Hari ni aku nak share dengan uols jenis2 makanan yang boleh dimakan oleh mereka yang dalam situasi berpantang.. kalau sebelum ni bila aku bersalin, mak mertua aku akan turun KL dan jaga makan minum aku tapi kali ni aku kena jaga diri sendiri tapi alhamdulillah husben aku banyak membantu.. time kasih bang ;)
Kalau bab makan ni sebenarnya agak mengelirukan aku.. kalau tanye mak KL dia kata boleh makan.. kalau tanye mak kedah, dia kata "janganlah dulu".. kadang2 aku yang decide sendiri.. samada nak makan ke atau tak sesuatu makanan tu bila keadaan jadi macam ni.. dan senarai aku tulis kat bawah ni bukan je untuk berkongsi dengan uols tapi jugak untuk menyenangkan husben aku bila dia nak ke pasar.. takde ler dia main bedal jer beli lauk pauk untuk aku nanti huhu..

Ikut cerita dari mak aku dulu dia kalau dalam pantang makan nasi ngan ikan masin, lada hitam, kunyit, halia jer.. minum air pun sikit sangat.. arwah opah marah.. nak tak nak mak terpaksa ikut jer.. tapi bila aku dalam pantang anak pertama dulu mak tak bagi aku makan ikan masin jer.. hari pertama dia dah masakkan aku tenggiri masak lemak cili api.. mesti korang pelik kan.. tapi mak kata aku kena makan makanan yang banyak zat dan khasiat.. wah.. moden jugak mak aku nih kuikuikui..
So.. jom kita tengok apa yang boleh dan tak boleh kita makan..
IKAN
- MAKAN LER - ikan2 segar yang tak bisa dan tak gatal macam ikan tenggiri atau ikan selar kuning..
- DIGALAKKAN - makan ikan yu dan haruan untuk pulihkan luka dalam dan luar
- JANGAN MAKAN - bawal hitam, terubuk, ikan duri, ikan pari, sembilang dan ikan parang sebab takut menyebabkan bisa dan bentan.. jangan makan ikan masin.. nanti darah nifas bau busuk.. tapi tu lah yang sedapnye kan kan hehe.. ikan yang gatal pun tak boleh makan macam kembung, cencaru, tongkol dan tamban..
SAYUR
Ada sesetengah mak tak galakkan kita makan sayur.. Katanye sayur boleh menyebabkan kembung angin dan rasa senak perut dan kalau menyusukan bayi, bayi juga turut mengalami kembung dan banyak menangis.. tapi dalam masa yang sama sayur boleh membantu kita dari kekurangan zat (besi/ferum/Fe), pucat, kegagalan jantung.. kalau nak amik pil zat besi pun boleh tapi macam mana nak cegah sembelit pulak.. korang dalam pantang sembelit tak? so pilih lah yang mana korang rasa sesuai dengan diri korang ek..

- MAKAN LER - Ulam-ulaman.. Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
- JANGAN MAKAN - sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
BUAH-BUAHAN
- MAKAN LER - apple merah, pic, zaitun, oren manis
- JANGAN MAKAN - nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
MINUMAN
- MINUM LER - air masak, kopi 0, milo
- JANGAN MINUM - minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda dan air2 buah yang disenaraikan kat atas..
AYAM & BURUNG
- Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
Rujukan: http://alkiram.net & http://www.rahsiaperkahwinan.com
No comments:
Post a Comment