Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, March 19, 2012

Seri Muka Pelangi

Ni hasil tangan aku semalam.. Tengoklah kuih Seri Muka Pelangi yang tak berapa nak berseri ni... lapisan pun tak sekata.. yang atas sekali tu, aduhaiiiii tak chantiknyee... bila dah siap.. aku dok pikir, apa sebab kuih aku jadi macamni.. kenapa tak jadi macam kakak2 chef blog yang aku rujuk tu, cantik, elok, molek lagi.. hurmmm.. ni 1st time buat seri muka.. xpe xpe.. atie, jangan mengalah ok.. usaha lagi!! hihi.. tapiiiii... bab aroma ngan rasa.. memang MANTOP!! sedap wehhh!! so ni maknanya bukan salah resepi tapi salah tangan yang tak berseni ni hihii..

Jomlah kita layan hasil yang aku buat ni..
pst: wat-wat tak nampak tau mana yang tak berapa indah tu yer :)


aroma kastad terserlah.. wangiii~


tutup mata & bayangkan rasanya.. fuhh!!

TQ kat kakak2 chef yang sudi sharing resepi..

Merujuk blog: Kak Norli & Kak Dayang Jack

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
  • 2 cawan pulut [rendamkan 4 jam]
  • 2 cawan santan cair
  • 1 s/k garam

Lapisan Pelangi
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • pewarna
  • kuning..hijau..merah ..coklat paste
** pewarna hijau DJ gantikan dengan pes pandan

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

4 comments:

♥ suE said...

Sedapppp~ xtipuuu... *meh upah* ;)

atie aizam said...

@suE: huhuuhu..

munna said...

FIRST TIME BUAT DAH MENJADI ..MMG TERER LAH ATIE NI....

atie aizam said...

@munna: sya kena byk belajar lagi ni.. hasilnya kurang chantik..

Iklan