Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, December 31, 2012

Yuran PASTI

Alhamdulillah hajat saya nak anak perempuan saya sekolah tadika kat PASTI tercapai juga.. jumaat aritu saya tak sabar2 call tadika islam tu.. bercakap dengan Cikgu Zahra.. bila cikgu kata masih ada kekosongan untuk murid 6 tahun, suka nya saya.. tak sabar2 saya nak ajak asben pegi daftar cepat.. bukan apa.. takut penuh la pulak nanti kan.. hhihi

Lepas jumaat, saya ngan asben call lagi sekali bagitau yang kami nak ke sana untuk daftar.. zaaaassss haritu juga terus daftar hihi.. yuran takdelah mahal sangat.. sebulan RM135 .. below budget kitorang :p oklah..

Jom semak yuran penuh PASTI IBNU SINA ni..

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN DAN YURAN PASTI IBNU SINA SESI 2013
  1. Sukatan pelajaran adalah mengikut sukatan PASTI PUSAT MALAYSIA.
  2. Umur kelayakan pelajar adalah 3,4,5 dan 6 tahun
  3. Waktu belajar adalah selama 4 jam dari pukul 8.00 pagi hingga 12 tgh.
  4. Hari persekolahan adalah 5 hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat
  5. Pelajar hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam PASTI semasa belajar.
  6. Bayaran yuran bulanan selama 12 bulan diwaktu cuti sekolah adalah diwajibkan.
  7. Segala kemusykilan dan pertanyaan bolehlah diajukan kepada pihak pengurusan PASTI IBNU SINA. 
         En Abu Bakar : No tel:016-223 2718 email;abubakrun@yahoo.com.my atau
         Pn. Zahrah      : No tel:019-734 1103

     8. Kadar yuran adalah  seperti berikut:

BilPerkara4thn-12thn3,4,5thn6 thn4,5 thn 6 thn
1.Pendaftaran Tahunan Pelajar Baru
100100

2.Pendaftaran Pelajar Lama


4545
3.Bulanan (Pasti) + (iqra')
135135135135
4.Buku teks & buku kerja
48404840
5.Pakaian sepasang (1 set)
35353535
6.Peralatan sukan
100100100100
7.Bag sekolah
xx2828
8.Pakaian sukan
35353535
9.Penyampaian sijil (ihtifal)
x20x20
10.Sukan tahunan
50505050
11.Buletin & kertas peperiksaan
25252525

Jumlah
528545501513
12.Transit (1ptg - 2ptg) 150



13.Bulanan Mengaji (4thn ++++) 30



14.Smart Pasti (2.30ptg-4.00ptg)175175175

15.Pra Tahfiz70



16.Kupiah / Tudung8




Jumlah
703700


hahaha.. full version.. so mana2 parent yang plan nak hantar anak2 ke PASTI tahun 2014 dah boleh plan dah.. dah boleh bajet kan.. kalau ada perubahan harga pada masa akan datang rasanya takdelah lari banyak kot.. masih boleh bajet.. Alhamdulillah saya dah bayar yuran semua.. nanti bayar duit bulanan jer.. RM135 sebulan.. harap mira happy dan belajar elok2.. esok2 boleh dia ajar adik2 dia si hazim ngan haziq tu.. mesti comelkan.. hihi..

note: tak sabar tengok mira gi sekolah pakai tudung.. :D

Friday, December 28, 2012

Belum Daftar Tadika 6 tahun

Aduh.. hari makin suntuk.. tinggal berapa hari jer lagi sesi persekolahan 2013 nak mula.. tapi mira belum ada sekolah nak di tuju.. kami masih mencari.. dan tercari2 tadika yang sesuai untuk mira.. dan sesuai dengan bajet saya dan asben hihi.. tahun ni mira sekolah kat Tadika Jasmani, Taman Dato Senu .. bukan tak mau sambung kat sana untuk tadika 6 tahun ni tapi rasanya macam nak berubah angin la pulak..

Puas menggoogle tadika di sekitar bandar baru sentul dan taman dato senu.. tapi tak banyak yang paparkan detail tentang tadika dorang.. kalau yang detail macam Smart Reader Kids, The Little Caliphs tu ader lah.. mak aii.. tak mampu lah nak bayar yuran sebanyak tu.. kalau setakat RM150 sebulan masih boleh tanggung lagi.. ni sah-sah RM200/RM300 plus plus.. huhu.. xpelah.. cari jer tadika yang lain kan.. :p org kata, kalau nak berbelanja tu ukurlah kain di badan sendiri kan kan hihi..

Kenapa tak pegi jer Tabika Kemas? huhu soalan yang tak berapa gemar nak jawab.. rasanya takyah jawab lah kot hihi.. jangan tanya tau sebab takde jawapan.. :D

Hurm.. nampaknya susah2 cari, ke tadika lama lah yer kakak mira.. mama tak larat dah nak menggoogle.. ok kan sekolah tu.. ada monkey bar.. kan kakak suka panjat memanjat.. kawan2 lama pun ada.. sekolah yang menjadi kenangan buat Arwah Sarah Khadijah ..

Anak dara saya ni dah bosan nak gi sekolah lama.. dia nak gi sekolah lain pulak.. tu la pasalnya.. kalau dah sekolah rendah esok masih bosan2 pasal sekolah memang lah nak kena kan kan .. mama garang ni hihi..

