Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, January 7, 2011

DnC dan Petua Orang Lama

Pengalaman aku mendapat rawatan keguguran kat HKL seakan masih terasa.. masih segar dalam ingatan aku bagaimana aku menahan sakit masa doktor melakukan d&c secara manual.. teman sebelah katil aku pun mengalami pengalaman yang sama.. dia siap nangis lagi.. kira aku ni kuat jugaklah kan tak nangis.. cuma mengerang & menjerit2 jer kuikuikui.. ramai teman2 tanya kenapa doktor tak bius? aku rasa aku tau nape..

Kalau nak buat d&c dengan bius kat bilik bedah kena tunggu giliran.. sedangkan bilik bedah sentiasa PENUH.. jadi kalau dorang boleh keluarkan secara manual, dorang akan cuba lakukan.. tapi kalau kantung janin melekat kat rahim mereka takde pilihan lain.. terpaksa ke bilik bedah jugak..

Ada pesakit yang kat depan aku pulak datang masa sama2 check up ngan aku.. tapi dia balik umah semula bila dia confirm miscarriage.. dia kata mak dia pesan.. kalau confirm minta balik umah dulu.. bagilah ape2 alasan sekalipun.. tau tak nape dia balik? dia kata dia balik minum air kelapa muda dulu.. tujuannya nak kasi ketulan daging/janin tu keluar dengan sendirinya.. memang berhasil.. dia datang balik subuh pagi esoknya sebab takut ada masalah ape2 jer.. bila doktor scan, janin ngan kantung dah takde.. dia takyah buat d&c manual tu... dia rehat 2,3 jam kat katil tu pastu dah boleh balik.. uwaaaaa kalau aku tau, aku pun nak minum air kelapa gak.. aku takmo lalui sakit macamtu.. sejauh mana keberhasilan air kelapa tu mampu mengeluarkan ketulan janin aku tak pasti.. tapi tadi aku ada terbaca khasiat air kelapa pada ibu yang hamil.. ikut kepercayaan orang2 tua, mereka menyarankan ibu yang sedang hamil menanti masa untuk melahirkan perlu kerap minum air kelapa muda ni.. air kelapa dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran.. dan bagi yang baru mengandung dilarang sama sekali minum air kelapa nih.. ini bermakna apa yang dipraktikkan oleh budak depan katil aku tu mungkin betul.. so sape2 yang nak ikut petua ni better minta nasihat mak korang dulu ekk.. jgn buta2 follow cerita aku nih.. kena budak tu tak cakap betul2 ada yang makin teruk pulak nanti..

Itulahkan.. rezeki masing-masing.. ada pesakit miscarriage yang ketulan janinnya keluar sendiri masa dorang kencing dan sebagainya.. so mereka tak perlu lalui apa yang aku ngan dak sebelah katil aku lalui.. kat hospital lain macamtu gak ker? HKL oh HKL.. kesesakkanmu menyakitkan aku uwaaaaa....!!!

6 comments:

Nur Hani said...

saya ada kakak jiran yang mengandung :) boleh bagitau dia ni :) ikan ikan tu boleh dimasak dlm semua jenis masakan ke ??

atie aizam said...

@Nur Hani: salah entry nih hehe.. tapi takpe.. kalau nak masak lemak jgn kuah byk.. pekatkan sikit.. masak asam pedas, masak halia, masak sambal pun takpe.. jgn ler pedas sgt..

me me said...

ei hkl mmg kdekut ubt bius..my exp 1st baby,nk beranak kt hos ampang,wkt nak jait doc siap borak2,bg ubt thn sakit n bius.. 2nd bby,terberanak kat hkl sb dtg gan ambulance.. time nak jahit tu da la kne mrh,xde ubt thn skt,xde bius.gila. bla tnya dorg jwb bla bius nt jhtn xcntk..(alasan bodoh) ni kguguran..so pg ampang..trauma nk g hkl.

Nordiyana Jamal said...

Saya pun pernah jalani dnc secara manual mcm akak. pergh... sakit giler!!!

Yus Atie Aizam said...

@me me : klau boleh lari ke hospital lain.. memang dah lama lari sis.. hihi..

Yus Atie Aizam said...

@Nordiyana Jamal: kesian kita kan.. x patut rasanya dorang buat camtu.. :(

Iklan