Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Showing posts with label Simptom Rotavirus. Show all posts
Showing posts with label Simptom Rotavirus. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Tindakan Tanda-tanda Awal Rotavirus

Pada peringkat awal kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus akan mengalami demam dan muntah-muntah, diikuti dengan cirit-birit yang teruk dengan najis berair. Dalam kebanyakan kes, demam dan muntah selama dua hingga tiga hari manakala cirit-birit pula berlarutan hingga seminggu. Gejala lain termasuk kurang selera makan, sakit badan, air kencing yang berkurangan dan tidak bermaya.

Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda awal jangkitan rotavirus atau dehidrasi, anda perlu:


  • Beri anak anda minum satu hingga 1.5 liter cecair sehari seperti cecair garam rehidrasi atau isotonik. Jika anak anda muntah, pastikan dia kerap mengambil cecair atau susu dalam jumlah yang kecil setiap jam atau setengah jam.
  • Bubur juga boleh diberikan dalam jumlah yang kecil bagi memastikan anak anda menerima khasiat yang mencukupi. Elakkan daripada memberi makanan atau minuman dalam jumlah yang banyak jika dia muntah-muntah.
  • Beri ubat parasetamol untuk menurunkan suhu badannya.
  • Pastikan diri anda, anak anda dan orang lain mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.
  • Untuk bayi yang berusia di antara 6 hingga 24 bulan, muntah dan cirit-birit yang serius boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air) sekali gus menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang atau kerosakan otak. Jika dijangkiti, anak anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk menggantikan air yang hilang melalui cecair intravena. Jika tidak dirawat, dehidrasi akan bertambah teruk dan boleh membawa maut.

Apa itu Rotavirus?

Ketika ini kita dikejutkan dengan 2 kematian yang disebabkan Rotavirus dan lebih 2 ribu kanak-kanak menghidapi virus tersebut di sekitar Hilir Perak.. Baca SINI.. ia perlu diambil perhatian oleh semua ibu bapa terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berusia bawah 10 bulan.. apa yang anda perlu lakukan?

1. Kenali apakah itu Rotavirus
2. Tahu simptom-simptom penyakit ini
3. Dapatkan vaksin rotavirus dengan segera
4. Cara untuk mengelak dijangkiti wabak rotavirus


Info Vaksin Rotavirus


Rotavirus disebarkan menerusi makanan yang dicemari najis. Vaksin rotavirus adalah utk dimakan, bukan utk suntikan. Menurut Dr. Faridah, Vaksin rotavirus mengandungi rotavirus yang hidup atau aktif. Vaksin rotavirus sesuai utk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun bagi mengelak masalah cirit-birit yang teruk yang boleh membawa maut. Kini terdapat 2 pembekal vaksin rotavirus dari luar negara iaitu Rotarix oleh GlaxoSmithKline di UK dan RotaTeq oleh Merck di USA. Kedua-dua vaksin rotavirus ini dikeluarkan sejak 2006. Rotatrix mengandungi hanya satu rotavirus (monovalent) manakala RotaTeq mengandungi 5 jenis rotavirus berlainan (5 serotypes). Vaksin Rotarix diberi 2 kali iaitu pada usia 2 dan 4 bulan. Vaksin RotaTeq diberi 3 kali iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Anda boleh baca maklumat tambahan ttg vaksin rotavirus di http://en.wikipedia.org/wiki/Rotavirus_Vaccine_Program

Simptom Rotavirus

Tanda-tanda awal: sakit perut, tak ada selera makan, cirit-birit, demam panas

Cara Mencegah Wabak Rotavirus.
  • masak air sebelum di minum
  • basuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan
  • bila ke tandas pun sama, jangan lupa basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
  • kalau boleh elakkan makan ulaman yang tidak di masak.. rebus dulu k..
  • masak dengan sempurna
  • bersihkan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus dulu sebelum digunakan..
Marilah kita sama-sama mengambil perhatian tentang wabak ini.. Semoga anak2 kita berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera..

Iklan