Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, July 31, 2010

Sukan Sekolah 2010

Salam,

Sekolah anak aku buat hari sukan sekali dengan hari kantin.. meriah sangat.. dan aku pun sama lah join menghabiskan duit kat situ hehehe... awal2 lagi aku dah bertenggek kat padang sekolah... biasanye aku datang lambat... lebih kurang time majlis sukan tu dah dah nak tamat la baru aku sampai.. tak senonoh tui kan hehehehe... cuma hari ni jer terrajin pulak ...

So ada la beberapa keping gambar yang aku amik.. jamu lah mata tu k.. :)

Photobucket


Photobucket
ni time perbarisan...
Perbarisan Tercantik "Rumah Temenggung"

Photobucket
kempen kitar semula pun ada..
so berplastik2 la mak pak datang bawak barang kitar semula.. gud.. gud!!

Photobucket
ni la satu2nye acara yang aku tengok kat padang.. acara akhir!
sebelumnya tu aku kat area jualan kantin sekolah hehehe..

Photobucket
haa.. ni pulak.. achap & frenz nak masuk rumah hantu..
2 jam beratur aleh2 dah dok depan dia leh kensel.. adoiii anak omak!!
aku ingat achap takut rupa2nye ada sebab lain..
dan tanpa pengetahuan aku, dia kembali ke rumah hantu tu
dan berjaya meneroka hingga akhir kat dalam umah tu.. sampai benjol2 la dia terantuk kepala.. ishh depa ni buat umah hantu tak titikberatkan safety langsung!.. nak kene report ni!
supaya next time tak guna dah besi2 buat halangan..

daripada penglihatan aku yang suam2 kuku ni, aku tengok pihak sekolah mungkin berjaya dalam misi mengutip RM20,000.00 yang diharapkan..
mana taknye.. tiket jualan sold out!!

Syabas!!

Friday, July 30, 2010

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa 2010 / 1431 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya


Salam,

Insyallah tak lama lagi kita akan berpuasa.. selain niat puasa yang kita wajib tahu dan baca, jadual berpuasa dan berbuka pun perlu tau gak.. karang ade lak yang terlajak makan lak time sahur hehehe.. so nak share dengan semua umat islam di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya jadual imsak dan berbuka untuk tahun 2010 ni.. pada negeri2 lain, maaf aku tak dapat lagi infonye.. so ambiklah jadual ni dan printlah.. untuk peringatan dan panduan bersama k..

Thursday, July 29, 2010

Contest: Lucky Draw oleh Shasha


Salam,

Contest ni pulak datangnya dari belog Shasha ..

Syarat-syaratnye..

1. Jadi follower belog Shasha dulu.. (dah follow)
2. Copy banner pastu letak kat sidebar blog dengan link sekali.. (wokeh)
3. Post entry, letak banner contest dan tag 2 orang kawan


Saya berkenan nak tag:

Xangonila

Kasih Cinta

4. Bagitau yang anda dah join contest ni kat comment box contest.. (wokeh)

Contest Hijau oleh ms GrEEn

Photobucket

Hahaha.. tiba2 jer ada katak kat sini..
Buat pertama kali aku join contest.. apa kene mengena dengan katak?

Kat tempat aku baru pas hujan waktu ni.. so kalo lepas hujan, apa lagi.. katak2 sume berlagu riang la.. bila sebut jer katak, kaler katak yang aku pikir tu dah tentu kaler hijau.. macam la katak2 kat Malaysia ni takde kaler lain hehehe.. so tu yang terpikir nak buh gambar katak hijau kat sini.. yang penting HIJAU kata ms. GrEEn!

Hijau ni feberet kaler aku.. damai jer rasa.. sebab tu aku suka sangat tengok view2 kehijauan.. tenang sangat! tengok katak hijau? gluurp!!!

Ok.. jom beramai2 kita join contest ms. GrEEn .. jadi sape nak join sila la ke belog ms. GrEEn kay!

