Saje boring-boring ni aku nak share ngan u alls sape yang tak penah tengok citer ni.. aku suka sangat dengan cerita ni.. tak tau napa.. mungkin sebab patung tu kot.. patung yang cantik yang boleh berubah jadi manusia.. mencari cinta sejati dia...
Kalau tak leh tengok kol 4.30 petang tu takde hal.. masuk je website TV3 tu.. bila2 pun leh tengok..
comel betul patung tu.. macam patung betul2 la! dulu aku tak suka ngan pelakon tu.. tak tau nape.. takde la menarik hati aku nak 'minat' kat dia.. tapi pas tengok sayang cendana macam dah terminat la pulak kat si Juliana Evans tu..
Sinopsis Sayang Cendana
Sayang Cendana menceritakan percintaan antara manusia dan Puteri dari alam fantasi. Ia membawa mesej bahawa kesetiaan pada cinta lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya berdasarkan rupa. Buruk akibatnya sekiranya melanggar janji dan mengkhianati insan yang tercinta.
Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana lakonan Juliana Evans dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna lakonan Nadia Mustapha dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia.
Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor. Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas. Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu. Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana.
Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana. Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan.
Hakimi berjanji akan menyintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya lakonan Kat Mentor mula mempengaruhi Hakimi. Apakah pengorbanan Cendana akan membawa kebahagiaan kepadanya. Adakah Hakimi cinta sejati Cendana.
So... saksikanlah!!!
2 comments:
Jue Evans memang cantik.Saye minat dia,wakaka :)
hikhikhik... mmg dia cantik.. tapi tak minat la dulu.. tapi sejak cerita ni dah mula suka dia..
Post a Comment