Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, October 11, 2010

Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Plus Tol Simpang Ampat

Mengucap panjang aku bila dapat berita ni.. Innalillahiwainnailaihi rajiun… Hanya al-Fatihah yang mampu ku zahirkan ketika melihat gambar2 dibawah ni.. al-fatihah.

Berita Harakahdaily

MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.
"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.

Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.
"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.

Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.
"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.

Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan. "Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.

TERKINI

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi. Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan. Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan. Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat. Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti. Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. – BERNAMA





8 comments:

Ayie a.k.a Nyei said...

horrer2..

miza said...

Saya dh saksikan video U.Sayang sekali U tidak berhenti untuk memberi gambaran lebih jelas.

CiK QiQi said...

aduhai....risaunye kalau naik bas..ni la kemungkinan yg tjadi..takziah kpd kluarga yg tlibat

mimi said...

Takziah buat keluarga mangsa,jdi berhati-hati ketika memandu di jalan raya,ingati orang yang ter sayang...

atie said...

@Ayie a.k.a Nyei sgt horrer..

atie said...

@miza ni bukan video dari sya.. ni sya amik dari youtube.. bila dgr betul2 suara pengambil gambar ni pun dah leh bayangkan betapa gerun n cuaknye dia masa tu..

atie said...

@Cik QiQi ingatkan kao naik bas siang selamat.. hehe maut tu dtg tak kira masa kan kan..

atie said...

@mimi betul2 tu.. berhati2 dan alert dengan persekitaran... jika tengok ada sesuatu yang curiga, jauhkan diri dan keluarga dari terjebak.. atau segera hubungi pihak berkuasa..

Iklan