Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, November 30, 2010

PEMENANG 1ST LUCKY DRAW ATIE AIZAM

Sebelum atie umumkan Pemenang 1st Lucky Draw Atie Aizam ni.. atie nak mohon maaf lah sebab ada yang lama menanti dari habis makan sampailah lapar balik kan kan hehehe... bukan saje tapi itulah.. sebanyak 215 kertas kena gulung.. hehe.. ingatkan mudah jer.. tapi amik masa rupanye..

Ok.. so tak mo citer banyak.. meh tengok siapa kah insan yang bertuah itu.. ohhh yer.. untuk makluman semua, husben atie dengan murah hati memberi satu lagi hadiah berupa Pendrive Kinston 2GB untuk pemenang saguhati..

Kepada pemenang atie ucapkan TAHNIAH!!

Kepada yang tidak berjaya.. jangan sedih..
insyallah nanti atie buat GA ke-2 pulak ekk..

Jeng jeng jeng jeng.............!!!! berdebar? hhehe
v
v
v
v
v
v
v
v

Pemenang Saguhati dari Mr.S berupa Kingstone Pendrive 2GB

dan pemenangnya adalah:







dan dan... Siapa Pemenang Hadiah UTAMA? Jaga jantung anda k!!!



HADIAH UTAMA Laptop Accessories


Hadiah UTAMA ini dimenangi oleh blogger yang dikenali dengan nama:


KEBABOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!





TAHNIAH KEPADA PEMENANG!!


Sila tinggalkan butiran anda kat email saya yer..

atie_aizam@yahoo.com untuk tujuan penghantaran..

Butiran:

Nama
Alamat
No.Tel

Penyertaan TAMAT


Alhamdulillah hari yang dinantikan muncul akhirnya.. sekejap jer dah sebulan yer.. Atie nak ucapkan ribuan terima kasih kepasa semua peserta yang sudi support Atie dalam memeriahkan GA ini.

Atie tak sangka 1st GA ini mendapat sambutan sebegini.. sehingga tamat tempoh penyertaan pukul 11.30 tadi seramai 215 orang peserta telah menyertai GA ni.. di luar dugaan pun.. atie ingat maybe dalam 100 orang jer..

Tujuan GA ni pun hanya sekadar untuk meramai kenalan dan saje suka2 buat teman2 lain terhibur.. meskipun ada yang kecewa sebab nama tak 'naik'.. tapi itu lah adat permainan kan..

So.. kita nantikan cabutan akhir nanti.. keje2 akhir dalam proses.. cabutan akhir ni atie buat secara manual.. so sekarang ni 'kami' dalam proses menggulung senarai 215 nama hehe.. nanti time lunch uols pergilah makan dulu.. jangan tunggu.. nanti lapar pulak.. lepas makan nanti baru atie umumkan ekk :)) ..

Semoga Bertuah semua! :)

1st Lucky Draw by Atie Aizam

Assalamualaikum wbt.

Tiba2 jer teringin nak buat Lucky Draw hehehe...
maka dengan ini tepat jam 5.00 pagi aku lancarkan

GIVEAWAY PERTAMA ATIE AIZAM
(aku ler tu)


khas untuk
Rakan2 & Follower2 Atie

Syarat2 nye senang jer..

1. Anda mesti seorang blogger
2. Anda mesti merupakan follower atieaizam.blogspot.com
3. Anda mesti mempunyai alamat di Malaysia
4. Buat entry bertajuk: 1st Lucky Draw by Atie Aizam
5. Mesti letak banner 1st Lucky Draw tu yer kat entry anda
dan linkkan ke blog ni
6. Kat sidebar pun, jgn lupa letak banner ni dan perlu linkkan juga
7. Tinggalkan link entry anda di komen box entry ini saje
8. Tag sorang kawan anda atau lebih terpulang pada anda


Tarikh Tutup: 30 November 2010


HadiAH?????



laptop accessories
ada 10 brg dlm box ni termasuk mouse,
cable lock dan sebagainye.. :)

jOM join!!