Esok kena buat keputusan juga.. dan daftar as soon possible .. tak boleh tangguh2 dah.. tapi dalam mencari2 tu saya sangat tertarik dengan Tadika Pasti.. anak saya 6 tahun, harap belum terlewat untuk dia bertatih belajar ilmu agama.. saya dah google.. esok nak call.. harap masih ada kekosongan.. amin.


Monday, December 24, 2012

BARAKA KAPSUL HABATUSSAUDA KEMBALI!!

 
TERBARU!!! Dah sampai... BARAKA KAPSUL HABATUSSAUDA

Kesan pergolakkan yang berlaku di Mesir, hampir 2 bulan kami menanti stok baru Baraka.. Hari ini Baraka Kapsul Habatussauda kembali ke Malaysia..dapatkan dengan segera sementara stok masih ada..

Untuk mengetahui khasiat Habatussauda boleh klik SINI atau di FB Baraka Kapsul atau Google saje khasiat habatussauda.. pasti akan bertemu kepelbagaian khasiatnya.

ATURAN MAKAN
1 kotak mempunyai 24 biji gel.
Dewasa: 1-2 biji gel, 3 x sehari
Kanak-kanak: 1 biji gel, 3 x sehari

CARA PEMBAYARAN
Maybank Transfer/Bank in

CARA PENGHANTARAN/PENERIMAAN
1. Self Collect : Area LRT Sentul Timur/ Komuter Sentul @ tempat2 yang dipersetujui bersama.
2. POS - postage bergantung kepada kuantiti order.

Sila sms atau call kami di talian 012-3637531 (Yus) untuk maklumat lanjut. Terima kasih kerana berurusan dengan kami.

Saturday, December 22, 2012

Ribena Fresh Strawberry

Tengah2 malam layan Ribena Strawberry.. bukan ribena strawberry yang dah siap bancuh tu, ni Ribena Fresh Strawberry..  air tangan encik asben.. kalau buat air yang macam ni memang encik asben pakar.. tq dear :) .. memang fresh rasa ribena ni.. sedap sangat.. cara bancuh pun senang jer.. klik SINI untuk lihat resepi nya.. lepas minum ribena ni terus segar mata saya.. kalau tak aduhai tak larat nak buka mata nak layan si kembar adik yang takmo tido lagi tu..


jemput minum :D

Sunday, December 16, 2012

Semakan dan Cetakan Tawaran ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh

Kepada pelajar2 cemerlang UPSR 2012 yang ada buat permohonan ke sekolah berasrama penuh, boleh semak keputusan permohonan anda di laman moe.gov.my mulai hari ini.. semoga berjaya!


Dimaklumkan juga oleh seorang teman, jika nama anda telah disenaraikan menerima tawaran di mana2 SBP, anda tidak akan ditawarkan ke sekolah MRSM.. so jangan tolak peluang yang diberikan ok..

Sunday, December 9, 2012

Cek Nuffnang Dis 2012

Alhamdulillah .. minggu lepas sampai juga yang ditunggu2.. meski pun tak banyak, xpe.. rezeki santai namanya ni.. tayangan cek di sini bukan untuk menunjuk tapi sekadar pembakar semangat kat adik2 yang kukenali yang baru berkecimpung dalam dunia nuffnang..

Terima kasih kat Nuffnang atas pemberian cek ni.. dan terima kasih sekali lagi atas penambahan BE terkini.. tq tq :) .. jangan putuskan BE saya yer hihi.. love u :D


Friday, December 7, 2012

Inilah Jantung Hati Mama & Abah

Tetiba rasa teringin pula nak wat entry pasal anak2 saya.. rasanya jarang sangat saya bercerita tentang mereka.. maybe sebab dorang ada blog sendiri kot so semua cerita tentang anak2 saya ni, saya kumpulkan kat situ.. dalam satu blog Cerita Tentang Kami ..


Inilah buah hati saya.. yang sulung anak bujang saya.. saya panggil acap.. nama sebenarnya asyraf.. sangat ringan tulang membantu saya menjaga adik2 nya.. baru habis UPSR.. dan sangat mendengar kata.. alhamdulillah...

yang ke-2 pula merupakan nak perempuan tunggal saya amira.. dah perempuan sorang, manja lah sikit kan.. tapi suka buat memek muka kat adik kembarnya.. selagi adik2 tak ketawa, selagi tulah dia takkan putus asa sampai adik2nya ketawa.. kerajinan ikut mood :) ..

dan si comel berdua tu.. amir hazim & amir haziq pengarang jantung saya.. sekarang dah berusia hampir 7 bulan.. kembar tak seiras.. mempunyai karekter yang berbeza.. si abg agak cergas berbanding si adik.. adik ni manja sangat.. adik tidur siang, berjaga malam.. abg tidur malam berjaga siang hihi.. lain kan..

walau macamana susah saya menjaga mereka, saya tetap bahagia.. melihat anak2 gembira buatkan hati saya turut gembira..

semoga anak2 mama menjadi anak2 yang baik, soleh dan solehah, hormat mama ngan abah sepanjang hayat kami, hormat semua orang, berilmu, beramal, dan berpendapatan tinggi bila besar nanti agar dapat membantu insan2 lain yang memerlukan. amin yarobballalamin.

