Entry sebelum ni aku ada jelaskan apakah itu ANEMIA .. entry kali ni aku nak share info persoalan "kenapa anemia berlaku?"
Antara punca-punca anemia ialah:
- Kekurangan pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B12 dalam diet.
- Peningkatan keperluan (ibu hamil atau menyusu)
- Pendarahan semasa mengandung dan buasir
- Kerap mengandung (jarak kehamilan kurang 2 tahun)
- Kerap mengambil makanan penghalang penyerapan zat besi seperti teh dan kopi bersama hidangan.
- Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana loya dan muntah
- Wanita mengandung kembar
- Pengambilan ubat-ubat anti konvulsi
- Wanita merokok dan minum alkohol berlebihan
Anemia yang teruk adalah sangat bahaya, jadi jagalah pemakanan anda dengan baik demi kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungan anda.
2 comments:
dua kali mengandung...takde masalah dgn HB.... alhamdulillah
ohh, nisa baru tau kerap mengandung punca anemia.. nice sharing ^_~
Post a Comment