*salah satu syarat, kene jadi follower ms. GrEEn.. udah follow yer.. :)

Wednesday, July 28, 2010

Buffered Earnings ke 4

Salam,

Dalam aku sedikit kecewa dan sedih atas beberapa perkara yang berlaku.. aku dikejutkan sekali lagi oleh Nuffnang.. Nuffnang telah kembalikan keceriaan aku.. Nuffnang tambah satu lagi iklan kat BE aku.. alhamdulillah.. thanks Nuffnang! Kekalkan atau tambah lagi ek iklan2 yang ada tu hehehe!! Terima kasih jugak kat kawan2 yang sudi singgah ke sini..

Tuesday, July 27, 2010

Menu Sahur


Salam,

Alhamdulillah kenyang!.. baru pas bersahur.. menu ringkas jer.. ayam kampung goreng kunyit, telur asin, terung bakar ngan cili kering goreng.. makan pulak dengan nasi putih panas.. fuuh!!! tak hengat sedapnye..

Time sahur ni aku tak suka makan yang berkuah.. aku suka yang goreng2 jer.. nak sediakan pun tak lama.. Ramadhan dah hampir tiba.. nanti akan kuarlah menu yang macam2 dari mulut anak bujang aku tu.. tapi bila time makan, hanyut.. makan dalam tidor.. ada lah sesuap dua masuk ke mulut dia.. a'ahh tak lama jer lagi saat itu akan kembali.. insyallah..

Monday, July 26, 2010

Buffered Earnings ke 3


Salam,
Alhamdulillah ni kali ke 3 aku dapat Buffered Earnings (BE) dan harap ianye kekal dalam akaun NN aku ni.. tengkiu Nuffnang..

Jangan tanye berapa aku dapat.. hehehe aku bukan otai.. aku budak baru belajar.. dan semoga aku dapat cecah jumlah macam otai2 nye NN satu hari nanti..

Akan ku tungguuuuu.. bila tiba saat itu.. akan ku tungguuuuu.. BE yang lagi satu... hahaha!! ikut rentak lagu group Candy "Akan ku tunggu" Yeah!! Zaaaaas! Layaaaaaaan!

Jumpa Pakar Mata

Salam,

Pagi ni aku temankan mak aku gi HKL.. mak aku tu ada temujanji ngan doktor mata 13 Julai haritu.. tapi sebab time tu mak aku ni demam, tak dapatla dia pegi.. so menjadi satu kesalahan di hospital2 kalau tarikh temujanji tak ikut.. aku faham kenapa dorang ni selalu bising kalau ada pesakit yang tak datang jumpa doktor ikut tarikh tu.. ialah.. dorang kan dah setkan berapa2 pesakit untuk hari tersebut... lagi pun pemeriksaan mata ni lama giler.. kalau dah ramai tak ikut date, gile meroyan la doktor kat dalam tu kalo pesakit tak habis2..hehehe.. berbalik ngan kes mak aku ni.. mak aku ni risau la sebab tak datang tu.. dia takmo kene bebel.. mak aku kata selalu sangat pesakit yang tak datang ikut tarikg kene basuh.. so aku la yang ke depan.. explain kenapa mak aku ni tak dapat datang time tu.. aku tengok releks jer brader MA yang set appointment tu.. dia tanye..

"kenapa tak datang haritu?"

"mak saya demam.. sebab tu dia tak pat datang" aku bagitau dgn muka serius (konon)..

"takpe.. nanti suruh makcik datang ikut tarikh yang satu lagi ni" pembantu perubatan tu bagitau aku..

tu jer.. dia cakap pun bebaik jer.. hehehe.. lega gak aku.. aku dah plan dari umah.. kalo dia melenting, aku takkan diamnye.. tak reti ke mak aku tu demam kan.. tapi sebab dia balas soklan aku dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, aku pun jawab lah dengan nada yang sama..
haaa.. macam ni la baru perkhidmatan yang bagus.. alaa lupa la nak catit nama mamat tu...

tapi betul la.. chek mata ni lama.. berejam2.. temujanji sebelum ni 4 jam aku berkampung kat HKL.. pastu tambah lagi 2 jam untuk temujanji ayah aku lak.. dia kene buat fisioterapi.. gile lama tu. kebetulan lak temujanji hari yang sama.. lepas pada tu aku dah pesan ngan mak ayah aku, kalau boleh jangan buat dalam hari yang sama.. aku yang letih dok sepital tu.. aku takleh tengok orang ramai ke hulu ke hilir.. serabut otak aku ni.. so sat je aku kat HKL.. ada la dalam 10 minit hehe.. balik terus singgah pasar komuniti layan mee rebus Mcik Endon yang sedap tu..