Thursday, December 6, 2012

Borong di hari akhir MAHA 2012

Ahad lepas, hari last MAHA 2012.. geramnya saya tak dapat nak join asben ngan biras saya gi shopping kat MAHA.. kalaulah ada yang sudi jaga si wiwin tu.. awal2 lagi saya dah ajak asben ke sana.. last day shopping memang best la kan.. harga memang gila2 turun.. saya pesan ngan asben belikan durian mousang king lagi tapi malangnya pukul 5 lagi durian dah CLEAAARRRR!!!... asben gi MAHA kol 6.30 petang.. so tengok orang kemas booth jer lah yer hihi..

Tapi asben sempat gaklah belikan mak saya pokok limau purut.. alahai comel jer pokoknya... tapi sangatlah lurus asbenku ini.. sepokok tu jerlah yang dibelinye.. untuk rumah sendiri, nan ado ok.. adoiiiii... kena pesan sejibik sejibik lah asbenku ini.. tapi.. bab satu lagi ni asben memang 1st class.. hihi.. seperti yang diidamkan pada awal MAHA aritu.. DOUBLE SIDE PAN .. dalam genggaman tangan hihi.. made from KOREA.. tak sama macam pan yang tengah popular kat Malaysia sekarang ni ok.. yang ni sangat2 berkualiti dan yang penting tahan lama..




dan dah kalau otak bisnes, bisnes juga.. sempat lagi bincang bisnes dengan owner Korea Double Side Pan tu.. terbaikk!! .. so pada yang berminat.. mai order mai.. harga? boleh tahan..  jangan dibanding pada harga, tapi banding pada kualiti masakan dan kualiti produk ok..

dan sebelum melangkah pulang, asben dan biras saya singgah ke booth negara China pula.. dorang siap borong kain pasang lagi.. asben saya sambar 3 pasang kain dan birasku memborong 6 pasang kain.. dasaatttt.. lembut dan chatekk kain2 tu semua.. harga? rahsia hihi.. harga disebalik tirai.. harga rakan2 booth tak sama dengan harga pelanggan2 yang lain.. anyway.. tq yer.. :)

Wednesday, December 5, 2012

Shopping @ MAHA International 2012

Dah hampir seminggu cerita tentang MAHA terperuk dalam lappy ni tak dipublishkan.. malas la pulak nak menaip.. hari ni baru teringan sikit jemari ni nak mengetuk keyboard lappy kesayangkan saya tu hihi.. kalau penyakit m datang menyerang, memang takleh nak wat apa2.. :D

Siapa gi MAHA aritu? yang berlangsung dari 23hn Nov hingga 2 Dis 2012.. saya sempat lah juga ke sana dengan asben & biras saya.. dan anak2 saya hihi.. wiwin tu pun saya heret sama jugak.. geramnya saya tengok kat kawasan pokok2 orkid yang depa jual tu.. kalaulah rumah saya ada halaman luas, nak jer saya beli.. tapi apakan daya dok umah bertingkat ni, lantai org punya, dinding pun org punya.. semua berkongsi.. so tengok ajer lah yer..

Lepas tu lalu pulak kat kawasan org jual durian.. makk oiiii harum semerbak bau durian tu.. mula lah hati ni menggeletek nak beli durian, nak beli durian, nak beli durian.. alhamdulillah encik asben faham isi hati isterinya ketika itu.. kata encik asben "balik nanti kita lalu sini balik k.. kita beli mousang king!!!!" wow!! mousang king u!!! i loike!! tq dear.. dalam hati terusik curiga kejap "jangan tak jadi beli sudah!" hihi

Perjalanan diteruskan.. kali ni saya dibawa mendaki bukit sejauh hampir 100 meter.. uwaaaaaa.. dengan kepayahan saya jalan perlahan2 sambil dukung si kembar abg.. si kembar adik dah ke depan dengan biras saya.. dan akhirnya sampai juga kami kat atas.. kat Dewan C .. kat dewan tu semua booth2 International.. sejukkkk dewan tu.. hilang penat mendaki bukit tadi.. kat Dewan C ni ada adik ipar saya buka booth Thailand.. dorang pamerkan Baja Tawan Dang dari Thailand.. siapa nak cuba baja dari Thailand ni atau nak info pasal baja ni leh gi kat SINI ok.. baja ni memang terbaik lah..hasil buah-buahan nye fuhhh... gemukz2 belaka.. tau tau jerlah buah dari siam camner rupanya kan..


posing dalam Dewan C.. mai petik mai..

lepas ronda2, saya sempat lagi membeli belah sikit produk2 IKS ni.. dan dalam kepenatan tu tetap ingatkan encik asben.. "mousang king yer bang".. hihi.. dan alhamdulillah.. encik asben belikan 7 biji mousang king dengan harga RM9/kilo.. dan destinasi terakhir malam tu, kami singgah makan kat Restaurant Hadramawt kat Bangi.. eh eh.. pastu sempat lak singgah kat homestay adik ipar saya dengan kawan2 dia

Wednesday, November 28, 2012

KFC DAH ADA DELIVERY ORDER

Waaaah.. akhirnya... dah lama saya tunggu servis ni.. KFC NOW DELIVERS!! for the starting KFC cuma deliver kat area2 tertentu jer.. xpe lah.. pelan2 kayuh.. cam Mc D dulu pun camtu gak.. best best... jom chek kawasan rumah anda ada servis tu tak? kawasan rumah saya xde lagi la hihi.. sabo sabo.. nak tau klik SINI ok..


