Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, December 5, 2012

Shopping @ MAHA International 2012

Dah hampir seminggu cerita tentang MAHA terperuk dalam lappy ni tak dipublishkan.. malas la pulak nak menaip.. hari ni baru teringan sikit jemari ni nak mengetuk keyboard lappy kesayangkan saya tu hihi.. kalau penyakit m datang menyerang, memang takleh nak wat apa2.. :D

Siapa gi MAHA aritu? yang berlangsung dari 23hn Nov hingga 2 Dis 2012.. saya sempat lah juga ke sana dengan asben & biras saya.. dan anak2 saya hihi.. wiwin tu pun saya heret sama jugak.. geramnya saya tengok kat kawasan pokok2 orkid yang depa jual tu.. kalaulah rumah saya ada halaman luas, nak jer saya beli.. tapi apakan daya dok umah bertingkat ni, lantai org punya, dinding pun org punya.. semua berkongsi.. so tengok ajer lah yer..

Lepas tu lalu pulak kat kawasan org jual durian.. makk oiiii harum semerbak bau durian tu.. mula lah hati ni menggeletek nak beli durian, nak beli durian, nak beli durian.. alhamdulillah encik asben faham isi hati isterinya ketika itu.. kata encik asben "balik nanti kita lalu sini balik k.. kita beli mousang king!!!!" wow!! mousang king u!!! i loike!! tq dear.. dalam hati terusik curiga kejap "jangan tak jadi beli sudah!" hihi

Perjalanan diteruskan.. kali ni saya dibawa mendaki bukit sejauh hampir 100 meter.. uwaaaaaa.. dengan kepayahan saya jalan perlahan2 sambil dukung si kembar abg.. si kembar adik dah ke depan dengan biras saya.. dan akhirnya sampai juga kami kat atas.. kat Dewan C .. kat dewan tu semua booth2 International.. sejukkkk dewan tu.. hilang penat mendaki bukit tadi.. kat Dewan C ni ada adik ipar saya buka booth Thailand.. dorang pamerkan Baja Tawan Dang dari Thailand.. siapa nak cuba baja dari Thailand ni atau nak info pasal baja ni leh gi kat SINI ok.. baja ni memang terbaik lah..hasil buah-buahan nye fuhhh... gemukz2 belaka.. tau tau jerlah buah dari siam camner rupanya kan..


posing dalam Dewan C.. mai petik mai..

lepas ronda2, saya sempat lagi membeli belah sikit produk2 IKS ni.. dan dalam kepenatan tu tetap ingatkan encik asben.. "mousang king yer bang".. hihi.. dan alhamdulillah.. encik asben belikan 7 biji mousang king dengan harga RM9/kilo.. dan destinasi terakhir malam tu, kami singgah makan kat Restaurant Hadramawt kat Bangi.. eh eh.. pastu sempat lak singgah kat homestay adik ipar saya dengan kawan2 dia

2 comments:

inazamri said...

balik kampung ritu tak sempat gi MAHA coz anak demam so dok je kat umah

atie aizam said...

@inazamri: sya pun x puas jalan aritu.. payah usung baby2 ni hihi.. tunggu MAHA 2014 la pulak hihi.. time dorang dah besar sikit..

Iklan