Friday, July 23, 2010

Tutorial Kozumiro Mantap?!


Salam,

Hahaha!! mesti tuan punya belog si budak nakal ni terkezut, nape ler pulak blog dia ada kat post aku hari ni.. apa kes ni hehehe.. releks bro! nanti aku explain kay.. minum nescafe dulu..

Photobucket

Cerita nye begini.. ini melibatkan kozumiro, Aku Tom Bukan Jerry, Affan dan Nas .. pada suatu hari, ada seorang permaisuri ni tersangat ingin la nak mengubah suai istana baginda.. jadi dia pun canang la kepada semua rakyat jelata barang siapa memiliki kepakaran atau tahu sesiapa yang memiliki kepakaran hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada baginda permaisuri.. maka tidak lama kemudian datanglah seorang pemuda lagi kacak hensem yang bergelar Aku Tom Bukan Jerry menyuarakan pendapatannya.. opsss..maaf..pendapatnye.. kata pemuda yang kacak hensem tersebut, apa kata tuan permaisuri segera ke rumah kozumiro untuk melihat-lihat sendiri kepandaian dan kepakaran orang itu dalam hal2 memperindahkan rumah dan istana..

Setelah mendapat tahu perihal kozumiro, dengan segeralah permaisuri sendiri turun padang ke rumah kozumiro.. maka tersenyum giranglah permaisuri tersebut apabila baginda memperolehi sebahagian perhiasan istana baginda..

Dengan itu, maka hari ini baginda permaisuri telah mentitahkan membuat pengucapan pemgumuman kepada semua rakyat jelata bahawa baginda amat berterima kasih ke atas kozumiro dan juga pemuda kacak hensem Aku Tom Bukan Jerry serta beberapa pemuda lainnya seperti si hensem bergaya 'nas' dan Affan di atas kesudian mereka memberi idea dan pemandangan.. opsss.. pandangan hehehe..

Ini ada pengumuman.. kepada yang ingin membuat pengubahsuai dan membuat penambahan di dalam rumah anda boleh la berkunjung ke rumah kozumiro.. percaya lah kalian pasti tak kecewa.. cukup mudah untuk faham dan ikut arahan yang diberi.. terbaek!! Nanti tambah lagi yer tutorialnye..

Sekian ceritanya.. Terima kasih ya semua!

Thursday, July 22, 2010

Mencari Tutor Sambilan

Assalamualaikum,

Hari ni bila aku tengok belog aku ni, macam ada yang tak kene.. serabut! ada part2 yang aku kene susun balik.. antaranya banner kawan2 tu.. jangan silap baca ekk.. bukan banner korang yang serabut, susunan aku tu yang takde susunan sebenarnye hehehe...

Photobucket
Ni yang tersusun indah dalam belog aku..

Aku gi jalan2 kat belog kawan2 malam ni ngan malam sebelum-sebelumnya aku ada la terperasan susunan banner korang.. cantik, sama saiz, sama padan, sama manis.. hehhehe dah melalut dah ni.. siap leh roll lagi.. aku pun nak wat camtu gak..

Photobucket
yang macam ni la aku nak huhuhu..
(tuannye belog maap yer saya amik wat contoh)

sebab tu lah aku nak cari tutor atau pengajar yang pakar dalam bab ni hehehe.. aku usha gak kat mane2 belog yang leh dapat tutorial pasal tu.. tapi tak la pulak jumpa.. jadi jika tuan/puan/cik/encik yang mana sudi lah kiranya mengajar aku yang tak reti nak buat ni.. aku sangat berbesar hati.. ribuan terima kasih aku ucapkan..

Wednesday, July 21, 2010

Award dari Sgerrard

Salam,

Suka bangat bila 2,3 hari ni aku dapat award dari rakan blogger.. ni mungkin dorang dah mula ingat kat blog aku yang tak berapa nak chantek ni hehehe..