Tuesday, November 27, 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Hahaha.. tempoyak baru jangan dibiarkan macamtu jer, nanti lama-lama tak sedap.. so buat jer apa yang teringin dek tekak kan hihi.. tempoyak yang beli haritu masih berbaki.. so apa lagi buat sambal tempoyak lah.. tumbuk cili api hingga lumat pastu tumbuk ikan bilis kasar2.. gaul sebati.. atau letak sebelah-sebelah ngan tempoyak kat lam piring, colek sikit.. makan pula dengan ulaman.. fuhhhhhhhhh.. semalam cuma ada timun so.. makan tak hengat lah.. aduuuusss.. dapat makan yang menyelerakan pun susah jugak kan.. asik teringat sambal tempoyak jer sejak malam tadi kikiiki.. nasib tak bukak periuk pagi2 ni sebab tak tahan godaan sambal tempoyak tu..

Nak resepi ada kat SINI ok.. siap ada tips lagi.. bagaimana cara nak memilih tempoyak baru huhu.. ada sape2 satu kapal dgn saya tak? peminat tempoyak tegar.. biar badai melanda akan tetap ku harung jua .. err apa kene mengena badai ngan tempoyak? aisshhh.. jom jom.. layan sambal tempoyak .. makan sambil tengok tv pun sedap ni hihi..


Sunday, November 25, 2012

Pucuk Ubi Masak Tempoyak Campur Petai

Pucuk Ubi ni saya masak semalam.. dah lama teringin sebenarnya tapi keinginan tu membuak lepas tengok kazen saya post masakan ni kat fb dia.. aishhhh.. terliur u.. takde lah susah sangat nak membuatnya tapi tu lah.. sebabnya encik asben saya tak makan tempoyak ni.. kalau masak nanti asik kena kutuk jer.. tak suka! .. semalam punya kutuk pun tak habis lagi.. sabar jer lah.. encik asben makan durian, tempoyak jer tak makan.. maka sangat2lah jarang saya dapat masak gulai2 yang dicampurkan dengan tempoyak..

Kira semalam ni cam nekad lah hihi.. ape2pun.. pucuk ubi masak tempoyak campur petai memang terbaik!! wallaaaaaaaaah.. semangkuk untuk saya dan semangkuk lagi untuk mak saya.. takmo citer banyak.. jom layan gambar.. nak resepi leh gi kat SINI k..


note: kesihatan ayah saya semakin baik.. cuma kena jalan dengan bantuan tongkat 4 kaki wat sementara ni.. moga ayah cepat sembuh. amin .. kepada kawan2 yang mendoakan kesihatan ayah pulih segera saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kawan2 semua.

Saturday, November 24, 2012

Moga Ayah Segera Sembuh. Amin

Semalam seperti kebiasaan petang hari jumaat saya akan hubungi mak ayah saya, bertanyakan pesanan kalau2 mak ngan ayah teringin nak makan apa2 kat pasar malam.. tapi dari suara mak, saya rasakan mak risaukan sesuatu.. mak harap saya datang ke rumah petang tu tapi hari dah lewat.. nanti baby2 saya meragam.. jadi lepas mak memesan, asben terus ke pasar malam dan menghantar pesanan mak sambil jenguk ayah..

Asben kata nampaknya ayah memang tak berdaya.. dari siang ayah tak makan.. nak ke tandas pun ayah tak berdaya berdiri.. sampai ayah terkencing atas tilam ayah.. aduhai kesiannya ayah.. asben saya terus ke farmasi mencari bekas untuk ayah mudah membuang air.. balik jer dari farmasi, asben saya kemas katil ayah, salinkan pakaian ayah.. dan paling aku tersentuh.. menantu ayah tu suapkan makanan kat ayah.. saya pun tak pernah suapkan makanan kat ayah.. ayah tak pernah macamtu.. hati ni resah sebenarnya.. esok pagi, insyallah saya nak ke rumah ayah.. nak pujuk ayah ke hospital dapatkan rawatan..

 

Setengah jam lepas asben balik, asben dapat panggilan dari anak bujang saya yang kebetulan nak tidur kat rumah opah dia.. katanya atuk jatuh.. aduhai.. asben bergegas sarung baju dan terus memecut ke rumah mak..  asben kata ayah memang tengah terlentang terbaring tepi katil tu.. mak ngan anak saya tak mampu nak mengangkat ayah.. aduhai.. kesiannya ayah.. asben dengan bantuan anak bujang saya papah ayah, dan baringkan ayah semula kat atas katil.. bila keadaan ayah dah ok, asben balik rumah..

Risaunya saya.. lambatnya pagi.. sekarang pukul  4.00 pagi.. saya masih tak tidur lagi sebab si kembar adik berjaga.. dalam hati saya sentiasa mendoakan ayah segera sembuh. amin.

Doa buat ayah:

 

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang ziarah orang sakit yang belum tiba ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak tujuh kali (yang bermaksud “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi ‘arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu”) nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu. (HR Abu Daud dan Tirmizi).

Rasulullah saw. apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu di datangkan kepada baginda saw., Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): “Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

Daripada Abu Sa’is al-Khudri, Nabi saw. bersabda, “Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya.” (HR Ibnu Majah dan Tirmizi).

Thursday, November 22, 2012

2 BE Baru

Alhamdulillah.. dah hampir 2 bulan blog saya sunyi dari BE.. anyway tengkiu yer Nuffnang dengan 2 BE baru ni.. ada BE, baru ada semangat sikit hihi..


psst: nuff, hari tu nye cashout x dapat lagi la.. kasi ejas cepat sikit yer hihi tq

Monday, November 19, 2012

UPSR 2012: Tahniah Anakku!

