Hari ni aku nak tukar mode penulisan aku hehehe.. untuk dikongsi bersama.. kisah suami isteri dalam mode bersiri..
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing isteri ngan anak-anak. Kalau suatu hari berlaku perselisihan paham, jangan cepat tunding jari.. duduk berbincang.. cari kesepakatan.. bak kata pepatah Tiada bumi tak di timpa hujan."
Ada satu kisah, si suami ni kalau isteri dia berleter, dia tak balas langsung.. si suami ni keluar umah, naik motor terus gi pekan.. tujuannya nak cari nasi lemak kampung baru. Bila sampai kat umah, si suami ni terus bagi nasi lemak tu kat isteri dia.. isteri dia yang dengan muka masam mencuka tu terus tersipu-sipu senyum.. malu nak amik tapi sebab paberet dia, dia amik jugak..
Moral the story kat sini ialah.. sape tau? hhehe..
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
No comments:
Post a Comment