Ada Penambahan:
Bila2 masa saje atie akan mencabut nama
di dalam senarai yang ada untuk memenangi hadiah sampingan..

jika dalam tempoh 3 jam dari cabutan dibuat
si pemenang tidak mengesahkan dirinya
di post Lucky Draw Hadiah Sampingan,

hadiah tersebut dengan sendirinya terbatal..
takde rayu merayu yer hikhik..
hadiah akan diberikan 2 hari selepas 30hb Nov 2010 juga..


Monday, November 29, 2010

Tempoh Penyertaan 1st Lucky Draw Atie Aizam

PENGUMUMAN!!


Jadi rakan-rakan yang berhajat nak join GA ni, masih sempat lagi k.. :)
ish.. berdebar la pulak hikhik..


Kemalangan Lori Asid


Beberapa pengguna lebuhraya sesak nafas termasuk pemandu lori terbabit akibat terhidu asid yang tumpah.. sangat bahaya.. pemandunya dikatakan hilang kawalan ketika memandu di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran dengan Plaza Tol Ayer Keroh pagi tadi.. harap mereka yang kini dirawat di Hospital Alor Gajah semuanya dalam keadaan stabil.. teringat tragedi kemalangan 10.10.10.. :(( al-fatihah untuk yang telah kembali ke Rahmatullah.

Timbang

duck02 Pictures, Images and Photos


Comellah ayam tu.. tapi aku bukan nak cerita berat ayam kat pasar.. tapi aku nak cerita pasal timbang berat sesuatu blog.. aku ni bukanlah ariff.. aku cuba belajar sikit2 menerusi info2 yang aku dapat pasal kelajuan sesebuah blog.. aku dah tengok blog aku.. aku dah timbang.. agak berat jugak berbanding dengan ramai blogger2 lain terutamanye otai2.. so tak salah kita amik ilmu yang dorang ader kan kan.. akan menentukan cepat atau lajunye bloge page kita dibuka sepenuhnye..

Aku suka sangat letak gambar dalam blog aku ni.. tak salah.. cuma menerusi pembacaan aku, gambar2 tu akan memberatkan blog aku dibuka sepenuhnya.. bukanlah berat sangat cuma bila kita buka blog byk2 untuk tujuan blogwalking, dah tentu perjalanannya agak perlahan.. lagi satu, aku dapat sesuatu yang agak penting yang aku tak tau sebelum ni.. kalau nak resize gambar jangan edit dalam html.. edit kat luar dulu.. edit size yang kita nak dulu.. baru attach dalam page kita.. aku dah buat.. percaya tak? berat blog aku dari 3.45 MB bertukar menjadi 1.83MB bila aku edit balik gambar2 tu.. wah.. memang betuller.. so nampaknye aku kena study balik blog aku ni..

Macam mana nak laju? hehe .. aku pun tak reti.. masih tahap bertatih.. baru baca buku2 intenet ni.. moga ada yang sudi bantu aku.. biar aku dari bertatih sampai mampu berjalan betul biarpun lambat terkedek-kedek :))

Tapi aku berterima kasih kat zaerr ngan padin.. sebab n3 dorang ler yang menarik minat aku selongkar benda2 ni.. :))

Sunday, November 28, 2010

Makan Malam@ Al-Hidayah Seafood

Siapa penah pegi tempat makan ni? Masakan dia sedap jugak.. boleh bagi 3.5 bintang :) .. service dia pun ok cuma bila orang ramai tu, makanan lambat sikit sampai hehe.. apa yang paling best kat sini? hurm.. aku suka laicikang ngan sup cendawan.. jom layan!


Al-Hidayah Seafood


Sup Cendawan


Paprik Campur



Sambal belacan


Ikan Kembung 3 Rasa


Laicikang

tempat makan ni kat kawasan Bandar Baru Sentul, sebelah Garden

Saturday, November 27, 2010

Berdua Aje..