Istimewa malam ni, saya masak Udang Galah Nenas Masak Lemak Cili Padi.. bagi meraikan anak bujang saya yang sulung, Asyraaf yang mendapat keputusan UPSR hari ni.. meskipun keputusannya tak sebaik kawan-kawan dan sepupu2 dia yang dapat 5A tapi saya sangat bangga dengan kejayaannya hari ni.. ketika orang lain bersama ibu mentelaah pelajaran, dia terpaksa berdikari sendiri sepanjang 9 bulan saya mengandungkan adiknya si kembar hazim haziq.. saya sering keluar masuk hospital, kalau kat rumah adakala saya asik baring jer.. kalau badan sihat sikit saya banyak merehatkan fikiran saya dengan buat kerja2 membaking..takleh nk pikir benda2 yang berat.. dan malah bila adik2nya lahir, saya masih tak mampu nak temankan dia selalu..

Tahniah sayang dengan keputusan 3A2B hari ni.. tapi ingat, perjalanan masih jauh lagi.. banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh.. terus berusaha ok.. mama selalu doakan abang asyraaf berjaya dan menjadi anak yang soleh dan sayang mama, abah, adik mira, adik hazim ngan adik haziq hingga akhir hayat.. mama luv u selalu..


resepinya ada di SINI

Semak Keputusan UPSR 2012 dengan SMS

Lebih pantas!! zaaaaaaaaaass...


Sunday, November 18, 2012

Keputusan UPSR 2012 ESOK!

Dah bersedia? tinggal berapa jam lagi anak2 kita akan tau keputusan UPSR dorang.. amacam ibu bapa semua? nebes tak? hihi.. saya sangat, sangat, sangat lah nebesnye.. esok kol 10.00 pagi semua dah boleh ambik keputusan UPSR kat sekolah masing2.. nak cek secara ONLINE pun boleh.. nak SMS pun boleh..caranya ada di SINI k ... oklah .. Goodluck semua!



Friday, November 16, 2012

Jinak-jinak Merpati Akhirnya ke Kuali Juga

Sebelum saya teruskan cerita saya yang masih berkisarkan kenangan2 dikampung aritu, saya mengambil kesempatan ini nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua kawan2.. moga tahun baru ini kita menjadi insan lebih baik dari sebelumnya. amin.

Ok.. berbalik pada ternakan dan hidangan kami kat rumah mertua aritu.. selain arnab, abah ada bela merpati gak.. so entah hari keberapa kami kat sana, abah sembelih merpati.. hurmm sedap juga daging merpati ni cuma kena masak lama sikit macam itik.. sebab daging merpati ni liat sikit tak macam puyuh.. tapi rasa memang sedap arr.. tambah pula mak mertua saya masak merpati tu masak gulai batang pisang.. fuh fuh... bertambah makan nasi wehh...

 sedap.. manis jer


 lepas kena salai atas api bagi buang bulu2 halus..


 ni baki yang tinggal.. tak banyak dah..

so ada yang teringin ke?? hihi.. kalau ada yang mengidam tu, habaq mai.. nanti leh pi umah mertua minta sekoq dua ke kan.. lepas ni saya nak kongsi cerita pasal itik pulak.. best best  best :)

Thursday, November 15, 2012

Jom Panggang Arnab

Sepanjang saya dan keluarga kat rumah mertua, abah suka nak sembelih ternakan yang ada.. ada sekali jer kot saya makan ikan.. lain2 harinya saya makan daging jer.. daging itik, daging arnab, daging merpati, daging itik balik dan itik lagi dan telur itik hihihi..

Dalam entry ni saya nak cerita tentang daging arnab.. dulu saya tak lalu nak makan arnab ni.. tak kira lah mak mertua saya masak apa, tak mampu saya nak telan.. tapi sejak dua menjak ni selera saya dah berubah.. cuma saya masih tak mampu lagi tengok abah sembelih arnab tu.. nak buang bulu lagi lah tidak kan hhhihihi.. jom tengok daging arnab lepas dipanggang.. selalunya mak masak gulai.. tapi kali ni tukar selera pula..

 
 panggang atas pemanggang yang tengah meletop sekarang ni..
macam peha ayam jer kan.. ok ape..


 ini daging arnab yang dah masak.. sedap weh!!


inilah arnabnya.. :D
lalu makan??? hihihihi

Wednesday, November 14, 2012

Main Petik Jer Part 2

hahaha.. ada part 2 la pulak.. entry lepas kita tengok pokok cili, serai dan sebagainya.. kali ni jom kita jalan2 petik ulam-ulaman pulak.. kat rumah ni abah ngan mak ada tanam kacang botol @ kacang kelisa, daun peria katak, terung pipit, pokok betik bunga, dan beberapa ulaman lain yang saya tak pasti namanya hihi.. so healthy kan.. 

 daun peria katak

 terung pipit

bunga betik

bunga kunyit

tu lah kan kalau kita rajin berbudi pada tanah.. nah hasilnya.. bukan jer jimat belanja dapur malah ulaman kita tu sangat2 segar dan sedap rasanya.. oklah.. bab tanaman dah cerita, next entry kita tengok pula apa yang abah sembelih untuk kami makan hasil dari ternakan yang ada..  tungguuu..

