Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, February 3, 2012

Ani Mayuni Ditendang & Dipukul Suami

Memang patut Ani buat laporan polis.. bukan tak sayang suami tapi bagi pengajaran buat suami dia yang suka2 hati naik kaki tangan ke badan ani.. moga ani mayuni tabah hadapi liku2 berumahtangga ni yer..

Jom baca berita selanjutnya kat bawah ni..

KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.

Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.

2 comments:

deqla manjew said...

ya Allah. sesuka hati nk pukul2, tendang ank orang!! suami jenis apa nih?? seram betol la tgk kejadian suami pukul isteri nih. ada jugak yg sampai nk bunuh2. hope perkara2 camnih x berlaku dlm rumah tangga kita. amin.

atie aizam said...

@deqla manjew: amin. mmg kesian dgn isteri2 yg jadi mangsa sebegini kan..

Iklan