Kali ni aku dapat award dari sgerrard.. terima kasih yer sgerrard sbab bagi award ni.. semoga persahabatan dan ingatan terus berpanjangan hendaknya.

Dan moga sgerrard ceria2 selalu k..

Tapi aku kene jawab 2 soklan:

1. Ucap terima kasih kat insan yang tag kat kita tu dan jangan lupa link kan

Dah ucap terima kasih tadi kan sgerrard.. :) terima kasih ekk.. datang2 la selalu hihihi!!

2. Tag 15 orang blogger yang anda pikirkan olalala tropika! fantastic bola bola! yaa reba ya rebba! hehehe..

Camne nak pilih ni adoiii.. sebab aku sayang kat semua blogger yang sudi menjenguk blog aku ni.. nak kene pilih jugak ke? oleh kerana nak yang blog menarik gitu, aku kene tag jugakler kan..


3. Kene bagitau insan-insan yang bertuah kat atas ni menerusi chatbox dorang
Akan dilakukan lepas habis jawab soklan ni hehehe..

4. Nyatakan 7 perkara tentang diri sendiri
  • suka baby
  • suka makan
  • suka tido
  • suka shoppin'
  • suka berkelah
  • geli kat tikus
  • geli kat cicak
ok.. itu aje.. sekian :)

Kisah Suami Isteri 1

Salam,

Hari ni aku nak tukar mode penulisan aku hehehe.. untuk dikongsi bersama.. kisah suami isteri dalam mode bersiri..

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing isteri ngan anak-anak. Kalau suatu hari berlaku perselisihan paham, jangan cepat tunding jari.. duduk berbincang.. cari kesepakatan.. bak kata pepatah Tiada bumi tak di timpa hujan."

Ada satu kisah, si suami ni kalau isteri dia berleter, dia tak balas langsung.. si suami ni keluar umah, naik motor terus gi pekan.. tujuannya nak cari nasi lemak kampung baru. Bila sampai kat umah, si suami ni terus bagi nasi lemak tu kat isteri dia.. isteri dia yang dengan muka masam mencuka tu terus tersipu-sipu senyum.. malu nak amik tapi sebab paberet dia, dia amik jugak..

Moral the story kat sini ialah.. sape tau? hhehe..

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.



Tuesday, July 20, 2010

Award dari AJ

Salam,

1. Nak ucap terima kasih la kat AJ sebab bagi award ceria meria ni.. i like! kata AJ award ni datangnya dari kyrole yang dihadiahkan oleh adik Husna yang chomel gitu..

2.Terima kasih jugak kat AJ sebab ingat gak kat blog atieaizam ni ..

3. Moga AJ ceria-ceria selalu k!

4. Kene tag kat 15 orang ke? setelah difikirkan.. adalah sudi kiranya rakan blogger yang lalu ke halaman chatbox sebelah ni untuk singgah dan mengambil award ini..

sekian, terima kasih.

Monday, July 19, 2010

Hari Bahagia..

Salam,

Semalam 18 Julai bertambahlah usia aku setahun lagi.. dan aku bersyukur masih diberi kesempatan untuk terus bernafas sehingga hari ini dan moga aku dipanjangkan umur, insyallah Amin.

Setiap tahun sejak aku berkahwin, biasanya hari ni aku akan masak dan menjamu keluarga ku makan dan menjemput adik2 ku dan sedara mara ku untuk bersama meraikan hari ulangtahun aku.. termasuklah beberapa jiran tetangga.. majlis yang aku buat bukan lah besar, sederhana jer..

Tapi tahun ni, aku dah bagitau husband aku, aku nak kelainan hehehe.. aku nak bawak anak2 aku mandi manda kat Desa Water Park. Dan alhamdulillah smlm, impian aku tu tercapai.. turut sama berpiknik mak, adik aku yen sekeluarga, ijon sepupu aku ngan farah adik ipar aku.. sambil mandi2 kami menjamu selera dengan KFC.. best!

