklah rupa buku sekolah anak aku.. sedih!!!! aku bukannya nak buku baru.. tapi biarlah buku yang budak2 ni dapat yang senonoh sikit.. ni tengok rupa buku pun dah takde selera nak baca apa halnye.. belum start sekolah rupa macam ni.. kalau dah penghujung sekolah aku rasa buku dah bersepai dah..

Sepatutnye pihak sekolah kena saring dulu buku2 nih.. tengok yang mana cukup haul ketepikan atau rekod something.. esok2 bila budak2 lain guna bersepai paham2 ler..

kat kulit dah bertampal2 loytape..


yang ni ok lagi..


tengoklah yang ni..


nasiblah anak aku ni tak banyak songeh.. tapi janganlah sebab tu korang amik peluang macamni.. budak2 yang tak banyak kerenah korang bagi buruk2 macamni.. anak aku kata kawan2 yang lain ramai dapat buku yang elok2.. yang baru2.. huh!!! apa harus aku buat ekk..

Monday, December 20, 2010

TERKINI Kemalangan di Simpang Pulai-Cameron Highlands

Setakat ini dah 28 orang yang terbunuh dalam Kemalangan di KM15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.. semua penumpang merupakan pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong rakyat Malaysia..

Ikuti berita yang disiarkan awal petang tadi..
IPOH
: Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA

Kicap Oh Kicap!!

Lepas ni kalau aku gi beli kicap aku kena lebih hati-hati.. ishh lain macam jer bunyinyer hehe.. kena tengok betul2.. asli ke tiruan punye.. ni semua demi kesihatan aku sekeluarga.. selama ni bila beli kicap tak penah terpikir pulak pasal tiruan2 nih.. biasa 2 benda yang aku tengok bila beli barang..

1. Tanda Halal
2. Tarikh Luput

Kandungan isi barang tu biasa aku tengok kalau barang tu aku jarang2 beli.. atau aku tak penah beli.. kira baru try arr..

Tapi bila surat khabar kuarkan berita tentang serbuan aritu.. risau gak aku.. mana tau dorang yang meniru nih guna bahan ntah ape2 ke kan.. iyer la kan.. sekarang ni pun kicap2 tak tahan lama.. 3,4 hari bukak dah berbau semacam..

Cuba korang tengok perbezaannye.. leh kompius tak?? Penutup plastik yang ada bulatan merah tu dikatakan kicap Cap Kipas Udang TIRUAN!! penutup sebelah lagi tu adalah kicap yang asli.. adoi!!.. macam-macam hal lah!!

Saturday, December 18, 2010

Jom Balik Mnoreh!!

Harga getah mencecah RM14.13 sekilogram!!!

Giler mahal tu beb! Rasa2 korang sehari berapa kilo penoreh getah leh dapat ekk.. lumayan beb!! tak caye? cuba korang tanye teman2 korang kat kampung ke kan.. patut ler pak mentua aku sebuk nak beli keter baru hahaha!! pak mentua aku tu bukan la penoreh, tapi dia pajak kebun getah dia tu kat org.. hasil bahagi 2 tak silap aku.. masyuk masyuk!! wahai penoreh-penoreh semua rajin2 lah bekerja.. amik peluang ni sebanyak mungkin.. tak lama.. maybe sampai pertengahan tahun depan jer.. itulah yang dinyatakan oleh Pengerusi RISDA.. nak tau sebab kenapa harga getah mahal pulak sekarang ni? korang baca berita kat bawah ni k..

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Harga getah di pasaran kini mencecah RM14.13 sen sekilogram dan dijangka kekal pada paras tertinggi sehingga pertengahan tahun depan.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, harga itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah industri getah di Malaysia.

''Peningkatan itu berlaku ekoran permintaan yang tinggi dari seluruh dunia akibat perubahan cuaca dan musim di negara-negara pengeluaran getah lain seperti China, Vietnam dan Thailand,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Penasihat Gagasan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan para penoreh getah di seluruh negara agar mengambil kesempatan tersebut dan meningkatkan produktiviti bagi mendapat keuntungan yang lebih lumayan.

"Keuntungan yang diperolehi hari ini membolehkan penoreh getah membeli baja untuk penggunaan pada masa hadapan.

"Penoreh getah digalakkan untuk menoreh getah pada sebelah petang bagi mengoptimumkan hasil kerana sebelum ini mereka hanya menoreh pada waktu pagi," katanya.

Harga getah di pasaran dunia kini mencatatkan sejarah baru kerana mencecah RM14 sekilogram berbanding RM4 sekilogram lima tahun lalu.

Spek Mata Baru 2010

Setelah 2 minggu mendapat panggilan dari Focus Point barulah hari ni aku dan husband berpeluang ke Ampang Point.. tu pun husben aku pi jumpa klien kejap so terpaksalah aku ronda dan ronda dan ronda dalam Ampang Point tu sorang-sorang hikhik..

sempat snap suasana kat dalam AP

dah boring aku lepak dan makan kat McD hikhik..