Anak2 takde kat umah.. last week kan aku balik kampung beraya kat sane.. so dorang ditinggalkan ler atas permintaan anak sulung aku tu.. memang tiap2 tahun macam tu.. bulan 12 jer dia mesti mintak hantar balik kampung cuti sekolah panjang.. kalau dah tinggal si abg kena lah tinggalkan si adik jugak.. mulanya si adik tak nak.. berbelah bagi macam biasa.. lelama bila tokwan pujuk.. cair terus hehe.. takper lah.. biarlah dia nak beramah mesra ngan tokwan n tok dia lama sikit.. so sampai hari ni dah hampir seminggu rumah aku sunyi dari jerit pekik anak2.. nasib aku bzkan diri ngan buku sebab aku ada exam khamis lepas.. tapi jumaat..sabtu.. dan hari seterusnya aku nak buat apa? blogwalking jer? hehehe...

Kalau khamis lepas aku gi KLCC, hari ni pulak aku gi AmpangPoint.. tapi sebelum tu aku singgah makan tengahari kat Restoran Nasi Ayam Mas kat Keramat.. sedap woo nasi ayam kat situ.. aku gi Ampang Point pun ada tujuan.. aku ngan hubby nak buat spek mata baru.. aku nye spek mata dah bercalar balar.. makin fenin aku dibuatnye.. hubby pulak spek dia hilang ntah ke mana.. nasib ler power spek dia tak kuat.. tak pakai pun takde lah terjejas sangat aktiviti harian dia.. mana hilangnye pun aku tak tau.. ni mesti kerja si kecik ni si amira.. bulan lepas dia sorok spek aku.. sure spek abah dia pun dia sorok.. tapi muka selamber jer dia kata "adik tak main sepek abah pun" hehe.. so terpaksalah buat baru..

malam nak makan ape ekk? hehe.. gi Garden lar kan kan..

Thursday, November 25, 2010

UTM vs KLCC

Kol 8.15 pagi aku dah kuar umah hari ni.. aku ke UTM, Jalan Semarak sebab aku ada exam pagi ni.. Paper Training Management.. Alhamdulillah aku dapat lalui dengan penuh tenang.. Tamat paper kol 11.30 pagi.. Mr.S datang jemput aku.. nak gi tengok wayang hehe.. ingatkan tak jadi kan kan kan... senyum sampai ke telinga ler aku..

Sampai TGV KLCC dalam kol 12.00 thari. mata dok melilau nengok kat screen citer ape yang menarik.. alamak banyak citer lambat lagi nak tayang.. paling awalpun kol 1.45 ptg.. takkan nak tunggu kot.. hurmm kol 12.10 ada satu citer.. ahhhh.. belasah jer lah.. kami terus rembat 2 tiket belakang sekali.. tak sakit leher nak tengok hehe.. dalam hati kata "harap2 tak sakit hati nengok kot2 ada wayang free kat depan nanti" huhu... dah lah lambat sempat lagi que beli popcorn ngan air hehe..

inilah citer yang kami tengok

Lepas habis citer tu kami terus gi cari makanan.. lapar derrr.. plan awal nak gi makan kat kedai makan AhChong kat Kampung Baru... dalam masa turun ikut eskeleter kat Chilli's tu aku nampak Restoran Ayam Penyet.. saje je tanye kat Mr.S .. sekali tu dia nak daaa makan kat situ hehe.. aku sengih jer ler.. apa salahnye cuba kan kan.. 1st time aku makan Ayam Penyet ni.. pedas ko sambal yang dia kasi tu.. walaupun aku 'darah minang' aku tak mampu layan kepedasan sambal ayam penyet tu.. giler pedas!! berpeluh aku dalam KLCC tu..

gambar cilok encek google punye.. tak bawak kemare der..

Aku puashati hari ni.. semalamnye aku tunggang langgang dengan buku.. tapi masih sempat ngadap pc hehe.. hari ni aku enjoy!! terima kasih Mr.S.. terima kasih temankan aku tengok wayang..