Aku hepi sangat tengok anak2 aku puas bermain sane sini.. aku jugak hepi tengok mak hepi mandi manda.. aku jugak hepi tengok adik aku ngan wife dia hepi.. aku jugak hepi tengok farah ngan ijon hepi dan aku sangat hepi bila tengok semua orang hepi.. erk..berapa banyak hepi daaa... hehehehe!!! alhhamdulillah ..

Saksikanlah keriangan mereka..

Kepada suami aku, aku nak ucapkan sesuatu..

"terima kasih bang.. love u forever!"

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Semalam aku tak mampu nak berblogging lama.. penat sangat.. hehehe..
tapi bila dah segar sikit terus on encik dell aku ..
post ni pun aku perasan mcm ayat2 skema jer aku guna..
otak masih tepu lagi hehehe!!!

Saturday, July 17, 2010

Metered Earnings

Salam,

Pagi ni tergerak aku nak chek lagi akaun nuffnang sebab isnin haritu total amount tak sama dengan yang dipaparkan.. 4,5 jam kemudian aku chek lagi.. nampak ada penambahan RM kat amount BE.. tak banyak.. tapi alhamdulillah bergerak.. dan aku jugak happy sebab BE aku masih ada.. aku risau BE hilang sebab ada hari2 yang akunye BW tak banyak..

Dan pagi ni, agak memeranjatkan aku.. ada Metered Earnings (ME) pulak dalam akaun aku.. aku tak berapa paham ME tu apa.. tengok macam ada RM kat situ.. so aku harap jika ada kawan2 yang sudi terangkan kat aku ME tu apa dan kenapa leh muncul dalam akaun, aku ucapkan ribuan terima kasih..


dan aku harap biarlah ianye terus keluar dalam akaun nuff aku.. terima kasih Nuffnang! Dan terima kasih juga aku nak ucapkan kat semua kawan2 yang buat tutorial yang mana aku belajar sikit sebanyak dari tutorial tersebut.. ucapan macam la dapat ribu riban hehehe!! takpe, janji aku ikhlas nak berterima kasih.. kan!

Friday, July 16, 2010

Harga Minyak Naik

Orang giler jer suka harga minyak naik.. &*%#@$

Tadi berita kat Tv3, bernanah telinga aku ni dok dengar berita kol 8 mlm tu.. bukan aku mengadap tv pun, tapi sebab aku ada kat tepi tv tu kan, terpaksa lah aku dengar...

So Sad!! Angkara Harga Barang Naik

Salam,

Tadi aku keluar jap dari dunia blogging. aku ke dunia Facebook pulak.. aku merantau ke fb PM kita.. saje aku nak meninjau apa yang diperkatakan oleh beberapa rakyat Malaysia tentang kenaikan harga barang hari ni.. ni luahan aku~Atie Aizam


Klik artikel tu utk lebih jelas..
Banyak perkara lain lagi yang diperdebatkan..tapi mana PM kita? tu pesbuk dia,, kenapa tak bersuara? Busy kot!!

Sila la ke sinun!

http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/Dato-Sri-Najib-Tun-Abdul-Razak/27767103249?v=wall&ref=notif

Award Pertama

Salam,

Hehehe..sebelum ni nye en3 award pertama tama ek.. tu pertama aku amik, ni lak yang pertama aku dapat.. same ke? hurrrmmm.. tak kot ekekeke.. aku pun dah kompius :P

Award ni agaknye diberikan sebab kesian kat aku kot hahaha!!!

"sowi!!.. tak! tak!.. tau awak ikhlas nak kasi kita.. terima kasih yer wak!!


Comel award ni... warna lak warna feberet aku.. kuning, oren gitu.. terima kasih sekali lagi yer wak.. Salam Persahabatan buat Mardhiah ..

Award Pertama Tama

Salam,

Award? hehehe.. biasa aku tengok kawan2 nye belog, award dorang dapat tu dari kawan2 yang bagi direct mention award ni utk sape-sape.. tapi award yang aku post ni aku amik dari n3 AJ hahahaha!!!

nak tunggu org kasi award kat aku, hurrrmmmm takde ler.. takyah ler nak harap.. (sape la aku) hahahaha!! aduh sedeynye.. kesiannye aku.. :)

nama Award ni adalah INSPIRATION AWARD..


cantik award nih.. rama2 gitu :)


pastu jawab ler soklan AJ tanye tu..

BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT PADA DIRI SENDIRI DAN PEMBERI AWARD?

UTK DIRI SENDIRI

"jangan cepat kecewa kalau apa yang aku harapkan tak memenuhi kehendak aku, aku kene usaha lagi!" huhuhu..

UNTUK AJ

"teruskan ys anda yer! aku perlu kawan2 seperti kamu yang sudi bantu aku!"

Thanks ek AJ~

Wednesday, July 14, 2010

Wanita & Tupperware

Salam,

Aku sebenarnye tengah belek2 Tupperware nye katalog.. aku bukanlah pengguna tegar Tupperware Brands ni.. aku cuuma beli yang mana aku rasa nak guna jer.. macam bekas keropok, bekas susu, bekas milo dan beberapa bekas lainnya.. lagipun tau tau jer arr rege tupperware ni.. telan air liur dibuatnya.. nasib aku tak ketagih hehehe..

Ni aku just nak kongsi satu barang yang menjadi idaman aku hehehe.. tapi sebab regenye mahal, aku tengok ajer la ee..


tapi adik ipar aku beria2 benar nak beli benda ni.. dia sekarang tengah melobi husband dia hahaha!! takpe2.. beli la.. beli kat akak k heh heh!!

Tuesday, July 13, 2010

Aku Rindu!

Salam,

N3 aku pagi ni agak emo sikit.. sejak dua tiga hari ni aku selalu teringat kat kawan-kawan lama aku.. terutama Bibi Sakuntala ngan Syed.. aku rindu kat dorang.. alhamdulillah masing2 dah pun berkeluarga.. aku terputus hubungan lebih dari 10 tahun.. bayangkan rindunye aku.. kami bertemu semua dengan bantuan rakan2 kat Facebook.. Tq Facebook..

Bibi sekarang ni sakit.. dia mengidap sakit buah pinggang tahap kronik.. dan aku harap aku dapat jumpa dia dalam masa terdekat ni.. aku rindu kat ko b! dan aku harap ko cepat sihat dan tabah hadapi ujian Allah ni.

Syed pulak masih tinggal di Jerantut.. alhamdulillah anak dah nak masuk yang ke-4, murah rezeki awak Syed..!

Insyallah, panjang umo aku nak gi jumpa gak sahabat2 aku ni.. aku rindu sgt kat korang!




Ni la Syed..

Monday, July 12, 2010

SPAIN menang WORLD CUP 2010

Goaaaaaaaaaaallllllll!!!!!!!!!!



ANDRES Iniesta menjaringkan gol kemenangan Sepanyol,
dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 FIFA
di Stadium Soccer City, Johannesburg pada minit ke-116.
SPAIN menang 1-0 ke atas Belanda :)

Bagi aku ni kira dasatnye games la.. aku tengok sorang2 kene kad kuning.. tapi aku suka kat pemain Belanda yang macam tiga suku bagi aku hahaha.. nak tau sapa dia? haaa si Robben.. dah la kejar bola macam lipas kudung, bila dia tak puas hati tu boleh pulak dia pi kejar referee.. agaknye dia nak luahkan apa yang dia tak puashati kot.. tapi funny la.. walau bagaimanapun syabas kat Belanda sebab main bagus gak malam ni siap dengan skill2 sepak terajang yang ala2 tak sengaja gitu.. :)))

Sepanyol Vs Belanda World Cup Final!

Salam,

Korang jangka sape akan julang Piala Dunia tu ekk.. Toksah tanye si Paul ngan si Mani la.. Korang pikir lah sendiri... tapi kan.. bagi aku Spain berpeluang jadi juara dan aku pasti Spain JUARA! takyah banyak la.. bagi 1-0 jer.. cukup.. hehehe!! Waka waka lalalala!!!

Biasanye aku layan bola ngan hubby tapi nampaknye dia dah berlayar ntah ke mana hehehe, hanya dengkuran jer menemani aku.. tapi takpe.. Pak Mertua aku ada sama.. sama-sama gile bola hehehe.. abah sokong Belanda!.. Gasak!

