Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, December 28, 2012

Belum Daftar Tadika 6 tahun

Aduh.. hari makin suntuk.. tinggal berapa hari jer lagi sesi persekolahan 2013 nak mula.. tapi mira belum ada sekolah nak di tuju.. kami masih mencari.. dan tercari2 tadika yang sesuai untuk mira.. dan sesuai dengan bajet saya dan asben hihi.. tahun ni mira sekolah kat Tadika Jasmani, Taman Dato Senu .. bukan tak mau sambung kat sana untuk tadika 6 tahun ni tapi rasanya macam nak berubah angin la pulak..

Puas menggoogle tadika di sekitar bandar baru sentul dan taman dato senu.. tapi tak banyak yang paparkan detail tentang tadika dorang.. kalau yang detail macam Smart Reader Kids, The Little Caliphs tu ader lah.. mak aii.. tak mampu lah nak bayar yuran sebanyak tu.. kalau setakat RM150 sebulan masih boleh tanggung lagi.. ni sah-sah RM200/RM300 plus plus.. huhu.. xpelah.. cari jer tadika yang lain kan.. :p org kata, kalau nak berbelanja tu ukurlah kain di badan sendiri kan kan hihi..

Kenapa tak pegi jer Tabika Kemas? huhu soalan yang tak berapa gemar nak jawab.. rasanya takyah jawab lah kot hihi.. jangan tanya tau sebab takde jawapan.. :D

Hurm.. nampaknya susah2 cari, ke tadika lama lah yer kakak mira.. mama tak larat dah nak menggoogle.. ok kan sekolah tu.. ada monkey bar.. kan kakak suka panjat memanjat.. kawan2 lama pun ada.. sekolah yang menjadi kenangan buat Arwah Sarah Khadijah ..

Anak dara saya ni dah bosan nak gi sekolah lama.. dia nak gi sekolah lain pulak.. tu la pasalnya.. kalau dah sekolah rendah esok masih bosan2 pasal sekolah memang lah nak kena kan kan .. mama garang ni hihi..

Esok kena buat keputusan juga.. dan daftar as soon possible .. tak boleh tangguh2 dah.. tapi dalam mencari2 tu saya sangat tertarik dengan Tadika Pasti.. anak saya 6 tahun, harap belum terlewat untuk dia bertatih belajar ilmu agama.. saya dah google.. esok nak call.. harap masih ada kekosongan.. amin.


2 comments:

Karen Monica said...

kak atie dah tinggal beberapa hari sebelum buka sekolah dah ni..cepat gi daftar..hehe

atieaizam said...

@Puteri Kasih: hihi.. tu la pasal.. tapi alhamdulillah rezeki anak akak.. ada kekosongan lagi utk budak 6 tahun..

Iklan