Dah sejam aku menunggu.. husben tak gak muncul-muncul.. McD tadi tu pun aku tak lalu nak makan.. ntah nape.. takde selera pulak.. aku terus ke tingkat 3 tempat aku buat spek mata aritu.. sementara tunggu husben sampai aku try test ler spek baru aku tu hehe.. wow!!!! terangnye dunia hahaha!!! bezanye pemandangan aku dengan spek mata lama.. alhamdulillah.. sukanye hati aku bila pakai spek baru tu.. kalau lah spek mata aku ni murah, 2 tahun sekali atau mungkin setahun sekali aku tukar2 spek.. tetapi memandangkan jenis spek mata aku ni agak mahal sbb lens yang digunakan lain pada org lain punye terpaksalah aku guna semaksimum yang boleh macam kat bawah ni hehe.. bercalar balar.. dah kelabu asap hahaha!!

ni ler spek mata lama aku.. usia 3 tahun lebih


ni pulak dah tentulah spek mata baru aku :p

Dalam 10 minit husben aku pun datang dengan senyum simpulnye.. sabo jer ler.. dah datang lambat kan kan.. husben aku pun try spek dia gak.. dia pun happy sebab dunia nampak terang benderang hahaha!! Alhamdulillah.

Tu lah korang.. sape yang mata masih elok tu.. jaga lah baik2.. jangan online lama2 huhuhu.. susah kalau ro alif ba waw nun (rabun) nih hikhik..

Wednesday, December 15, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 Malaysia vs Vietnam

Tahniah buat pasukan MALAYSIA yang berjaya mengalahkan VIETNAM untuk pusingan pertama separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 ... MALAYSIA (2) vs VIETNAM (0) kedua-dua gol dijaringkan oleh Mohd Safee Sali.. Tahniah!!

Adakah Malaysia mampu mencatat kemenangan yang sama di Hanoi, Vietnam sabtu ni dan berjaya memasuki Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010 menentang INDONESIA nanti?


Berdebar rasanye kan hehe.. tapi yang penting aku puas tengok games malam ni walaupun sekadar duduk depan TV.. kesihatan tak mengizinkan untuk aku ngan husben ke Bukit Jalil.. 3 kali suara aku bergema kat kawasan umah aku ni hehe.. yang memula tu offside der hikhik.. jiran-jiran dah biasa dah agaknye dengar jeritan gol aku hahaha!!! (kdg2 malu der :p) tapi takkan aku nak jerit sipu-sipu kan kan hikhik.. GOOOOOOOL!!!!

Monday, December 13, 2010

Bowling Tournament anjuran MPS

Sangat meriah!!! itulah yang dapat aku gambarkan kemeriahan tournament bowling yang berlangsung pukul 2.00 petang semalam kat Selayang Mall.. kalau tak salah aku lebih dari 100 orang yang join.. Amir member aku belajar dulu ajak aku join group dia.. aku setuju aje.. atleast aku ada something nak dibuat time cuti2 nih.. nak dijadikan cerita, aku hampir2 nak kansel join sebab dah 2 hari aku tak sihat.. demam-muntah2-ciritbirit.. tapi mengenangkan aku dah janji ngan amir aku gagahkan juga makan ubat tu ubat ni kasi cepat baik.. kalau tak angkat bola tu pun tak larat kot hehe.. sebelum start tournament tu aku layan dulu 3 games.. saje kononnye nak tiun balik otot2 yang dah lama berehat nih hikhik.. kol 2.30 tournament start.. sekali tu masa 1 games ngan 2nd games aku ok lagi.. bila masuk 3rd games aku pun heran.. macam out terus energy aku... sian kat group aku kena cover aku yang dah tak berdaya nih hehe.. sorry geng :p ...




team aku yang sempoi hikhik!!

Saturday, December 11, 2010

Rumah Ku Syurga Ku


Alhamdulillah aku dah kembali ke ibukota.. yang penting aku dah balik ke rumahku sendiri.. udah ler semalaman aku demam, perjalanan 6 jam siang tadi pun terasa tak selesa.. makan pun masih tak lalu.. dan paling hebat malam ni aku di serang cirit birit.. agaknya panas dalam badan aku terlampau kot.. pil CB dah sekotak kecil aku telan.. oleh kerana CB aku dah melampau.. aku telan jugak..walaupun aku paling tak suka ubat tu sebab berbau.. harap esok aku ok.. sebab esok aku join games bowling ngan budak2 belia.. adehh.. belianye aku hehe..

Tuesday, December 7, 2010

Akhirnya Berjumpa Juga

Satu ketika dulu aku selalu mengunjungi blog mamat nih.. aku panggil dia 'bro joe' .. waktu tu dia masih kat oversea.. aku kenal nama 'joe perantau' ni melalui cerita-ceriti dari husben aku.. memula aku takde lah minat sangat nak amik tau pasal cerita 'joe' ni.. agaknya sebab hari2 aku dengar husben aku cerita.. joe itu.. joe ini.. lama-lama aku sendiri terjah dan geledah blog bro joe nih.. diam tak diam dah 4 tahun aku mengikuti perjalanan hidup bro joe.. semuanya bermula sejak tahun 2006.. aku membaca kisahnye menjadi "pekerja haram" a.k.a 'pendatang haram' di oversea.. hinggalah bro joe tertangkap dan di hantar ke Malaysia beberapa bulan yang lalu.. malas aku nak citer kat sini.. panjang bebenor ceritanye.. tapi cukup meruntun jiwa kadang2.. adakala pernah jugak air mata aku turun mengalir bila membaca kisahnye yang menyentuh hati.. pernah juga beberapa kali aku meninggalkan komen di chatboxnya supaya dia tabah hadapi ujian buatnya.. aku bukanlah pengunjung tegar blog bro joe.. follower dia pun bukan.. aku dan husben aku hanya sebagai 'silent reader' blognye..

