Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, August 26, 2011

Operasi Kasut Raya Mira

Bila si mira mula bertanyakan.. "mama, mira nak kasut raya!" buat pertama kalinya dalam hidup dia.. sebagai ibu dah pasti aku berusaha untuk mencari kasut raya yang diidamkan oleh mira.. maka aku pun melancarkan operasi mencari kasut raya mira.. ngee~

Day 1: Selasa

Operasi mencari kasut raya mira bermula lepas berbuka kat Restoran Nelayan Titiwangsa.. kami mencari kat Carefour Wangsa Maju.. nampaknya tak ada satu pun yang berkenan kat hati anak dara aku.. waaaahhh!! demand dah sekarang.. mira kata, "tak cantik lah mama" fuhhh... ok takpe.. kita cari esok pulak k.. tapi dalam tak cantik tu, dia berkenan pulak dengan sport shoes atas kotak2 tu.. tapi mira kata.. tu bukan kasut raya.. tu kasut jalan.. uwaaaa.. pulakkk!! maknanye kasut jln nak, kasut raya pun nak ler tu ... operasi bersambung esok..

Kasut Jalan Mira
Day 2: Rabu

Kami cadang berbuka aje kat luar.. beli air jer ke dulu.. nasib abg achap tak bising.. dia follow jer dengan satu matlamat!! hahaha.. kalo takde benda yang dia aim, takdo der dia nak ikut ke hulu ke hilir cari kasut mira hihi..

1st Place -> kami ke JJ AU3 .. aku sempat buat kad JJ lagi hihi.. ronda punye ronda punye ronda.. nampaknya masih tak ada yang berkenan dek mira.. ohhh!! anakku.. tapi abg achap dah dapat sesuatu!!! wahhhh.. dia dah capai bola sepak la pulakkk.. hurmmm.. tu lah yang dia aimkannye.. ni bola sepak raye katanye.. sabo jer lah.. sebelum beredar, kami sempat makan dulu.. ialahkan.. tadi minum air jer.. kongsi ber4 pulak tu.. sabo jer lah maksu farah ni ade ke patut gi beli secawan jer milo ais tu.. aku makan Lamb Chop & Kueteaw Tomyam jerrrr hihi.. abg achap makan Chicken Chop BBQ with Fried Rice.. mira makan Chicken Chop jer.. Alhamdulillah.. lepas makan kami beredar ke destinasi ke-2 ..

2nd Place -> kami ke OTK pulak.. Alhamdulillah akhirnya mira berkenan kat 1 kasut tu.. yang ada gambar rabbit lagi.. abg achap pun sambar sepasang kasut gak.. so kira operasi mencari kasut raya mira tamat ler ngee~

Kasut Raya Mira

Bila apa yang diidamkan dah dapat, muka masing2 pun yang agak2 keruh tadi dah ceria balik.. alahai anak-anak mama nih.. dah besar rupanya.. dah pandai nak kasut raya ;-)

6 comments:

RARA aihara said...

comel jer kasut dia...=)

Wanzi said...

Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan.

Selamat Hari Raya aidilfitri
maaf zahir batin wanzi seisi keluarga.. Jika ada terkasar bahasa..

atie aizam said...

@RARA aihara: kasut dak 4 tahun kan.. nasib dia xmo kasut yg ada rama2 yg ada kat kedai tu hihi..

atie aizam said...

@wanzi: sama2 lah kita kan :)..

ASSOYFINGER67 said...

Salam buat atieku sekeluarga...
Bersama Ramadan yang semakin menipis ini ingin aku ucapkan SElamat Berpuasa buat atie sekeluarga dan selamat menamatkan Ramadan dengan jayanya ,semuga kita akan sentiasa saling berjumpa di Rmamadan akan datang.(Bro)Assoy juga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT IDULFITRI dan dengan itu maaf dipinta jika ada terkasar bahasa,tersalah kata atau apa juga yang menyinggung perasaan atie.Harapan agar Hariraya ini atie dapat gunakan untuk mempereratkan silatulrahim dengan keluarga semua.Sekali lagi Selamat Hari Raya,maaf zahir Batin,jaga diri,jaga keluarga dan yang penting jaga ugama..semuga Syawal ini adalah Syawal yang terbaik buatmu.Wassalam.

atie aizam said...

@Assoyfinger67: terima kasih yer abg assoy.. :-)

Iklan