Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, March 8, 2012

Kek Coklat Kukus Lembab

Huhu.. lepas ni entry aku akan berkisar pasal kek kukus jer.. aku nak simpan resepi banyak2.. pastu aku nak cuba.. aku takde oven.. so leh wat kek kukus jer lah.. nanti kita sama-sama tengok hasilnya k..

Ini resepi pertama aku C&P dari blog Zack..

Resepi Kek Coklat Kukus Lembab @ Steamed Chocolate Moist Cake

gambar dari blog Zack juga

Bahan:
A:
1C gula perang - ku guna gula pasir
1C susu segar perisa coklat - ku guna 1sb susu tepung penuh krim + air hingga cukup 1C
1C minyak masak sayuran - boleh juga guna 250g butter
3/4C serbuk koko - ku guna serbuk koko keluaran Sabah sebab kokonya gelap
1/2C susu pekat manis@creamer manis
1 sudu teh esen vanila - tambahanku
***Satukan semua bahan dalam periuk besar. Kacau atas api kecil menggunakan whisk telur/sudu hingga gula larut. Tutup api dan ketepikan dari dapur gas. Biarkan sejuk pada suhu bilik atau hingga suam.

B:
1C + 1/4C tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
***Ayak bahan-bahan di atas dalam mangkuk lain. Ketepikan.

C:
3 biji telur - pukul guna garfu dan ketepikan.

Cara-cara:

  1. Panaskan kukusan dahulu. Lengser dasar dan keliling loyang kek bulat 8" (ketinggian minima 2") dengan minyak masak. Alaskan dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Masukkan Bahan C ke dalam Bahan A yang telah suam/suhu bilik. Kacau sebati.
  3. Masukan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi. Kacau hingga tepung tidak kelihatan.
  4. Note: Ni tambahan saya nak pastikan betul2 sebati. Tapiskan bancuhan tadi guna penapis halus ke dalam mangkuk lain dan gaul sebati (boleh juga tapiskan terus ke dalam loyang kek).
  5. Kemudian tuangkan ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil rapat-rapat untuk elak wap air masuk.
  6. Kukus selama 1 jam - 1jam 15 minit. Guna api sederhana.
  7. Angkat dari kukusan dan sisip keliling kek menggunakan pisau. Sejukkan kek atas redai kek.

UPDATE: Cara-cara di atas telah diedit kembali pada 21 Dec 2011. Satu adunan di atas akan dapat 1 liter yang apabila sudah dikukus beratnya lebih 1kg. 500ml adunan atau separuh resepi di atas akan dapat 1/2kg kek.


Chocolate Topping


Bahan2:
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn serbuk koko
1 sudu besar majerin/butter
sedikit air masak (incase pekat sangatlah)

Cara2:
  1. Masak ke semua bahan atas api kecil.
  2. Tambah air jika terlalu pekat hingga dapat consistency yang dikehendaki.
  3. Tuangkan ke atas kek yang disejukkan tadi.
  4. Hiaskan dengan manik2/coklat urai/seangkatan.
Komen: Kek ni lagi ngancam kalau disimpan dalam peti ais beberapa jam.

2 comments:

Hamidah Burham said...

salam kak Atie,

cantik tol naik kek ni. nak tanya, pukul telor tu pakai garfu mcm nak goreng telor dadar ke kak. takya pakai mixer ke. sblm ni saya pernah wat cupkek coklat, dia pecah atas, tu sbb telebih kembang pukultelor pakai mixer ke.

Mommy said...

Ya tuhan.. setahun baru reply.. maaf yer dear.. kek kukus pecah atas tu biasanya sebab api kuat .. pukul telur cam wat telur dadar tu jer

nanti cuba ekk..

Iklan