Mengeluh lagi..

Just Joke k!

SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

skirt Pictures, Images and Photos

ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..

Laughing Pictures, Images and Photos

Friday, July 9, 2010

Kita Mengeluh Kalau Hujan Nak Turun..

Bila langit mula mendung

mums angel Pictures, Images and Photos

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?

  • Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
  • Alahai, hujan laaagiiii
  • Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm ni..
  • Payah nak buat apa2 kalau Hujan
  • Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a"

(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, Hujan itu Rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini antara yang tersenarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

rain Pictures, Images and Photos

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepas ini bila hujan jangan bersungut.Berdoa banyak2...insyaAllah makbul...

Thursday, July 8, 2010

SPAIN ke WORLD CUP FINAL!

Hahahaha!!! ramalanku benar belaka..
SEPANYOL akan bertemu BELANDA Final nanti..
walaupun score tak tepat tapi menang tetap menang!
(sukanye aku macamla negara aku yang menang heheh)


Carles Puyol
Ini lah Wira Spain yang telah menyumbatkan bola
dengan tandukannya yang sangat padu..

Bola Sepak Dunia!


Apa? Jerman menang pagi ni? ish ish ish..
walaupun ramai yang kata Jerman akan menang,
aku tak peduli.. aku tetap dengan Spain..
Spain akan ke FINAL!

Kalau orang dok sebuk-sebuk dengan ramalan sotong yang karut marut tu,
aku pun ada ramalan gak.. huhuhu
aku ramalkan Spain menang 2-1
sape sokong Spain angkat tangan! hehehe..

tetiba lak aku terminat kat Fernando Torres...
sape dia tu? dia kenal aku ke?
aku jer yang kenal dia hehehe!!!

watever pun.. aku ngan hubby
dah bersiap sedia gak..
ngan kudapan kami lalala....
meh la join!

Nyummy!!!

Wednesday, July 7, 2010

Lawak KANTOI!

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak,
sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka.
Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan..


watch tv
gambar amik dari mr google..

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal...

* Isteri: @#$%????!!!! !
* Suami: (Dalam hati)Alamak! !

Tuesday, July 6, 2010

Cara Makan Yang Betul

Salam,

Tadi aku dok belek email aku, tertarik hati pulak nak post kat sini satu email yang berjudul "Cara Makan Yang Betul" haaa.. nak tau sapa yang kasi email tu kat aku.. kalau bab2 ni dah tentu lah mydarling hubby..

Bila aku baca email tu, terkesima la kejap.. hehehe bukan ape.. selama ni payahnye aku bukak benda tu nak makan.. rupanye senang jer.. ishhh..boleh dipraktikan nanti nih..

Jom kita share..







Cara Makan Manggis

Cari gambar seterusnye ke? tak yah kot.. seterusnya apa lagi.. masuk mulut arr makan hehehe!! Selamat Mencuba!

Monday, July 5, 2010

Buffered Earnings

Salam,

Sebelum ni aku selalu ronda kawannye blog.. dan selalu jugak la aku baca pasal n3 depa yang post pasal 'Buffered Earnings'.. memula tu jenuh jugak la aku nak paham apakah bendanye 'Buffered Earnings' ni.. tapi bila aku baca betui2.. aku selidik betui2 baru lah datang kefahaman tu..

Dan hari ni dengan bangganya aku (hehehe) buat pertama kali nye aku dapat 'Buffered Earnings' tu huhuhu.. walaupun tak banyak mana tapi tu sebagai satu semangat kat aku untuk terus berjuang (hahaha..kelakarnye siap nak berjuang tu) dalam arena pembeloggeran ni..


Tapi kan aku agak tak brapa nak paham la beberapa perkara.. minggu lepas aku busy giler dengan exam.. so kira traffic aku yang paliung rendah la minggu lepas.. mana aku sempat layan 'walkblogging' .. tapi dapat pulak aku 'Buffered Earnings' nih.. tu yang buat aku kompius ngan 'nuffnang' ni... wateber pun.. tengkiu ya 'Nuffnang'.

Iklan