Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, December 7, 2012

Inilah Jantung Hati Mama & Abah

Tetiba rasa teringin pula nak wat entry pasal anak2 saya.. rasanya jarang sangat saya bercerita tentang mereka.. maybe sebab dorang ada blog sendiri kot so semua cerita tentang anak2 saya ni, saya kumpulkan kat situ.. dalam satu blog Cerita Tentang Kami ..


Inilah buah hati saya.. yang sulung anak bujang saya.. saya panggil acap.. nama sebenarnya asyraf.. sangat ringan tulang membantu saya menjaga adik2 nya.. baru habis UPSR.. dan sangat mendengar kata.. alhamdulillah...

yang ke-2 pula merupakan nak perempuan tunggal saya amira.. dah perempuan sorang, manja lah sikit kan.. tapi suka buat memek muka kat adik kembarnya.. selagi adik2 tak ketawa, selagi tulah dia takkan putus asa sampai adik2nya ketawa.. kerajinan ikut mood :) ..

dan si comel berdua tu.. amir hazim & amir haziq pengarang jantung saya.. sekarang dah berusia hampir 7 bulan.. kembar tak seiras.. mempunyai karekter yang berbeza.. si abg agak cergas berbanding si adik.. adik ni manja sangat.. adik tidur siang, berjaga malam.. abg tidur malam berjaga siang hihi.. lain kan..

walau macamana susah saya menjaga mereka, saya tetap bahagia.. melihat anak2 gembira buatkan hati saya turut gembira..

semoga anak2 mama menjadi anak2 yang baik, soleh dan solehah, hormat mama ngan abah sepanjang hayat kami, hormat semua orang, berilmu, beramal, dan berpendapatan tinggi bila besar nanti agar dapat membantu insan2 lain yang memerlukan. amin yarobballalamin.

10 comments:

shekechik said...

Pengorbanan seorang ibu sampai ke syurga...

Tahniah sis,shekechik doakan semua anak-anak sis yg comel tu akan menjadi anak yang baik, pandai, soleh dan solehah...amin

Encik Bell said...

sorg tidur siang, jaga malam.sorg lagi jaga siang, tidur malam... parah gak tu ek... huhuhu...

atieaizam said...

@shekechik: amin. tkasih yer shekechik :)

atieaizam said...

@Belalang: haahaha tau xpe.. mlm siang mcm sama jer..

krole said...

wuahh!!! msti sronok melihat dorank membesar dpan mata kan wak~huuu...tahun dpan turn krole lak jadi ayah~

atieaizam said...

@krole: seronok.. dari kerja sampai berhenti kerja lah sbb nak jaga dorang.. takmo terlepas pandang dorang membesar.. :) .. wah krole.. tak lama lagi tu nak jadi bapa..tahniah buat krole ngan isteri.. :)

Crack said...

Waaaaaa...anak kembar! Kak, bravo! Hebat dapat anak kembar. Saya dok teringin, tapi memikirkan, kurus abah cenggitu. Haha.

atieaizam said...

@Crack: tkasih crack.. anugerah Ilahi.. kalau Dia nak bagi, takleh kata taknak kan.. penat tapi seronok tau crack hihi

♥ suE said...

rindu pada mereka semua...maklang xsabar nak balik KL.. ;)

Arizakiah said...

assalamualaikum atie,
Lama akak tak berkunjung kerana akak juga menerima anugerah illahi 5 bulan lepas..alhamdulillah

menjaga anak-anak ni memang penat sikit tapi bila melihat keletah mereka seperti melihat keajaiban di depan mata... I

Iklan