Wednesday, November 24, 2010

Jawapan Sms Keramat 26

Assalamualaikum wbt..

N3 sebelum ni aku ada kemukakan kekeliruan aku tentang sms berantai kat bawah ni.. rupanya bukan aku saje yang keliru, ramai kawan2 aku yang keliru sama.. jadi teringat pulak aku kat seorang blogger yang dikenali dengan nama "Ustaz Love" maka aku segera tanyakan hal ini pada ustaz.. dan ustaz bersetuju untuk menjawab permasalahan ini dalam n3 beliau.. dan nampaknya ustaz telahpun menjawab pertanyaan aku dalam n3 nye yang terbaru SILA KLIK Di SINI

Menurut ustaz,

..... bila kita menentukan bahawa angka 26 itu adalah sesuatu yang dinyatakan dlm al-Quran dan dikaitkan dengan kejadian2 bencana spt di atas, maka kita sebenarnya telah berlaku zalim kepada al-Quran. Al-Quran bukan digunakan untuk tujuan peramalan… tapi bertujuan untuk mengambil iktibar dan panduan daripadanya…

Apa saja musibah yang berlaku, semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t. Manusia tidak mampu untuk meramalkannya secara rohaniah… bahkan secara zahir saja yg kita mampu (tgk ramalan kaji cuaca ke)… Dan kepada mereka2 yg terlibat dalam menyebarkan sms2 berantai seperti ini, diharapkan agar dapat menghentikan perbuatan tersebut… kerana rantaian pahala yg kita harapkan mungkin bertukar menjadi rantaian dosa yang berpanjangan sehingga kita dah mati sekalipun (sekiranya sms tu masih lagi disebar2kan hasil penyebaran kita).

Jadi.. wahai rakan2 sekelian, jika kalian ada terima sms sebegini.. abaikan.. dan jika pengirim itu adalah dikalangan yang mampu kita nasihati, nasihatlah mereka..

Dan pada sesiapa yang nak copy paste N3 ini, dipersilakan agar dengan penyebaran penjelasan ini mampu menghentikan sms berantai tersebut.

kredit: Ustaz Love

Kolam Air Panas Ulu Legong

Assalamualaikum wbt

Fakta Menarik Tentang Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong




  • Terletak di Baling, selatan Kedah
  • Terletak di Perkampungan Orang Asli.
  • Satu2 nya Pusat Rekreasi yang beroperasi 24 jam sehari..
  • Terdapat 5 lima kolam air panas kat situ
  • Suhu air antara 30 °C dan 60°C dengan kandungan sulfur yang tinggi
  • Tiket Dewasa RM4.00 dan Kanan-kanan RM2.00 sahaja

  • Terdapat banyak tempat penginapan disediakan dengan pakej yang menarik
  • Nak berkhemah pun boleh..
  • Nak buat aktiviti 'jungle tracking' pun boleh
Fakta Sejarah Tentang Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong

Kolam asal kolam air panas, Ulu Legong

  • Tentera Jepun sekitar tahun 1940an telah menjadikan persekitaran Kampung Ulu Legong sebagai salah satu kawasan operasi tentera yang merupakan laluan masuk dari Thailand.
  • Sekitar tahun 1970an ATM turut menggunakan kawasan sekitar kolam air panas ini sebagai markas operasi tentera untuk memburu anggota Komunis.
  • Pada tahun 1980 berlaku tragedi serangan komunis terhadap penduduk Kampung 15, Kampung Ulu Legong dan kemudiannya berlaku satu lagi serang hendap komunis ke atas Konvoi Tentera di akhir tahun 1981
Kalau nak tau lebih lanjut boleh lah call: 04-4721468 , 013-4720255

Lagu & Lirik Lagu Kalau Berpacaran

Assalamualaikum wbt..

Jom layan lagu ni..
oleh Cikgu Shida SS tapi kreatif giler!!
aku suke!
sape nyampah dinasihatkan jangan tengok k hehehe!!!


Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

Berendam di Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

N3 sebelum ni aku ada bagitau yang aku sekeluarga beraya kat umah MIL ku kat baling, kedah.. Raya ke 2 pulak, mak ngan ayah datang umah my MIL.. bertambah meriahlah umah my MIL tu.. so pagi keesokkannya tetamu2 aku tu ajak gi mandi air panas.. tau tak.. dah 8 tahun aku tak jejakkan kaki ni ke Ulu Legong.. hajat tu selalu tapi bila tiba malam jer.. bantal lebih cepat memanggil aku.. hikhik.. tapi sebab tunaikan hajat mak ngan ayah yang datang jauh2 dari KL tu aku pegi jugak.. 2x aku gi mandi sane....


Memula aku pegi dah lewat.. kira2 pukul 10.00 pagi.. masa tu kami sekeluarga pergi ramai2.. mak ngan ayah pun ada.. yen, ani, zainab, aisyah, nazira, sue pun turut sama.. bayaran masuk RM4.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak.. kami lepak kat tempat kanak-kanak jer hehe.. tapi mak aiii.. air kat kolam kanak-kanan tu pun punyelah panas.. aku mampu celup kaki aku jer.. anak aku si mira dah merungut.. dia ingat mandi kolam macam kat desa waterpark tu hehe.. siap suh beli pelampung lagi.. sekali dia cecah kaki.. "maaaa.. air panas!" sian pulak aku nengok dia sebab takleh nak mandi langsung..


celup kaki jer.. tengok kaki mira.. bersimpuh lagi..

tapi aku dapat idea.. hehe aku ajak dia mandi "air terjun" untuk pengunjung bersihkan badan tu.. sukenye dia dok layan "air terjun" tu..


air terjun hikhik.. boleh laaa

Malam esoknye pulak kami sekeluarga pergi sekali lagi.. kali ni kami bawak Nyah, Lia, Sabu Ayie & anak2 dia.. mak n ayah.. kami gerak lepas makan malam kat umah MIL aku dalam kol 10.00 malam.. sampai jer sane.. aku tengok banyaknye keter.. kat dalam sesak dengan pengunjung.. kami ke tempat semalam.. bahagian kanak-kanak.. sesak kolam tu dengan budak2 hikhik.. aku pun mandi kat tempat kanak2 tu sebab dok guide si mira mandi.. mulanye mira takut masuk air sebab dia dah rasa air tu panas semalamnye.. tapi hari ni air tu suam2 kuku.. patutlah bebudak tu dok layan macam kolam air sejuk.. mira rasa sikit2 last2 habis2 satu badan dia berendam..


kolam kanak2 waktu malam.. keruh!

Husben aku ngan kazen2 aku dah hilang.. dorang dah gi tempat dewasa.. adesss.. tak bestnye aku dok layan kat tempat bebudak nih.. aku suh SIL aku jagakan mira sat sementara aku cari husben aku.. orang ramai.. berpinar mata aku dok tengok sane sini.. patutlah aku tak jumpa.. rupanye dah masuk dalam kolam.. nampak kepala jer.. kebal betullah dorang ni.. lepas bertukar tempat dengan husben aku, aku pun mencuba lah masukkan kaki dulu.. mak aiii panasnye ko!! tapi pelan2 aku masukkan sikit2 badan aku sampai takat leher.. yesss!!! tapi aku dah mula fenin.. bau sulfur air kolam tu buat aku berpinar.. pelan2 aku bangun.. duduk kat tebing kolam tu.. amik nafas pelan2.. 5 minit kemudian aku dah ok balik.. dalam kol 1.30 pagi kami gerak balik.. anak2 aku dah lena dalam keter hehe.. tu lah.. mandi tak hengat!

Next N3 aku akan citer pasal Taman Rekreasi Ulu Legong ni k..

Tuesday, November 23, 2010

Sms Keramat 26

Assalamualaikum wbt..