Tuesday, November 13, 2012

Main Petik2 Jer

Hari ni saya nak sambung cerita masa saya balik kampung aritu.. bestnya bila sesekali balik kampung kan.. part paling saya suka masa kat kampung ialah time nak masuk subuh.. indahnya bunyi kokokan ayam jantan.. lepas tu dengar bunyi angsa ngan anak2 dia jalan2 cari makan pulak.. dalam kol 7 pagi cepat2 saya buka pintu depan semata2 nak hirup udara awal pagi.. sejuk dan segar rasanya.. rasa rugi nak sambung tidur balik..

kat depan ni lah tempat saya hirup udara pagi

Itu cerita waktu pagi.. Tengahari pulak, biasanya saya yang akan ambik alih tugas memasak kat dapur.. tapi kali ni saya hanya bantu sikit2 jer.. sebab kadang2 masa saya tengah masak, baby hazim atau baby haziq mula menangis.. so payah kadang asben atau tok dia nak pujuk.. jadinya mak in law lah yang masak tengahari buat kami semua.. tq mak :D

Ada lagi yang bestnya kat kampung ni tau.. masa nak masak.. kebanyakkan bahan semua main ambik kat belakang rumah jer.. semua ada.. serai, cili, daun kunyit, limau nipis, nak apa lagi? nak kelapa wat santan? jolok jer kelapa yang tua2 tu.. tengok gambar kat bawah ni.. bestkan..

nak cili padi.. petik aje

 nak serai, kasi cantasss hihi..

 nak daun kunyit.. potong aje

ada kelapa muda.. ada kelapa tua..
nak jolok? hihihi tak mungkin.. upah org panjat ler

bestkan.. :D .. nak ulam-ulaman pun ada.. next entry saya sambung cerita pasal ulam-ulaman pulak k..

Tuesday, November 6, 2012

Keputusan UPSR 2012 Ditangguhkan 21 November 2012!!

Begitulah adanya berita yang saya dengar pagi2 tadi.. adehhh... hilang terus nebes saya hihi.. Keputusan UPSR 2012 yang sepatutnya diumumkan pada 8 November 2012 Khamis ni ditangguhkan pada 21 November 2012..

 Asyraaf lah yang paling gembira dengar berita ni.. saya tak sabar dah hihi..

Monday, November 5, 2012

Semakan Keputusan UPSR 2012 secara ONLINE @ SMS

Semakan keputusan UPSR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada hari yang telah ditetapkan. bagi kemudahan calon dan keluarga, semakan juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online 

Cara Semak Keputusan UPSR Secara Online

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR . Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Caranya seperti berikut:
1. Sila ke laman web SAPS  atau klik banner di bawah ini..

     
2. Lihat menu pilihan disebelah kiri dalam laman web SAPS (seperti paparan dibawah ini). Klik menu SEMAKAN IBUBAPA yang berwarna hijau dibahagian bawah sekali.

3. Akan tertera paparan yang perlu diisi seperti dibawah ini.

  • Isikan No. Kad Pengenalan atau Sijil Lahir anak anda.
  • Klik pilihan SEKOLAH RENDAH.
  • Pilih TAHUN persekolahan : 2012
  • Klik Semak Laporan (disebelah No KP/Sijil Lahir)
dan anda juga boleh semak Keputusan UPSR 2012 dengan kiriman SMS. Caranya seperti berikut:

Cara Semak Keputusan UPSR Secara SMS
  1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  2. Contoh: UPSR BC001A789 hantar ke 15888
    Tahniah atas keputusan yang diperolehi!!!

    Sunday, November 4, 2012

    Keputusan UPSR 2012

    Wow.. berdebar.. risau.. tak sabar.. semua ada dalam hati seorang ibu ni ha.. aduhai.. macam saya pulak yang ambik exam aritu..


    Result UPSR 2012 akan keluar hari Khamis ni 8 November 2012 menurut sumber2 yang sangat2 boleh dipercayai hihihi.. so pada ibubapa.. jangan risau sangat sampai memudaratkan kesihatan k.. :D ..  terima seadanya keputusan yang anak kita dapat.. jangan patahkaan semangat mereka kalau keputusan yang mereka dapat tak seperti yang kita harapkan.. ini baru satu permulaan anak2 kita mengorak langkah untuk lebih berjaya pada masa akan datang..

    Asyraaf.. mama tolong beratur amikkan result boleh? hihihi.. adehhhh.. dah start nebes ni..

    Saturday, November 3, 2012

    Majlis Korban Di Hari Raya Haji ke-2 Part 1

    Lama rasanya tak update blog saya ni.. kat kampung sya guna maxis berukben.. alahaiiiiii lembabnyeee.. hilang mood saya nak update setiap kali on netbook sya ni hah.. tapi hari ni saya dah balik kl.. rasa macam banyak cerita nak update.. tapi moodnya tak berapa nak mari.. penat lagi kot.. lagipun anak saya si haziq meragam pula.. penat kot dia.. sian anak mama..

    Hari ni saya nak sambung cerita pasal korban lembu 2 ekor tu.. Majlis Korban biasa memang buat kat rumah kami.. tahun ni ramai yang ambil bahagian.. tu yang jadi 2 ekor tu.. setiap tahun mil ngan fil mesti masuk bahagian, alhamdulillah..

     inilah lembu2nya..

     bismillah...

    melapah lembu..

