Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, March 23, 2012

Ayam Goreng Serai

Dah makan tengahari? makan apa arini? hurmm.. arini aku masak simple jer.. ayam goreng serai.. tapi lunch kami anak beranak ada 2 lauk.. ayam goreng serai dengan kari ikan mamak.. kari ikan mamak tu encik asben yang beli hihi.. aku cuma perap ayam pagi tadi dan goreng.. sedap sehhh!! Selalu goreng ayam ngan garam ngan kunyit jer tapi kali ni aku buat lain sikit.. aku perap dengan serai.. bau serai goreng cukup wangi dan menyelerakan.. anak2 lah yang asik keluar masuk dapur cari bau yang terbit masa menggoreng tadi .. cubalah.. resepi ni sangat2 simple..

Ayam Goreng Serai

Bahan-bahan:-

1 ekor ayam (cuci & potong siap2)

Bahan-bahan perap:

3 inc halia
6 batang serai
8 ulas bawang putih
1 sudu kfc serbuk kunyit
1 kiub ayam knorr
2 biji cili api (kalau tak nak letak pun takpa)

Cara membuatnya:
1. Bahan-bahan perap diblender semuanya..
2. Perap ayam dengan bahan-bahan yang dah di blender selama 2-3 jam
3. Pastu goreng dengan minyak panas hingga warna keemasan.. kemudian bolehlah dihidangkan..

"Selamat mencuba"

3 comments:

mama sara nur said...

assalam
sedap nih ayam goreng serai
makan ngan nasi putih kosong pun sodap he he

atie aizam said...

@mama sara nur: wsalam.. a'ah.. nasi panas2kan.. fuhhh!!

Totie@Tomy said...

wah kalau makan dengan nasi kukus ni sedap ni..

Iklan