Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, July 26, 2010

Jumpa Pakar Mata

Salam,

Pagi ni aku temankan mak aku gi HKL.. mak aku tu ada temujanji ngan doktor mata 13 Julai haritu.. tapi sebab time tu mak aku ni demam, tak dapatla dia pegi.. so menjadi satu kesalahan di hospital2 kalau tarikh temujanji tak ikut.. aku faham kenapa dorang ni selalu bising kalau ada pesakit yang tak datang jumpa doktor ikut tarikh tu.. ialah.. dorang kan dah setkan berapa2 pesakit untuk hari tersebut... lagi pun pemeriksaan mata ni lama giler.. kalau dah ramai tak ikut date, gile meroyan la doktor kat dalam tu kalo pesakit tak habis2..hehehe.. berbalik ngan kes mak aku ni.. mak aku ni risau la sebab tak datang tu.. dia takmo kene bebel.. mak aku kata selalu sangat pesakit yang tak datang ikut tarikg kene basuh.. so aku la yang ke depan.. explain kenapa mak aku ni tak dapat datang time tu.. aku tengok releks jer brader MA yang set appointment tu.. dia tanye..

"kenapa tak datang haritu?"

"mak saya demam.. sebab tu dia tak pat datang" aku bagitau dgn muka serius (konon)..

"takpe.. nanti suruh makcik datang ikut tarikh yang satu lagi ni" pembantu perubatan tu bagitau aku..

tu jer.. dia cakap pun bebaik jer.. hehehe.. lega gak aku.. aku dah plan dari umah.. kalo dia melenting, aku takkan diamnye.. tak reti ke mak aku tu demam kan.. tapi sebab dia balas soklan aku dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, aku pun jawab lah dengan nada yang sama..
haaa.. macam ni la baru perkhidmatan yang bagus.. alaa lupa la nak catit nama mamat tu...

tapi betul la.. chek mata ni lama.. berejam2.. temujanji sebelum ni 4 jam aku berkampung kat HKL.. pastu tambah lagi 2 jam untuk temujanji ayah aku lak.. dia kene buat fisioterapi.. gile lama tu. kebetulan lak temujanji hari yang sama.. lepas pada tu aku dah pesan ngan mak ayah aku, kalau boleh jangan buat dalam hari yang sama.. aku yang letih dok sepital tu.. aku takleh tengok orang ramai ke hulu ke hilir.. serabut otak aku ni.. so sat je aku kat HKL.. ada la dalam 10 minit hehe.. balik terus singgah pasar komuniti layan mee rebus Mcik Endon yang sedap tu..

3 comments:

Unknown said...

wah.part mkn mee rebus tu layan :)

Unknown said...

anak yang baik..

atieaizam said...

alinac: mmg layan mee rebus tu.. sedap seh! hehehe..

diana: insyallah.. selagi ibu bapa masih ada..

Iklan