    Kenduri kat kampung memang seronok.. happening sangat.. ramai saudara mara dan jiran tetangga datang menolong.. sementara kerja2 melapah daging lembu dibuat oleh kaum lelaki, kaum perempuan pulak sibuk menyiapkan bahan2 untuk masakan.. makcik2ku pula sibuk kat dapur kat dalam rumah siapkan juadah untuk semua yang tengah wat kerja tu.. menu pagi tu : mee goreng, agar2 lumut (makngah bawa), kek pisang (kakna bawa), dan macam2 lah lagi buah tangan dari makcik2 ngan jiran2 sebagai penambah juadah pagi tu..saya hanya membantu sikit2 jer :) ..

     ngah potong n cuci.. satg nak wat sup..

     ni lah yang paling best.. ada ramai penjaga si kembar hazim haziq

    so lepas kerja masak siap, apalagi.. makan time ler.. menu kenduri korban: sup tulang + daging hiris, air asam tomato, masak lemak telur itik, moi sup dan banyak lagi ar.. alhamdulillah clear.. nanti part 2 saya update gambar2 menu pulak.. mata dah mula mengantuk.. oh yer.. kalau ada yang teringin nak cari resepi2 juadah2 yang saya update kat dalam blog ni boleh ke blog masakan saya yer.. http://sajiankasih.blogspot.com .. selamat menjamu mata :)


    Friday, October 26, 2012

    Salam Aidiladha

    Sebelum meneruskan jemari ni menaip untuk hari ni, saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua saudara mara dan kawan2 yang beragama Islam.. semoga sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNya. amin.

    Sekarang ni saya beraya kat kampung.. meriah juga lah raya korban kat sini.. tak mcm kat kl.. tapi esok lgi meriah kot.. sebab esok kat umah ni ada 2 ekor lembu nak dikorbankan..

    Hari ni pagi2 lagi saya dah bangunkan anak2.. sementara tunggu bersiap, saya ke dapur tolong biras saya siapkan juadah aidiladha..  saya cuma potong lemang dan bancuh teh o jer.. rendang itik ngan rendang ayam, nasi impit ngan ketupat daun palas, semua dah siap terhidang..



    Lepas semua balik dari masjid, kami ke rumah Chu'e .. adik abah.. umah Chu'e kat sebelah rumah mil saya jer hihi.. kami makan soto ayam.. sedaaaappp!!


    Tapi saat yang paling menggembirakan saya ialah masa adik saya sue dan suami n anaknya datang umah beraya.. lama tak jumpa adik saya tu.. rindu sgt.. adik saya tu sampai dah lewat petang.. so dorang makan malam dulu kat rumah... saya sediakan masak lemak cili api telur itik ngan daging goreng kacang buncis.. rasa macam tak puas bersembang.. banyak gosip tak dapat dikongsikan bersama hahaha...

     wajah2 kesayanganku..

    Esok kena kerja keras.. so harap dapat tido awal malam ni..

    Wednesday, October 24, 2012

    Tut Tuuuuuuut... Keretapi ku berbunyi

    Bila mana entry ni disiarkan, kami mungkin dah selamat sampai kat rumah adik ipar saya.. kali ni saya dengan asben merancang satu kelainan perjalanan kami ke kampung.. kebiasaan kereta menjadi pilihan utama ataupun kadangkala bas ekpress tapi kali ni kami memilih balik kampung dengan menaiki keretapi tut tuuuuuuut... dah lama rasanya saya tak naik keretapi.. last sekali masa saya mengandungkan anak sulung saya 12 tahun yang lalu.. lama dah tu.. lagipun anak2 tak pernah naik keretapi langsung.. sebab tu saya nak mereka rasai pengalaman naik keretapi yang saya rasai ketika zaman kanak2 bila keretapi menjadi pilihan utama ketika itu untuk pulang ke kampung mak saya... tapi dulu saya, adik bradik lain ngan mak ayah naik keretapi waktu siang.. mata ni asik memandang keluar tingkap jer tengok permandangan yang bermacam rupa..  hati riang tak terkata.. dan paling best masa keretapi berhenti kat setiap stesen.. pasti ada penjual yang naik dalam gerabak untuk jual mcm2 makanan.. saya masih ingat lagi nada mereka berjualan..

    "sirap manis, sirap manis!!!"
    "nasi lemak..nasik lemak, nasik lemak.."
    "karipap, gelang, koci, apam"
    "kacang.. kacang..!!

    cepat2 jer nada mereka berjualan.. ialahkan.. keretapi berhenti bukannya lama mana so takde lah dorang nak berlenggang dan nyanyi jualan mereka dgn nada berjela-jela kan.. aduh rindunya suasana camtu.. anak2 saya tak pernah merasai pengalaman begitu malah kali ni pun mereka tak juga rasa suasana macamtu.. sebab keretapi kami keretapi malam so mana ada penjual yang berjualan waktu mlm.. kena bawa bekal lah nampaknya..

    anak2lah insan yang paling tak sabar menanti hari ni.. sejak saya beli tiket 1 bulan yang lepas dorang asik tanya jer.. soalan yang sama.. bila kita balik kampung mama? hari apa? naik apa? jenuh saya menjawabnya.. kadang2 seronok tengok anak2 excited tapi kdg2 tension gak.. sehari 5/6x soal saya, adeh..

    oklah.. saya tak tau samada saya berpeluang atau tidak untuk online masa kat kampung nanti.. yerlah broadband pun xde.. so dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mohon maaf zahir dan batin kalau ada kesilapan yang telah kami lakukan dan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.