Percaya atau tidak kerana blog bro joe ni lah yang telah menimbulkan minat aku untuk membuat blogku sendiri.. dan dipenghujung Nov 2006 maka terbentuk sudah blog aku Atie Aizam (Coretan Perjalananku) yang masih aktif hingga kini.. thanks bro sebab menjadi pencetus idea buat aku..

Dan aku masih tak percaya.. husben aku jumpa dia!!! husben aku jumpa bro joe petang tadi!! kalau aku tak call petang tadi dan dengar bro joe sebut 'joe bangla' aku susah nak percaya.. hehe.. sampai hati husben aku gi jumpa dia time aku takde.. aku pun nak jumpa bro joe gak hehe.. sejak dapat tau bro joe dah dihantar balik Malaysia sejak itulah berulangkali aku dengar husben aku cakap "abang nak jumpa joe lah'.. dan akhirnya AWAL MUHARRAM ini telah menemukan mereka berdua.. aku tau husben aku sure happy giler.. aku call husben aku tadi pun dah tau dia happy sangat.. :) aku lak happy gak tapi dalam masa yang sama aku terharu gak.. huhu..

Monday, December 6, 2010

Mendung Di Hati

Waktu ni aku bertemankan bunyi kipas siling di ruang tamu umah mertuaku.. dingin.. hening.. sunyi.. sesunyi hatiku tatkala ini.. sepi.. masih ada tompok-tompok mendung di hati ini.. masih ada saki baki kesedihan di hati ini.. masih ada cahaya kesuraman di wajah ku ini.. tak mampu ku luahkan di sini.. hanya Allah yang Maha Mengetahui luka dihatiku.. moga luka ini tidak meninggalkan parut yang sukar untuk hilang.. kerana kasih sayangku pada insan2 kucintai yang membuatkan aku tewas..

Tapi mendung yang teramat mendung dari lewat malam semalam hinggalah ke hari ni nampaknya cerah seketika.. ada mentari menyelak kemendungan itu.. kehadiran mentari yang mampu buat aku tersenyum seketika.. ada 3 perkara..

1. keputusan exam ku
2. cek nuffnang ke-3 ku
3. 1000 rakan2 vvipku

Alhamdulillah.. aku bersyukur padaMu kerana memberi sedikit keceriaan buat diriku..

Saturday, December 4, 2010

Jerawat


Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan anak aku mira.. alhamdulillah mira dah beransur sihat..

So berbalik kepada tajuk entry aku kali ni.. pasal JERAWAT .. alangkah beruntungnya wanita-wanita yang tak pernah sekali pun jerawat hinggap kat muka dorangkan.. korang penah tak naik jerawat banyak kat muka? aku penah! masa tu aku masih sekolah menengah.. punyalah teruk muka aku.. macam2 aku penah cuba.. nak beli produk mahal, aku tak mampu.. hingga lah aku diperkenalkan dengan NutriMetics basic set.. masa tu aku start keje partime lepas SPM.. alhamdulillah jerawat aku beransur hilang.. muka aku perlahan-lahan menjadi semakin gebu.. bertahun-tahun hidupku penuh dengan keyakinan yang tinggi.. sehinggalah aku mencuba kosmetik MA.......INE .. mungkin kosmetik tersebut tak sesuai dengan kulit muka aku.. sikit2 jerawat tumbuh kembali.. waktu tu aku dah tak guna Nutrimetics tu.. aku just guna pencuci muka n pelembab jer.. makin lama jerawat makin banyak.. aku risau sangat.. nak beli produk Nutrimetics khas untuk jerawat pulak dah takde.. adehh.. nak tak nak aku ke farmasi.. aku minta ubat untuk jerawat.. dia bagi aku Oxy5.. hurmm.. tak jugak hilang2.. hinggalah masa aku kat kampung.. aku gi farmasi Baling, dia nye pharmacies suggest satu produk.. CMycin..

Aku takdelah menaruh sepenuh yakin yang jerawat aku ni akan susut dan hilang.. ternyata sangkaan aku meleset.. jerawat aku pelan2 hilang.. dan hingga hari ni.. bila sebutir dua jerawat timbul akan ku sapu dengan Mycin.. tak perlu lama.. biasa 1@2 hari jerawat pasti hilang.. jadi aku nak suggest pada teman-teman yang ada jerawat tu.. cubalah guna T3 Mycin @ Tidact .. harga sekarang RM23 jer..

Iklan