Bukan niat untuk mempersendakan apa-apa.. atau percaya atau sebaliknya.. cuma aku terkeliru sekejap dengan sms yang aku dan husbenku terima siang tadi dari rakan2 lain.. sms nye berbunyi begini :


Sesiapa yang ada terima sms ni.. meh la share kat sini.. agar yang tak betul dapat diperbetulkan, dan yang betul dapat ditegakkan..

Pemenang Mouse Biru LD1AA

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

TAHNIAH!!!! buat Nurin Adilla

sebab bertuah memenangi Hadiah Sampingan ke-2
1st Lucky Draw Atie Aizam

mouse biru

hanya kurang beberapa minit dari masa tamat.. 6.45 ptg


Kenduri Korban 2010

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Tempat: Baling, Kedah

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri, aku turut serta mengambil bahagian dalam korban tahun ni.. terima kasih husbenku..

Seawal jam 7.30 pagi abah my FIL dah panggil suh berniat sambil pegang tali lembu tu.. abah ajar aku niat korban sebab aku tak tau.. tu 1st time aku turut serta..


Suasana memujuk lembu supaya bertenang & suasana selepas disembelih


Masa untuk melapah...



Semangat gotong-royong org2 kampung..



setelah siap kerja melapah dan masak, wat majlis kesyukuran sekali..


kredit kat anak2 dara ni sume.. rajinnye membasuh :))

Monday, November 22, 2010

Saharina Tidak tuntut Hadiah Sampingan ke-2 Siri 2

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

mouse biru untuk cabutan kedua



Alahai Pemenang Cabutan Hadiah Sampingan ke-2 Siri 2 iaitu SaharinaSaruddin tidak menuntut hadiahnya.. Maaf yer Rina.. masa tuntutan telah pun tamat pada masa n3 ini dipublishkan.. iaitu pada pukul 4.31 ptg.


Pemenang Hadiah Sampingan 2 LD1AA Siri 2

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

mouse biru untuk cabutan kedua

Tahniah!!

Hadiah Sampingan 2 LD1AA Siri 2 sudah ada pemenangnye.!!!


Untuk sesi cabutan ini, atie masih menggunakan pakar RANDOM.ORG untuk memilih pemenang.. senarai peserta adalah dari kalangan mereka yang menyertai GA ini sehingga pukul 1.00 ptg tadi.. jadi kepada yang baru menyertai selepas tepat pukul 1.00 ptg, ia tidak disenaraikan untuk sesi ke 2 ini k.. mereka yang tersenarai adalah seramai 186 0rang..
dan... PEMENANGNYE adalah....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kali ini atie masih menggunakan khidmat Random.org ..
seperti yang atie maklumkan sebelum ini pemenang yang lepas iaitu Kehelan tidak dimasukkan dalam cabutan Hadiah Sampingan yang ini ..

Siapa Pemenangnye?!!
Mari kita tengooook...

Pemenangnya adalah yang berno. 93. saharinasaharudin

Tahniah!! Kepada pemenang sila mengesahkan kemenangan anda di sini..
Tempoh pengesahan akan dikira bermula dari pukul 1.30 ptg hingga 4.30 ptg ini.

Kepada yang lainnya yang tidak berjaya untuk sesi ini,
nama anda akan dimasukkan ke Hadiah Sampingan LD1AA ke-3.. pemenang yang memenangi hadiah sampingan tidak lagi dicalonkan untuk sesi hadiah sampingan yang lain yer.. tetapi anda tetap berpeluang untuk merebut hadiah utama.. Terima kasih.

Saturday, November 20, 2010

Hadiah2 1st Lucky Draw Atie Aizam



Hadiah 1st Lucky Draw Atie Aizam


hadiah-hadiah 1st LuckyDraw Atie Aizam


mouse pink ni dah ada pemenang..


mouse biru untuk cabutan kedua


mouse oren untuk cabutan ke-3


HADIAH UTAMA Laptop Accessories

Iklan