    Tuesday, October 23, 2012

    Status Glitterati

    Macam biasa saya suka intai2 account nuffnang saya.. tengok trafik, tengok amount dan godek sana godek sini.. dan biasanya status member saya "Glitterati" tapi pagi ni saya terkejut jap.. status saya dah bertukar kepada non-glitterati.. aduhhh... adakah ini satu kesilapan teknik atau saya memang dah digugurkan dari jadi ahli VIP nuffnang.. ahhhh.. serabut ah.. apa salah saya????? (mcm serius jer bunyi nye yer) harap encik Nuffnang dapat kembalikan status Glitterati saya tu.. dan saya nak BE :( ... itu aje.. sekian terima kasih.. saya nak merajuk jap.. :(


    Saturday, October 20, 2012

    Sajian Kasih

    Dah seminggu saya tak update apa2 citer kat sini.. bukan sebab tak sihat ke apa tapi saya agak bz sikit.. sejak dua menjak ni saya banyak habiskan masa di dapur dan oven saya.. dan blog baru saya sajiankasih.blogspot.com .. dah ada blog baru bukan bermakna saya akan tutup blog ni.. blog ni umpama diari saya.. kenangan saya pada masa akan datang.. tapi kenapa saya buka blog baru?

    Sebenarnya blog sajiankasih.blogspot.com tu merupakan blog masakan.. saya himpunkan semua resepi2 yang pernah saya buat dan akan buat.. ada juga resepi2 kawan2 blogger yang saya rasakan yang terbaik untuk saya rujuk pada masa akan datang.. resepi membuat kek, buttercream yang sedap, biskut, kuih talam hinggalah ke makanan harian kita.. semua saya nak update kat situ..

    sajiankasih.blogspot.com saya wujudkan khas buat anak2 saya terutama anak dara saya pada suatu hari nanti.. bila mana mereka perlukan saya tapi saya tak ada, resepi saya ada untuk mereka rujuk.. kalau kawan2 nak intai2 kat blog baru saya, sila lah :)


    Saturday, October 13, 2012

    Kata Doktor, Potassium Saya Rendah

    2 hari lepas saya gi klinik ada date dengan doktor.. doktor baca kan result ujian darah yang saya kena buat bulan lepas.. suspen pun ada.. dengan teliti saya mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut doktor zam aritu.. kata doktor tahap kolesterol saya ok.. alhamdulillah.. tahap gula saya pun ok.. alhamdulillah cumaaa.. aduhh.. ada cuma la pulak.. cuma tahap potassium saya jer rendah.. tak sepatutnya potassium saya ni rendah sangat.. 2.4 jer.. tahap normal 3.5.. terdiam saya kejap.. memula yang bermain difikiran.. "potassium tu apa?" satu2 soalan saya ajukan.. doktor jelaskan kat saya itu ini begitu begini dan last sekali.. "nanti makan ubat dalam sebulan, kita bagi appointment datang balik klinik buat ujian darah lagi".. haaa.. cucuk lagi??? adehhhh.. xpelah nak wat camner kan.. cucuk pun cucuklah..

    Tadi saya menggoogle maklumat tentang kurangya potassium.. adalah sikit maklumat yang saya dapat.. xpelah.. nanti jumpa doktor saya tanyakan lagi sampai saya puashati..

    Inilah info yang saya dapat tentang potassium.. ada berkaitan dengan buah pinggang .. klik sini untuk penjelasan seterusnya..

    Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh anda?

    Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot.Satu daripada otot yang sangat penting iaitu jantung,berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium.Selain itu potassium juga diperlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH.
    Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan baik,tahap darah mestilah dijaga supaya berada diantara 3.5 dan 5.5 mEq/L.Buah pinggang membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal.Ini kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.

    Bagaimana saya boleh tahu apakah potassium saya berada pada tahap yang tinggi atau rendah?

    Potassium Rendah
    Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita.Buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di dalam darah.Oleh kerana kebanyakan makanan kita mengandungi potassium,potassium rendah (hypokalemia) jarang berlaku kepada mereka yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat.Pengambilan makanan yang kurang zat,muntah dan cirit-birit yang berlebihan,dan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya potassium kepada anda.
    Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah:
    • Otot menjadi lemah
    • Kekejangan
    • Kebingungan
    • Masalah dengan koordinasi otot
    • Denyutan jantung menjadi tidak teratur
    • Jantung gagal berfungsi
    Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang gagal fungsi buah pinggangnya kerana  buah pinggang telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium.Ujian darah akan dilakukan bagi membantu doktor untuk memastikan tahap potassium.

    Saturday, October 6, 2012

    Acuanku Cair

    Tak sangka la pulak bekas plastik yang saya beli kat kedai kek tadi tak boleh digunakan untuk mengukus.. habis herot berot mangkuk comel tu.. bukan mangkuk tu jer yang rosak, dengan kek2 sekali lintang pukang dibuatnya.. nasib murah jer.. tapi tu lah.. nak murah kan kikikiki... padan muka saya :p

    hancus.. eee sabo jer lah

    dari bekas yang comel transform ke bekas corak terbaru hihi..

    so peringatan buat saya... 
    lain kali test dulu :D atau bertanya dengan si penjual.. 
    huhuhu...

    Iklan