Asben kata nampaknya ayah memang tak berdaya.. dari siang ayah tak makan.. nak ke tandas pun ayah tak berdaya berdiri.. sampai ayah terkencing atas tilam ayah.. aduhai kesiannya ayah.. asben saya terus ke farmasi mencari bekas untuk ayah mudah membuang air.. balik jer dari farmasi, asben saya kemas katil ayah, salinkan pakaian ayah.. dan paling aku tersentuh.. menantu ayah tu suapkan makanan kat ayah.. saya pun tak pernah suapkan makanan kat ayah.. ayah tak pernah macamtu.. hati ni resah sebenarnya.. esok pagi, insyallah saya nak ke rumah ayah.. nak pujuk ayah ke hospital dapatkan rawatan..
Setengah jam lepas asben balik, asben dapat panggilan dari anak bujang saya yang kebetulan nak tidur kat rumah opah dia.. katanya atuk jatuh.. aduhai.. asben bergegas sarung baju dan terus memecut ke rumah mak.. asben kata ayah memang tengah terlentang terbaring tepi katil tu.. mak ngan anak saya tak mampu nak mengangkat ayah.. aduhai.. kesiannya ayah.. asben dengan bantuan anak bujang saya papah ayah, dan baringkan ayah semula kat atas katil.. bila keadaan ayah dah ok, asben balik rumah..
Risaunya saya.. lambatnya pagi.. sekarang pukul 4.00 pagi.. saya masih tak tidur lagi sebab si kembar adik berjaga.. dalam hati saya sentiasa mendoakan ayah segera sembuh. amin.
Doa buat ayah:
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang ziarah orang sakit yang belum tiba
ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak tujuh kali
(yang bermaksud “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi
‘arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu”) nescaya
Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu. (HR Abu Daud dan
Tirmizi).
Rasulullah saw. apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu di datangkan kepada baginda saw., Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): “Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).
Daripada Abu Sa’is al-Khudri, Nabi saw. bersabda, “Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya.” (HR Ibnu Majah dan Tirmizi).

2 comments:
semoga ayah awak cepat sembuh ya..amiin..~
semoga ayah cepat sembuh...Amin
Post a Comment